Habis Pantang

Teks: Zaila Hafni

Alhamdulillah, habis pantang sudah. Walaupun rasa macam sebelum 44 hari tu dah tak pantang sangat tapi akhirnya survive jugalah. Hehe.

Misi kali ni nak berpantang dengan sempurna kurang tercapai jugak. Tough jugaklah bila pantang sendiri ni. Dengan anak dah tiga, memang kelam kelibut hang jadinya!

Apapun, alhamdulillah setakat hampir 2 bulan ni baby sihat walafiat. Mudah-mudahan berterusan begitulah.

Menyusu pun ok, siap berebut dengan abang. Abang nangis, dia pun sama nangis. Bila dia nangis pun, abangnya pun sama naik. Memang naik jugaklah stres ummi haaaa.

Lagi 2 hari dah nak 2017.

Moh la kita berazam baru belaka. Kihkihkih

Cerita Pantang Hari ke 38

Teks: Zaila Hafni

Aman dan tenangnya rasa bila tiga-tiga askar dah lena.

Sebelum tu kemain nak pecah rumah dah gayanya dengan perangai sorang-sorang. Masing-masing buat perangai bila dah ngantuk.

Yang sulung tadi nangis-nangis dok kira 1 sampai 10 sebab tu syarat abah dia nak bagi tengok video Ultraman. Dia kira tak betul, dia pulak yang marah-marah. Padahal bukan tak reti tapi agaknya dah lama tak monitor, dia lupa. Hakak pun kalut dengan baby tak sempat nak cara ke situ. Dan lama tak pasang video education. Balik-balik Upin Ipin ngan Oddbods je. Huhuhu.

Yang nombor 2, panjat sana sini, rabat katil nak usik adik baby dia tido. Abang dia baring, dia sibuk tarik baju, tarik rambut. Hangin la orang tu dah la mood tak baik sebab gagal kira 1 sampai 10 tadi. Yang ni punya ligat sampai tahap kena wrestling dengan dia ni. Tu lah aktiviti dia sebelum tido. Alih-alih penat, mai cari nenen. Mujur adik baby dah tido. Boleh la dia nenen ngan aman.

Yang nombor 3, biasa pukul 9 lebih dia lelap dah sampaiiiii la few hours pulak baru nangis nak nenen. Jenis tido malam, siang jaga anak dara ni. Alhamdulillah setakat ni ok saja dia, cuma volume ja cepat naik. Hoho kaluit ummi dia.

Abahnya, pun dah terlena kepenatan tadi kerja. Maka jangan diganggu boss tido.

Ummi pun ngantuk tapi belum solat Isyak lagi. Sebelum tido kena lapik perut dulu. Nak bancuh Horlicks dengan makan biskut sikit untuk milk booster malam.

Gitulah berlalunya satu hari pejam celik sat saja. Pantang pun dah masuk hari ke 38. Tinggal 6 hari lagi.

Sikittttt lagi. Hehe.

Mak Borek Anak Rintik

Teks: Zaila Hafni

Mulut ni!

Kadang senang sangat keluar perkataan-perkataan marah kat anak-anak. Masa ada anak sorang dulu, masih boleh kawal. Sesungguhnya kawal amarah, kawal emosi. Sebolehnya tak tunjuk semua tu depan anak.

Maklumlah anak kan mesin fotostat, boleh copy semua kata dan perbuatan kita. Sangat berjaga-jaga.

Masuk anak yang kedua, makin menipis dah kesabaran dan kawalan emosi tapi dalam fasa terkawal jugak lagi. Tahan je mulut kalau nak terkeluar apa-apa.

Masuk yang ketiga ni memang hampir tak boleh nak kawal. Dengan 2 orang anak yang membesar ni, macam-macam kerenah, perangai dan amukan, rasa tak boleh nak kawal kesabaran.

Dari mak yang cool jadi mak yang garang. Mak yang senyap kepada yang banyak leter.

Ohai, mak beranak tiga sudah berubah karakter.

Mula-mula tak perasan juga sampailah yang sulung copy ayat kita bila cakap dengan adiknya. Cara dia bercakap pun macam kita (part marah).

Aduhai.

Baru lah nak terkena batang hidung sendiri. Kan anak dah copy.

Betullah, besar sungguh tanggungjawab jadi mak bapak. Kadang tu macam tak sanggup pun ada. Tapi gitulah kan. Allah uji dengan hadirnya anak.

Mudah-mudahan dapat bertabah dan mengawal diri. Lagi-lagi mak dok rumah, segala dia belajar tu dapat daripada mak dia. Alahaiiiiii.

Rumah Sihat vs Anak Sihat

Teks: Zaila Hafni

Rumah sihat - rumah yang kemas, bersih, tersusun. Maksudnya bila-bila masa saja boleh terima tetamu ni.

