Review Makan: Gaza Restaurant, Taman Melati

Berkesempatan ke Gaza Restaurant yang menyediakan makanan Palestin di Taman Melati, Kuala Lumpur. Makanannya boleh tahan. Jemput tengok gambar yang saya sekeluarga makan :) 

Jika rasa nak makan makanan arab, bolehlah cuba kat sini. Harga pun berpatutan. Untuk makanan + layanan + rasa, saya bagi 3.5/5 bintang. Hehe.

Review Shopping: Aeon MaxValu

Text: Zaila Hafni
Photos: Gamuda Walk

Since our first visit to Gamuda Walk, we already fall in love with the ambience and environment of this place. It is officially open end of last year, but only last month we're able to go there.

The purpose of going there mainly because we want to go to Mr DIY. That's the nearest branch to us. But as you know when going to a mall...you will end up going other stores too. Hehe.

Aeon Maxvalu is a convenient store which offers household products and wet market.

The prices are quite reasonable and there is a lot of imported stuffs. I found that the baking shelves offer quite a number of choices of cake premix, cake or dessert decorations. But for Muslims, please take note for the halal products.

As for fruits and vegetables, you can have the premium quality and organic here. It's a bit pricey but thats the price for quality. You can see organic spinach, non-gmo corns, premium grade chives and many more.

The wet market also offers fresh tenggiri, ikan merah, prawns, squids and other seafoods, aussie beef and Nutriplus chicken (to name a few). And sometimes they offer 50% discount for selected items (to clear stocks for that day). You can have 3 pieces of tenggiri at about RM4.00++ only after less 50%. That is the best part. You still have a chance of getting your 'lauk' for cheaper price and still in good condition, but please check first lah. Choose the best among all 50% packets. Hehe.

And what I like the most is, I can use my Aeon member card here. So while shopping you are earning your points! So don't forget to flash your Aeon card while shopping in Maxvalu.

If you are looking for a fresh and imported products, you can consider coming here. Maxvalu is quite a value for your money.

More info, you can go to www.gamudawalk.com/maxvalu

Birthday 'Microwave' Cake

Text & Photo: Zaila Hafni

Yesterday was my son's 3rd birthday. Were thinking from last month that by yesterday I would be able to make a birthday cake for him on my own.

Since we don't have any oven or toaster oven, a microwave cake should be enough. Furthermore, I found a very simple recipe for a 3-minute chocolate cake with easy ingredients too.

So I give it a try.

I tried few times. There are times the cake appeared a bit hard. Sometimes too soft. I do experience with real cocoa powder instead of chocolate drink powder. Also replacing fresh milk with condensed milk. Quite few trials and errors.

And yesterday alhamdulillah the cake turns ok. Ok for an amateur like me.

Here is the recipe I used to make the birthday cake. Super simple and its done less than 15 minutes! And without oven!

BIRTHDAY MICROWAVE CAKE

8 spoonfuls Vico/Milo powder
8 spoonfuls self raising flour
8 spoonfuls brown sugar
8 spoonfuls full cream milk
8 spoonfuls cooking oil
2 eggs

Put all ingredients in a bowl. Mix well. Find a microwaveable bowl (preferably glass, but can use plastic), transfer the batter. Put in the microwave and set for 6 minutes. Once done, take it out carefully as it is very hot. Splash some chocolate syrup (or chocolate ganache) on top. Sprinkle with colour rice. Done!

This is actually for 2 portions of cake. For easy breakfast or hi tea, you can half the amount (4 spoonfuls of all ingredients and 1 egg), mix well and put in 2 small bowls or mugs. Microwave it for only 3 minutes. Tadaaa! Your chocolatey snack is ready.

No oven. No mixer.

So don't forget to try this easy peasy chocolate cake...no excuses for not making a cake if you don't have the oven!

Thursday Thought

Text: Zailahafni

Alhamdulillah, woke up another day today.

Be grateful for another beautiful day and another oppportunity to live life to the fullest.

I am grateful for the small family I have. I am grateful for the chance to take care of my kids on my own.

That's the beauty of being a wahm.
It's so challenging being a mother, yet I enjoy every moment of that.

May Allah ease the journey.

Happy Thursday!

Sakit Kepala Berdenyut, Petanda Migrain?

Teks: Zaila Hafni

Sakit kepala berdenyut-denyut, pada satu bahagian kepala boleh jadi petanda migrain.

Pernah kena tak?

Lebih kurang 75% penderita migrain ni kaum wanita tau. Nampak benor wanita ni sukar sikit nak kawal stres dan tekanan. Eh. Bukan, tu antara sebab yang mungkin menyebabkan migrain je. Banyak lagi punca lain yang sebabkan terjadinya migrain.

Alkisahnya, anak-anak saya tak sihat. Dua orang sekali. Dek takut suhu badan naik tengah malam, kita tidur pun ayam-ayam aje lah. Mana tahu tetiba suhu spike ke 38 ke 39 ke, kena cecepat pegi klinik atau hospital. Yang kecik pantang kudengar merengek terus disua susu. Yang besar, perhati dulu kadang-kadang dia mengigau je.

Sejak tu, waktu tidur memang terganggu. Tak cukup tidur, tak cukup rehat. Siang buat kerja macam biasa tapi lepas sehari dua, terasa sangatlah lemah satu badan. Keesokannya bertambah lemah bila kepala start pusing dan berdenyut. Memang lain macam. Saya tak pernah lagi kena macam ini.

KENALI SIMPTOM MIGRAIN DI SINI.

Terus ambik mesin check tekanan darah. Takut darah tinggi. Bila check, normal je. 123/83. Satu badan shut down. Nak buat apa tak mampu. Sampai mintak husband balik awal untuk tengokkan anak-anak sebab rasa tak larat sangat nak cara ke budak-budak tu.

Husband balik. Tolong kemas rumah. Tolong masak dan siapkan makan. Check tekanan darah lagi. Loh rendah pulak. 103/65. Husband tanya nak pegi klinik tak, saya jawab tak. Biar rehat dan esok tengok macamana.

Malam tak boleh tidur. Esok kepala bertambah denyut. Kuat gila! Husband tanya lagi boleh cope ke tidak, terus jawab tak. Nak gi klinik? Angguk je sebab tak larat.

Sementara nak boleh siap dan masuk ke kereta punyalah seksa Allah bagi dugaan. Baru sikit. Manataknya berdiri sikit pusing. Duduk kejap pun pusing. Sampai klinik, subhanallah ramai patient. Sabar.....

Mujur anak kecik tak buat perangai. Behave aje beliau. Dapat jumpa dokter ok sikit. Dokter friendly katakan. Dokter india muda, perempuan. Peramah sangat. Cerita simptom itu ini, dia diagnos saya migrain + gastrik.

Oh. Oh.

Disebabkan saya menyusu baby, dia tak bagi banyak ubat. Dan ubat yg dapat pun dos rendah saja. Dan tambah satu injection.

Bertabah.

Alhamdulillah. Beransur pulih dan rasa sihat kembali. Tapi ni payah nak lena pulak lagi entah kenapa. Banyak sangat idea lepas balik workshop siang tadi.

Doakan saya boleh lena malam ini. Semoga mimpi indah belaka.

Selamat malam.

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Teks: Zaila Hafni

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut.

Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas.

Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia.

Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak.

Ini pun belajar daripada mak mertua masa Fuaad dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah.

Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia.

Masa Fuaad dulu, belum setahun umur dah 3 kali urut rasanya. Biasalah budak lelaki melasak. Adik dia pun sama lah ni. Faheem ni baru mula nak meniarap, dengan badan sado pulak... kalau bukan salah urat dia dok golek-golek tu boleh jadi salah urat sebab salah dukung ke pegang dia ke. Kesian bila letak baring atas tilam meraung taknak. Lepas tu takde nak golek-golek. Sah la ni salah urat. Tidur pun tak nyenyak. Dan macam biasa simptomnya bahagian atas badan panas tapi bahagian kaki sejuk.

Tu yang lantas balik umah MIL ajak pegi urut. Alhamdulillah wak urut tu ada kat rumah. Sebabnya pegi tawakal je. Wak ni tak ada telefon. Orang lama kan.

Bila wak tu pegang Faheem... betullah dia salah urat. Menjerit-jerit dia kena urut. Berair-air mata sepanjang kena urut tu. Tapi sebab nak bagi baik, saya pun tahan ajelah pujuk dia. Huhu.

Wak tu urut-urut kat bahu, belakang badan, tangan dengan minyak urut khas dia buat sendiri. Lepas dah kena urut tu, bagi dia menyusu. Lena terus. Lega sikit dah kot kan.

Alhamdulillah lepas tu he looks better. Dah nak senyum-senyum. Kalau tak, muka tu layu aje. Nak senyum pun tak lalu. Dan start balik dah golek-golek. Hehe.

Jadi, kalau kita rasa badan anak kita tu lain macam - atas panas, bawah sejuk tu mungkin salah urat. Demam urat la kot gitu kan. Cuba bawak pi urut mana tau ok. Insya Allah.

===========================
INGIN KE BANGKOK DENGAN PERCUMA?

SERTAI KELUARGA BESAR SHAKLEE DAN BERPELUANG UNTUK KE BANGKOK DENGAN TAJAAN SEPENUHNYA!

DAPAT MULTIVITAMIN PERCUMA* JUGA BAGI SETIAP PENDAFTARAN BARU.

UNTUK MENDAFTAR, HUBUNGI:

ZAILA HAFNI
YOUR TRUSTED HEALTH & WEALTH ADVISOR
SHAKLEE SHAH ALAM/KOTA KEMUNING
SMS/WHATSAPP 0194603094

*untuk tempoh terhad sahaja

Menangani Anak Sakit Nak Tumbuh Gigi (Teething)

Teks: Zaila Hafni

Demam nak tumbuh gigi?

Ye. Baby boleh sampai demam bila first tooth nak keluar. Dan bila dalam keadaan ni, semua serba tak kena. Maklumla sakit. Bayangkan la kita sakit gigi. Inikan pulak budak kecik menahan sakit gigi nak muncul daripada gusi. Memang budak akan crancky and clingy. Maka bersedialah mak-mak sekalian untuk tak cukup tidur, berjaga malam dan nak buat apa pun agak terhad sebab anak nak melekat aje.

My 2nd son tengah teething la ni. Dia daripada yang susah nak dengar suara merengek menangis, ini tak boleh tinggal sekejap dah merengek. Ada aje yang tak kena. Dan nak berdukung aje. Ohmai.

Mujur husband cuti pada hari kejadian. Itu pun cuti sebab bawak the 2nd son pi cucuk. Kitorang berjaga-jaga juga kot demam sebab cucuk ke. Tapi actually the day before dia dah start dedor-dedor gitu dah. Kitorang cuma pantau suhu badan dan letak tuala basah kat dahi.

So far suhu around 37.9 to 38.3 C. Kalau ikut pembacaan artikel pasal teething, selagi suhu badan di bawah 38.8 C, mungkin itu salah satu petanda teething lah. Selain anak dok ngences tak hengat punya. Dan sedap gigit jari kita atau apa mainan yang dia pegang semua nak masuk mulut.

Saya bagi dia pegang teething ring, memang beria dia gigit. Rasa lega kot gusi tu dapat gigit benda keras.

