Review Makan: Zaky's Pizza

Teks & Foto: Zaila Hafni

Jumaat lepas alhamdulillah berkesempatan dinner kat Zaky's Pizza di Jalan Kebun, Shah Alam.

Sebenarnya dah lama dah plan tapi tak tersinggah. Akhirnya sampai juga. Sesekali bawak anak makan luar.

Lokasi kedai di Jalan Kebun, dekat dengan Econsave Jalan Kebun dan perumahan Kemuning Greenville, Mahkota Kemuning dan D'Pinggiran Kemuning. Deretan kedai baru kat situ. Jalan Tanjung Rhu.

Pertama kali datang dan masa tu customer tak ramai sangat. Jadi selesa lah untuk kami anak-beranak.

Kami order:
Pizza Chicken Sensation 8"
Meatballs + Wedges
Spaghetti
Beef Lasagna
Roti sosej
Pot Ice Cream
Milo Ais
Hot Chocolate

Ada pelbagai set tapi saya tak ingat kami ambik set mana. Tapi yang di atas nilah kami makan.

Menu-menunya not bad. Makanan barat yang bercitarasa tempatan saya boleh simpulkan. Rasa macam makan kat rumah (home made). Jadi kalau teringin nak makan makanan barat tapi malas nak masak, boleh la bertandang ke sini. Oh perkhidmatan delivery pun ada.

Untuk pizza, ada banyak variasi topping boleh pilih nak mana satu. Ayam, tuna, seafood. Doh pizza tersangatlah lembut dan gebunya. Kenyal macam gitu. Bukan macam crusted pizza. Ini tak rapuh tapi lembut macam roti bun. Kalau tak boleh bayangkan, datanglah kedai sendiri dan cuba yer!

Menu baru - meatballs dengan sos black pepper. Sedap. Patut cuba.

Roti sosej, menu kanak-kanak tapi anak saya taknak. Saya yang makan. Sedap juga. Sosej digulung dengan roti dilapis cheese dan digoreng.

Ada pot ice cream juga bagi yang sukakan aiskrim pasu.

Spagheti, dengan kuah bolognaise daging. Anak saya yang beria makan.

Beef lasagna suami saya paling suka. Comel lote aje bekasnya tapi sedap.

Keseluruhannya anda patut cuba. Boleh makan makanan barat dengan harga mampu milik. Yang kami beria makan tadi semua tu jumlah dalam RM60+ sahaja. Siap tak habis tapau untuk sarapan esok hehe.

Kalau nak minta hantar pun boleh. Mereka ada khidmat penghantaran percuma selama 2 bulan untuk kawasan lingkungan 5 km dari kedai. Penghantaran 2 kali sehari untuk lunch dan dinner dengan beberapa jenis set yang anda boleh pilih.

Ingin mencuba atau kenali Zaky's Pizza dengan lebih dekat, boleh Like mereka di FB Zaky's Pizza.

Selamat mencuba!

Nasi Arab Mudah Masak

Teks & Foto: Zaila Hafni

Minggu lepas, husband dan kawan-kawannya ada majlis makan-makan. Saje together gather.

Husband dah ditugaskan untuk siapkan main course, maka bertungkus-lumus jugaklah kami husband and wife siapkan makanan untuk 50 orang. Menu - Nasi Arab.

Tak pernah pun masak untuk orang makan seramai ni. Selalu masak runcit-runcit je jamu family dan kawan-kawan. Ni agak mencabar jugaklah kan. Tapi husband memang confident. Dia memang biasa masak kalau masa program company beliau... program camping ke, bbq ke. Dialah masterchefnye. Hehe

Nak masak nasi arab ni insya Allah ok. Sebab guna rempah segera. Beras pun dah ada siap. So tak payah nak risau tentang rasa. Insya Allah sedap!

Kami masak guna rempah Nasi Arab Al Bayt je senang. Dalam 10 kotak jugaklah sebab 50 orang kan. Sekotak anggaran 4-5 orang makan. Beras dah bagi, rempah semua pun dah ada dalam.

Maka bekerjasama lah husband dan wife siapkan menu. Husband tolong potong timun, tomato, bawang-bawang. Then siapkan salad arab siap-siap simpan dalam peti ais. Saya basuh ayam dan rebus. Sambil-sambil kejap entertain anak nak menyusu.