Anak sihat - boleh main, aktif, nak makan minum dan 'sepahkan barang'.

Istilah rumah sihat tu sebagai kiasan saja ya. Saya cuma nak buat perbandingan antara rumah yang berkemas rapi dan bersih dengan anak-anak yang aktif dan lasak.

Faham ke?

Ok macam ni.

Situasi 1

Rumah kita dah kemas, dah susun semua barang in place, dah bersih dari ruang tamu sampai ke dapur. Lega dan sejukkkk je mata memandang keadaan macam tu kan. Tak semak perut, tak semak mata. Tapi anak kita macam-macam kita larang. Banyak sangat peraturannya.

"Jangan panjat meja tu!"

"Jangan sepahkan buku. Ummi dah susun"

"Sapa suruh sepahkan mainan ni, kan ummi dah simpan dalam bakul"

Tu antara ayat-ayat saya kat rumah. Yelah kita dah penat mengemas semua, sekelip mata je pemandangan berubah jadi huru-hara.

Hati mak mana yang tak sakit, betul tak?

Tapi, kita tak sedar yang budak-budak tu dah dihalang kreativiti dia. Kebebasan dia bermain dan meneroka.

Semua pun tak boleh, habih tu apa pilihan lain yang kita bagi?

Tengok tv?

Memang selesai lah masalah. Kita pun happy rumah tak sepah. Anak dok diam melangut tv berjam-jam. Tapi apa implikasinya?

Budak jadi kasar, kurang nak main sebab sibuk nak tengok tv, terpengaruh dengan unsur kurang baik (bergantung program yang ditengok).

Bila dah makin besar, makin ketagih nak tengok tv aje. Masa tu, kita pulak yang dok bising kat anak apsal asyik nak tengok tv je. Padahal tak banyak sikit, kita yang menyebabkan anak jadi macam tu.

Situasi 2

Rumah bersepah dengan mainan. Anak lari sana-sini main gurau senda adik-beradik. Satu-satu bakul mainan dipunggah. Buku dan majalah ada yang terkoyak-koyak dek depa main. Panjat meja, tolak kerusi sana-sini.

Penat main, haus mintak air. Lapar, mintak makan. Kenyang, tidur dan rehat. Bau sorang-sorang dah masam dek peluh.

Memang rumah bersepah. Sakit mata maknye. Tapi anak-anak puas hati. Puas main. Bebas teroka benda yang ada di sekeliling dia. Dan dalam masa yang sama, mak pun boleh ajar anak hands on.

Dah bersepah, ajar anak kemas sama-sama. Air atau makanan tumpah, ajar lap dan kutip. Bukan kita nak sempurna tapi nak dia belajar apa yang dia kena buat bila berlaku benda macam tu.

Takkan asyik tak boleh, jangan, don't do this and that. Kita pun penat. Anak pun menyampah semua benda tak boleh buat.

Tapi taklah bermakna kita sentiasa biar dia buat apa dia suka. Yang bahaya dan tak boleh, tetaplah dilarang. Tapi kena explain.

Anak membesar sekali je. Memang haru biru rumah dibuatnya masa depa kecik. Esok anak dah besar, kita rindu pulak zaman tu. Dan masa tu agaknya rindu jugak nak mengemas tapi takde apa yang nak dikemas dah sebab tukang sepah dah besar!

Pada saya, biarlah rumah macam tongkang pecah pun asalkan anak bebas bermain. Dengan bermain pun dia belajar. Taknak rumah sepah, boleh bagi alternatif lain. Keluarkan mainan sikit-sikit atau bagi kertas dan warna biar dia conteng, contohnya lah. Sesekali bagi tengok tv ok je bagi saya tu pun patut dengan pantauan. Ada setengah kartun pun bukannya ajar moral yang baik.

Anak bawah 6 tahun memang takkan duduk diam. Dan saya percaya rumah yang terlalu kemas bukan rumah yang 'sihat'. Melainkan ibu nya super mama yang pantas mengemas dan bersistem orangnya.

Saya? Tak. Bab mengemas memang ke laut.

Apapun yang kita pilih, pastikan itu yang terbaik untuk anak kita.

Cerita Suri Rumah di Penghujung 2016

Teks: Zaila Hafni

Sebagaimana rasa cepatnya berlalu tahun lepas, tahun 2016 juga saya rasa perkara yang sama.

Tahun lepas, bersalin dan menyusu. Rupanya tahun ni berulang lagi - mengandung dan bersalin.

Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Memang kalut jugak. Baru nak biasa dengan rutin mak anak dua, tetiba kena ubah lagi jadi rutin mak anak tiga. Memang serius penat, dan bila rasa penat gila tu selalu teringat kat mak-mak yang beranak ramai dan rapat-rapat.

