Seronoknya Blog!

Teks: Zaila Hafni

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri. Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa. Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu!

Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama. Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis. Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca gosip hiburan jerrrrr. Ops.

Alahai dah sampai ke penghujung September sudah. Today's closing day! Ye saya mengaku hari ini bukanlah closing day terbaik untuk saya tapi lebih baik daripada bulan sebelumnya. Dan berlaku perkara-perkara magik yang saya tidak jangkakan. Maka bergantung haraplah pada Maha Pemberi Rezeki. Sesungguhnya kita tak tahu rezeki akan datang bagaimana caranya.

Sesiapa yang berniat nak apa-apa produk Shaklee yang awesome ni, masih sempat saya tolong belikan hari ni. Kita mulakan hari esok dengan hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga dan cergas. Semuanya masih belum terlambat dan yang penting mula daripada sekarang!

Zaila Hafni
019.460.3094
hifzaila.hafni@gmail.com

Home Office Shaklee @ Sunway

Teks & Foto: Zaila Hafni

Alhamdulillah hari ni berkesempatan ke Home Office Shaklee yang baru kat The Pinnacle, Sunway.

Best tempatnya. Luas. Selesa.

Kalau yang dah pernah pegi HO kat Empire, anda akan rasa HO yang baru ni besarrrrrrnyaaaa.

Saya ke sana tadi dah tengahari, jadi memang menjangka jenuh la nak menunggu turn (berdasarkan pengalaman beli di HO menjelang hari-hari closing). Tapi tadi, alhamdulillah. Kosong!

Alhamdulillah tak ramai orang...langsung. Waktu itu 1.37 petang ye. Sampai di kaunter, terus ambik nombor. Duduk tak sempat panas punggung nombor dah dipanggil. Saya memang dah isi borang order siap-siap kat rumah. Kat kaunter, terus pass borang dan bayar.

Lepas tu pun sekejap aje tunggu, nombor dah naik untuk ke kaunter ambik barang. Then siap! Tak sempat explore sebab dah kelaparan masing-masing (saya, husband dan anak). Beli barang dan terus balik.

HO yang baru ni dekat dengan Sunway Pyramid ye (wink wink). Bangunan bersebelahan Sunway Resort and Spa Hotel. Berpeluh berjalan nak mencari kat mana The Pinnacle. Ingatkan dalam Sunway Pyramid. Hehe. Nasib baik orang kaunter SP bagi direction. Kalau tak memang tak jumpa laaa.
Menapak jugaklah sebab we parked our car kat SP. Tak sangka jauh gak kena berjalan hehe. Tapi kalau dah biasa boleh je parking depan tu I think.

Bangunan tu memang nampak sunyi, masih ada sikit lagi construction. Agaknya ofis pun belum banyak dalam tu lagi. Mula-mula masuk, kena daftar dulu kat kaunter sebab nak masuk kena ada pas pelawat. Siap ada gate mcm nak masuk LRT tu. Masa nak daftar, kena bagi IC. Kalau husband and wife nak naik, dua-dua pun kena bagi IC. Lepas tu masing-masing akan dapat pas dan boleh touch pada gate dan boleh naik ke Level 9.

Nak tekan lif pakai touch screen. Dan kitorang asyik tersalah tekan. Haha. Dan kena tekan kuat sikit. Daripada luar lif dah pilih floor siap-siap. Tinggal masuk lif terus naik je.

Dah sampai Level 9, ke kanan. Dah nampak ofis Shaklee gah di situ. Lebih kurang macam kat Empire dulu tapi of course la this one way better. Maklum la dulu sesak-sesak ramai orang nak shopping time closing. Hoho. Now if ramai pun still ok sebab luas.

Sebab semalam tak ramai maka sekejap je urusan dah selesai. Tak payah tunggu lama. Nak membalas dendam parking depan SP RM15 per entry dan menapak sedikit jauh ke The Pinnacle, kitorang jalan-jalan dalam SP dulu. Kalau tak sebab ke HO, tak adanya nak ke SP tu. Puas hati la anak bujang berjalan dalam tu nak pegang tangan pun taknak.

So mana-mana SID yang belum pegi, cubalah at least sekali. To get the feel orang kata.

Selamat berkunjung ke HO baru ye.

Ni alamat nya:
Shaklee Home Office
Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
Subang Jaya, Selangor



Menjadi Orang yang Positif

Teks: Zaila Hafni
Imej: Carian Google


Kadang-kadang kita ni mudah benar percaya cakap orang. Terima apa yang orang bagitau kita tanpa kita siasat sendiri kebenarannya (atau lebih teruk jika cerita diputar belit pulak). Orang yang bercerita, boleh cerita apa saja, mulut dia kan. Tapi kita sebagai yang mendengar, kalau boleh, kalau boleh lah ya, jangan percaya bulat-bulat dulu sebelum menjatuh hukum atau membuat kesimpulan.

