Dream BIG. Go BIG.

Teks: Zaila Hafni

Kita kadangkala terlalu bercita-cita tinggi tapi tindakan kita tidak sepertinya. Hanya cakap-cakap sahaja tanpa tindakan.

Apa sahaja cita-cita pun, takkan tercapai jika hanya dengan cakap atau angan atau azam.

Sebab itu, buat tindakan dengan BERMULA walaupun kecil.

Small steps lead to BIG effect! That's #shakleeeffect :)

Mulakan dan konsisten. Lama-lama akan jadi biasa dan tabiat. Akan jadi rutin.

Kena istiqamah. Dan doa pada Allah tetapkan hati dan jadikan kita hambaNya yang tak mudah berputus asa.

Saya dah pilih dan MAHU pendapatan tambahan RM2000 pada Februari tahun hadapan. Jadi saya kini berada bersama-sama individu yang bermisi sama dengan bimbingan individu yang telah berjaya melakukannya.

Jika saya tak mulakan sekarang, saya tak tahu bila lagi saya akan berpeluang. Kalau kalian juga turut sama mahu pendapatan tambahan 4-angka sebulan, ambillah tindakan sekarang. Banyak impian yang boleh dilaksanakan dengan duit tambahan tersebut. Setuju ke setuju?

Bersama saya dan team #projek2ribu Shaklee.. ubah tahap kewangan anda dan kesihatan anda.

Zaila 0194603094
Rich with Shaklee #RwS

Pengalaman Saya dengan Darah Tinggi

Semasa mengandungkan Fuaad, saya memang ada darah tinggi. Masa mula-mula check up terkejut dokter dan nurse sampai beberapa kali ulang ambik BP.

Masa tu agaknya dengan nervous lagi, memang tinggi lah.

Dan bermula la episod saya ulang alik ke klinik dan rekod BP setiap 2 minggu. Sampai beli sendiri lah Blood Pressure Monitor. Takkan tiap-tiap kali nak kena pi klinik... dah tu kena caj pulak. Terpaksa melabur sikit. Tapi sangat berbaloi sebab satu keluarga boleh guna.

Bagi yang tak tahu, bacaan normal tekanan darah adalah 120/80. Kalau kurang daripada tu, tekanan darah rendah, kalau lebih tekanan darah tinggi lah (atau hipertensi). Untuk ibu mengandung, memang dokter akan pantau rapat sebab boleh beri kesan pada ibu dan baby. Kesan yang macamana, saya kongsikan lain kali.

Dulu macam-macam petua juga ikut untuk kurangkan darah tinggi ni, mula-mula memang susah. Sebab kita dah terbiasa dengan tabiat makan kita yanh tak sihat tu. Sangat kritikal kawal kandungan garam dalam diet dan juga penting untuk kawal stres. Bila stres tu yang darah naik!

Saya memang perasan saya selalu pening dan banyak berfikir. Kadang-kadang tak pandai nak kawal emosi tu yang serabut jadinya. Dan tak tahu ada sesetengah makanan yang kita makan rupanya tinggi garam tapi kita tak sedar.

Dulu saya belum sampai tahap kena ambik ubat darah tinggi masa mengandung, cuma diet control. Mengandung kali ni, alhamdulillah bebas darah tinggi

Jaga-jaga dengan pengambilan makanan berikut (yang tinggi garam):
1. Kicap, sos tiram
2. Serbuk perasa / kiub pati
3. Jeruk
4. Jajan
5. Kerepek dan keropok
6. Ikan kering / masin (dah tentu lah)
7. Makanan segera
8. Makanan diproses (dalam tin, sejuk beku)

Kalau masak pun, kurangkan garam. Lebih baik tukar ke garam bukit.

Bagi saya memang sangat berbeza mengandung kali ini berbanding dahulu. Dah ada pengalaman sikit, agaknya ya. Satu lagi saya memang dah mula ambil B Complex masa mula merancang nak mengandung, jadi selain membekalkan asid folik, boleh mengawal stres dan membuatkan saya lebih tenang. Bangun pagi pun dah kurang rasa pening. Alhamdulillah.

Kalau anda atau mak ayah atau sedara mara yang ada darah tinggi, boleh amalkan Set Darah Tinggi Shaklee.

Boleh bincang dengan saya untuk cadangan set terbaik mengikut keperluan anda.

Details,
Zaila Hafni
ID 1105265
019 460 3094
Rich with Shaklee #RwS

#projek2ribu

Teks: Zaila Hafni

Saya tak reti pun buat bisnes. Dan saya tak minat pun pada mulanya. Sama macam kebanyakan kita.

Tapi, saya sedar untuk tampung dan kukuhkan ekonomi keluarga saya, saya perlu cuba. Barang keperluan sekarang bukannya makin murah. Dan kena bijak rancang dan urus kewangan selain menambahkan pendapatan.