Memang antara fasa mencabar kesabaran dan menguji ketahanan mak bapak dalam membesarkan anak bila anak nak tumbuh gigi. Memang akan cranky dan clingy lain macam. Dia sakit kan.

Mujur la mak dia ni kerja dari rumah. Kalau saya kerja ofis ni, memang kena EL la anak tak sihat. Dan punya tebal muka dan berat hati nak SMS bos pagi-pagi inform tak masuk ofis. Kalau hantar ke taska pun mesti merengek aje sepanjang hari. Kesiannya la hai.

Yang si abangnya pun tiba-tiba badan panas jugak. Maka dua- dua hero pun melepek. Huhu.

Teething memang fasa yang menyakitkan untuk anak dan juga ibu bapa.

Dan alhamdulillah hari ni he is getting better.

Lihat di http://hifzaila.blogspot.com untuk bezakan antara simptom anak sakit atau anak teething. Juga cara menangani anak yang sedang teething.

---------------------------
JADI IBU SUPER DAN SIHAT DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE!

KONSULTASI MASALAH KESIHATAN. ORDER PRODUK. PELUANG BISNES EXTRA INCOME.

WHATSAPP ZAILA 0194603094.

----------------------------

Review Makan: Zaky's Pizza

Teks & Foto: Zaila Hafni

Jumaat lepas alhamdulillah berkesempatan dinner kat Zaky's Pizza di Jalan Kebun, Shah Alam.

Sebenarnya dah lama dah plan tapi tak tersinggah. Akhirnya sampai juga. Sesekali bawak anak makan luar.

Lokasi kedai di Jalan Kebun, dekat dengan Econsave Jalan Kebun dan perumahan Kemuning Greenville, Mahkota Kemuning dan D'Pinggiran Kemuning. Deretan kedai baru kat situ. Jalan Tanjung Rhu.

Pertama kali datang dan masa tu customer tak ramai sangat. Jadi selesa lah untuk kami anak-beranak.

Kami order:
Pizza Chicken Sensation 8"
Meatballs + Wedges
Spaghetti
Beef Lasagna
Roti sosej
Pot Ice Cream
Milo Ais
Hot Chocolate

Ada pelbagai set tapi saya tak ingat kami ambik set mana. Tapi yang di atas nilah kami makan.

Menu-menunya not bad. Makanan barat yang bercitarasa tempatan saya boleh simpulkan. Rasa macam makan kat rumah (home made). Jadi kalau teringin nak makan makanan barat tapi malas nak masak, boleh la bertandang ke sini. Oh perkhidmatan delivery pun ada.

Untuk pizza, ada banyak variasi topping boleh pilih nak mana satu. Ayam, tuna, seafood. Doh pizza tersangatlah lembut dan gebunya. Kenyal macam gitu. Bukan macam crusted pizza. Ini tak rapuh tapi lembut macam roti bun. Kalau tak boleh bayangkan, datanglah kedai sendiri dan cuba yer!

Menu baru - meatballs dengan sos black pepper. Sedap. Patut cuba.

Roti sosej, menu kanak-kanak tapi anak saya taknak. Saya yang makan. Sedap juga. Sosej digulung dengan roti dilapis cheese dan digoreng.

Ada pot ice cream juga bagi yang sukakan aiskrim pasu.

Spagheti, dengan kuah bolognaise daging. Anak saya yang beria makan.

Beef lasagna suami saya paling suka. Comel lote aje bekasnya tapi sedap.

Keseluruhannya anda patut cuba. Boleh makan makanan barat dengan harga mampu milik. Yang kami beria makan tadi semua tu jumlah dalam RM60+ sahaja. Siap tak habis tapau untuk sarapan esok hehe.

Kalau nak minta hantar pun boleh. Mereka ada khidmat penghantaran percuma selama 2 bulan untuk kawasan lingkungan 5 km dari kedai. Penghantaran 2 kali sehari untuk lunch dan dinner dengan beberapa jenis set yang anda boleh pilih.

Ingin mencuba atau kenali Zaky's Pizza dengan lebih dekat, boleh Like mereka di FB Zaky's Pizza.

Selamat mencuba!

Nasi Arab Mudah Masak

Teks & Foto: Zaila Hafni

Minggu lepas, husband dan kawan-kawannya ada majlis makan-makan. Saje together gather.

Husband dah ditugaskan untuk siapkan main course, maka bertungkus-lumus jugaklah kami husband and wife siapkan makanan untuk 50 orang. Menu - Nasi Arab.

Tak pernah pun masak untuk orang makan seramai ni. Selalu masak runcit-runcit je jamu family dan kawan-kawan. Ni agak mencabar jugaklah kan. Tapi husband memang confident. Dia memang biasa masak kalau masa program company beliau... program camping ke, bbq ke. Dialah masterchefnye. Hehe

Nak masak nasi arab ni insya Allah ok. Sebab guna rempah segera. Beras pun dah ada siap. So tak payah nak risau tentang rasa. Insya Allah sedap!

Kami masak guna rempah Nasi Arab Al Bayt je senang. Dalam 10 kotak jugaklah sebab 50 orang kan. Sekotak anggaran 4-5 orang makan. Beras dah bagi, rempah semua pun dah ada dalam.

Maka bekerjasama lah husband dan wife siapkan menu. Husband tolong potong timun, tomato, bawang-bawang. Then siapkan salad arab siap-siap simpan dalam peti ais. Saya basuh ayam dan rebus. Sambil-sambil kejap entertain anak nak menyusu.

Seperiuk besar rebus ayam. Ikut resipi tak payah rebus, panggang je. Tapi kitorang nak jimat masa panggang...maklumlah ada 1 je oven tu pun pinjam mak mertua punya. Dan ada 1 microwave. Congak-congak lama sangat kalau nak panggang. Jadi kami rebus dulu ayam, panggang jugak lepas tu tapi tak lama sangat sebab ayam dah masak. Dan air rebusan guna buat sup, hidangan tepi (side dish). Resipi asal takde pun. Saja kitorang tambah buat kuah.

Nasi arab ni set dia: Nasi, ayam panggang, salad arab, sos harrah.

Orang melayu punya tekak mesti nak ada kuah. Hehe. Lauk berkuah yang sesuai macam sup ke dalca ke. Ok la tu.

Alhamdulillah mak abah ada periuk besar-besar, tumpang pinjam. Masak nasi pun senang je pakai tu. Sekejap aje dah siap :)

Syukur juga semua sempat siap, walaupun biasalah dengan selingan anak-anak. Kejap nak itu nak ini, nak tengok tu, nak nenen. Gilir-gilir la kitorang buat keje. Hehe.

Husband kata habis licin ada siap tapau. Alhamdulillah seronok dapat jamu orang makan.

Nasi arab ni senang je nak buatnya. Sukatannya semua dah bagi. Sedap pun sedap!

Nasi arab ni ada macam-macam jenis. Tengok kat sini: http://hif-onlinestore.blogspot.com, apa pilihan apa yag ada.

Kalau nak cuba, beli la ye. Sekotak RM15 je.


Sebab Ibu Bekerja yang Menyusu Perlu Makan Multivitamin

Teks: Zaila Hafni

Jadi ibu yang bekerja dan menyusu tak dinafikan memang menuntut tenaga dan kekuatan yang tinggi. Nampak macam mudah kan menyusu ni tapi ibu menyusu sajalah yang faham keadaan yang cepat lapar, mengantuk lepas menyusu, susu perahan tak cukup atau terlalu letih dengan urusan kerja, rumah dan anak.

Tapi biasalah ibu-ibu ni selalu ada kuasa super. Hehe. Semua benda boleh buat padahal dalam hati kata tak larat.

Dua orang kawan saya merangkap customer Shaklee saya yang amalkan vitamin Shaklee sejak mengandung hingga menyusu mengaku yang sangat penting ambil multivitamin. Selalunya bila dah balik kerja dah letih tapi banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Kalau anak sorang pun penat, bayangkan kalau anak lebih ramai. Habis urusan kerja, balik untuk urus rumah pulak. Banyak tenaga kena guna. Dan dengan umur yang makin bertambah, kudrat pun selalunya makin kurang. Kadang tu bila dah letih sangat, makan pun tak berapa selera.

Yang sorang ni, memang ambik Vita-Lea. Katanya bila makan multivitamin ni, bila balik kerja masih bertenaga nak urus baby yang baru 5 bulan. Dan masih menyusu badan. Sebenarnya kalau tak ambil vitamin lain pun, sekurang-kurangnya ambillah Vita-Lea. Sebab ada 28 multivitamin dan multimineral termasuk vitamin B, vitamin C dan zat besi. Kalau tak cukup vitamin penting ni, tambah pulak pemakanan pun tak cukup, manalah nak datang tenaga ye tak.

Yang sorang lagi, baru nak cuba multivitamin ni. Terus saya offer mendaftar jadi ahli, sebab sekarang ni ahli baru layak dapat Vita-Lea PERCUMA! Tapi untuk sesiapa yang mendaftar hingga Oktober je tau. Dia sebelum ni memang regular ambik Ostematrix, lepas tu top up dengan Vitamin C dan B Complex. Memang katanya beza kalau ambil dan tak ambil vitamin. Saya sendiri pun setuju. Lemau sangat menjelang petang kalau terskip vitamin pagi tu.

Kalau anda pun kategori ibu bekerja yang menyusu yang sering rasa penat, stres, asyik nak marah, terlalu letih dan tidak ambil apa-apa vitamin, sangat baik mula amalkan daripada sekarang. Kita nak jaga keluarga, kita kena pastikan kita sihat dan badan nak pakai lama, nak tengok anak membesar insya Allah jika dipanjangkan umur. Tak salah berusaha untuk dapat kesihatan yang lebih baik. Malahan kita dituntut menjaga tubuh badan kita sebaik mungkin.

Wallahua'lam.

*****************************
Ingin khidmat nasihat tentang vitamin yang perlu untuk ibu menyusu?

Hubungi:
ZAILA HAFNI
0194603094 (WHATSAPP/SMS)
zailahafni@gmail.com
Pengedar Shaklee Kota Kemuning, Shah Alam & Seluruh Malaysia

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

Sambal Belacan Mak Mertua

Teks & Foto: Zaila Hafni

Sambal belacan memang banyak versi. Saya ni kan belajar masak ikut buku, ikut Google. Jadinya banyak resipi sambal belacan saya cuba tapi satu pun tak kena selera suami saya.
Yelah, sambal belacan mak tersedap mana ada dalam buku atau Google! Kena belajar dengan mak mertua lah. Hehe.

Dan saya selama ni alergik makan belacan, maka memang tak pernah la nak belajar buat sambal belacan. Kesian incik suami. Sekarang ni alhamdulillah dah kurang alergik, makan belacan pun takde nak gatal-gatal sangat, tu yang berani masak semua nak letak belacan. Tapi apa pun tetap kena sederhana. Banyak sangat tak boleh la. Hehe.

Sebab tak sempat nak tanya mak mertua, kita tanya resipi kat anak mak mertua je lah. Rupanya dia tahu! Hmmm. Sabar je lah.

Ni saya kongsikan resipi sambal belacan versi mak mertua saya. Nanti balik kampung kalau ada tambahan tips saya akan update. Ini versi anak mak mertua yakni suami saya.