Lagu manalah depa manage keluarga ye?

Saya yang ada tiga ni pun rasa tak termampu, macamana lah yang ada 5, 6, 7 dan ramai lagi tuuu.

Sebenarnya boleh saja. Mak-mak ni selalu ada kekuatan luar biasa yang entah mana datangnya. Selain kekuatan tubuh, kekuatan suara pun sama naik jugak. Mana taknya dengan kerenah yang macam-macam tu, saya ni daripada yang boleh kontrol cool sampai tak menahan nak berleter dan suara naik jugaklah.

Adui jadi mak singa hari-hari!

Tapi macamana pun tak dapat menandingi kepuasan jadi suri rumah, jadi mak yang berada di rumah dengan anak-anak. Walaupun ada ketikanya rindu jugak nak kembali bekerja.

Tapi tak mengapalah. Ada kat rumah jaga anak pun rezeki. Yang bab rezeki duit, kita usahakan juga dengan apa yang boleh dari rumah, ye dak.

Oklah, pagi Jumaat pertama dalam bulan Disember disambut nyaman dan dingin.

Ada kisah Mak-mak yang sudah resign dan cerita inspirasi mak-mak yang bekerja di rumah yang saya nak kongsikan.

Bulan Disember, bulan meraikan mak-mak yang berimpian bekerja di rumah dan juga mak-mak yang sudah pun berada di rumah.

Suri rumah pun kerjaya tau. Hehe.

Tenaga Ibu Berpantang

Teks: Zaila Hafni

Alhamdulillah hari ini dah hari ke 19, ada lagi baki 25 hari nak kena teruskan pantang.

Errr.. kadang-kadang dalam haru biru uruskan rutin baru sebagai mak anak tiga, hampir lupa dah kita ni masih lagi dalam tempoh pantang. Beza banding masa pantang anak sulung dulu, masa tu luka jahit besar. Nak gerak agak payah dan sakit. Lama jugak nak baik luka tu. Yang kedua ketiga ni alhamdulillah luka sikit saja, cepat baik dan hmm memang rasa sihat cepatlah, walaupun pada hakikatnya pantang tetap kena pantang jugak.

Tapi itulah, masalahnya bila rasa cepat sihat ni, kita jugak rasa mampu nak buat macam-macam a.k.a kerja rumah dan kerja yang biasa kita buat. Sebenarnya nak kena orang bantu dan kena rehat dan rawat diri (sebenarnya) tapi dengan tuntutan urusan rumah tangga yang lain, memang tak dapat tak, gagahkan jualah buat.

Ikut betul-betul, ibu pantang tak boleh angkat barang berat, tak boleh berendam air (mandi lama, basuh pinggan banyak, basuh baju beria) - itu yang paling utama lah.

Setakat ni masih kat umah mak mentua, boleh tahan lagilah. Esok dah balik sambung pantang kat rumah, silap-silap lupa masih dalam pantang!

Macam saya ni, ada benda terpaksa jugaklah buat tapi saya cuba minimumkan lah. Maklumlah, nak ambik pembantu jaga masa pantang, tak mampu. Nak order makanan pantang pun agak-agak kurang mampu juga tengokkan harga pakejnya. Huhu. Jadi terpaksalah kita buat mana yang boleh dengan kudrat yang ada masa pantang ni. Memang menderhaka betuilah.

Semoga Allah bagi kekuatan dan kesihatan berpanjangan pada saya untuk terus urus keluarga. Insha Allah saya mesti boleh.

Berpantang Tak Berapa Tenang

Teks: Zaila Hafni

Bila kau sepatutnya fokus pada baby baru, tapi hidup tak tenang dek perlu juga fokus pada anak-anak yang lebih besar yang tahap melasak diorang tu boleh menyebabkan keluar suara harimau - cuba cakap macamana kau nak berpantang tenang?!

Ok, ok.

Bagi canlah maktang ni buat luahan perasaan sikit. Hoho.

Anak sulung, alhamdulillah boleh bawak diri dan boleh dikawal. Boleh juga nak minta tolong yang simple.

Anak no dua, lasak kemain. Umur tengah explore everything. Umur memanjat kerusi meja. Umur sepahkan barang. Umur yang mana dia akan buat benda yang kita kata jangan. Saya memang lose temper juga dengan kerenah anak no dua ni tapi mengenangkan umur dia ni memang perangai budak macam tu, kalau kat rumah saya ni, boleh la saya kontrol. Ni kat rumah orang walaupun rumah atok wan dia tetap bukan rumah sendiri kan. Merata ceruk dia masuk main, segala almari nak buka, ketuk almari kaca. Mau tak gugur jantung saya. Dah lah kalau dia dok melasak tu saya tengah menyusu adik baby tu, apa yang saya boleh buat?

