Sakit Kepala Berdenyut, Petanda Migrain?

Teks: Zaila Hafni

Sakit kepala berdenyut-denyut, pada satu bahagian kepala boleh jadi petanda migrain.

Pernah kena tak?

Lebih kurang 75% penderita migrain ni kaum wanita tau. Nampak benor wanita ni sukar sikit nak kawal stres dan tekanan. Eh. Bukan, tu antara sebab yang mungkin menyebabkan migrain je. Banyak lagi punca lain yang sebabkan terjadinya migrain.

Alkisahnya, anak-anak saya tak sihat. Dua orang sekali. Dek takut suhu badan naik tengah malam, kita tidur pun ayam-ayam aje lah. Mana tahu tetiba suhu spike ke 38 ke 39 ke, kena cecepat pegi klinik atau hospital. Yang kecik pantang kudengar merengek terus disua susu. Yang besar, perhati dulu kadang-kadang dia mengigau je.

Sejak tu, waktu tidur memang terganggu. Tak cukup tidur, tak cukup rehat. Siang buat kerja macam biasa tapi lepas sehari dua, terasa sangatlah lemah satu badan. Keesokannya bertambah lemah bila kepala start pusing dan berdenyut. Memang lain macam. Saya tak pernah lagi kena macam ini.

KENALI SIMPTOM MIGRAIN DI SINI.

Terus ambik mesin check tekanan darah. Takut darah tinggi. Bila check, normal je. 123/83. Satu badan shut down. Nak buat apa tak mampu. Sampai mintak husband balik awal untuk tengokkan anak-anak sebab rasa tak larat sangat nak cara ke budak-budak tu.

Husband balik. Tolong kemas rumah. Tolong masak dan siapkan makan. Check tekanan darah lagi. Loh rendah pulak. 103/65. Husband tanya nak pegi klinik tak, saya jawab tak. Biar rehat dan esok tengok macamana.

Malam tak boleh tidur. Esok kepala bertambah denyut. Kuat gila! Husband tanya lagi boleh cope ke tidak, terus jawab tak. Nak gi klinik? Angguk je sebab tak larat.

Sementara nak boleh siap dan masuk ke kereta punyalah seksa Allah bagi dugaan. Baru sikit. Manataknya berdiri sikit pusing. Duduk kejap pun pusing. Sampai klinik, subhanallah ramai patient. Sabar.....

Mujur anak kecik tak buat perangai. Behave aje beliau. Dapat jumpa dokter ok sikit. Dokter friendly katakan. Dokter india muda, perempuan. Peramah sangat. Cerita simptom itu ini, dia diagnos saya migrain + gastrik.

Oh. Oh.

Disebabkan saya menyusu baby, dia tak bagi banyak ubat. Dan ubat yg dapat pun dos rendah saja. Dan tambah satu injection.

Bertabah.

Alhamdulillah. Beransur pulih dan rasa sihat kembali. Tapi ni payah nak lena pulak lagi entah kenapa. Banyak sangat idea lepas balik workshop siang tadi.

Doakan saya boleh lena malam ini. Semoga mimpi indah belaka.

Selamat malam.

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Teks: Zaila Hafni

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut.

Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas.

Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia.

Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak.

Ini pun belajar daripada mak mertua masa Fuaad dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah.

Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia.

Masa Fuaad dulu, belum setahun umur dah 3 kali urut rasanya. Biasalah budak lelaki melasak. Adik dia pun sama lah ni. Faheem ni baru mula nak meniarap, dengan badan sado pulak... kalau bukan salah urat dia dok golek-golek tu boleh jadi salah urat sebab salah dukung ke pegang dia ke. Kesian bila letak baring atas tilam meraung taknak. Lepas tu takde nak golek-golek. Sah la ni salah urat. Tidur pun tak nyenyak. Dan macam biasa simptomnya bahagian atas badan panas tapi bahagian kaki sejuk.

Tu yang lantas balik umah MIL ajak pegi urut. Alhamdulillah wak urut tu ada kat rumah. Sebabnya pegi tawakal je. Wak ni tak ada telefon. Orang lama kan.

Bila wak tu pegang Faheem... betullah dia salah urat. Menjerit-jerit dia kena urut. Berair-air mata sepanjang kena urut tu. Tapi sebab nak bagi baik, saya pun tahan ajelah pujuk dia. Huhu.