Sambal Belacan Cik Zah


Bahan:
5-6 biji cili merah
10-15 biji cili padi
1 sudu besar belacan bakar
Jus limau kasturi/lemon
Garam dan gula
Sos tiram <-- ni bahan rahsianya!

Cara:
1. Potong kasar cili merah, masukkan dalam blender. Masukkan cili padi dengan tangkai sekali.
2. Masukkan belacan.
3. Masukkan air sikit.
4. Blend sampai dapat kehalusan yang diingini.
5. Tuang dalam mangkuk/bekas, masukkan jus limau dan sos tiram. Agak-agaklah ye rasa masin dan masamnya. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam (kalau perlu) dan gula.
7. Siap. Simpan dalam bekas bertutup dan dalam peti sejuk.

Saya suka guna Belacan Bakar DNB ni sebab bersih dan rasa pun sedap. Mai Pulau Aman habaq hang. Hehe.

Rasa sambal ni saya perlu improve lagi. Dia punya kepekatan pun belum sama macam mak mertua selalu buat. Dan saya guna lemon sebab limau tak ada.

Selamat mencuba lah pada yang sudi nak mencuba.

Apa pun, practice make perfect!

Ngam sangat la standby sambal belacan kat rumah ni. Timun penuh bakul ni haa terlebih beli untuk buat salad nasik arab hari tu. Matching sangat timun-sambal belacan-kari ikan-ikan goreng menu hari ni. Nyummmmmmyyy!

Menu Mudah Suri Bekerja Di Rumah

Teks: Zaila Hafni

Sekarang ni, by hook or by crook, memang memasak kat rumah. Tak kisahlah lauk apa pun. Tapi semua pun mudah-mudah je.

Sebab saya mak yang kerja dari rumah, jadinya hari-hari mesti la saya masak. Untuk anak makan, suami makan bila balik kerja. Saya pun kena makan jugak nak menyusu bagi anak baby 'makan'.

Dan saya memang suka masak. Tapi tidaklah terer mana, husband saya lagi terer.

Ni menu semalam. Mencabar sikit sebab menu tak pernah cuba. Ni cedok dari buku. Tak menjadi sangat. Mana taknya, siap satu lauk anak bujang dah mengadu lapar. Berhenti makan dulu. Sambung 1 lauk lagi lepas tu adiknya pula merengek nak tido. Dugaannnnn...

Menu of the day:
Sotong Berlada
Singgang Ikan Tenggiri
Salad Saderi
Ikan Tenggiri Goreng

Komen suami, sotong terlebih masam. Huhu. Singgang tu takde pulak komen apa tapi saya rasa macam tak cukup serai. Salad pulak macam terkurang masam kot. Haha macam-macam. Gitu la bila masak-masak kan. Setiap kali itu la kita belajar benda baru.

Tapi anak bujang makan bertambah-tambah. Lauk berkuah dia memang makan laju.

Saya nak share menu Salad Saderi sebab saya rasa menu ni jarang kita jumpa. Yang lain tu masing-masing dah pandai kan. Hehe.

SALAD SADERI

Bahan:
2-3 batang saderi (parut kulit luar sbb yang tu selalu keras, hiris serong)
7-8 biji cili padi (hiris halus)
1/2 biji lemon (kulit dihiris nipis, jus lemon diperah)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1-2 batang serai (hiris halus)
1/2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Gaulkan saderi dengan kulit lemon.
2. Masukkan cili padi, bawang besar, serai, jus lemon. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng. Gaul lagi.
4. Perasakan garam dan gula.
5. Siap. Makan segera atau simpan dalam peti sejuk.

Cubalah!

Begitulah menu semalam. Hari ni kita masak menu buku lain pulak ye.

___________________________


Sentapan Rohani

Teks: Zaila Hafni

Sesekali, kita ni kena DIKEJUTKAN dan DIINGATKAN. Manusia kan mudah lupa.

Dan terkadang mudah terbawa-bawa emosi. Jangan kira berapa kali rasa down tapi kira berapa kali up balik lepas down tu.

Bukan sekali dua saya rasa nak quit bisnes saya. Betul. Bila apa yang kita buat kadangkala buat kita fikir betul ke apa yang aku decide ni? Betul ke bisnes ni sesuai untuk aku? Dan ye ke bisnes ni boleh buat aku dapat gaji sama (atau lebih) dengan gaji masa kerja dulu?

Ok fine. Sebetulnya saya masih meniti dan menuju ke arah itu. Mahu ikut jejak mentor-mentor saya. Mereka dah boleh beli baju dan handbag TANPA TENGOK PRICE TAG. Siapa yang tak mahu rasa financial freedom kan?

Semua orang nak rasa macam tu. Beli apa saja barang tanpa fikir baki akaun. Boleh bagi berapa saja mak ayah nak tanpa risau keperluan keluarga sendiri.

Semua tu memang NIKMAT. Tapi nak dapatnya juga perlu USAHA YANG HEBAT.

Kalau ada yang offer dapat semua tu tanpa perlu usaha... fikirlah 18 kali dulu sebelum setuju. Takut ada perkara yang tersembunyi. Bukan senang nak senang.

Setiap kali saya rasa nak back off, setiap kali itu tak berjaya. Mungkin dah sebati sangat. Dan setiap kali itu juga muncul teguran dari mentor-mentor. Maka gagal lah usaha nak back off kesudahannya.

Saya stay dengan bisnes ini, salah satunya sebab group saya. Komitmen mentor-mentor saya. Ingatan-ingatan mesra dan sentapan manja memang jadi makanan la. Tinggal saya saja untuk komited dengan bisnes saya ni dan teruskan 'buka kedai online' saya hari-hari.

Tapi sebab utama saya terus berada dalam bisnes ini - saya mahu PERBAIKI DAN KEKALKAN TAHAP KESIHATAN SAYA DAN KELUARGA. Sebab dah pernah rasa diri sendiri tak sihat. Anak tak sihat. Memang banyak pengaruhi hidup. Emosi. Prestasi kerja. Prestasi sebagai isteri dan ibu.

Dah tak mahu macam itu. Dan saya rasa ramai lagi anda yang bermasalah begini untuk SAYA BANTU.

Bila kita sihat, insya Allah hidup lebih tenang. Dan apa lagi bila kita dapat bantu orang lain turut sama sihat.

Insya Allah, dengan mengubah cara pemakanan dan gaya hidup, anda dapat MENGUBAH TAHAP KESIHATAN ANDA.

Anda hanya PERLU UBAH DAN PERCAYA.

==============================

Order atau Ingin Berbisnes dengan Shaklee
Whatsapp Zaila 019 460 3094
Shah Alam


Kenangan dengan Nurse di Hospital Klang

Teks: Zaila Hafni

Semalam, terbaca satu luahan panjang seorang jururawat berkenaan komen-komen pesakit dan waris yang viral kat media sosial. Yang kutuk kerja nurse. Apa yang dia kata tu, tak perlulah saya mention kat sini kot. Tapi memang amat memalukan dan menunjukkan betapa rendahnya mentaliti sebahagian kita ni terhadap para nurse.

Kalau saya jadi nurse pun, memang akan terguris tercalar bila dituduh dan diperkatakan begitu.

Selama hidup saya ni, saya kira saya banyak juga berjumpa dan berurusan dengan nurse. Dengan mak ayah yang bersilih ganti masuk keluar hospital suatu ketika dulu,  saya dah berjumpa macam-macam jenis nurse dan doktor juga. Dan bila saya check up mengandung dan bersalin, saya sendiri pun banyak jumpa nurse.

Ya, kalau Hospital Klang tu, memang tak ada la orang nak pegi beranak kat situ kalau memikirkan segala momokan orang - wad penuh, tak selesa, nurse mulut jahat dan tak friendly dan apa-apa lagi komen yang tak membina dan mematikan semangat nak beranak dengan tenang. Tapi, saya masih memilih Hospital Klang sebab waktu bersalin anak pertama, saya banyak masalah.

Saya ada diabetes, darah tinggi, uri di bawah, baby songsang. Jadi saya DINASIHATKAN supaya bersalin di hospital. Dan hospital terhampir waktu tu memang Hospital Klang. Saya dok di Bandar Botanic waktu tu.

Kali kedua, alhamdulillah tak banyak masalah sangat. Darah tinggi takde. Baby pun dalam kedudukan baik, uri pun naik sikit (sebelumnya uri di bawah). Cuma diabetes masih ada tapi terkawal. Itu pun saya masih ke Hospital Klang sebab tunggu Hospital Shah Alam tak buka-buka! Hehe.

Sepanjang saya check up, jumpa pakar, di wad dan dalam bilik bersalin hingga selepas bersalin, alhamdulillah semua nurse yang entertain saya baik-baik belaka. Dan nurse pun muda-muda je dari saya nampaknya. Peramah! Lagi kalau masa check CTG, nurse rajin bersembang sambil -sambil cari mana jantung anak. Nak mintak tolong apa pun ok je. Tapi agak-agak dan pandai kita lah kan. Sebanyak mana pun nurse kat wad tu kalut memanjang punya banyak kerja mereka. Jadi setakat sikit-sikit yang kita mampu, buatlah sendiri.

Macam luahan nurse tu lah, bukan kerja nurse pun kadang yang kita mintak tolong tu. Diorang buat sebab simpati. So hargailah sikit ye.

Bukanlah nak payung nurse sangat tapi kes saya, alhamdulillah dua kali saya bersalin di situ, kedua-dua kalinya pun ditemukan dengan nurse yang baik-baik. Saya percaya jika kita bersikap baik dengan orang insya Allah begitu juga orang lain dengan kita. Cuma kali kedua tak lama sangat kat wad. Takde komen sangat lah. Nurse kat PAC tu je yang macam garang sikit. Tapi so far ok.

Hormati pekerjaan orang lain. Mereka bekerja mencari rezeki. Macam kita juga.

#nurseosem

********************************
MENCARI SET POSTNATAL UNTUK CEPAT LUKA SEMBUH, KURANGKAN STRES AKIBAT BERJAGA MALAM, BEKALKAN NUTRIEN KEPADA TUBUH UNTUK HASILKAN SUSU BADAN YANG BERKUALITI?

CUBA SET POSTNATAL SHAKLEE!

HUBUNGI ZAILA 019 460 3094 UNTUK INFO LANJUT DAN PEMBELIAN.

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

Apabila Diserang Gegata atau Kelopak Garam

Teks: Zaila Hafni

Minggu lepas, husband diserang gegata ni. Mula-mula naik benjol-benjol bengkak kat area leher depan dengan keliling bawah lengan. Suspect alergik makan ke apa ni. Tapi husband saya adalah seorang yang TIDAK ALERGIK selama ni. Yang selalu alergik tu saya ngan anak-anak. Jadi teramatlah pelik bila beliau kena.

Fikir lagi apa punca ni. Dok flashback menu sepanjang hari. Nasik lemak sambal sotong. Nasi goreng dengan telur mata. Penyebabnya apa? Telur? Sotong?

Entah. Tak tahu.

Jadinya sapu jelah HERBAL BLEND sebab gatal kan. Kat rumah ni, apa saja kejadian kat kulit, semua sapu krim ni. Dari baby sampai ke mak bapak. Maka sapulah saya krim tu ke kawasan yang merah-merah dan bengkak tu. Lepas tu husband lepak-lepak baring atas kusyen 3 bijik.