Seperiuk besar rebus ayam. Ikut resipi tak payah rebus, panggang je. Tapi kitorang nak jimat masa panggang...maklumlah ada 1 je oven tu pun pinjam mak mertua punya. Dan ada 1 microwave. Congak-congak lama sangat kalau nak panggang. Jadi kami rebus dulu ayam, panggang jugak lepas tu tapi tak lama sangat sebab ayam dah masak. Dan air rebusan guna buat sup, hidangan tepi (side dish). Resipi asal takde pun. Saja kitorang tambah buat kuah.

Nasi arab ni set dia: Nasi, ayam panggang, salad arab, sos harrah.

Orang melayu punya tekak mesti nak ada kuah. Hehe. Lauk berkuah yang sesuai macam sup ke dalca ke. Ok la tu.

Alhamdulillah mak abah ada periuk besar-besar, tumpang pinjam. Masak nasi pun senang je pakai tu. Sekejap aje dah siap :)

Syukur juga semua sempat siap, walaupun biasalah dengan selingan anak-anak. Kejap nak itu nak ini, nak tengok tu, nak nenen. Gilir-gilir la kitorang buat keje. Hehe.

Husband kata habis licin ada siap tapau. Alhamdulillah seronok dapat jamu orang makan.

Nasi arab ni senang je nak buatnya. Sukatannya semua dah bagi. Sedap pun sedap!

Nasi arab ni ada macam-macam jenis. Tengok kat sini: http://hif-onlinestore.blogspot.com, apa pilihan apa yag ada.

Kalau nak cuba, beli la ye. Sekotak RM15 je.


Sebab Ibu Bekerja yang Menyusu Perlu Makan Multivitamin

Teks: Zaila Hafni

Jadi ibu yang bekerja dan menyusu tak dinafikan memang menuntut tenaga dan kekuatan yang tinggi. Nampak macam mudah kan menyusu ni tapi ibu menyusu sajalah yang faham keadaan yang cepat lapar, mengantuk lepas menyusu, susu perahan tak cukup atau terlalu letih dengan urusan kerja, rumah dan anak.

Tapi biasalah ibu-ibu ni selalu ada kuasa super. Hehe. Semua benda boleh buat padahal dalam hati kata tak larat.

Dua orang kawan saya merangkap customer Shaklee saya yang amalkan vitamin Shaklee sejak mengandung hingga menyusu mengaku yang sangat penting ambil multivitamin. Selalunya bila dah balik kerja dah letih tapi banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Kalau anak sorang pun penat, bayangkan kalau anak lebih ramai. Habis urusan kerja, balik untuk urus rumah pulak. Banyak tenaga kena guna. Dan dengan umur yang makin bertambah, kudrat pun selalunya makin kurang. Kadang tu bila dah letih sangat, makan pun tak berapa selera.

Yang sorang ni, memang ambik Vita-Lea. Katanya bila makan multivitamin ni, bila balik kerja masih bertenaga nak urus baby yang baru 5 bulan. Dan masih menyusu badan. Sebenarnya kalau tak ambil vitamin lain pun, sekurang-kurangnya ambillah Vita-Lea. Sebab ada 28 multivitamin dan multimineral termasuk vitamin B, vitamin C dan zat besi. Kalau tak cukup vitamin penting ni, tambah pulak pemakanan pun tak cukup, manalah nak datang tenaga ye tak.

Yang sorang lagi, baru nak cuba multivitamin ni. Terus saya offer mendaftar jadi ahli, sebab sekarang ni ahli baru layak dapat Vita-Lea PERCUMA! Tapi untuk sesiapa yang mendaftar hingga Oktober je tau. Dia sebelum ni memang regular ambik Ostematrix, lepas tu top up dengan Vitamin C dan B Complex. Memang katanya beza kalau ambil dan tak ambil vitamin. Saya sendiri pun setuju. Lemau sangat menjelang petang kalau terskip vitamin pagi tu.

Kalau anda pun kategori ibu bekerja yang menyusu yang sering rasa penat, stres, asyik nak marah, terlalu letih dan tidak ambil apa-apa vitamin, sangat baik mula amalkan daripada sekarang. Kita nak jaga keluarga, kita kena pastikan kita sihat dan badan nak pakai lama, nak tengok anak membesar insya Allah jika dipanjangkan umur. Tak salah berusaha untuk dapat kesihatan yang lebih baik. Malahan kita dituntut menjaga tubuh badan kita sebaik mungkin.