Memang dugaan betul. Dan besar betul cabaran. Nak dihalang sangat, kang terbantut proses eksplorasi dia. Tak dihalang, bahaya. Kadang tu menjerit la juga, marah pun ya. Hangin betul.

Sangat menguji kesabaran!

Semoga saya tabah nak harungi hari-hari berpantang yang berbaki. Semoga saya kuat nak jaga suami dan anak-anak. Minggu depan insha Allah nak balik home sweet home dah 😊

Our New Bundle of Joy

Teks: Zaila Hafni

Alhamdulillah, akhirnya dah selamat melahirkan anak dan sedang dalam proses pantang.

Kali ni dapat baby girl selepas 2 boys. Pengalaman baru juga ni.

Mencabar juga pantang kali ni sebab dah ada 2 toddlers yang kena jaga jugak. Dan yang nombor 2 tu pun tumpang breastfeed, maka berlakulah tandem nursing yang mana sangat memerlukan tenaga yang banyak. Huhu.

Semoga bertabah untuk habiskan 44 hari pantang. Dan juga bertabah untuk terus sabar dan kuat menjaga keluarga sambil merawat diri sendiri.

Sedapnya Daging Palembang!

Teks: Zaila Hafni

Incik husband terasa nak makan pizza. Instead of pegi Pizza Hut yang mana sebenarnya saya dah agak jemu, saya suggest kat husband pegi ke Zaky's Pizza.

Zaky's Pizza ni dekat ngan rumah je, di Jalan Kebun Klang. Masa mula-mula buka, dah penah pegi sekali. Saya ada buat review kat sini.

Sedap juga pizza dia, doh dia memang lembut sangat. Meatball pun sedap gak. Masa awal-awal buka tu, ada menu Western je. Kali ni kitorang pegi, dah ada menu tambahan. Ada menu local sikit macam nasi. Dan ada juga dessert macam kek dan cheesekut.

Kitorang order pizza dan husband cuba set nasi dengan daging palembang. Cam menarik je bunyi kan. Maka nak rasa.

Pizza, rasa masih sama. Daging palembang tu pun rasa sedap juga.

Cerita pasal daging palembang, hari tu saja belek-belek majalah resipi, terjumpa pulak resipinya.

Haa senang rupanya. Hihi.

Gamak tak dapat ke Zaky's Pizza, boleh la buat sendiri. Tapi entahlah bila kan.

Makan-makan di Paklong Stimbot & Kopitiam, Plaza Shah Alam

Teks & Foto: Zaila Hafni

Minggu lepas berkesempatan makan di Paklong Kopitiam, Plaza Shah Alam (Plaza Masalam).

Restoran ni ada stimbot juga, pernah try sebelum ni. Tapi kali ni tak makan stimbot, order menu lain.

Husband order beef steak, cendol durian, air strawberi. Saya makan wantan mee dengan dry chicken curry, air laici. Anak makan set nasi dengan sweet sour beef.

Side dish, order dim sum 3 jenis.

Makanan overall saya boleh bagi 3 bintang out of 5, sebab dagingnya tak cukup masak. Yang steak dengan sweet sour pun sama. Kesian anak makan tapi tak boleh kunyah dan telan. Dia pun makan separuh saja. Padahal dia lapar nasik.

Wantan mee tu memang agak recommended. Mee dia lembut elok, ada daging cincang kicap dan sambal. Paling sedap kuah kari tu, siap ada ayam 3 ketul kecik. Ok lah. Yang tu puas hati makan.

Cendol durian pun ok, kurang manis. Tak makan cendol yang kita biasa makan. Yang ni manis dia banyak dari durian. Dan memang terasa durian dia. Best.

Dim sum tu oklah kalau yang biasa inti ayam-udang. Sos ada 2 jenis, sos cili dengan sos hitam ala yong tau fu.

Beef steak, sos black pepper tu ok. Side dish dia sosej koktel 4 biji, fries, salad kobis, tomato dan mayonis. Tapi tulah daging dia tak berapa masak, potong selera sikit.

Yang set nasi dengan sweet sour beef tu lagi meriah. Nasi semangkuk, sup fishball, wantan goreng seketul, kobis-timun dengan sos thousand island, daging sepiring. Daging tu dimasak sekali dengan nenas, sweet sour katakan. Kuah dia sedap cuma itulah masalah daging kurang masak.

Time tak ramai orang, agak selesa juga makan kat sini. Lagi kitorang dengan anak-anak kecik kan. Kalau taknak makan order-order ni, boleh la cuba stimbot dia. Sedap juga. Banyak jenis set stimbot boleh pilih.

