Bekerja Lebih Efisien

Saya sejak akhir-akhir ini memang sibuk sangat. Biasalah kalau kerja yang ada deadline ni, nak tak nak kena biasakan. Dah 7-8 tahun dah pun sebenarnya.

Yang bezanya, tenaga. Tak secergas dulu, tak seghairah dulu. Haaa kau.

Kerja dari start pagi sampai ke petang siap OT pun tak habis jugak. Nak makan pun bukan berselera sangat, dan kalau makan banyak karang dah mengantuk pulak. Lagi balik nanti nak urus anak, suami, rumah lagi.

Perlu sangat ibu bekerjaya kekal cergas bertenaga. Ok, at least ada tenaga untuk langsaikan kerja-kerja tu. Tak cemerlang pun, janji siap seadanya pun tak apa daripada melepek kepenatan dah tu asyik naik angin je. Semua tak kena.

Tak baik la gitu kan.

Sebab tu saya pastikan masih ada tenaga sampai penghujung hari. Saya memang dah pernah cuba amal gaya hidup yang sihat dan makan seimbang tapi nampaknya realitinya tak semudah yang saya bayangkan. Jadi saya rasa saya memang perlu mula suplemen.

Awal ambil suplemen tak rasa apa sangat pun. Bila dah beberapa minggu, terasa kesannya. Kurang mengantuk di ofis, tidur lebih lena, daya fokus makin meningkat. Lebih bertenaga dan kurang lesu.

Alhamdulillah.

Kesihatan yang baik membantu kita melakukan kerja dengan lebih cemerlang. Saya dah rasa kesannya, anda?

Feel the Shaklee Effect. Belum cuba, belum tahu ;-)



ESPkan hari anda!

Alhamdulillah mampu juga terus puasa (ganti) dalam tempoh kecemasan menjelang bulan puasa dah ni. Sesapa yang belum lagi habis ganti puasa tu, elok la mula sekarang ye. Mana tau nanti tiba-tiba tak sihat ke, ada apa-apa halangan ke, 'cuti' ke...

Saya ada few days lagi untuk habiskan. Insya Allah perlu teruskan dan habiskan. Setakat ni, sebab buat kerja awal pagi, jadi terus sahur dan Subuh. Setakat ni, sahur apa yang ada di dapur je. Kadang-kadang apa yang ada dalam peti ais je.

Sahur hari ini, kurma badam dengan secawan ESP, and lots of plain water. Lepas tu telan 2 biji Vitalea. Itulah sumber tenaga saya berpuasa hari ini. Setakat lunch break ni, alhamdulillah masih ok. Kurma memang bagus untuk sahur-berbuka, ni lagi dengan badam...memang terbaiklah. Alhamdulillah.

Misi 5 Pagi masih terus. Ok, ada terbabas juga kadang-kadang tapi kena keep on moving. Memang best bangun awal sebelum anak bangun, dalam waktu-waktu tenang macam tu. Cuma sehari dua ni memang panas, lepas mandi je dah berpeluh semula. Sabar jelah.

Saya dan suami memang biasa ambik ESP as our early breakfast. Sehari dua lepas, stok ESP habis. Saya ingat nak order (hujung bulan nanti la), rupanya ada satu tong stok kat rumah. Alhamdulillah. Bukan apa, suami saya kata dia perasan dia cepat letih masa skip ESP. Saya pun sama. Kiranya pemakanan yang diamalkan memang tak cukup zat. Sebab tu kena ada tambahan suplemen. Tapi, suplemen tetap suplemen, bukan makan suplemen jadi alasan untuk makan macam-macam atau langsung tak makan. Kena paham konsep. Suplemen untuk tampung kekurangan zat dalam badan.

Bagi saya, kena up dengan multivitamin juga. Kalau tak, memang lemau. Kalau taknak lemau-letih-lesu, haa cuba ambik suplemen Shaklee. Ikhtiar. Insya Allah.

Misi 5 Pagi: Jom Mulakan!

Saya memang berniat nak bangun awal dan boleh gerak awal ke tempat kerja tanpa sakit hati terkejar-kejar.

Bukan apa, bila dah lambat, akan jadi semakin lambat dan belum pun mula kerja, saya dah berpeluh-peluh dan penat. Lagi stres kalau tak sempat sarapan. Atau sarapan dalam keadaan kelam-kabut. Habis rosak satu hari saya.

Suami pun dah pesan, bangun awal, siap urusan awal sebelum si kecik saya tu bangun. Senang takde gangguan. Paling tidak, dia akan merengek nak susu bila nak Subuh. Dan memang betul, bangun awal sikit daripada biasa, banyak urusan boleh diselesaikan dan kita tak serabut.

Saya pernah ternampak di FB - Kelab 4.00 Pagi. Wow. Bangun seawal 4 pagi. Tapi, buat masa ni, saya boleh cuba masuk Kelab 5 Pagi dulu, dan saya ambil kesempatan bangun sahur sekali untuk ganti puasa. Dah berminggu-minggu buat cubaan nak puasa, tapi ada saja alasan dan halangan. Terbaru, batuk dan tonsil bengkak. Sayang tak dapat sehari pun puasa dalam bulan Rejab.

Misi terus di bulan Syaaban. Masih sempat dan perlu mula untuk sedia dengan Ramadan.

Push factor saya untuk bangun jam 5: Nak sahur. Saya tak boleh nak puasa tanpa sahur. Meskipun hanya minum air masak segelas. Dan pagi ini, alhamdulillah hari pertama Misi 5 Pagi (M5P) saya bersahur dengan roti, telur hancur, kurma badam, dan air masak 2 gelas. 

Tak lupa, multivitamin Vitalea 2 biji untuk maintain tenaga sepanjang puasa hari ini.

Itu pun plan asal nak terus masak nasi dan sup ayam siap-siap untuk berbuka nanti tapi tak sempat sebab sibuk snap gambar kuih raya nak update blog dan Whatsapp kawan-kawan nanti. Almaklum lah hari ni nak letak semua sampel kuih raya tu kat tempat kerja, kalau tak diambil gambar siap-siap, melepas la jawabnya. Hihi.

#sayajualkuihraya

Berbalik ke Kelab 5 Pagi, banyak faedah bangun awal ni, especially sebelum Subuh. Banyak kerja boleh buat semasa minda masih fresh. Tenaga masih tinggi. Banyak CEO dan big shot company besar yang non-Muslim pun bangun awal, apatah lagi kita Muslim yang amat dituntut bangun awal pagi untuk solat tahajjud. Insya Allah.

Selain nak bersedia untuk bulan puasa, saya nak latih diri biasakan dengan bangun 5 pagi walaupun selepas puasa-raya. Bisnes saya perlukan perancangan dan strategi. Dan saya perlu manfaatkan setiap masa yang saya ada dengan semaksimum mungkin. Saya juga tahu saya mampu, dan buang jauh-jauh sifat malas dan bagi alasan yang sangat merugikan itu.

Jom sama-sama dengan saya! 

#misi5pagi
#M5P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...