Wallahua'lam.

*****************************
Ingin khidmat nasihat tentang vitamin yang perlu untuk ibu menyusu?

Hubungi:
ZAILA HAFNI
0194603094 (WHATSAPP/SMS)
zailahafni@gmail.com
Pengedar Shaklee Kota Kemuning, Shah Alam & Seluruh Malaysia

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

Sambal Belacan Mak Mertua

Teks & Foto: Zaila Hafni

Sambal belacan memang banyak versi. Saya ni kan belajar masak ikut buku, ikut Google. Jadinya banyak resipi sambal belacan saya cuba tapi satu pun tak kena selera suami saya.
Yelah, sambal belacan mak tersedap mana ada dalam buku atau Google! Kena belajar dengan mak mertua lah. Hehe.

Dan saya selama ni alergik makan belacan, maka memang tak pernah la nak belajar buat sambal belacan. Kesian incik suami. Sekarang ni alhamdulillah dah kurang alergik, makan belacan pun takde nak gatal-gatal sangat, tu yang berani masak semua nak letak belacan. Tapi apa pun tetap kena sederhana. Banyak sangat tak boleh la. Hehe.

Sebab tak sempat nak tanya mak mertua, kita tanya resipi kat anak mak mertua je lah. Rupanya dia tahu! Hmmm. Sabar je lah.

Ni saya kongsikan resipi sambal belacan versi mak mertua saya. Nanti balik kampung kalau ada tambahan tips saya akan update. Ini versi anak mak mertua yakni suami saya.

Sambal Belacan Cik Zah


Bahan:
5-6 biji cili merah
10-15 biji cili padi
1 sudu besar belacan bakar
Jus limau kasturi/lemon
Garam dan gula
Sos tiram <-- ni bahan rahsianya!

Cara:
1. Potong kasar cili merah, masukkan dalam blender. Masukkan cili padi dengan tangkai sekali.
2. Masukkan belacan.
3. Masukkan air sikit.
4. Blend sampai dapat kehalusan yang diingini.
5. Tuang dalam mangkuk/bekas, masukkan jus limau dan sos tiram. Agak-agaklah ye rasa masin dan masamnya. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam (kalau perlu) dan gula.
7. Siap. Simpan dalam bekas bertutup dan dalam peti sejuk.

Saya suka guna Belacan Bakar DNB ni sebab bersih dan rasa pun sedap. Mai Pulau Aman habaq hang. Hehe.

Rasa sambal ni saya perlu improve lagi. Dia punya kepekatan pun belum sama macam mak mertua selalu buat. Dan saya guna lemon sebab limau tak ada.

Selamat mencuba lah pada yang sudi nak mencuba.

Apa pun, practice make perfect!

Ngam sangat la standby sambal belacan kat rumah ni. Timun penuh bakul ni haa terlebih beli untuk buat salad nasik arab hari tu. Matching sangat timun-sambal belacan-kari ikan-ikan goreng menu hari ni. Nyummmmmmyyy!

Menu Mudah Suri Bekerja Di Rumah

Teks: Zaila Hafni

Sekarang ni, by hook or by crook, memang memasak kat rumah. Tak kisahlah lauk apa pun. Tapi semua pun mudah-mudah je.

Sebab saya mak yang kerja dari rumah, jadinya hari-hari mesti la saya masak. Untuk anak makan, suami makan bila balik kerja. Saya pun kena makan jugak nak menyusu bagi anak baby 'makan'.

Dan saya memang suka masak. Tapi tidaklah terer mana, husband saya lagi terer.

Ni menu semalam. Mencabar sikit sebab menu tak pernah cuba. Ni cedok dari buku. Tak menjadi sangat. Mana taknya, siap satu lauk anak bujang dah mengadu lapar. Berhenti makan dulu. Sambung 1 lauk lagi lepas tu adiknya pula merengek nak tido. Dugaannnnn...

Menu of the day:
Sotong Berlada
Singgang Ikan Tenggiri
Salad Saderi
Ikan Tenggiri Goreng

Komen suami, sotong terlebih masam. Huhu. Singgang tu takde pulak komen apa tapi saya rasa macam tak cukup serai. Salad pulak macam terkurang masam kot. Haha macam-macam. Gitu la bila masak-masak kan. Setiap kali itu la kita belajar benda baru.