Kita sendiri tak tahu kisah sebenar. Sama ada yang bercerita bertindak mempertahankan diri sebelum versi lain keluar, atau untuk menunjuk hebat, atau untuk menutup kesalahan dengan menyalahkan orang lain. Atau sebenarnya berlaku salah faham komunikasi (misscommunication ahaks).

Kalau penting dan kritikal, melibatkan nyawa ke hukum ke, bolehlah seluruh dunia tahu dan ambik tahu. Kalau setakat sikit-sikit punya hal... biar yang berkenaan sajalah yang tahu dan perbaiki di masa depan (kalau yang sibuk ambik tahu jugak untuk perbaiki masa depan dia ok la, kalau ambik tahu untuk mengutuk, baik diam).

Kita sebenarnya boleh pilih nak jadi baik ke tak berapa baik. Bukannya masing-masing tak tahu tapi biasa lah manusia kan cepat lupa dan kadang-kadang tak sedar kita terpengaruh. Uish orang yang mudah terpengaruh dengan seseorang memang bahaya. Tapi kalau terpengaruh dengan orang baik, alhamdulillah. Ni kalau sebaliknya. Mintak simpang la no.

Kalau hidup kita sentiasa fikir negatif, memang negatiflah jadinya apa pun. Sebab kita dok fikir begitu.

Cuba tengok orang yang positif, kalau tak berjaya banyak pun, at least mesti dia berjaya sikit dalam hidup dia. Kalau tak pernah rasa hidup dengan positif, boleh berjinak-jinak baca buku motivasi atau positive thinking. Like pages orang-orang hebat dan berjaya, mesti diorang akan mention pasal being positive walaupun sekali.

Awal-awal nak berfikir positif mungkin susah bagi orang yang dah terbiasa dengan hidup dengan mida negatif dan orang-orang yang negatif tapi kalau tak cuba, memang sampai ke sudah la begitu tanpa ada apa-apa perubahan. Lepas tu jadi makin takut dan murung dan stres.

Saya dah cuba menjadi orang yang positif dan fikir perkara positif sahaja walaupun negatif yang datang depan mata. Dan saya suka perasaan menjadi orang positif. Alhamdulillah saya bertemu dengan pasangan begitu. See how your partner can transform your way of thinking and way of life. Dan kalau tak kuat bergerak sendiri, carilah kawan atau support group. Kalau usaha mencari, mesti Allah tunjukkan jalan.

Biarkan orang negatif dengan hidupnya. Kita tak rugi kalau tak bersama mereka. Kita rugi kalau kita membiarkan kita seperti mereka.


Sweet Enough Challenge

Teks & Imej: Zaila Hafni

Motivasi kena dicari dan di'refresh'. Memang takdenye motivasi tu nak lekat selalu. Kadang hilang, kadang datang balik dan kadang kena tangkap. Dan kadang lagi seronok dibuat beramai-ramai.

Pagi ini, kebetulan singgah blog Master Puteri. Nampak entri Sweet Enough Challenge. Oh inilah dia yang diorang tengah buat -- cabaran kurangkan gula dalam makanan untuk 14 hari.

Motivasi tu. Hehe.

Memang saya biasa buat (kurangkan gula) malah lebih daripada 14 hari, sebab nak kawal GDM masa mengandungkan Fuaad dulu. Ikut instruction yang dietitian bagi. Memang tough dan sukar mula-mula but now I've used to it. Memang kurang makan manis sekarang. 

So sesapa nak join the challenge, moh ler. Sempat lagi ni, start 15 September until 28 September 2014. Cuba tengok...sambil jadi lebih sihat, kita akan tambah ilmu pasal gula dalam makanan. Jangan tak tau, dalam makanan yang kita makan hari-hari, banyak gula ooo. Nasi putih, roti putih, kuih manis, teh tarik, roti canai, the list goes on. Tapi kita ada pilihan, ada alternatif. Itu yang saya buat dulu.

Tukar ke beras perang, roti gandum penuh, biskut tawar. Gula tiruan, menurut pakar pemakanan yang saya hadiri sesi ceramahnya, dia kata no such thing as sugar substitute macam stevia or Equ**. Kita kena biasakan kurang gula bukan ganti gula tu dengan yang lain. Dush! Kena batang hidung mak.