Selain tu, saya juga sedar yang untuk saya terus usahakan tambah pendapatan di samping urus rumah tangga serta komitmen kerja, saya juga kena jaga kesihatan saya. Ubat pun tak murah juga sekarang, betul? Kalau sakit, MC lagi. Kita pun tak mahu selamanya macam tu.

Saya bermula dengan Shaklee sebagai pengguna. 2 kali. Pertama semasa berpantang. Susu badan kurang dan saya rasa sangat penat dan stres beradaptasi dengan hidup baru sebagai mak. Alhamdulillah suplemen Shaklee bantu saya rasa bertenaga sikit dan susu badan makin bertambah. Saya adalah working at home mom (wahm) waktu itu. Penat sebenarnya. Jadi jangan pandang wahm sebelah mata. Wahm lagi memerlukan suplemen seperti ini. Tapi selepas stok habis, saya berhenti makan Shaklee. Dan kemudiannya saya mula bekerja pejabat semula setelah anak berusia 10 bulan.

Cabaran lain pula kali ini, bila mana saya perlu urus tenaga untuk kerja pejabat dan rumah tangga. Benar-benar penat waktu itu. Dan bila saya suarakan pada suami untuk sambung ambik Shaklee semula, dia kata ok. Maklum la masa tu dengan kerja, menyusu... bila penat memang susu merudum. Anak pun asyik merengek je. Tertekan betul waktu tu. Pam di ofis pun tak berhasil mana. Tak tahulah kalau saya guna pam yang kurang efisien atau saya memang kurang zat. Rasanya kombo kedua-dua tu membuatkan prestasi penghasilan susu badan berkurang.

Saya sambung balik ambik Shaklee untuk ibu menyusu. Saya ambik Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Lepas tu top up dengan Vitamin C dan BComplex.

Alhamdulillah. Saya kurang letih berbanding dulu, kurang sakit pinggang dan lenguh-lenguh, dan kurang alergik (gatal bila makan seafood). ESP saya selalu ambik as early breakfast, yang mana bancuh segelas kongsi dengan suami. Dia pun alhamdulillah tak rasa lesu sangat walaupun kerja banyak dan kadang-kadang balik lewat.

Saya rasa serasi dan selesa sebagai pengguna Shaklee. Dan akhirnya saya join membership untuk nikmati harga member dan benefit lain. Upline saya pun bukan orang lain, anak sepupu saya. Jadi apa-apa hal saya mudah berhubung dengan dia. Sampai akhirnya baru saya tahu yang saya boleh dapat cash bonus bila saya beli produk Shaklee lebih 150 uv. Dari situ lah saya belajar buat bisnes networking.

Memang ada hari yang down. Saya tak nafikan. Ada bulan-bulan gagal. Ada masa saya memang putus asa terus. Tapi saya terkesan dengan input motivasi dan 'sentapan' daripada upline kepada upline kepada upline saya. Ya, semua peringkat upline. Dan juga yang membuka mata dan otak beku yang selalu underestimate keupayaan sendiri.

Betul. Sendirian takkan ke mana. Anda memang perlu bimbingan dan kumpulan sokongan yang kuat. Anda juga kena bersedia dipimpin dan belajar. Juga kena sentiasa positif.

Alhamdulillah saya bukan sahaja berpeluang berada dalam kumpulan yang bermisi besar, juga yang tahan lasak dan fokus.

Paling penting, sokongan suami. Dan yang utama; kebergantungan pada Allah selain usaha.

Saya ingin tambah pendapatan saya menjelang Februari 2015. Disebabkan itu, saya memilih untuk berada dalam #projek2ribu ini.

Sesiapa juga boleh jika sanggup dan sangat mahukan pendapatan tambahan.
Bersama-sama saya, menjana pendapatan lebih besar dengan bimbingan mentor saya, Master Aishah Amin.

Zaila
ID 1105265
019 460 3094
Rich with Shaklee

#projek2ribu #feb2015 #wahm #lisa #rws

Jaga Kesihatan semasa Berpantang

Teks & Foto: Zaila Hafni

Nak ambik jamu, takut panas, anak cirit birit sebab menyusu.

Nak ambik vitamin je, boleh ke?

Serba salah nak berpantang.

Tak perlu pening kepala.

Jamu, kalau dah biasa ambik dan tak beri kesan kat baby, boleh teruskan tapi yang saya pernah baca bukan sejurus selepas melahirkan. Arahan ambik jamu sila rujuk pakar yang jual jamu dan pertimbangkan sewajarnya. Saya tak pernah ambil jamu, jadi saya tak tahu kesan jamu macamana.

Vitamin, memang dibekalkan hospital paling kurang untuk stok sebulan. Vitamin yang membantu pulih luka dan beri tenaga. Jadi tak timbul masalah tak boleh ambil vitamin semasa berpantang. Cuma kalau ada pilihan yang lebih baik dan semula jadi, baik pilih yang tu, ye dak.

Saya selalu cadangkan multivitamin (Vitalea), vitamin B, vitamin C, zink dan kalsium untuk kawan yang tengah pantang. Kalau nak lebih bertenaga dan segar boleh tambah protein soya (ESP). Kalau nak up milk production dan kecutkan rahim boleh ambil Alfalfa juga.