Tapi anak bujang makan bertambah-tambah. Lauk berkuah dia memang makan laju.

Saya nak share menu Salad Saderi sebab saya rasa menu ni jarang kita jumpa. Yang lain tu masing-masing dah pandai kan. Hehe.

SALAD SADERI

Bahan:
2-3 batang saderi (parut kulit luar sbb yang tu selalu keras, hiris serong)
7-8 biji cili padi (hiris halus)
1/2 biji lemon (kulit dihiris nipis, jus lemon diperah)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1-2 batang serai (hiris halus)
1/2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Gaulkan saderi dengan kulit lemon.
2. Masukkan cili padi, bawang besar, serai, jus lemon. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng. Gaul lagi.
4. Perasakan garam dan gula.
5. Siap. Makan segera atau simpan dalam peti sejuk.

Cubalah!

Begitulah menu semalam. Hari ni kita masak menu buku lain pulak ye.

___________________________


Sentapan Rohani

Teks: Zaila Hafni

Sesekali, kita ni kena DIKEJUTKAN dan DIINGATKAN. Manusia kan mudah lupa.

Dan terkadang mudah terbawa-bawa emosi. Jangan kira berapa kali rasa down tapi kira berapa kali up balik lepas down tu.

Bukan sekali dua saya rasa nak quit bisnes saya. Betul. Bila apa yang kita buat kadangkala buat kita fikir betul ke apa yang aku decide ni? Betul ke bisnes ni sesuai untuk aku? Dan ye ke bisnes ni boleh buat aku dapat gaji sama (atau lebih) dengan gaji masa kerja dulu?

Ok fine. Sebetulnya saya masih meniti dan menuju ke arah itu. Mahu ikut jejak mentor-mentor saya. Mereka dah boleh beli baju dan handbag TANPA TENGOK PRICE TAG. Siapa yang tak mahu rasa financial freedom kan?

Semua orang nak rasa macam tu. Beli apa saja barang tanpa fikir baki akaun. Boleh bagi berapa saja mak ayah nak tanpa risau keperluan keluarga sendiri.

Semua tu memang NIKMAT. Tapi nak dapatnya juga perlu USAHA YANG HEBAT.

Kalau ada yang offer dapat semua tu tanpa perlu usaha... fikirlah 18 kali dulu sebelum setuju. Takut ada perkara yang tersembunyi. Bukan senang nak senang.

Setiap kali saya rasa nak back off, setiap kali itu tak berjaya. Mungkin dah sebati sangat. Dan setiap kali itu juga muncul teguran dari mentor-mentor. Maka gagal lah usaha nak back off kesudahannya.

Saya stay dengan bisnes ini, salah satunya sebab group saya. Komitmen mentor-mentor saya. Ingatan-ingatan mesra dan sentapan manja memang jadi makanan la. Tinggal saya saja untuk komited dengan bisnes saya ni dan teruskan 'buka kedai online' saya hari-hari.

Tapi sebab utama saya terus berada dalam bisnes ini - saya mahu PERBAIKI DAN KEKALKAN TAHAP KESIHATAN SAYA DAN KELUARGA. Sebab dah pernah rasa diri sendiri tak sihat. Anak tak sihat. Memang banyak pengaruhi hidup. Emosi. Prestasi kerja. Prestasi sebagai isteri dan ibu.

Dah tak mahu macam itu. Dan saya rasa ramai lagi anda yang bermasalah begini untuk SAYA BANTU.

Bila kita sihat, insya Allah hidup lebih tenang. Dan apa lagi bila kita dapat bantu orang lain turut sama sihat.

Insya Allah, dengan mengubah cara pemakanan dan gaya hidup, anda dapat MENGUBAH TAHAP KESIHATAN ANDA.

Anda hanya PERLU UBAH DAN PERCAYA.