Bertambah gatal. Merah bengkak mula makin naik dan merebak pulak ke lengan dan dada. Haih dah kenapa pulak?

Kami suspect kusyen pulak. Kot hama ke habuk ke.

Lepas tu google sakan la cari info gegata.

Haa memang punca mungkin habuk atau makanan tapi selalunya makanan laut. Dan rawatannya hanyalah ubat sapu dan antibiotik, kalau pi klinik. Insya Allah gegata ni akan hilang gitu je. Jadi malam tu sapu krim HB je lah bagi reda gatal. Dan top up dengan VITAMIN C. Alahan ni biasanya berkait dengan imun rendah. Jadi kasi boost immune dengan vitamin C.

Sebenarnya kalau ada NUTRIFERON ni lagi baik tapi masa tu takde pulak stok kat rumah.

More info pasal gegata, KLIK SINI .

Esoknya tengok merah bengkak tu menjalar-jalar ke bawah pulak. Peha perut betis. Aih ni makin merebak ni. Maka husband decide pi klinik je sebab esoknya tu beliau ada program company nak kena attend. Takkan nak gi dengan tergaruk-garuk pulak kan.

Pi klinik, memang dokter kata alergik lah. Dapatlah 3-4 jenis ubat makan dan ubat sapu. Ubat makan ubat tahan gatal dan paracetamol in case demam. Ubat sapu untuk kurangkan gatal.

Alhamdulillah esoknya makin surut. Menjelang petang merah bengkak takde tapi kesannya masih ada lagi. Hari ni licin terus kulit..hilang terus! Alhamdulillah.

Jangan main-main ngan gegata ni. Kalau teruk boleh sampai naik satu badan. Dan agak-agak alergik makanan, kena pantang jap makanan yang diproses, makanan laut. Kadang telur ke ayam ke boleh jadi asbab juga.

Alhamdulillah husband dah ok dan hensem semula 😊😊

****************************
PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE, BOLEH TERUS:
WHATSAPP ZAILA 0194603094

DELIVERY SEKSYEN 20-26 SHAH ALAM, KOTA KEMUNING, BUKIT RIMAU

POS SELURUH MALAYSIA

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

33 Tahun Kegemilangan

Teks: Zaila Hafni

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan 14 Ogos untuk kali ke 33. Ops!

Ya, hari ini hari lahir saya. Dan syukur alhamdulillah diberi peluang dan nikmat hidup di dunia ni dengan berteman suami, anak-anak, keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan kenalan sehingga hari ini.

Dulu, masa kecik-kecik, asal birthday je mesti mak akan masak laksa dan jemput kawan-kawan datang makan kat rumah ramai-ramai. Ye, tiap-tiap tahun pun laksa. Hehe. Orang Penang dan laksa, berpisah tiada. Nak nak pula tepi rumah ada serimbun pokok daun cenohom (daun kesum), memang syok la nak masak bila-bila masa. Hehe.

Dah besar, meningkat umur ni, takde la nak sambut sangat pun. Cukup sekadar ingatan. Dulu pernah juga la ada masa nak sentap sentap sebab ada orang tu yang kita tunggu dia wish sekali langsung tak ada. Haha. Takpe beliau sudah dimaafkan dah. Zaman dah berlalu. Childish sangat la kalau dok perangai macam tu lagi.

Apapun, syukur Allah bagi nikmat sihat. Bahkan saya rasa lebih sihat daripada dulu. Kalau dulu-dulu, asyik stres aje. Stres nak cari duit, stres nak meet deadline, stres nak siapkan keje, stres bila nak kawen (dah tak stres sebab dah kawen haha), stres dengan GEMOK dan MUKA PENUH JERAWAT!

Betullah. CHANGING BRAND CAN CHANGE YOUR LIFE.

Dan yang paling best adalah perubahan tu orang lain yang lebih nampak kesannya, kita sendiri pun tak sedar! Haha. Ini bukan perasan atau overclaim ok. Ini hanyalah statement sorang mak yang tak sempat membelek dirinya sebab dok kelek anak je. Hehe. Terimalah alasan tak seberapa ini.

Masalah utama saya dulu adalah KULIT MUKA BERMASALAH. Sampai tahap naik jerawat bernanah kalau silap makan. Seafood la selalunya sebab alergik tapi suka makan. Lepas tu mana tahan tak picit. Haa hadap la muka berkawah parut huduh malu. Masa kawen tak tau la berapa inci mak andam tepek bedak nak cover muka kawah itew. Tak masuk lagi bab MUKA BERMINYAK. Memang tak suka ambik gambo sebab muka berkilat huhu. Bubuh la berapa banyak bedak pun, pakai la bedak brand apa pun... berkilat bersinar cam tu la jugak. Gibap.

TEMBAM. Di muka juga. Haha! Kat pipi-perut-peha. Lemak terkumpul sapa tak stres ye tak? Ada la turun sikit masa nak kawen sebab diet kalori dan buat aerobik. Gigih takut tak muat baju kawen kaler peach tu. Dan memang berjaya alhamdulillah. Tapi lepas kawen, diet semua habis ke lauttttt. Suami isteri makan dengan jayanya dan membesar bagai johan! Memang naik berat badan berkati-kati. Disebabkan berat badan naik mendadak sebelum mengandung, jadi masa mengandung anak sulung saya dapat DIABETES DAN DARAH TINGGI. Selain faktor keturunan juga, ayah saya memang ada diabetes.

Tapi alhamdulillah semuanya terkawal dan lepas bersalin semua tu dah tak ada.

Dan sejak setahun lepas, muka berjerawat nanah bagai dah TAK ADA. Muka berminyak pun takda dah. Alergik pun kurang, sekarang ni makan seafood tak risau sangat. Dan tak bother pakai bedak muka sangat or tebal-tebal sebab tak risau nak cover muka minyak macam dulu. Just pakai bedak muka nipis je. Jangan tanya brand bedak apa. Haha.

Gemok? Dah kurang kot rasanya berdasarkan testimoni orang yang melihat. Hehe. Mungkin berkejaran dengan anak-anak. Jadi mak membuatkan anda turun berat badan tapi belum tahap menghapus lelemak degil (kena usaha lagi). Dan asbab menyusu yang membakar kalori pun membantu bagi turun berat. Dan dengan anak yang tengah lasak dan baby, saya tak mampu kalau tak ambik multivitamin. Saya bukanlah mak super yang bertahan dengan makan nasik dan sayur je. Atau telur goreng kicap hehe. Tak cukup zat macam tu. Dan itu lah yang berlaku pada anak sulung dulu, saya menyusu dia tapi dia susah nak naik berat. Rupanya saya yang kurang zat. Jadi anak yang nombor 2 ni, memang agak bambam jugaklah perkembangan beliau. Sebab jaga makan. Dan HAPPY. Dulu tak berapa happy dok umah duit takde. Sekarang dok umah sambil kerja. Beza tu.

Oklah. Bukanlah nak kata dengan saya tukar brand tu segala-gala berubah. Tapi adalah perubahan sikit. Nampaklah kesannya. Yang penting perubahan yang positif dan lebih baik. Baik dari segi kesihatan mahu pun kewangan.

Alhamdulillah.

Dan saya percaya sesiapa pun boleh juga berubah yang penting yakin dan konsisten.

Sekarang umur 33, tapi niat nak bagi nampak sentiasa 25. Haha. Tak mustahil. Tak mustahil. Yakin katanya!

Selamat Hari Lahir untuk saya.

Semoga diberi kekuatan dan kesihatan untuk tambah amal ibadat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan jadi KAYA. Kaya harta dan kasih sayang.

Terima kasih semua yang mendoakan.

Salam sayang,
Zaila Hafni
Penasihat Shaklee Pilihan Anda

#ShakleeEffect
#ShakleeDifference
#RwS

20 Tahun Dalam Kenangan

Teks: Zaila Hafni

Saya sebenarnya ada seorang kakak.

Tapi, Allah lebih sayang dia. Allah dah ambik dia dulu.

Arwah kakak saya ni bijak orangnya. Dan dialah yang paling bijak antara kami semua kot. Rezeki dia, dia dapat sambung belajar kat US.

Alhamdulillah tumpang seronok.

Seronok masa hantar dia ke airport untuk berangkat ke sana.
Seronok balas-balas surat atau masa tu guna aerogram kot namanya.
Seronok tengok gambar-gambar dia kirim masa dia kat sana.

Arwah kakak saya ni rajin menulis. Tulisan pun cantik. Macam arwah mak. Sebab dulu masa zaman 90 an mana la nak ada emel, FB semua ni. Tulis surat la perkembangan masing-masing. Excited tunggu surat dia sampai. And she was very thoughtful. Besday card, anniversary card selalu ada sekali. Surat dia, panjang berjela. Macam-macam dia cerita. Paling saya ingat, cerita dia jatuh depan umah sebab licin masa salji. Ok kita orang Malaysia mana la nak biasa salji-salji bagai. Hehe. Yes, sampai bab itu dia bercerita. Dia memang menulis dengan detail.

Sampai satu tahun tu, dia nak pi holiday sebelum sambung short course 6 bulan. Lepas course tu, dia akan back for good. Maka pi lah jalan-jalan dengan kawan. Biasa lah dia memang banyak sangat travel masa kat sana.

Sangat inspiring tengok gambar-gambar yang dia ambik. Oh dia juga minat fotografi. Punya banyak album gambar dia. Zaman tu kan kena cuci gambar. Dari gambar-gambar dia lah kami sekeluarga dapat faham kehidupan dia kat sana macam mana.

Berbalik cerita holiday, dia sekereta dengan kawan-kawan. Ditakdirkan, kemalangan. Bertembung dengan lori pick up yang dipandu pemandu mabuk. Kemalangan berlaku di Wyoming, US.

Daripada 5 orang yang ada dalam kereta, hanya 1 yang selamat. Salah seorang yang maut, bff kakak saya yang baru kawen dan mengandung. Turut maut, suami bff dia (yang memandu). Allahuakbar.

Kakak saya meninggal dalam perjalanan ke hospital tak salah saya. Akibat hentakan kuat saya rasa.

Masa pihak MSD ke JPA call rumah untuk inform berita, ayah yang jawab. Tengah malam masa tu. Bila ayah bagitahu, seingat saya, saya terduduk dan terdiam. Saya masa tu umur 13 tahun. Tak tahu nak react apa agaknya. Terkejut sangat.

Dan tak menyangka keluarga kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga dalam masa terdekat. Masa tu mak saya baru meninggal 9 bulan.

Rupanya kakak saya yang tak sempat nak tengok muka mak masa mak meninggal, dia yang jumpa mak dulu kat 'sana'.

Tamparan hebat sangat untuk ayah. Kehilangan isteri, dan anak yang diharapkan. Masa tu saya tak faham. Bila fikir balik sekarang, saya rasa berat sungguh dugaan ayah saya tapi dia tak pernah cakap.
Jenazah dibawa pulang dan dikebumikan di Malaysia. Kat kampung saya di Penang.

Masa tunggu jenazah sampai ke rumah, dan ketika jenazah di rumah, saya ok. Saya mampu tahan perasaan. Setitik air mata pun tak tumpah.

