Bagaimana Saya Bermula dengan Shaklee?

Ramai orang biasa dengar pasal Shaklee, kan.

Ya. Ada orang suka, ada orang menentang. Ada orang dengki, ada orang tak percaya.

Tak kisahlah apa jugak pandangan orang, saya dah cuba dan saya akui keberkesanan Shaklee pada saya dan alhamdulillah setakat ini, produk ini serasi dengan saya dan keluarga saya. 

Saya juga macam kebanyakan ibu lain yang mula dengan set menyusu. Sampaikan orang ingat Shaklee ni ada set menyusu saja! Walaupun saya dah pernah pasal Shaklee sebelum ini, tapi saya tak minat nak ambik port sangat. Lagipun saya cuba sedaya upaya mengamalkan pemakanan seimbang dan diet yang betul tanpa suplemen.

Tak nak guna sebarang suplemen atau ubat. Lagipun selepas bersalin, saya memang tak bekerja, jadi tak nak menyusahkan suami nak beli macam-macam. Maklumlah, suplemen ni bukannya murah (mindset saya ketika itu).

Saya mula dengan trial pack set menyusu (kini trial pack dah tak ada lagi), semasa habis pantang. Dah habis pantang dan hampir putus asa dengan penghasilan susu badan. Anak macam sentiasa lapar. Kalau pam pun, sentiasa dapat 1 oz saja. 

Memang saya sangat down. Sampailah kakak ipar saya cadangkan supaya cuba set ini. Oklah, waktu tu mampu milik dengan harga trial pack, bekalan untuk sebulan macam tu kot.

Saya ambil set menyusu, suami ambil set kesihatan optimum.

Alhamdulillah susu makin bertambah. Tapi saya bukan jenis yang susu badan melimpah-limpah, cukup untuk anak saya saja. Masa tu saya memang bekerja di rumah, jadi saya menyusu direct je kat anak saya.

Lepas dah habis trial pack, saya tak sambung pun ambil Shaklee. Habis setakat itu saja. Saya teruskan hidup saya bekerja di rumah. 

Anak makin membesar dan lasak, saya jadi terlalu penat nak urus rumah tangga waktu itu. Dengan pendapatan kerja di rumah yang tak konsisten, susah juga. Masa tu tak pandai nak berbisnes online sangat. Dan tak berniat pun, sebab memang tak nak. 

Jadinya, selalu stres. Penat. Sentiasa tak larat. Susu badan pun makin merudum. Sakit pinggang, lenguh selalu sangat. Saya sedikit kurus masa tu sebab selalu skip makan. Saya memang tak pandai urus masa waktu itu. Segalanya kelam-kabut.

Hinggalah suami bagi izin saya kerja semula. Bulan-bulan awal bekerja, memang penat. Terlalu penat. Dengan bebanan kerja, dengan urusan rumah. Sampailah bincang dengan suami, nak ambik Shaklee semula. Tak boleh jadi macam ni. Sampai bila asyik nak layan tak larat ni. Segala benda terbengkalai. Banyak perkara tak selesai.

Maka, saya tanya sepupu saya, yang masa tu dia pun baru-baru saja join Shaklee. Sakan tengok dia share di Facebook (wah, akhirnya dia pun terjebak macam kawan-kawan saya lain), saya contact dia untuk ambil set menyusu bajet. 

Set menyusu bajet saya: ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP), OSTEMATRIX, ALFALFA.

Alhamdulillah. Konsisten dalam bulan pertama, saya rasa sikit perubahan. Sakit pinggang beransur hilang. Balik kerja, boleh lagi memasak. Susu badan pun bertambah. Rasa lebih bertenaga.

Lepas tu, nak beli lagi. Tapi dok fikir, baik jadi ahli aje, dapat murah sikit - harga ahli. Bincang dengan suami, kata nak daftar ahli Shaklee. Dia ok je.

Terus daftar. Sepupu yang uruskan. Maka, jadilah saya downline atau 'anak' - istilah yang selalu group Shaklee guna. 

Bermula di situ, saya dimasukkan dalam group Whatsapp. Dan apa-apa info dikongsi di situ. Tapi tak tergerak pun nak berbisnes. Nak guna SAHAJA. 

Memang saya tegaskan kat sepupu saya pun, saya taknak bisnes. Nak jadi pengguna sahaja. Satu, saya tak reti. Dua, saya tak nak jadi macam kawan-kawan saya yang dok update Shaklee dengan status yang membuatkan kita jadi tak suka nak baca. 

Saya memang cakap, saya taknak.

Tapi, Allah Maha Mengetahui. Group Whatsapp saya ni, awal-awal lagi dah kena coaching dengan 'nanny' (upline kepada upline) -- lepas saya join 3 hari kot. Memang blur. Tak paham langsung, tak ada visi, tak ada apa. Coaching tu jadi lebih kepada berkenal-kenalan saja. Tapi, bila ingat balik, seronok dan beruntung. Nanny kami sekarang adalah Master Coordinator. Dan memang bangga dok dalam group yang di'lead' oleh seorang Master :)

Saya tak pasti bila sebenarnya saya tergerak hati nak buat Shaklee secara serius. Tapi yang pasti, itulah yang saya buat sekarang. 

Saya mula declare diri saya sebagai SID. Dan mula share di FB dan Instagram. I just go with the flow.




Hari ni, dah hampir 3 bulan saya berbisnes Shaklee. Saya makin seronok nak teruskan bisnes ni. Biarpun masih banyak saya kena buat dan belajar (slow learner), saya akan redah saja. Ilmu semua tersedia dalam group rahsia kami di FB dan Whatsapp. Bimbingan dan dorongan motivasi yang tak putus-putus. Tinggal saya nak gali dan amalkan.

Doakan bisnes Shaklee saya berjaya. Insya Allah.

Semoga Allah murahkan rezeki dan mudahkan jalan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...