==============================

Order atau Ingin Berbisnes dengan Shaklee
Whatsapp Zaila 019 460 3094
Shah Alam


Kenangan dengan Nurse di Hospital Klang

Teks: Zaila Hafni

Semalam, terbaca satu luahan panjang seorang jururawat berkenaan komen-komen pesakit dan waris yang viral kat media sosial. Yang kutuk kerja nurse. Apa yang dia kata tu, tak perlulah saya mention kat sini kot. Tapi memang amat memalukan dan menunjukkan betapa rendahnya mentaliti sebahagian kita ni terhadap para nurse.

Kalau saya jadi nurse pun, memang akan terguris tercalar bila dituduh dan diperkatakan begitu.

Selama hidup saya ni, saya kira saya banyak juga berjumpa dan berurusan dengan nurse. Dengan mak ayah yang bersilih ganti masuk keluar hospital suatu ketika dulu,  saya dah berjumpa macam-macam jenis nurse dan doktor juga. Dan bila saya check up mengandung dan bersalin, saya sendiri pun banyak jumpa nurse.

Ya, kalau Hospital Klang tu, memang tak ada la orang nak pegi beranak kat situ kalau memikirkan segala momokan orang - wad penuh, tak selesa, nurse mulut jahat dan tak friendly dan apa-apa lagi komen yang tak membina dan mematikan semangat nak beranak dengan tenang. Tapi, saya masih memilih Hospital Klang sebab waktu bersalin anak pertama, saya banyak masalah.

Saya ada diabetes, darah tinggi, uri di bawah, baby songsang. Jadi saya DINASIHATKAN supaya bersalin di hospital. Dan hospital terhampir waktu tu memang Hospital Klang. Saya dok di Bandar Botanic waktu tu.

Kali kedua, alhamdulillah tak banyak masalah sangat. Darah tinggi takde. Baby pun dalam kedudukan baik, uri pun naik sikit (sebelumnya uri di bawah). Cuma diabetes masih ada tapi terkawal. Itu pun saya masih ke Hospital Klang sebab tunggu Hospital Shah Alam tak buka-buka! Hehe.

Sepanjang saya check up, jumpa pakar, di wad dan dalam bilik bersalin hingga selepas bersalin, alhamdulillah semua nurse yang entertain saya baik-baik belaka. Dan nurse pun muda-muda je dari saya nampaknya. Peramah! Lagi kalau masa check CTG, nurse rajin bersembang sambil -sambil cari mana jantung anak. Nak mintak tolong apa pun ok je. Tapi agak-agak dan pandai kita lah kan. Sebanyak mana pun nurse kat wad tu kalut memanjang punya banyak kerja mereka. Jadi setakat sikit-sikit yang kita mampu, buatlah sendiri.

Macam luahan nurse tu lah, bukan kerja nurse pun kadang yang kita mintak tolong tu. Diorang buat sebab simpati. So hargailah sikit ye.

Bukanlah nak payung nurse sangat tapi kes saya, alhamdulillah dua kali saya bersalin di situ, kedua-dua kalinya pun ditemukan dengan nurse yang baik-baik. Saya percaya jika kita bersikap baik dengan orang insya Allah begitu juga orang lain dengan kita. Cuma kali kedua tak lama sangat kat wad. Takde komen sangat lah. Nurse kat PAC tu je yang macam garang sikit. Tapi so far ok.

Hormati pekerjaan orang lain. Mereka bekerja mencari rezeki. Macam kita juga.

#nurseosem

********************************
MENCARI SET POSTNATAL UNTUK CEPAT LUKA SEMBUH, KURANGKAN STRES AKIBAT BERJAGA MALAM, BEKALKAN NUTRIEN KEPADA TUBUH UNTUK HASILKAN SUSU BADAN YANG BERKUALITI?

CUBA SET POSTNATAL SHAKLEE!

HUBUNGI ZAILA 019 460 3094 UNTUK INFO LANJUT DAN PEMBELIAN.

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

Apabila Diserang Gegata atau Kelopak Garam

Teks: Zaila Hafni

Minggu lepas, husband diserang gegata ni. Mula-mula naik benjol-benjol bengkak kat area leher depan dengan keliling bawah lengan. Suspect alergik makan ke apa ni. Tapi husband saya adalah seorang yang TIDAK ALERGIK selama ni. Yang selalu alergik tu saya ngan anak-anak. Jadi teramatlah pelik bila beliau kena.

Fikir lagi apa punca ni. Dok flashback menu sepanjang hari. Nasik lemak sambal sotong. Nasi goreng dengan telur mata. Penyebabnya apa? Telur? Sotong?

