Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Teks: Zaila Hafni

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut.

Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas.

Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia.

Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak.

Ini pun belajar daripada mak mertua masa Fuaad dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah.

Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia.

Masa Fuaad dulu, belum setahun umur dah 3 kali urut rasanya. Biasalah budak lelaki melasak. Adik dia pun sama lah ni. Faheem ni baru mula nak meniarap, dengan badan sado pulak... kalau bukan salah urat dia dok golek-golek tu boleh jadi salah urat sebab salah dukung ke pegang dia ke. Kesian bila letak baring atas tilam meraung taknak. Lepas tu takde nak golek-golek. Sah la ni salah urat. Tidur pun tak nyenyak. Dan macam biasa simptomnya bahagian atas badan panas tapi bahagian kaki sejuk.

Tu yang lantas balik umah MIL ajak pegi urut. Alhamdulillah wak urut tu ada kat rumah. Sebabnya pegi tawakal je. Wak ni tak ada telefon. Orang lama kan.

Bila wak tu pegang Faheem... betullah dia salah urat. Menjerit-jerit dia kena urut. Berair-air mata sepanjang kena urut tu. Tapi sebab nak bagi baik, saya pun tahan ajelah pujuk dia. Huhu.

Wak tu urut-urut kat bahu, belakang badan, tangan dengan minyak urut khas dia buat sendiri. Lepas dah kena urut tu, bagi dia menyusu. Lena terus. Lega sikit dah kot kan.

Alhamdulillah lepas tu he looks better. Dah nak senyum-senyum. Kalau tak, muka tu layu aje. Nak senyum pun tak lalu. Dan start balik dah golek-golek. Hehe.

Jadi, kalau kita rasa badan anak kita tu lain macam - atas panas, bawah sejuk tu mungkin salah urat. Demam urat la kot gitu kan. Cuba bawak pi urut mana tau ok. Insya Allah.

===========================
INGIN KE BANGKOK DENGAN PERCUMA?

SERTAI KELUARGA BESAR SHAKLEE DAN BERPELUANG UNTUK KE BANGKOK DENGAN TAJAAN SEPENUHNYA!

DAPAT MULTIVITAMIN PERCUMA* JUGA BAGI SETIAP PENDAFTARAN BARU.

UNTUK MENDAFTAR, HUBUNGI:

ZAILA HAFNI
YOUR TRUSTED HEALTH & WEALTH ADVISOR
SHAKLEE SHAH ALAM/KOTA KEMUNING
SMS/WHATSAPP 0194603094

*untuk tempoh terhad sahaja

5 comments:

  1. salam, blh sy mintak contact wak urut tu? blh sms/whatsapp sy di 0192648876… utk urut anak sy selalu demam2, kembung perut

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Wak urut tu takde handphone. Orang tua kan. Boleh pegi terus rumah dia. Tapi saya takde full address. Cuma tau di sepang, sg pelek, kg tanjung mas. Boleh cuba tanya org kampung situ utk direction.

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Wak urut tu takde handphone. Orang tua kan. Boleh pegi terus rumah dia. Tapi saya takde full address. Cuma tau di sepang, sg pelek, kg tanjung mas. Boleh cuba tanya org kampung situ utk direction.

    ReplyDelete

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...