Oklah, ni lokasi restoran kalau nak cuba:

Restoran Paklong Stimbot & Kopitiam
Aras bawah, Plaza Shah Alam
(Sebelah Chicken Rice Shop)


Panduan Buka Buku Merah dan Rutin Check Up Hamil di Klinik Kesihatan Kerajaan

Teks: Zaila Hafni

Ibu yang pertama kali hamil atau pertama kali nak check up kat Klinik Kesihatan (KK) kerajaan, meh baca sikit rutin check up yang akan dilalui sepanjang kehamilan sampai bersalin.

Bukan apa, mungkin macam banyak prosedur atau leceh tapi percayalah setakat pengalaman saya yang 3 kali check up kat KK ni, alhamdulillah berbaloi dengan servis kesihatan yang satu ni dengan langsung tak kena bayaran. Gunakan peluang ni sebaik-baiknya :)

Ok, ni panduan untuk ibu yang hamil pertama kali ya. Anak pertama lah senang kata. Kiranya ni step nak buka buku merah. Buku merah ni buku rekod kesihatan sepanjang hamil. Biasa orang panggil buku merah sebab cover buku ni warna merah. Kena simpan betul-betul tau dan perlu bawak ke KK setiap kali check up.

Oh ya, sebelum ke KK, pastikan dah buat ujian kehamilan. Sama ada test sendiri guna pregnancy test kit atau check di klinik swasta. Dah confirm hamil, baru ke KK. Sebolehnya bukalah buku merah sebelum kandungan mencecah minggu ke 12 (3 bulan). Kalau ada apa-apa masalah kesihatan, doktor boleh pantau dari awal.

Gambar: myhealth.com.my


Panduan Buka Buku Merah

1. Kenal pasti dan pergi ke KK yang paling dekat dengan rumah. KK hanya akan terima penduduk yang dalam area berdekatan KK tu je berdasarkan alamat rumah kita. Kalau ke KK lain, mungkin diterima juga tapi akan dilayan sebagai pesakit luar kawasan.

2. Pastikan bawak IC. Bawak juga surat atau kad nikah. Ada KK yang perlukan dokumen ni untuk teruskan pendaftaran.

3. Di KK, selalunya nurse akan mintak kita letakkan IC dalam bakul. Letakkan je. Nanti nurse akan ambik dan bagi nombor giliran. Atau ada KK akan terus bagi nombor giliran selepas letak IC tu.

4. Dah dapat nombor giliran, haa tunggulah sampai nama atau nombor dipanggil. Ada KK yang akan suruh pegi kencing dulu (untuk urine test). Urine test untuk check albumin dan sugar dalam urin. Selalu lepas kencing, kena letak botol berisi urin tu kat tetingkap makmal.

5. Bila nama atau nombor dipanggil, nurse akan interview untuk isi details pada buku merah. Menjawab la ye. Hehe. Banyak soalan pasal details suami isteri dan sejarah kesihatan keluarga si ibu. Semua maklumat ni penting untuk tentukan tahap kesihatan ibu semasa hamil. Step ni akan ambik masa sikit sebab nak kena rekod details satu-satu, dan secara manual (tulis tangan). Dan nurse kena tulis pada 2 buku (1 buku untuk ibu, 1 untuk KK). Nurse akan tentukan tahap risiko ibu dengan letak stiker kat cover buku merah. Stiker putih, hijau, kuning atau merah. Ada maksud setiap warna tu. Entri lain kita cerita okey.

6. Lepas tu, timbang berat dan ukur tinggi. Untuk kira BMI. Berat badan penting untuk tahu di awal kehamilan untuk pantau kenaikan berat badan sepanjang hamil sama ada normal, kurang atau lebih.

7. Check tekanan darah (blood pressure). Nak check tekanan darah normal atau tak. Terlalu rendah atau tinggi. Bacaan normal, 120/80.

8. Ambil darah. Untuk check kumpulan darah dan Rh, paras Hb (hemoglobin) dan rapid test HIV. Sebelum ambik darah pertama kali ni, ibu kena sign borang kebenaran dulu. Keputusan ujian darah mungkin ambik masa bergantung pada ujian. Ada yang terus dapat tahu, ada yang kena tunggu sebab tak semua KK ada makmal lengkap. Kalau tak dapat result on the spot, on the next appointment tu nurse akan kepilkan result.

9. Kalau ibu termasuk dalam golongan berisiko kencing manis, nurse akan set appointment untuk ujian MGTT (minum air gula). Biasanya seawal minggu 9-12 dah boleh buat. Pantauan lebih awal lebih baik kalau memang betul ada kencing manis. Jangan ngelat pulak. Untuk kesihatan ibu dan baby, telan ajelah air gula tu sambil tutup mata. Tips untuk minum air gula dengan tenang, nanti kalau rajin saya kongsikan dalam entri yang lain ye.