Entah. Tak tahu.

Jadinya sapu jelah HERBAL BLEND sebab gatal kan. Kat rumah ni, apa saja kejadian kat kulit, semua sapu krim ni. Dari baby sampai ke mak bapak. Maka sapulah saya krim tu ke kawasan yang merah-merah dan bengkak tu. Lepas tu husband lepak-lepak baring atas kusyen 3 bijik.

Bertambah gatal. Merah bengkak mula makin naik dan merebak pulak ke lengan dan dada. Haih dah kenapa pulak?

Kami suspect kusyen pulak. Kot hama ke habuk ke.

Lepas tu google sakan la cari info gegata.

Haa memang punca mungkin habuk atau makanan tapi selalunya makanan laut. Dan rawatannya hanyalah ubat sapu dan antibiotik, kalau pi klinik. Insya Allah gegata ni akan hilang gitu je. Jadi malam tu sapu krim HB je lah bagi reda gatal. Dan top up dengan VITAMIN C. Alahan ni biasanya berkait dengan imun rendah. Jadi kasi boost immune dengan vitamin C.

Sebenarnya kalau ada NUTRIFERON ni lagi baik tapi masa tu takde pulak stok kat rumah.

More info pasal gegata, KLIK SINI .

Esoknya tengok merah bengkak tu menjalar-jalar ke bawah pulak. Peha perut betis. Aih ni makin merebak ni. Maka husband decide pi klinik je sebab esoknya tu beliau ada program company nak kena attend. Takkan nak gi dengan tergaruk-garuk pulak kan.

Pi klinik, memang dokter kata alergik lah. Dapatlah 3-4 jenis ubat makan dan ubat sapu. Ubat makan ubat tahan gatal dan paracetamol in case demam. Ubat sapu untuk kurangkan gatal.

Alhamdulillah esoknya makin surut. Menjelang petang merah bengkak takde tapi kesannya masih ada lagi. Hari ni licin terus kulit..hilang terus! Alhamdulillah.

Jangan main-main ngan gegata ni. Kalau teruk boleh sampai naik satu badan. Dan agak-agak alergik makanan, kena pantang jap makanan yang diproses, makanan laut. Kadang telur ke ayam ke boleh jadi asbab juga.

Alhamdulillah husband dah ok dan hensem semula 😊😊

****************************
PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE, BOLEH TERUS:
WHATSAPP ZAILA 0194603094

DELIVERY SEKSYEN 20-26 SHAH ALAM, KOTA KEMUNING, BUKIT RIMAU

POS SELURUH MALAYSIA

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

33 Tahun Kegemilangan

Teks: Zaila Hafni

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan 14 Ogos untuk kali ke 33. Ops!

Ya, hari ini hari lahir saya. Dan syukur alhamdulillah diberi peluang dan nikmat hidup di dunia ni dengan berteman suami, anak-anak, keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan kenalan sehingga hari ini.

Dulu, masa kecik-kecik, asal birthday je mesti mak akan masak laksa dan jemput kawan-kawan datang makan kat rumah ramai-ramai. Ye, tiap-tiap tahun pun laksa. Hehe. Orang Penang dan laksa, berpisah tiada. Nak nak pula tepi rumah ada serimbun pokok daun cenohom (daun kesum), memang syok la nak masak bila-bila masa. Hehe.

Dah besar, meningkat umur ni, takde la nak sambut sangat pun. Cukup sekadar ingatan. Dulu pernah juga la ada masa nak sentap sentap sebab ada orang tu yang kita tunggu dia wish sekali langsung tak ada. Haha. Takpe beliau sudah dimaafkan dah. Zaman dah berlalu. Childish sangat la kalau dok perangai macam tu lagi.

Apapun, syukur Allah bagi nikmat sihat. Bahkan saya rasa lebih sihat daripada dulu. Kalau dulu-dulu, asyik stres aje. Stres nak cari duit, stres nak meet deadline, stres nak siapkan keje, stres bila nak kawen (dah tak stres sebab dah kawen haha), stres dengan GEMOK dan MUKA PENUH JERAWAT!

Betullah. CHANGING BRAND CAN CHANGE YOUR LIFE.