Wak tu urut-urut kat bahu, belakang badan, tangan dengan minyak urut khas dia buat sendiri. Lepas dah kena urut tu, bagi dia menyusu. Lena terus. Lega sikit dah kot kan.

Alhamdulillah lepas tu he looks better. Dah nak senyum-senyum. Kalau tak, muka tu layu aje. Nak senyum pun tak lalu. Dan start balik dah golek-golek. Hehe.

Jadi, kalau kita rasa badan anak kita tu lain macam - atas panas, bawah sejuk tu mungkin salah urat. Demam urat la kot gitu kan. Cuba bawak pi urut mana tau ok. Insya Allah.

===========================
INGIN KE BANGKOK DENGAN PERCUMA?

SERTAI KELUARGA BESAR SHAKLEE DAN BERPELUANG UNTUK KE BANGKOK DENGAN TAJAAN SEPENUHNYA!

DAPAT MULTIVITAMIN PERCUMA* JUGA BAGI SETIAP PENDAFTARAN BARU.

UNTUK MENDAFTAR, HUBUNGI:

ZAILA HAFNI
YOUR TRUSTED HEALTH & WEALTH ADVISOR
SHAKLEE SHAH ALAM/KOTA KEMUNING
SMS/WHATSAPP 0194603094

*untuk tempoh terhad sahaja

Menangani Anak Sakit Nak Tumbuh Gigi (Teething)

Teks: Zaila Hafni

Demam nak tumbuh gigi?

Ye. Baby boleh sampai demam bila first tooth nak keluar. Dan bila dalam keadaan ni, semua serba tak kena. Maklumla sakit. Bayangkan la kita sakit gigi. Inikan pulak budak kecik menahan sakit gigi nak muncul daripada gusi. Memang budak akan crancky and clingy. Maka bersedialah mak-mak sekalian untuk tak cukup tidur, berjaga malam dan nak buat apa pun agak terhad sebab anak nak melekat aje.

My 2nd son tengah teething la ni. Dia daripada yang susah nak dengar suara merengek menangis, ini tak boleh tinggal sekejap dah merengek. Ada aje yang tak kena. Dan nak berdukung aje. Ohmai.

Mujur husband cuti pada hari kejadian. Itu pun cuti sebab bawak the 2nd son pi cucuk. Kitorang berjaga-jaga juga kot demam sebab cucuk ke. Tapi actually the day before dia dah start dedor-dedor gitu dah. Kitorang cuma pantau suhu badan dan letak tuala basah kat dahi.

So far suhu around 37.9 to 38.3 C. Kalau ikut pembacaan artikel pasal teething, selagi suhu badan di bawah 38.8 C, mungkin itu salah satu petanda teething lah. Selain anak dok ngences tak hengat punya. Dan sedap gigit jari kita atau apa mainan yang dia pegang semua nak masuk mulut.

Saya bagi dia pegang teething ring, memang beria dia gigit. Rasa lega kot gusi tu dapat gigit benda keras.

Memang antara fasa mencabar kesabaran dan menguji ketahanan mak bapak dalam membesarkan anak bila anak nak tumbuh gigi. Memang akan cranky dan clingy lain macam. Dia sakit kan.

Mujur la mak dia ni kerja dari rumah. Kalau saya kerja ofis ni, memang kena EL la anak tak sihat. Dan punya tebal muka dan berat hati nak SMS bos pagi-pagi inform tak masuk ofis. Kalau hantar ke taska pun mesti merengek aje sepanjang hari. Kesiannya la hai.

Yang si abangnya pun tiba-tiba badan panas jugak. Maka dua- dua hero pun melepek. Huhu.

Teething memang fasa yang menyakitkan untuk anak dan juga ibu bapa.

Dan alhamdulillah hari ni he is getting better.

Lihat di http://hifzaila.blogspot.com untuk bezakan antara simptom anak sakit atau anak teething. Juga cara menangani anak yang sedang teething.

---------------------------
JADI IBU SUPER DAN SIHAT DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE!

KONSULTASI MASALAH KESIHATAN. ORDER PRODUK. PELUANG BISNES EXTRA INCOME.

WHATSAPP ZAILA 0194603094.

----------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...