10. Selesai proses, nurse akan bagi satu buku untuk simpanan ibu. Buku tu lah yang akan dirujuk setiap kali check up. Kalau ke klinik swasta atau hospital pun, bawa buku merah ni supaya mudah doktor yang buat pemeriksaan tu nak rujuk dan rekod.

Lepas tu, nurse akan bekalkan pil asid folik. Penting untuk ambik asid folik dalam 3 bulan pertama hamil untuk kurangkan risiko spina bifida kat baby. 

Orait dah boleh balik. Seterusnya datang KK lagi pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Kalau tak boleh datang, call KK dan inform nurse nak tukar tarikh atau masa. Jangan tak datang terus pulak.

Ok, meh kita tengok rutin untuk ibu yang dah ada buku merah pulak. Maksudnya yang datang KK untuk normal check up. Tiap-tiap bulan kena check apa je ek?

Secara umumnya, bagi ibu yang tak berisiko, check up sebulan sekali hinggalah kandungan 7 bulan (2 minggu sekali), 9 bulan (1 minggu sekali). Ibu berisiko yang ada kencing manis, darah tinggi atau darah rendah, Hb rendah selalunya check up 2 minggu sekali.

Setiap kali check up, kena check ni:
1. Berat badan
2. Tekanan darah
3. Paras Hb
4. Urine (albumin dan sugar)
5. Nadi
6. Edema (bengkak, selalu check kaki)

Bila dah 6 bulan ke atas, dah boleh rasa gerak baby, ibu akan kena cucuk kancing gigi. Lepas tu dah boleh start isi carta gerak baby pulak. Setiap kali check up akan check denyutan jantung baby (bacaan normal 140-160). Kalau kurang daripada tu, salah satu sebab ibu kurang minum air, ni komen doktor masa saya pernah sekali check, jantung anak dalam 120+ je.

*Cucuk kancing gigi ni kat lengan. Memang akan rasa sengal lengan tu dalam 2-3 hari*

Macam nilah serba ringkas cara check up di KK. Apapun bergantung kepada keadaan kesihatan ibu, ada yang perlu check up seminggu sekali, 2 minggu sekali. Ada juga yang perlu refer ke hospital untuk konsultasi doktor pakar.

Ikut je appointment yang nurse dan doktor di KK dah tetapkan. Yang penting baby dan ibu selamat, insha Allah.

Yang sedang hamil, tahniah dan selamat menjalani alam kehamilan dengan tenang. Yang masih mencuba, semoga Allah permudahkan ya.

Semoga bermanfaat!

Nasi Arab Sedap di Restoran Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam

Teks & Foto: Zaila Hafni

Semalam, ada rezeki dinner kat Restoran Zam Zam, yang sediakan arabic food. Teringin nak makan nasi arab. Kalau tak masak sendiri guna pek nasi arab Al Bayt tu, kat sinilah jadi pilihan nak makan nasi arab sedap.

Walaupun ada banyak restoran nasi arab, rasanya sekarang ni lagi bercambah dengan pesat, bagi saya dan husband, kat sini jugaklah yang paling kena dengan selera kitorang.

Semalam order mandy ayam, kabsah ayam, grilled chicken, mushroom soup. Air pulak, barbican strawberi, watermelon juice dan honeydew shake. Alhamdulillah makan dengan jayanya semalam, habis licin semuanya. Anak-anak pun kemain tak berenti bercakap dalam restoran, excited sungguh, agaknya satu restoran tu dengar suara diorang je. Hehe.

Gambar makanan hanya sempat snap mandy dan kabsah ayam je sebab tak menyempat dah nak makan. Haha. Maklum la dengan kanak-kanak ribena ni, tangan tu cepat sangat nak mencapai apa yang ada depan mata. Jadinya ummi abah nye nak kena bertindak pantas la.

Ok berkenaan menu kat restoran ni, rasanya dah banyak perubahan compare dengan masa kitorang datang dulu-dulu. Macam banyak yang lebih menarik je. Portion dia pun ngam-ngam kira kenyang la. Taklah sikit atau banyak sangat.

Kalau nak order individual menu boleh, nak order set pun boleh. Ada yang set untuk 2-3 orang, 4-6 orang. Senang la kalau datang sekeluarga. Nak buat tempahan pun boleh.

Selain nasi arab, itu pun dah macam-macam jenis, ada hidangan salad, roti, seafood, ayam, daging kebab. Kebanyakan menu arab ni tak pedas sangat, jadi senang nak buat pilihan menu untuk anak.

Macam kitorang makan semalam, mandy dengan kabsah ayam tu of course dah sedap (cewah). Set nasi disertakan sup dan kuah/sos (ala air asam pun ada). Individual nasi arab dalam RM15-RM20 gitu lah. Depend jenis nasi dan lauk - ayam atau kambing.