Dan yang paling best adalah perubahan tu orang lain yang lebih nampak kesannya, kita sendiri pun tak sedar! Haha. Ini bukan perasan atau overclaim ok. Ini hanyalah statement sorang mak yang tak sempat membelek dirinya sebab dok kelek anak je. Hehe. Terimalah alasan tak seberapa ini.

Masalah utama saya dulu adalah KULIT MUKA BERMASALAH. Sampai tahap naik jerawat bernanah kalau silap makan. Seafood la selalunya sebab alergik tapi suka makan. Lepas tu mana tahan tak picit. Haa hadap la muka berkawah parut huduh malu. Masa kawen tak tau la berapa inci mak andam tepek bedak nak cover muka kawah itew. Tak masuk lagi bab MUKA BERMINYAK. Memang tak suka ambik gambo sebab muka berkilat huhu. Bubuh la berapa banyak bedak pun, pakai la bedak brand apa pun... berkilat bersinar cam tu la jugak. Gibap.

TEMBAM. Di muka juga. Haha! Kat pipi-perut-peha. Lemak terkumpul sapa tak stres ye tak? Ada la turun sikit masa nak kawen sebab diet kalori dan buat aerobik. Gigih takut tak muat baju kawen kaler peach tu. Dan memang berjaya alhamdulillah. Tapi lepas kawen, diet semua habis ke lauttttt. Suami isteri makan dengan jayanya dan membesar bagai johan! Memang naik berat badan berkati-kati. Disebabkan berat badan naik mendadak sebelum mengandung, jadi masa mengandung anak sulung saya dapat DIABETES DAN DARAH TINGGI. Selain faktor keturunan juga, ayah saya memang ada diabetes.

Tapi alhamdulillah semuanya terkawal dan lepas bersalin semua tu dah tak ada.

Dan sejak setahun lepas, muka berjerawat nanah bagai dah TAK ADA. Muka berminyak pun takda dah. Alergik pun kurang, sekarang ni makan seafood tak risau sangat. Dan tak bother pakai bedak muka sangat or tebal-tebal sebab tak risau nak cover muka minyak macam dulu. Just pakai bedak muka nipis je. Jangan tanya brand bedak apa. Haha.

Gemok? Dah kurang kot rasanya berdasarkan testimoni orang yang melihat. Hehe. Mungkin berkejaran dengan anak-anak. Jadi mak membuatkan anda turun berat badan tapi belum tahap menghapus lelemak degil (kena usaha lagi). Dan asbab menyusu yang membakar kalori pun membantu bagi turun berat. Dan dengan anak yang tengah lasak dan baby, saya tak mampu kalau tak ambik multivitamin. Saya bukanlah mak super yang bertahan dengan makan nasik dan sayur je. Atau telur goreng kicap hehe. Tak cukup zat macam tu. Dan itu lah yang berlaku pada anak sulung dulu, saya menyusu dia tapi dia susah nak naik berat. Rupanya saya yang kurang zat. Jadi anak yang nombor 2 ni, memang agak bambam jugaklah perkembangan beliau. Sebab jaga makan. Dan HAPPY. Dulu tak berapa happy dok umah duit takde. Sekarang dok umah sambil kerja. Beza tu.

Oklah. Bukanlah nak kata dengan saya tukar brand tu segala-gala berubah. Tapi adalah perubahan sikit. Nampaklah kesannya. Yang penting perubahan yang positif dan lebih baik. Baik dari segi kesihatan mahu pun kewangan.

Alhamdulillah.

Dan saya percaya sesiapa pun boleh juga berubah yang penting yakin dan konsisten.

Sekarang umur 33, tapi niat nak bagi nampak sentiasa 25. Haha. Tak mustahil. Tak mustahil. Yakin katanya!

Selamat Hari Lahir untuk saya.

Semoga diberi kekuatan dan kesihatan untuk tambah amal ibadat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan jadi KAYA. Kaya harta dan kasih sayang.

Terima kasih semua yang mendoakan.

Salam sayang,
Zaila Hafni
Penasihat Shaklee Pilihan Anda

#ShakleeEffect
#ShakleeDifference
#RwS

20 Tahun Dalam Kenangan

Teks: Zaila Hafni

Saya sebenarnya ada seorang kakak.

Tapi, Allah lebih sayang dia. Allah dah ambik dia dulu.