Tapi jangan salah faham. Kurangkan gula, bukan tak boleh ambil gula langsung tapi kena faham sumber gula baik dan berapa banyak yang perlu setiap hari. Takde langsung gula dalam badan nanti hipo pulak (tahap gula rendah - pitam). 

Sesiapa nak join challenge ni, follow Instagram @sweet_enough_challenge okeh!

Mari hidup dengan lebih sihat. Kita ada pilihan. 


Zaila Hafni
019-4603094

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Teks: Zaila Hafni
Imej: Carian Google

Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya

1. Macamana rupa peria katak?
Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different.


Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni.

2. Apa yang bagus sangat peria katak ni?
Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat.

3. Apa lagi khasiat peria katak?
Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni:

- berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan
- tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan
- mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes)
- tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan yang baik untuk anti-penuaan dan anti-kanser)
- membantu turunkan kolesterol
- mencegah jangkitan
- bantu atasi sembelit


4. Cara makan/minum peria katak?
- blend, minum jus (buang biji dahulu)
- blend, campur dengan jus epal hijau (untuk kurangkan pahit)
- rebus, minum air rebusan
- hiris nipis, dimakan mentah sebagai ulam
- hiris, kacau goreng (boleh tambah lobak merah dan dipecahkan telur)

Selamat mencuba!

=====================================================================

Kawal tahap glukosa darah dengan Set Diabetes.

Mengawal tekanan darah tinggi dengan Set Darah Tinggi.

Tanya saya tentang set -set di atas:
Zaila Hafni
019-4603094

Masker Alfalfa untuk Jerawat

Teks: Zaila Hafni

Dah lama nak cuba buat masker alfalfa ni tapi entah la tak terbuat. Sampailah Hari Malaysia ni, tergerak nak cuba dek jerawat yang sangat mengganggu emosiku. Hoho. Siapalah yang nak tengok jerawat mencanak naik dengan jayanya ye dak?

Maka bersempena off day seMalaysia ni, sambil bersiapkan sarapan dan mendobi dan sebelum hero malaya bangun, mari kita test power alfalfa mask yang katanya best sangat nih.

Dengan memanfaatkan tablet alfalfa yang masih ada (now stop kejap), mari kita buat mask ye Cik Jah.

Nak buatnye mudah sangat. Ambik je 3-4 tablet, larut dalam air. Sekejap aje larutnya pun. Maksudnya secepat ini jugak kah tablet alfalfa ini larut dalam badan sekaligus beri kesan maksimum? Logiknya ya lah kan.

Ok bila dah larut, air tak perlu banyak sangat... sikit je sebab kita nak jadikan dia pes. So bila dah jadi pes tu, apa lagi.. tepekkan la kat muka jerawat itu. Sapu rata-rata kena seluruh muka. Waaa masa sapu tu rasa sejuk (sambil muka hala ke kipas nak bagi cepat kering. Apakah?) Then biarkan kat muka dalam 4-5 minit.

Sambil-sambil tu saya update blog ni. Terasa muka menegang. Haa bila mask makin kering gitu ler. Ke memang fungsinya menegangkan kulit muka jugak ek. Kira bonus la gini kalau ya.

Lepas tu basuh dan bilas masker tadi. Sambil tu boleh urut perlahan buat macam skrub.

Rasa fresh lepas bilas. Ada la harapan jerawat ni kecut dan beransur hilang insha Allah.

Kalau nak cuba buat masker atau nak makan alfalfa ni, pm saya ye.

Zaila Hafni
019-4603094

Elakkan Ketika Hamil

Teks & Imej: Zaila Hafni

Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul?

Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan.

Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga.

Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini.

Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berperang dengan selera makan dan mood swing. Walaupun dalam keadaan kurang selera, ibu masih perlu makan untuk menyalurkan nutrien kepada anak. Cubalah untuk cari makanan yang boleh 'ditelan' walaupun kita kurang berselera. Dan perlu juga tangani mood kerana emosi ibu boleh mempengaruhi emosi anak juga.

Dengar macam susah, kan. Yang pernah alami, faham lah bagaimana kan. Tapi itulah pengorbanan ibu.

Ibu hamil kena usahakan untuk dapat segala nutrien tak kiralah dalam bentuk apa pun. Yang pasti, tidak membahayakan atau bagi mudarat. Dalam trimester pertama, jangan sebarangan makan.