Tapi sejurus jenazah diusung keluar rumah, menuju ke tanah perkuburan, macam hujan lebat saya rasa saya menangis. Masa tu baru saya rasa kehilangan yang sangat besar.

Allah ambil mak. Allah ambil kakak. Kini yang tinggal hanya saya seorang perempuan dalam keluarga. Sunyi.

Apapun, semua Allah dah tentukan begitu dan hikmahnya saya jadi kuat. Saya kuat dengan adanya ayah, abang dan adik lelaki saya. Wali-wali saya. Dan saya kuat hidup dengan memori mak dan kakak saya. Saya bersyukur untuk itu.

Dan kini, setelah 20 tahun, saya tetap rindu pada kakak saya.

Mohon semua yang membaca, hadiahkan Al Fatihah kepada arwah kakak saya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.

Allahyarhamah Hifzana Hafni
1973-1995
Purdue University, US

Dalam kenangan,
11 Ogos 1995 - 11 Ogos 2015

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan diampunkan semua dosa-dosanya. Ameen.

Raya Jawa Saya

Teks & Foto: Zaila Hafni

Saya bukan orang Jawa tapi saya berjodoh dengan anak orang Jawa 😊

Maka secara automatiknya saya tetap akan beraya cara Jawa tiap-tiap tahun.

Apa yang special nya raya Jawa?

Dah tentulah makanan Jawa yang sedap air tangan mak mertua saya. Sehari sebelum raya, mak selalunya dah siap masak semua dah. Memang tak tunggu malam raya baru nak masak semua kecuali kuah lodeh. Last day puasa tu selalunya kami akan berbuka lauk raya dah.

Menu WAJIB raya kat rumah mertua saya:

Rendang ayam
Daging masak masam manis*
Kuah kacang
Nasi impit
Lemang
Kuah lodeh
Sambal goreng Jawa*
Sambal tahun*
Pecal

Menu yang bertanda (*) tu takde la wajib. Kalau mak larat atau abah yang masak, maka muncul la menu-menu tersebut. Macam tahun ni, ada daging masam manis (signature dish Wak Saiful - abah mertua saya) dan sambal tahun perut lembu. Kuah kacang signature dish mak mertua. Sedap gila. Saya tak belajar buat lagi tu. Dah 4 kali raya jadi menantu beliau dah ni 😷

Ish list down menu pun terasa kecur air liur. Hehe.

Pecal selalunya kemudian sikit baru muncul kat rumah mak. Selalu makan pecal kat rumah mak sedara kat Sijangkang atau kalau balik Perak, kat Bagan Datoh. Abah orang Jawa sana 😊

Kalau balik kampung Perak, lagi true la pecalnya. Lengkap!

Satu yang best raya Jawa... makan pecal ni kan banyak sayur-sayuran. Ketupat lemang kurang. Jadi takde la nak kolesterol sangat bagai.

Tahun pertama kahwin, balik Perak. Culture shock saya!

Pergi rumah sedara mara kebanyakannya jamu pecal.

Takde ketupat lemang ke?
Nasi minyak ke nasi tomato ke?
Laksa? Mi kuah daging? Nasi arab? Nasi daging air asam?

Haha saya lupa saya bukan beraya di Penang 😉

Kalau kat Penang, harus kena standby Lecithin, Herblax, Phytocol, Omega bagai ni. BAKAR DAN BUANG LEMAK KOLESTEROL SEMUA TU.

Jadi raya Jawa sangat sihat. Dah 4 tahun kahwin ni, dah biasa dan saya okey 😊😊

Gitu le raya Jawa saya. Sekian, selamat hari raya!

Gambar bukan pecal original. Husband saya buat versi sendiri letak sotong kembang. Kacukan rojak pasembor + pecal. Fusion gitu. Haha.

Sihat di Hari Raya

Teks & Foto: Zaila Hafni

Raya saya di Sepang sahaja. Rumah mertua. Dengan baby kecik ni, husband saya tak nak melasak sangat usung ke hulu ke hilir. Tak jalan jauh sangat. Sedara mara dekat aje.

Maklum la, sekarang ni kadang-kadang tak kira musim orang batuk demam selsema. Jadi kami tak nak baby exposed kepada semua tu sangat. Takpe lah nanti dah besar sikit, boleh la nak bersakan jalan.

Tapi alhamdulillah setakat ni, baby ok. Kalau kurang sihat sikit pun, cepat baiknya. Abangnya pun sama. Saya pun kalau nampak baby macam nak selsema ada kahak, saya tambah la dos vitamin C saya.

Sebenarnya lagi elok kalau ada Nutriferon. Nutriferon ni dalam bentuk serbuk, bila bancuh dengan air masak rasa macam teh bunga tanpa gula gitu. Abangnya dulu kecik-kecik memang saya bagi ni bila ada tanda selesema. Bagi suku sachet je 4-5 hari, insya Allah ok. Takde sampai demam. Atau akan cepat baiknye. Sekarang dah besar, saya bagi Mealshakes, campur dalam susu atau Omega Guard bagi kunyah aje.

Sebenarnya kampung saya kat Penang. Raya tahun-tahun sebelum ni memang balik walaupun lambat. Tahun ni je tak. Sedih juga tapi mengenangkan baby kecik, dengan perjalanan jauh, kami hold kejap. Hujung tahun insya Allah balik sebab adik nak kahwin. Baby pun dah besar sikit masa tu.

Tapi, sebetulnya kalau mak ayah saya ada lagi, kami mungkin akan balik juga. Mak ayah saya dah lama tak ada, kalau balik jumpa makcik pakcik yang mana ada lah. Takpe lah, raya dengan mertua pun ok. In fact tiap-tiap tahun pun memang akan raya dengan mertua dulu.

First day raya, lepas sesi bersalaman, terus ke Sijangkang. Makcik ada di sana. Lepas tu malamnya ke Klang. Makan aje. Hehe.

Raya kedua. Di rumah saja. Berehat dan tengok tv.

Raya ketiga. Husband ada jemputan open house company. Maka kami pun melepak di rumah lagi sebab invitation untuk dia aje. Huhu. Hujan pulak pun. Lebat sepanjang hari. Malam tu dah balik rumah dah, sebab husband keje Isnin.

Raya keempat kelima. Dah mula rutin wahm. Life back to normal. Tapi, sesapa nak datang beraya meh la. My house is open. Hehe.

Raya tahun ni biasa aje. Cuma ada tambahan ahli keluarga. Raya berempat kami tahun ni. Alhamdulillah. Dalam kata taknak sedondon... tapi sedondon jugak akhirnya.

Gitu le raya saya.

Anda macamana?l

Kelas Blogging dan Potluck Iftar

Teks: Zaila Hafni

KELAS BLOGGING & FB MARKETING (BFM) - Sabtu, 11 Julai 2015

Kelas ni berlangsung di Home Office Shaklee di The Pinnacle, Sunway.

Mulanya saya terfikir juga macamana saya nak attend kelas dengan bawak baby, tapi sebenarnya tak perlu risau, kelas-kelas Shaklee ni selalunya memang ramai mak yang bawak anak kecik. Kalau yang dah besar sikit, boleh letak kat dalam bilik mainan. Family friendly la gitu.

Kelas blog ni anjuran Master Aishah Amin under organisasi LiSA. Saya la tu salah sorang bawah organisasi ni sebab tu layak untuk attend 😊

Kelas sangat eksklusif, 10 orang sahaja untuk lebih fokus tapi tambah dengan 2-3 orang baby yang ikut maknye sekali hehe.

Kalau nak berjaya kena lah rajin rajin hadir kelas. Tak dapat offline, kelas online pun boleh. Kami selalu juga discuss di group FB dan Whatsapp. Macam-macam cara boleh berkomunikasi sekarang. Bisnes zaman sekarang, mudah dengan online. Daripada kita saja-saja scroll FB, boleh sambil-sambil buat extra income.

Dalam kelas ni, Master Aishah ajar macamana nak bisnes Shaklee secara online. Guna tools yang ada. Blog, fanpage. Tapi bukan sekadar ada, macamana nak guna semaksimum mungkin sebagai medium pemasaran. Kalau anda jadi ahli Shaklee dengan group kami, boleh attend kelas ni dengan PERCUMA. Kalau kat luar, bayaran boleh tahan juga. Itu yang eksklusif tu.

Alhamdulillah dengan perkongsian beliau, banyak ilmu yang dapat selain kelas yang berlangsung secara santai...seronok je. Tambah lagi view daripada tingkat 9.

Feeling 'Standing in The Eyes of The World'!

Dengan segalanya online, semua orang ada peluang untuk bisnes. Jom!

===============================

POTLUCK IFTAR YES SHAKLEE - Ahad, 12 Julai 2015

Ini pulak event gathering kami para YES Achievers (insya Allah!) dengar amanat dan motivasi daripada Master Aishah Amin juga. Iftar di Masjid Negeri Shah Alam.

Program YES direka khusus untuk mereka yang sangat perlu extra income. Atau para graduan yang masih belum dapat kerja atau perlu ada wang tambahan (#sayaZahra opss!)

Walaupun dengan zaman serba mahal ni, tapi Shaklee murah hati sangat nak bagi RM26 bilion untuk sesiapa yang bekerja keras dan sanggup berusaha. Yang anda perlu buat: GUNA DAN KONGSI KEBAIKANNYA.

Nak income berapa pun boleh. Anda pilih dan tentukan target anda.

Jangan risau, nak set target pun para upline boleh bantu dan tunjuk cara. Yang penting, anda tahu apa yang anda mahu dulu.

Nak tau lebih pasal YES? Saya boleh bantu ☺

Lepas sesi briefing, terus berbuka sama-sama. Masing-masing bawak makanan... dah nama potluck kan. Saya bawak nasi impit. Yang lain-lain, bawak rendang, karipap, mi goreng, koay teow goreng, kuah kacang, buah melaka. Air pun special ada yang bawak Performance Drink sejuk 😊

Seronok berbuka beramai-ramai. Alhamdulillah Faheem pun behave. Kalau tak jenuh juga lah saya nak handle. Agaknya sebab dalam masjid kot kan. Tumpang berkat masjid. Semoga bisnes kami berkembang dan berjaya!

Jadilah YES Fighter sekarang dan keluar dari comfort zone anda. Anda boleh lakukan lebih daripada apa yang anda ada sekarang - jika anda PERCAYA DAN YAKIN.

Hubungi saya:
Whatsapp/SMS 019 460 3094
SID Kota Kemuning, Shah Alam

Tips 'Panjangkan' Masa untuk Working At Home Mom

Doa Waktu Pagi

Teks: Zaila Hafni

Sejak seminggu kebelakangan ni, saya dok terfikir macamana saya nak buat semua kerja yang harus saya selesaikan ni supaya sempat tiap-tiap hari. Memang tenggelam punca kejap nak buat itu, kejap nak buat ini.

Boleh katakan saya LOST.

Saya memang sangat perlu cara nak squeeze segala urusan kerja rumah termasuk urus anak-anak, urusan bisnes dan freelancing supaya seimbang tiap-tiap hari. Saya cuba atur sendiri tapi setiap kali itulah banyak tak berjaya daripada berjaya. Kadang-kadang letih juga, walaupun kerja dari rumah, jangan anggap wahm semua ni dok rumah makan tidur je ye. Trend wahm zaman sekarang, tak menang tangan macam-macam urusan kena buat. Urusan rumah tangga dan bisnes. Kalau silap perhitungan, lagi letih daripada yang kerja pejabat.