Arwah kakak saya ni bijak orangnya. Dan dialah yang paling bijak antara kami semua kot. Rezeki dia, dia dapat sambung belajar kat US.

Alhamdulillah tumpang seronok.

Seronok masa hantar dia ke airport untuk berangkat ke sana.
Seronok balas-balas surat atau masa tu guna aerogram kot namanya.
Seronok tengok gambar-gambar dia kirim masa dia kat sana.

Arwah kakak saya ni rajin menulis. Tulisan pun cantik. Macam arwah mak. Sebab dulu masa zaman 90 an mana la nak ada emel, FB semua ni. Tulis surat la perkembangan masing-masing. Excited tunggu surat dia sampai. And she was very thoughtful. Besday card, anniversary card selalu ada sekali. Surat dia, panjang berjela. Macam-macam dia cerita. Paling saya ingat, cerita dia jatuh depan umah sebab licin masa salji. Ok kita orang Malaysia mana la nak biasa salji-salji bagai. Hehe. Yes, sampai bab itu dia bercerita. Dia memang menulis dengan detail.

Sampai satu tahun tu, dia nak pi holiday sebelum sambung short course 6 bulan. Lepas course tu, dia akan back for good. Maka pi lah jalan-jalan dengan kawan. Biasa lah dia memang banyak sangat travel masa kat sana.

Sangat inspiring tengok gambar-gambar yang dia ambik. Oh dia juga minat fotografi. Punya banyak album gambar dia. Zaman tu kan kena cuci gambar. Dari gambar-gambar dia lah kami sekeluarga dapat faham kehidupan dia kat sana macam mana.

Berbalik cerita holiday, dia sekereta dengan kawan-kawan. Ditakdirkan, kemalangan. Bertembung dengan lori pick up yang dipandu pemandu mabuk. Kemalangan berlaku di Wyoming, US.

Daripada 5 orang yang ada dalam kereta, hanya 1 yang selamat. Salah seorang yang maut, bff kakak saya yang baru kawen dan mengandung. Turut maut, suami bff dia (yang memandu). Allahuakbar.

Kakak saya meninggal dalam perjalanan ke hospital tak salah saya. Akibat hentakan kuat saya rasa.

Masa pihak MSD ke JPA call rumah untuk inform berita, ayah yang jawab. Tengah malam masa tu. Bila ayah bagitahu, seingat saya, saya terduduk dan terdiam. Saya masa tu umur 13 tahun. Tak tahu nak react apa agaknya. Terkejut sangat.

Dan tak menyangka keluarga kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga dalam masa terdekat. Masa tu mak saya baru meninggal 9 bulan.

Rupanya kakak saya yang tak sempat nak tengok muka mak masa mak meninggal, dia yang jumpa mak dulu kat 'sana'.

Tamparan hebat sangat untuk ayah. Kehilangan isteri, dan anak yang diharapkan. Masa tu saya tak faham. Bila fikir balik sekarang, saya rasa berat sungguh dugaan ayah saya tapi dia tak pernah cakap.
Jenazah dibawa pulang dan dikebumikan di Malaysia. Kat kampung saya di Penang.

Masa tunggu jenazah sampai ke rumah, dan ketika jenazah di rumah, saya ok. Saya mampu tahan perasaan. Setitik air mata pun tak tumpah.

Tapi sejurus jenazah diusung keluar rumah, menuju ke tanah perkuburan, macam hujan lebat saya rasa saya menangis. Masa tu baru saya rasa kehilangan yang sangat besar.

Allah ambil mak. Allah ambil kakak. Kini yang tinggal hanya saya seorang perempuan dalam keluarga. Sunyi.

Apapun, semua Allah dah tentukan begitu dan hikmahnya saya jadi kuat. Saya kuat dengan adanya ayah, abang dan adik lelaki saya. Wali-wali saya. Dan saya kuat hidup dengan memori mak dan kakak saya. Saya bersyukur untuk itu.

Dan kini, setelah 20 tahun, saya tetap rindu pada kakak saya.

Mohon semua yang membaca, hadiahkan Al Fatihah kepada arwah kakak saya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.

Allahyarhamah Hifzana Hafni
1973-1995
Purdue University, US

Dalam kenangan,
11 Ogos 1995 - 11 Ogos 2015

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan diampunkan semua dosa-dosanya. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...