Satu lagi paling disarankan, Collagen Powder. Bagus nak kurangkan rambut gugur, dan tegangkan mana2 bahagian badan yang mengendur selepas bersalin. Kalau yang bersalin secara caesarean, baik juga untuk kurangkan kesan parut.

Yelah... nak kena jaga badan kan walaupun anak 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Ambil iktibar surat Abang kepada Mah. Tak kisahlah sama ada betul ke rekaan, yang penting peringatan untuk isteri jaga kesihatan dan penampilan. Eh terkena hidung sendiri.

Sama-sama lah kita jaga diri sendiri ��

Kalau nak borak tentang set pantang Shaklee, whatsapp je 019 460 3094. Boleh sembang panjang dan kongsi pengalaman juga.

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

Teks & Foto: Zaila Hafni

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri.
♧ Mengurangkan paras kolesterol.
♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis.
♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'.
♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD.
♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis.
♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus.
♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma.
♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid.
♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3.

Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sumber makanan yang kaya omega 3 dalam menu harian kita.

Contoh makanan yang mengandungi omega 3 : ikan salmon, sardin, makerel. Sumber daripada tumbuhan antaranya minyak kacang soya, biji labu dan walnut.

Atau boleh mengambil suplemen minyak ikan yang telah disahkan bebas logam berat tercemar seperti merkuri.

Omega Guard Shaklee adalah contoh terbaik suplemen minyak ikan. Minyak ikan yang dihasilkan telah menjalani proses penyulingan triple molecular untuk bantu singkirkan merkuri dan logam berat lain (arsenik dan plumbum).

Dengan 90 kapsul dalam setiap botol, anda tidak akan lagi kekurangan sumber omega 3 dalam diet anda selama 30 hari.

Tingkatkan kesihatan jantung dan perkembangan otak anak-anak dengan Omega Guard.

Untuk dapatkan stok Omega Guard anda atau ingin berbincang lanjut tentang peluang bisnes dengan Shaklee, hubungi:

Zaila Hafni | ID 1105265 | 019 460 3094

Makanan Tambahan Penting untuk Ibu Mengandung

Teks: Zaila Hafni

Lain rasanya kali ini. Segalanya berbeza. Cabaran pun berbeza. Betul orang kata, pengalaman mengandung bahkan melahirkan setiap anak semua lain-lain.

Untuk kali kedua ini, alhamdulillah saya rasa lebih sihat dan bertenang berbanding dulu. Jika dulunya, saya ada diabetes dan darah tinggi, kali ni nampaknya darah tinggi terkawal (normal) dan diabetes masih tunggu keputusan ujian minum air gula MGTT. Harap2 tidaklah kali ini. Serik sebenarnya nak kena ulang alik klinik dan stres kita jadinya memikir macamana nak kawal gula dalam darah.

Dalam hati saya, dan instinct saya sendiri, saya merasakan saya bebas kedua-duanya kali ini. Semoga betul lah apa yang saya fikirkan..

Saya sebenarnya memang mengawal pengambilan gula dan garam dalam menu harian saya bila saya dan suami sudah bersedia untuk anak seterusnya. Disebabkan pengalaman lepas, saya memang berhati-hati sikit. Lama-lama saya dah terbiasa. Garam masakan saya tukar ke garam bukit (setahu saya garam bukit lebih baik) dan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman tambah lagi gula putih. Kalau guna pun kuantiti sedikit sahaja. Lidah saya pun dah imun dan dan biasa minum tawar. Kalau bancuh air pun dah biasa tak tambah gula atau letak sedikit saja.

Dan satu lagi tabiat yang saya tambah dalam amalan pemakanan saya, saya mula ambil makanan tambahan. Kalau sebelum ni, saya cuba untuk makan secara biasa tanpa makanan tambahan, tapi selalu tak memadai. Saya tak mampu nak cukupkan keperluan zat yanh harus saya ambil sehari-hari. Natijahnya saya sentiasa lemah dan letih. Mudah sakit badan. Jadi, sejak menyusu anak hingga ke hari ini, saya masukkan makanan tambahan dalam rutin harian saya. Selain untuk kekal bertenaga dan sihat untuk menyusu, juga mampu untuk urus hal rumah tangga dan jadi lebih sihat sewaktu mengandung.

Dengan kerja rumah yang tidak pernah berhenti, tugasan di pejabat dan hal suami dan anak, serta anak yang dalam perut, saya perlu pastikan saya berada dalam tahap kesihatan yang baik. Alhamdulillah dengan adanya bantuan Vitalea, Ostematrix, B Complex, ESP dan Vitamin C, saya kurang sakit pinggang dan lenguh badan, kurang pening dan loya.

Semoga kandungan ini baik-baik sahaja hingga saat melahirkan. Kita berusaha, Allah jua yang menentukan.

Zaila Hafni
ID 1105265
019 460 3094
Shaklee Distributor & Business Advisor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...