Allah dengar masalah saya, mungkin. Terlintas di newsfeed FB saya, ada orang share tentang Tips Panjangkan Masa Sehari. Memang excited sungguh la baca. Dan saya cuba praktik sehari dua ini.

Alhamdulillah. Rasa lebih tenang. Kerja lebih teratur. Cuma nak kena mantapkan dan kerja lebih pantas.

Disebabkan tips ini sangat berguna dan berkesan pada saya, saya nak kongsikan dengan semua yang membaca jika melalui masalah yang sama dengan saya.

Semoga bermanfaat. Saya kongsikan apa yang saya baca di ibusayaceo.com

Tips #1
Siapkan jadual untuk keesokan hari sebelum tidur.
Tulis dengan detail tugas esok. Jadual akan bantu kita bekerja lebih teratur dan tak serabut.

Tips #2
Berpagi-pagi dengan Al-Quran.
- Wajib amalkan membaca Al-Quran selepas solat Subuh.
- Jangan tidur selepas Subuh.

Tips #3
Solat sunat dhuha seawal pagi.
- Buat 4 rakaat jika mampu.
- 2 rakaat untuk sedekah kepada ruas tulang yang sudi menyokong gerak kerja kita, 2 rakaat lagi supaya Allah cukupkan keperluan dan yakin dengan rezeki Allah.
- Saya cuba buat dalam pukul 7.30 ke 8.00 pagi sebelum anak-anak bangun. Sebelum ni selalu terlepas dek menguruskan anak-anak.

Tips #4
Tunaikan permintaan anak dahulu.
- Bagi yang ada anak kecil, apa saja permintaan anak, turutkan dahulu. Niat dalam hati, ini tanggungjawab dan juga rezeki.
- Kita berada di rumah pun sebab nak jaga sendiri anak-anak. Jadi, selesaikan anak-anak dulu. Kalau tak, fokus kita akan terganggu dan kerja akan terbengkalai, kita pun stres.

Tips #5
Solat awal waktu
- Ini memang wajib diamalkan. Cuba dan rasa. Insya Allah memang kita akan terasa kita ada banyak masa padahal sama saja setiap hari 24 jam untuk semua orang.

Tips #6
Masak di awal waktu
- Bagi wahm yang memasak di rumah, mungkin boleh ikut cara puan ceo ni (saya ikut cara beliau).
- Masak 1 jam sehari sahaja sekali dengan kemas dapur dan basuh pinggan.
- Breakfast dan lunch untuk anak siap sebelum jam 7 am. Dinner siap sebelum Asar.
- Bersihkan dan potong siap2 bahan masak sejurus balik membeli. Jimat masa memasak.

Tips #7
Malam, tiada kerja rumah. Tidurkan anak kemudian sambung kerja. Puan ceo pelajar master, jadi dia buat kerja master waktu begini. Saya buat kerja freelance atau schedule kan blog dan fanpage. Cuma kalau terlalu penat, saya tidur dahulu. Bangun awal dan sambung kerja tertunggak.

Tips #8
Urusan bisnes di waktu pagi.
- Urusan macam packing, postage, check order, reply pm
- Hadkan guna FB waktu tertentu sahaja

Selesai 8 tips. Cuma saya tambah sikit tips yang saya dapat di FB melalui seorang peniaga online (saya terlupa namanya).

Tips tambahan:
Amalkan solat sunat sebelum Subuh. Selepas selesai solat, baca Surah Al-Balad 1x.
Teruskan dengan solat Subuh. Selesai salam, baca ayat 1-3 daripada Surah Al-Fath (doa mohon membuka apa yang tertutup). Boleh ulang baca 3x. Teruskan dengan istighfar dan doa macam biasa.

Saya baru buat 2-3 hari dan alhamdulillah kesannya memang saya rasa. Anda pun cubalah. Insya Allah, sebanyak mana kerja pun dipermudahkan.

Sumber: http://ibusayaceo.com 


Peluang Bisnes di Rumah untuk Ibu




Teks: Zaila Hafni

Saya rasa kebelakangan ni, ramai ibu pilih untuk jadi wahm (work-at-home mother).

Kenapa?

Lebih mudah urus hal anak-anak sendiri.
Tak terbeban dengan urusan pejabat.
Tak perlu kalut susun cuti (kes yang susah cuti).
Kerja dan pangkat bukan lagi prioriti (bagi sesetengah orang).

Saya pulak, sebab rasa tak mampu nak handle kerja dan urusan pergi balik kerja dan dalam masa yang sama kena urus keluarga, walaupun baru anak 2. Memang respect ibu bekerja yang ada anak ramai...

Tapi, berada di rumah bukan bermaksud saya duduk saja. Saya KERJA DARI RUMAH. Saya juga ada SOHO (small office home office) saya sendiri (walaupun belum betul-betul sempurna). Dan saya dah mulakan bisnes secara part time sejak bekerja lagi.

Bisnes yang saya buat ni, tak mesti berhenti kerja baru boleh buat, tapi boleh jadi pilihan setelah berhenti. Atau boleh je buat part time bagi yang masih bekerja. Dapat ekstra income.

Saya buat bisnes Shaklee. Dulu part time, sekarang dah jadi full time. Mula-mula tak minat pun. MLM katanya. Tapi entahla. Allah lorongkan ke group yang aktif sangat dan last-last saya teruja pulak nak buat bisnes secara serius. Hati manusia kan boleh berubah-ubah. Tapi satu yang saya suka sebab saya berada dalam circle ibu-ibu juga. Yang ada anak kecil juga. Masalah semua sama. Nak jaga anak sendiri tapi masa yang sama nak juga cari duit sendiri.

Saya percaya, ramai lagi ibu kat luar sana juga sedikit sebanyak ada perasaan macam ni. Tapi bukanlah semua ibu tak perlu kerja pejabat...tengok situasi masing-masing. Yang kerja pejabat, boleh jugak buat bisnes di rumah. Part time.




Yang bestnya, peluang bisnes Shaklee tawarkan baru-baru ni memang lagi best dan LUMAYAN berbanding sebelum ni, melalui program YES (Young Entreprenuer System).



Ok, saya senaraikan kenapa bisnes Shaklee sesuai bagi ibu yang baru nak mula bisnes.

1. MODAL RENDAH
Modal yang diperlukan rendah, sekitar RM600-RM800 sahaja. Ini termasuk mendaftar ahli dan pembelian produk. Tak perlu nak buat loan ribu-ribu untuk start bisnes Shaklee.

2. TAK PERLU KEDAI / PREMIS
Tak perlu ada. Boleh kerja dari rumah. Sangat ideal bagi usahawan baru dan ibu yang bekerja di rumah. Bisnes boleh buat secara online.

3. HANYA 2-3 JAM SEHARI
Yang bekerja, tak perlu berhenti pun kalau takde keperluan. Boleh dapat income ekstra. Peruntukan 2-3 jam je sehari untuk bisnes ni dah cukup. Yang dah berhenti, pandai-pandai la ejas masa. You are your own boss!

4. BONUS
Akan dibayar setiap tengah bulan. Masuk akaun bank terus. Sama je macam kerja pejabat. Ada penyata gaji juga. Jadi ibu yang kerja dari rumah pun boleh dapat gaji ye.

5. VITAMIN PERCUMA
Kalau mendaftar ahli bulan ini hingga Oktober 2015, boleh dapat 1 botol vitamin Vitalea free. Sebotol ni harga nak dekat RM90 tau. Tapi sempena meraikan Shaklee 100 tahun, dengan murah hatinya, setiap ahli baru akan dapat ni pree pree ajer.

6. WANG TUNAI RM10K DAN TROFI
Haa ni memang wang besar dan peluang besar. Juga khusus untuk yang mendaftar bulan ni hingga Oktober. 13 bulan daripada bulan pertama mendaftar, dengan komitmen dan belajar dengan mentor insya Allah boleh jana income hingga 5 angka!

7. BONUS TAMBAHAN
Selalu usahawan Shaklee ni ada 6 sumber pendapatan (bonus) je, tapi ni ada tambahan lagi 3 bonus! Matching bonus...bonus naik rank..memang pemurah ;)

Dan untuk bermula, ada 4 jenis YES PACK yang boleh dipilih.

Set Prenatal. 
Suplemen ibu hamil.

Set Postnatal.
Suplemen semasa berpantang dan menyusukan anak.

Set Heathy Fitness.
Suplemen untuk kurus, berat badan ideal.

Set Young Living.
Suplemen awet muda dan anti-penuaan.

Selepas mendaftar, setiap ahli akan dibimbing dan diberi latihan melalui company dan juga sokongan daripada group masing-masing. Jangan risau, anda tak keseorangan. Training dan motivasi akan diberikan. Nak tanya apa kat mentor pun boleh. Nak kacau dia hari-hari pun boleh. Hehe. Janji SUKSES!

Jom sertai saya di RwS dan LiSA.

Daftar sebagai ahli Shaklee SEKARANG dan kami bantu anda jadi USAHAWAN MUDA KAYA DAN BERGAYA :D

Hubungi Zaila Hafni 019.460.3094
SID Kota Kemuning, Shah Alam, Sepang, Nilai



12 Makanan Sahur yang Bantu Banyakkan Susu Badan

Teks & Foto: Zaila Hafni

KHAS UNTUK IBU-IBU MENYUSU

Lagi 3 hari kita akan bertemu Ramadan lagi, insya Allah. Salah satu kerunsingan ibu menyusu ketika berpuasa adalah tak cukup susu atau kering susu di waktu siang (untuk ibu menyusu direct atau pam).

Sebenarnya, ibu menyusu masih boleh berpuasa, tapi kalau dah sampai tahap memudaratkan kesihatan ibu atau bayi, ibu dibolehkan tidak berpuasa. Tapi sebolehnya mesti kita nak juga berpuasa, kan?

Untuk bantu ibu kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari berpuasa dan insya Allah dengan penghasilan susu badan yang maintain dan lancar, jom saya kongsikan makanan yang boleh bantu banyakkan susu badan yang boleh diambil ketika bersahur.

1. BUAH KURMA
Kurma memang terkenal sebagai makanan ibu menyusu selain sinonim dengan bulan Ramadan. Kurma dapat bantu beri tenaga dan juga merupakan makanan sunnah.

2. BUAH-BUAHAN SEGAR
Digalakkan memakan buah-buahan untuk tingkatkan kuantiti cecair dan menambahkan vitamin dalam badan, selain menyegarkan badan. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat salad. Sediakan pada malam sebelumnya dan simpan dalam peti sejuk.

3. SMOOTHIE / JUS HIJAU
Makanan hijau meningkatkan kandungan lemak dalam susu badan. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kailan, wheat grass dan lain-lain boleh dibuat jus atau smoothie (jika anda menggemari rasanya). Alternatif lain adalah spirulina, kelp, barley grass, daun alfalfa dan herba yang sesuai dibuat sebagai minuman ketika bersahur.