Antara makanan yang perlu dielakkan:

* Makanan laut yang tinggi merkuri (swordfish, yu, king mackerel)
Perlu dielakkan kerana risiko kandungan merkuri yang tinggi. Tuna atau tuna dalam tin boleh dimakan, juga dalam kuantiti kecil/sederhana saja. Sama juga dengan makanan laut lain (udang, ikan pollock, ikan bilis, ikan salmon) masih boleh diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan laut lain seperti kerang, saya cuba elak sebab faktor kebersihan. Sotong atau ketam pun boleh tetapi pastikan bersih dan dimasak sempurna (elok masak sendiri lah)

* Keju dari jenis brie, feta, blue
Melainkan ada tulis 'dipasteurkan' pada pek, tapi kalau was-was, tak payah makan lah kan. Keju jenis lain ada lagi :)

* Makanan rapu, jajan, makanan segera
Kerana kandungan perasa dan pewarna yang tinggi tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi

* Minuman berkafein
Boleh diambil dalam kadar minimum (contohnya tak lebih 2 cawan sehari) tetapi meninggalkan terus lebih baik sepanjang tempoh hamil

* Makanan sejuk dan berangin
Dalam trimester pertama, ibu kerap kembung/angin, jadi kurangkan makanan berunsur ini. Contohnya sayur tauge, kobis, kangkung dan legum (kacang panjang, buncis). Cempedak pun angin. Kalau nak makan cempedak goreng tu, agak-agak lah ya. Maklum la musim cempedak meriah skarang kan.

* Teh herba
Melainkan arahan doktor. Tapi macam ada juga teh herba untuk ibu hamil, cuma saya tak pasti lah boleh beli di mana.

* Alkohol
A big no. In fact masa keadaan sihat pun memang tak boleh minum kan. Harammmmm.

* Buah atau sayuran yang tidak dibasuh
Basuh bersih dulu sebelum makan. Kadang-kadang ada bakteria penyebab penyakit kat situ.

* Daging, makanan tenusu atau telur yang tidak dimasak
Boleh bagi keracunan makanan kalau ada bakteria penyebabnya. Anak yang dikandung boleh kena kesan kalau ibu keracunan makanan. Mintak simpang.

Berhati-hati pilih makanan ye. Tak jadi apa pun kalau tak makan ni. Kena sabar kejap ye. Berbaloi pantang makan ni. Ibu sihat, mak pun sihat.

Jom kita sama-sama sihat!

Zaila
019-4603094



Makan Malam yang Tak Menggemukkan

Teks: Zaila Hafni
Foto: freeimages.com

Selamat Hari Isnin! Bekerja hari ini, esok cuti...yayyyy! Selamat Hari Malaysia in advance :D

Nak kongsi cerita pasal makan lewat malam. Selalu tak rasa craving tengah malam atau sebelum tidur? Kadang tu ada masa rasa nak mengunyah je. Kadang nak diet tapi salah percaturan, lapar pulak tengah malam tapi nak makan kang lagi la gemuk.

Oh dilema...dilema.

Ada rahsia dan cara nak makan lewat malam aka sebelum tidur. Yang pasti, kena pilih cara yang betul. Bukan makan burger ayam atau pizza. Ops!

Kalau kita terasa sangat nak mengunyah atau nak makan sesuatu, muslihatnya adalah dengan memilih makanan yang takkan meningkatkan tahap glukosa darah, takkan meningkatkan lagi selera sekaligus menaikkan berat badan.

Pilihan kombo snek berikut ringkas dan ringan tetapi cukup kenyang untuk anda lalui malam tanpa perut berkeroncong. Insya Allah.



Pilihan 1: Sebiji pisang saiz sederhana + 1 sudu besar mentega badam (nanti Google mana nak cari mentega badam nih).

Pilihan 2: Sebiji epal saiz sederhana + 1 oz keju rendah lemak (oz, oz ni macam buat susu anak pulak hehe)

Pilihan 3: Suku cawan kacang hitam + 1 cawan kecil tortilla jagung (pilihan yang sangat asing tapi boleh dicuba oleh orang yang gemar kelainan)

Pilihan 4: Secawan bluberi + 6-8 oz yogurt tanpa lemak (salad bluberi gitu)

Pilihan 5: Secawan jejari lobak merah + 3 sudu besar hummus (pilihan yang agak biasa dan boleh diamalkan ni)

Dah tentu la nampak pelik dengan variasi snek macam ni, maklumlah dapat inspirasi ni daripada orang bukan Malaysia. Ni cadangan saja, kita boleh sesuaikan dengan snek sihat yang kita ada. 

Jangan la pi makan roti canai kedai mamak plak ye. Hehe.

Makan malam tak ada salah pun. Tapi dengan cara dan pilih makanan yang betul. 

Nak kurus dengan sihat dan tahan lama 'kekurusan' itu, boleh PM saya untuk tahu cara :D

Zaila
019-4603094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...