Grilled chicken set ada 2 keping isi ayam gril, fries, hirisan kobis putih dan ungu, sekeping roti, mayonis dan sos tomato. Tapi pada saya, sos dengan mayonis tu lain sikit rasa dia. Unik sikit tapi sedap. Harga dalam RM18, tak silap.

Mushroom soup pun sama. Beza dengan yang kita makan kat Pizza Hut. Mushroom soup ni pekat, creamy dan rasanya lebih susu kot tapi tak muak. Mushroom pieces pun banyak. Harga semangkuk RM18 ke RM19.

Jus dia sedap. Rasanya tak tambah gula pun. So original punya flavour. Watermelon dan honeydew tu dua-dua secukup rasa. Barbican tu taktau le rasa macamana sebab tak rasa pun. Hehe. Air berkarbonat arab kot ye.

Jadi begitulah komen tentang makanan kat Restoran Nasi Arab Zam Zam. Selain makanan sedap, persekitaran pun selesa. Boleh pilih nak makan kat dalam atau luar. Servis pun agak cepat, taklah menunggu lama sangat. Parking pun bukan masalah besar sangat lah sebab ruang parking banyak.

Oklah, kalau yang dah ngences tu, silalah ke sana ye. Ni alamatnya, restoran ni insha Allah senang nak cari, bangunan sebesar alam mengadap deretan kedai-kedai di Seksyen 9 tu. Dalam sikit daripada Bason, dekat dengan sekolah.

Restoran Zam Zam Arabic Food

Alamat: Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Sesyen 9, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 10 am - 11 pm (setiap hari)

Website: zamzamcuisine.com


Nasi Lemak Ekspres

Teks & Foto: Zaila Hafni

Pagi ni, alhamdulillah diberi tenaga luar biasa sikit. Makanya by 8.30 am tadi dah siap masak sarapan merangkap lunch dan dinner. Makanan untuk 1 hari sekaligus! Haha.

Masak nasi lemak je pun sebenarnya.

Rebus telur, masak nasi, buat sambal bilis.

Memang seekspres dan seringkasnya lah sebab tak larat nak masak yang haibat sangat. Hihi.

Yang jadi sekejap je proses masak tu sebab cili kering memang dah siap blend dengan bawang besar dan bawang putih. Buat stok simpan dalam peti ais. Nak masak sambal, tak payah dah nak kupas bawang bagai. Kacang takde takpe. Timun pun takde. Yang ada carrot dengan mixed vege je. Tengok la nanti belasah aje makan dengan nasi lemak, apa salahnya ye tak.

Nasi lemak, masuk santan dengan halia aje. Tu pun mula macam mentah, sambung masak, terhangit pulok sikit. Aduyai. Tapi alhamdulillah sikit je hangitnye. Daun pandan takde, takde hal. Tapi kalau ada tu, semerbak harum la sikit kan.

Oh ya, resipi follow buku Chef Wan. Haha buat nasi lemak pun ikut buku u ols.

Oklah tadi anak-anak dah sarapan nasi lemak. Nanti lapar, makan la lagi nasi lemak. Lepas tu nasi lemak lagi. Haha. Bertabahlah.

Yang penting, hati senang makanan dah siap masak. Selalu petang-petang dah tak larat, nak baring, melepak je rasa.

Hari ni u ols makan apa?

Baca Penjelasan Ini Dahulu Sebelum Buat Keputusan Nak Guna MSG Dalam Masakan


Teks: Zaila Hafni

Imej: Delicious Living Blog

Saya memang tak biasa masak guna MSG atau Pak Aji (Ajinomoto). Tapi guna bahan perisa lain macam kiub ayam, serbuk pati ikan bilis, serbuk sos perang segera selalu jugak dulu. Cuma sekarang dah kurangkan. Garam pun dah ganti guna garam bukit, sebelum ni guna garam laut.

Arwah mak pun seingat saya tak pernah masak guna MSG, mungkin sebab tu saya pun tak pernah guna. Lepas tu selalu orang tua cakap lepas makan makanan yang ada MSG ni, akan sakit perut. Bila baca status Dr Hamid Jan ni, baru paham rupanya depend pada badan masing-masing.

Lama jugak nak hadam pasal MSG ni, tapi wonder jugak sebab dalam Reader's Digest, yang dulu-dulu la banyak cover pasal Ajinomoto. Depa sungguh-sungguh ni explain MSG tu buat dari apa, buat macamana. Tapi tak cukup nak yakin untuk guna pun. Sebab mindset bila guna MSG ni sebab tak pandai nak perasakan makanan sendiri. Haha. Sebab tu kedai yang banyak guna. Nak bagi sedap.