4. TELUR REBUS
Telur rebus adalah sumber protein dan asid lemak omega-3. Penting dalam diet ibu untuk hasilkan susu yang berkualiti. Kalau rasa boring sangat makan sebiji macam tu, boleh la buat salad telur (uish sedapnya!) atau kari telur. Boleh cicah dengan roti atau nasi juga. Ataupun boleh buat sandwich telur.

5. OATMEAL
Oat memang makanan yang terkenal dalam kalangan ibu menyusu di AS sebagai makanan penambah susu badan. Boleh cuba buat OVERNIGHT OAT - oat direndam dalam susu / cecair pada waktu malam dan disimpan dalam peti sejuk semalaman dan dimakan pada esoknya. Lagi sedap ditambah kekacang atau buah-buahan kering. Atau boleh buat granola bar.

6. HUMMUS
Sejenis dip yang lazimnya dimakan dengan roti. Dibuat daripada kacang kuda, antara menu terkenal dalam hidangan Arab. Kacang kuda dicampur dengan tahini (sesame seed butter). Nak lagi sedap, tambah bawang putih bakar.

7. KELADI BAKAR
Keladi dibakar, ditabur gula perang dan mentega. Dimakan panas.

8. SUP LENTIL
Boleh sediakan seperiuk untuk beberapa hari. Tambahkan jintan untuk menambahkan susu. Kacang hijau atau kacang pool juga bagus untuk tambahkan susu badan.

9. BADAM MENTAH
Kekacang memang makanan sahur terbaik sebab tak perlu persediaan. Tinggal kunyah saja. Selain badam, kacang macadamia dan gajus pun bagus juga.

10. LEMPENG GANDUM PENUH
Adunan lempeng disediakan pada malam sebelumnya, jadi masa sahur dapat dijimatkan. Nak tambah flaxseed pun boleh (sumber omega-3).

11. MUFIN UBI BIT
Sayuran berwarna merah mempunyai kandungan beta karotena (yang perlu lebih semasa menyusu). Kalau tak ada ubi bit, guna carrot pun boleh.

12. AIR MASAK
Ini sudah pastilah. Ibu perlu air yang cukup untuk hasilkan susu. Jangan minum terlalu banyak semasa sahur. Minum sedikit demi sedikit selepas berbuka hingga sebelum tidur. Selang sejam atau dua jam pastikan ambil sebotol kecil (500 ml) air.

Semoga ibu menyusu semua diberi kesihatan yang baik di bulan puasa ini!

=======================================================================

Terlalu letih?
Sakit-sakit pinggang?
Penghasilan susu makin merudum?
Cepat lapar?
Risau tak mampu berpuasa?

Boleh atasi dengan pengambilan SET SUPLEMEN MENYUSU.

Energizing Soy Protein.
Vitalea (multivitamin).
Alfalfa Complex.
B Complex.
Sustained Released Vita C Plus.
Ostematrix (kalsium)

Sebarang pembelian dan konsultasi produk, hubungi 019.460.3094 (Zaila).

SID Kota Kemuning, Shah Alam.

Pembelian terus juga boleh dibuat di www.shaklee.com.my (klik JOIN NOW) dan masukkan ID 1105265.

Suri Rumah Juga Mampu Bergaji Sendiri

Assalam.

Siapa kata suri rumah hanya duduk di rumah urus rumah tangga dan anak-anak sahaja?

Suri rumah zaman sekarang dah maju dan mampu cari duit sendiri. Maka boleh ada gaji sendiri setiap bulan kalau berkemahuan dan mahu belajar.

Menjadi suri rumah bukanlah suatu yang hina atau perlu dipandang rendah, sebab itu satu kerja yang mulia dan tinggi pahalanya. Dan dengan berada di rumah juga, insya Allah keluarga dan anak-anak lebih terjaga dan terurus.

Jadi jangan menyesal atau rasa rendah diri bila anda dah ambil keputusan untuk jadi suri rumah. Sebab suri rumah zaman sekarang dah boleh jadi kaya, berjaya dan bergaya setanding dengan ibu bekerjaya juga.

Berbekalkan gajet dengan data internet, anda sudah mampu membina bisnes online anda sendiri.

Mahu tidak dengan bimbingan dan panduan serta pelan bisnes yang ekslusif; suri rumah sekalian mampu dapat gaji 4 ke 5 angka sebulan?

Sekurang-kurangnya dapat belanja diri sendiri, beli barang dapur, bayar insurans, belanja suami dan anak-anak dan shopping online!

Dan boleh bayar ansuran kereta juga! Memang best.

Segalanya mungkin jika anda yakin dan mahu berusaha. Bisnes apa pun perlukan ini. Kalau goyang kaki masuk duit itu bukan bisnes namanya. Dan selalunya takkan bertahan lama.

Peluang yang ingin saya kongsikan ini tidak datang selalu. Dan dengan komitmen tinggi, anda mampu dapat gaji sampai 6 angka pun!

Ingin tahu peluang bisnes yang sesuai untuk suri rumah, boleh sms/whatsapp ke 0194603094. Atau eme ke zailahafni@gmail.com.

Ubah diri, ubah ekonomi.

Jom YES sekarang!

Salam sayang,
Zaila


National Conference Shaklee 2014/2015

Teks: Zaila Hafni

Assalam.

Dah selesai National Conference Shaklee untuk cycle 2014/2015 hujung minggu lepas.

Ini NC pertama saya dan saya masuk sebagai ticket buyer. Sebagai ticket buyer, boleh join general session macam acara penyampaian award dan talk by guest speakers (speaker selalunya dari kalangan Master Coordinator). Beli tiket RM30 dan saya layak dapat goodie bag yang ada macam-macam goodies yang nilainya lebih daripada tu.

Ada shaker combine dengan pill box. Ada baucer RM50. Ada pen. Dapat beg. Juga sampel Collagen Powder. Memang best.

Tapi yang Qualifiers lagi best sebab dapat tajaan penginapan oleh Shaklee. Bukan calang-calang tempat penginapan...tapi Palace of Golden Horses! 3 hari 2 malam pula tu. Qualifiers ni leaders yang berjaya kumpul certain amount of points dan layak untuk redeem point untuk dapat tajaan tadi. Macamana nak dapat point? Dah pastilah kerja keras sepanjang cycle lepas 💪💪💪💪💪

Saya sempat pergi 1 hari sahaja. NC ni berlangsung 3 hari tapi yang open for ticket buyer 2 hari sahaja. Walaupun dapat pegi 1 hari, tetap memberi banyak makna pada saya. Saya dapat lihat betapa ramainya penerima award untuk business growth, car bonus, consistency dan million dollar earners. Betapa ramai juga orang yang dah berjaya dapat pendapatan tinggi melalui Shaklee. Seterusnya menikmati hidup yang lebih baik. Saya akan pastikan saya juga akan jadi salah seorang daripada mereka tahun hadapan! Insya Allah.

Alhamdulillah sepanjang di sana, anak-anak sangat behave. Tak buat perangai dan mudah dijaga. Ye anak kecik pun boleh dibawa masuk. Anak yang besar sikit boleh hantar ke Day Care. Shaklee sediakan supaya takde lah anak-anak boring. Bab family oriented macam gini lah yang buatkan ramai mak-mak yang beranak kecil pilih Shaklee untuk berbisnes. Boleh bawak anak ke mana-mana. Family friendly.

Saya akan kembali ke NC tahun hadapan, insya Allah.

Salam sayang,
Zaila


9 Tabiat Pagi Orang yang Berjaya

Teks: Zaila Hafni

Assalam & Selamat pagi!

Berpagi-pagian mencari rezeki 

Orang yang berjaya dalam hidup mesti ada tabiat pagi yang dilakukan setiap hari untuk memastikan hidupnya terus berjaya.

Jom tengok apa tabiat yang orang berjaya lakukan setiap pagi untuk memastikan kelancaran sepanjang hari.

Tabiat #1 - Bangun Sangat Awal

Kita digalakkan bangun awal untuk buat solat tahajud, taubat dan lain-lain. Bila bangun awal, kita tak rushing sangat untuk kerja seterusnya. Beberapa bulan ni saya cuba bangun seawal 4.30 pagi, selewatnya 5.45 pagi. Alhamdulillah ada banyak perkara boleh siap sebelum anak-anak bangun. Cuba bangun 15 minit awal daripada waktu yang anda biasa bangun. Tambahkan lagi 15 minit awal untuk hari seterusnya. Amalkan selama 21 hari. Insya Allah.

Tabiat #2 - Membakar Kalori

Bersenam ringan atau buat apa-apa aktiviti fizikal. Boleh menyegarkan tubuh. Kalau yang suri rumah tu, boleh buat kerja rumah macam menyapu ke. Buat senaman ringkas pun boleh.

Tabiat #3 - Dengar Motivasi

Manfaatkan 30 minit untuk dengar motivasi atau perkara yang mampu buat anda bersemangat. Dengar zikir atau bacaan Al Quran pun bagus. Motivasi perlu diperbaharui setiap hari.

Tabiat #4 - Tulis Jurnal Kesyukuran

Perhatikan hidup anda dan tulis 1 perkara yang anda syukuri. Tak kisahlah walaupun perkara kecil. Dengan bersyukur, hidup lebih tenang dan anda akan tempuhi hari dengan lebih matang dan kurang stres.

Tabiat #5 - Jawab Soalan Ini Setiap Pagi

"Jika hari ini hari terakhirku, apa aku akan buat?"

Pasti kita akan buat sesuatu yang terbaik, ye tak. Kita tak tahu sama ada kita akan hadapi lagi hari esok, atau tidak. Kalau perlu berubah, berubahlah. Cuba sesuatu yang baru.

Tabiat #6 - Lakukan Tugas yang Paling Sukar Dahulu

Anda tentukan tugas anda, dan tahap kesukarannya. Buat yang susah dulu sampai siap kemudian teruskan tugas yang lain. Kalau tak anda dah kurang tenaga dan semangat nak lakukan bila menjelang petang.

Tabiat #7 - Rancang Strategi

Gunakan 10 minit untuk rancang dan visualkan matlamat anda hari ini, dan senaraikan tugas yang perlu disiapkan. Buat master checklist pun boleh. Waktu pagi sangat sesuai untuk biasakan diri dengan tabiat ini sebab kita lebih bertenaga dan fokus di waktu pagi.

Tabiat #8 - Meditasi

Bertenang. Baca Al Quran pun bagus. Tak perlu lama. Kalau dapat 2 muka surat pun ok.

Tabiat #9 - Peluk Anak-Anak

Bagi yang ada anak, boleh peluk anak. Masa ini kita masih tenang dan kurang stres. Kurang kebarangkalian nak marah-marah anak. Anak juga boleh menenangkan dan bagi mood ceria untuk anda teruskan hari anda. Peluk dan cium anak selepas bangun tidur.

Begitulah 9 tabiat yang boleh dilakukan sama seperti orang yang telah pun berjaya.

Tabiat yang baik perlu dilatih dan dibiasakan. Insya Allah.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki berpagi-pagian hari ini!

Salam sayang,
Zaila

Ingat Pesan Mak yang Satu Ni

Teks: Zaila Hafni

Assalam.

Semalam, sembang2 dengan mak. Oh saya kat rumah mertua sekarang ni. Balik sini sebab husband out station 3 hari. Biasalah hantar bini balik rumah mak. Hehe.

Satu keselesaan menjadi wahm atau berbisnes sendiri - masa yang fleksibel. Nak balik rumah mak bila-bila pun boleh. Dan hanya perlu ikut jadual husband. Saya ok je.

Maka semalam, sambil dok siapkan anak untuk tido, sembang-sembang dengan mak.

'Macamana mak jaga semua anak mak yang setahun sorang ni?'

Husband saya ada 8 adik beradik. Umur rapat-rapat.

'Ok je. Alhamdulillah la semua takde buat perangai apa. Elok je semua'

Tengok statement tu. Walaupun anak ramai, takde pembantu, abah keje bomba dan part time jadi driving instructor, mak tak keje - Allah bagi kemudahan kat mak ngan abah dengan anak-anak yang mudah dijaga.

8 orang tau. Saya yang baru 2 ni pun rasa macam mengah dah nak handle.
Lepas tu, perbincangan kami adalah topik suami buat kerja rumah. Haa ala-ala Semanis Kurma gitu kan. Haha!

Mak cerita, dulu abah tolong basuhkan baju. Ok, it was 30 years ago dan pada masa tu mak abah basuh baju GUNA TANGAN. Abah tolong basuh, mak sidaikan.

Oh macam saya ngan husband. Bezanya kami guna mesin. Hehe. Sekarang saya tau mana turunnya kerajinan tolong buat kerja rumah pada husband saya. Kuah tumpah ke nasi ler 😊

Alhamdulillah. Part tolong kerja rumah dan pandai berkemas memang kepakaran husband saya. Dan saya tahu ramai husband zaman sekarang pun macam itu. Walaupun isteri berstatus wahm tapi seharian dia di rumah dengan anak-anak pun dikira kerja juga. Isteri sangat menghargai kalau suami boleh bantu walaupun bantuan kecik macam tengokkan anak atau basuh pinggan 2-3 biji.

Berbalik kepada cerita mak, satu lagi yang saya anggap rezeki adalah jiran-jiran yang baik dan saling menolong. Masa mak dalam pantang atau tak sempat nak angkat baju yang disidai, jiran tolong angkatkan. Ada yang lipatkan pun. Sebab mak pun selalu tolong jiran macam itu. Sekarang ni? Haha kita nak berselisih dengan jiran pun payah. Apa lagi nak tolong angkat kain. Oh mak dulu dok kuarters. Rumah dekat-dekat je kan. Sama-sama tolong lah.

Lama jugak lah bersembang semalam. Macam lama tak balik pulak hehe. Sesekali orang tua nak bercerita, kita dengar aje. Bukan rugi pun. Pengalaman mak as sahm (stay at home mom) boleh jugak diguna pakai untuk saya yang wahm (work at home mom).

Dan satu lagi pesan mak:

Jangan biar baju tak berbasuh. Itu yang kena selesai dulu. Kalau dikumpul sekejap aje banyak lepas tu mula stres nak basuh. Penat macamana pun, baju TETAP kena urus siap.

Ah ha! Mak memang terkenal di kalangan anak menantu sebagai seorang yang sangat efisien pasal baju. Don't mess with mak. Mak tahu berapa scoop sabun atau softener yang kita guna kalau kita yang basuh baju dengan hanya mencium baju yang dah siap kering tu!

Tapi memang pun. Sejak saya jadi wahm, hari-hari basuh baju dan jimat kos nak pi dobi dan stress free tengok bakul kosong. Bab lipat dan simpan aje yang kena improve sikit.

Begitulah sharing daripada mak. Sangat berguna untuk saya. Dan rupanya abah kepada mak pembersih dan kemas orangnya. Patut la mak pun macam itu.

Maka saya pun kena lah jadi macam tu yedak? Insya Allah. Dengan peluang untuk berada dan bekerja di rumah bersama anak-anak, semoga saya dapat mendidik diri saya menjadi contoh kepada anak-anak saya. Ok saya garang sikit je. Hehe.

Salam sayang,
Zaila


Tip Berpantang Sendiri: Ambil Masa untuk Rehat

Assalam.

Memang tak dinafikan, susah nak berehat bila beranak kecil. Tambahan pula bila ada anak yang sudah besar.

Tapi, mahu tak mahu kena lah berehat. Kena curi-curi masa dan dapat rehat sekejap pun tak apa dah kan. Kalau tak, mahu pening kepala satu hari.

Dah tentu tidur malam dah terganggu sebab berjaga anak nak menyusu dan tukar lampin. Tu tak termasuk kalau baby meragam lagi.

Jadinya, bila baby tidur, kita pun tidurlah sekali. Dapat lelap mata sekejap pun tak mengapa. Orang tua pun selalu pesan macam tu. Tidur sekejap masa anak tidur. Kalau tak, sampai ke sudah pun kita tak sempat tidur dan berehat.

Walaupun rumah bersepah, biarkan dulu sekejap. Tutup mata lah orang kata.

Bila cukup rehat, badan dan minda pun cergas sikit. Penting ni untuk kurangkan tekanan perasaan terhadap perubahan suasana baru. Kalau tak, mahu kelam-kabut dan mengundang palbagai masalah lain hingga tak dapat dikawal macam kemurungan. Emosi kena jaga, sebab tu kena cukup rehat.

Salam sayang,
Zaila


Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur?

Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband.

Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.

Boleh ke ni?

Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke.

Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif.

Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak.

Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak perlu masak? Teetttttt.

Saya cuba untuk sambal udang. Ok je. Lepas tu sambal ikan bilis. Pun ok. Nah saya share resipi nye. Senang je. Cer cuba.

Sambal Ikan Bilis Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk cili (dibancuh dengan air dan dijadikan pes)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.

2. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan pes cili. Masak hingga garing. Masukkan sedikit air. Kacau sebati. Masukkan serai.

4. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kalau nak berkuah sikit, tambahkan air lagi.

5. Bila pes cili dan sos dah sebati, perasakan dengan garam dan gula kalau perlu.

6. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.

6. Siap untuk dihidang.

Senang, kan?

Saya rasa sangat praktikal guna ni kalau pi camping ke travel ke. At least boleh juga makan sambal tumis kan. Nak buat rencah untuk goreng mi ke pun boleh. Guna setengah atau 1 sudu je serbuk cili tu. Sesuaikan dengan tahap pedas yang anda suka.
Yang pasti, praktikal juga diguna di rumah. Bancuh aje dengan air, jadi pes.

Haa kan boleh masak sambal tumis tanpa guna cili giling atau cili kisar? Selamat mencuba!

Salam sayang,
Zaila

================================

Jadi usahawan dan terima bonus sehingga 5 angka melalui program YES Shaklee. 

9 sumber pendapatan untuk direbut!

Dapatkan cara, bimbingan dan panduan eksklusif untuk capai semua ini dalam 13 bulan bersama kumpulan yang dipimpin oleh 2 Master Coordinator.

DAFTAR SEKARANG!

Zaila Hafni
019.460.3094


Sebab Omega Guard Perlu Ada Di Rumah Saya

Omega Guard ni, kapsul minyak ikan. Bukan MINYAK HATI IKAN tau. Ni minyak ikan tulen terbaik di dunia. Salah satu bukti nak tunjuk tulen ke tidak, cuba picit 1 kapsul, bila minyak ikan tu dah keluar dan melekat di jari atau terkena baju...memang kuat sangat bau hanyir ikan tu. Memang pekat melekat baunye. Betapa tulen minyak ikan yang Shaklee guna untuk hasilkan Omega Guard ni.

Dan sebenarnya ultratulen dan bergred farmaseutikal OG ni, sebab dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang pekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semula jadi sementara singkirkan bahan bahaya seperti merkuri dan plumbum yang selalu hadir dalam kebanyakan ikan.

Orang yang sakit jantung atau berpotensi dapat penyakit jantung elok benar amalkan OG. Bukan apa, ada kajian yang mengatakan pesakit jantung yang ambil asid lemak omega-3 macam EPA dan DHA boleh kurangkan risiko sakit jantung koronari. Lagi pulak, kalau dalam badan ada kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi, dapat baiki kesihatan jantung. Sambil tu dapat bantu kawal tekanan darah. Lain-lain fungsi omega-3; untuk pelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Yang untuk otak tu, untuk kanak-kanak pun sesuai ambil OG ni. 1 kapsul je sehari. Sama juga untuk  ibu mengandung dan menyusu. Elok ambil OG untuk perkembangan otak bayi.

Untuk ibu dalam pantang atau menyusu, OG dapat bantu pecahkan lemak dan kawal perut buncit selain untuk membina sel otak bayi.

Kalau anak yang ada asma, kerap demam selsema dan ekzema pun bagus amalkan OG.

Kebaikan untuk seisi keluarga - atasi kolesterol tinggi, masalah berat badan, masalah sendi, bantu perkembangan otak anak. Satu keluarga boleh guna. Sebab tu banyak kebaikan OG ni. Daripada atuk nenek, mak ayah, anak-anak semua boleh manfaatkan OG ni.

Omega-3 penting pada tubuh sebab tubuh kita secara semula jadinya tak hasilkan, maka perlu ambil dari sumber luar yakni makanan tambahan.

Pilih sumber Omega-3 anda.
Pastikan ianya yang tulen dan terbaik untuk anda seisi keluarga.

==============================

Membeli stok Omega Guard anda?

Whatsapp 019.460.3094 untuk pembelian dan konsultasi percuma


44 Days: Tamat Akhirnya

Teks: Zaila Hafni

Hari ke 45. Alhamdulillah tamat sudah pantang kali ini.

Satu pengalaman yang baru dan mencabar. Berpantang sendiri dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Kalau tak tahan dugaan ni, memang boleh kemurungan ni.

Saya hanya berpantang 3 minggu sahaja di rumah mak mertua. Selain kesian kat suami nak kena ulang alik selang 3-4 hari (jauh jugaklah Shah Alam-Sepang), saya juga tak mahu menyusahkan mak mertua saya yang juga mengasuh cucu.

Jadi, kami ambil keputusan balik ke rumah lebih awal dan saya teruskan berpantang sendiri selepas meyakinkan suami yang saya boleh buat. Alhamdulillah. Habis juga akhirnya.

Satu perkara yang saya sangat bersyukur sebab luka jahitan tak banyak. Luka pulih dalam seminggu dan saya agak bertenaga nak urus diri, anak dan baby. Kalau dulu, luka jahitan besar. Lama saya berpantang di rumah mak mertua. Beza sungguh pantang dulu dengan sekarang. Dan yang pastinya saya tak tinggal semua vitamin saya.

Dah tentu saya ambik Set Postnatal Shaklee. Dan untungnya boleh je sambung makan sepanjang menyusu.
Ibu berpantang dan menyusu, jangan abaikan pengambilan vitamin selain jaga makan. Keduanya sama penting untuk pastikan kesihatan tip top untuk hasilkan banyak susu dan jaga baby serta urus keluarga.

Serius.

Saya dulu masa anak sorang, hopeless benar rasanya. Terlalu penat. Sedangkan saya di rumah sahaja. Dan masa tu tak aktif berbisnes lagi pun.

Saya tak mahu ulangi lagi dan alhamdulillah keadaan bertambah baik dan dah tentu dengan sokongan suami jugak.

So, dah habis pantang... boleh jalan-jalan! Yeay 😆😆😆😆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...