Betui la nak enhance rasa, bagi jadi lebih sedap. Rupanya sama macam kita tambah makanan lain jugak. Dr Hamid Jan bagi contoh tomato, cendawan untuk enhance rasa sup. Macam saya, suka boh batang seleri dalam makanan especially sup, tomyam. In fact seleri ni saya kadang blend masuk dalam masakan berkuah atau bubur. Dia ada flavour sendiri. Memang sedap. Agaknya macam tu lah kot kan cara MSG yang diproses ni berfungsi. Sumber mai daripada tebu dan ubi kayu.

Apapun, terpulang pada diri masing-masinglah nak guna ke tak. Cuma bagus kalau tahu info MSG dan makanan ni. Dah ada ilmu, boleh la buat keputusan terbaik untuk kita sekeluarga.

-----------------------------------------

Dipetik daripada Facebook Dr Hamid Jan, sila baca dan fahamkan.

MSG dan makanan

Pengalaman memberi ceramah kepada komuniti memang mencabar. Sering diajukan dengan soalan-soalan sensasi dan panas. Ada soalan berkaitan bahan-bahan makanan yang boleh menurunkan berat badan dengan segera, soalan berkaitan bahan-bahan makanan yang dikatakan boleh membuat anak menjadi pintar dan sebagainya.

Namun, satu soalan yang agak popular adalah tentang bahan penambah perisa makanan iaitu monosodium glutamate (MSG). Biasanya soalan akan berkait tentang keselamatan dan kesan buruk pengambilan MSG. Ini mungkin kerana terdapat beberapa artikel dalam media sosial yang viral tentang kesan buruk MSG. Memandangkan terlalu banyak persoalan, saya pun cuba membuat sedikit penilitian ilmiah tentang isu MSG ini.

Pada tahun 1908, Dr Kikunae Ikeda mengenalpasti glutamat adalah punca rasa enak Stok Sup Jepun dan menghasilkan MSG dari sejenis rumpai laut di Jepun. Oleh kerana rasanya yang unik, produk kajian beliau telah dikomersialkan bermula tahun 1909. Namun, pada tahun 1968, Dr Robert Ho Man Kwok mendakwa beliau mengalami simptom yang digelar Sindrom Restoran Cina selepas memakan makanan Cina yang mungkin disebabkan oleh bahan-bahan yang biasa guna dalam masakan Cina seperti MSG, herba atau arak. Aduan beliau telah mendapat perhatian pelbagai pihak dan kebanyakan menumpu perhatian terhadap MSG dan mengakibatkan peningkatan kajian berkaitan MSG.  Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, kajian klinikal (multicenter, multiphase, double-blind, placebo-controlled study with a crossover design) telah dijalankan oleh Dr Raif S. Geha dari Hospital Kanak-kanak Boston.  Kajian klinikal yang dijalankan secara teliti ini  menunjukkan bahawa tiada kesan MSG kepada orang yang mendakwa sensitif terhadap MSG.  Tiada kesan berterusan atau serius yang dapat diperhatikan akibat daripada MSG, dan maklum balas peserta kajian adalah tidak konsisten dalam ujian semula.

Manakala, berdasarkan perbualan rambang saya dengan orang di sekeliling, tidak dinafikan ada individu yang sensitif terhadap makanan yang mengandungi MSG berdasarkan persepsi tersendiri. Mungkin itu adalah perkara yang dialami oleh Dr Kwok atau mungkin juga beliau mengalami alahan terhadap bahan lain yang digunakan dalam hidangan makanan tersebut. Nasihat saya, jika benar anda tidak toleran atau sensitive dengan makanan yang mengandungi MSG mungkin anda boleh elakkan tetapi ini biasa tidak berkaitan dengan MSG, mungkin bahan yang lain. Ini disebabkan komponen MSG iaitu Glutamate, Natrium dan air adalah bahan yang biasa terdapat dalam makanan kita seperti cendawan, daging, tomato, keju, dan sebagainya.

Kajian Dr John W. Olney terhadap kebahayaan MSG juga salah satu kajian yang memang popular disebarkan. Ini berlaku pada tahun 1968 di mana Dr John W. Olney menyuntik MSG dalam dos besar beberapa kali selama beberapa hari pada tikus yang baru lahir dan kemudiannya mengkaji tikus tersebut.  Beliau mendapati bahawa sebahagian daripada otak tikus tersebut menjadi rosak. Dia kemudiannya menggunakan penemuan ini dan yang berkaitan untuk menggesa pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) supaya mengharamkan penggunaan MSG dalam makanan bayi, dan secara lebih umum, untuk mengeluarkan MSG sepenuhnya daripada bekalan makanan. Walau bagaimanapun, permintaan beliau telah ditolak oleh FDA Amerika Syarikat dan Kongres Amerika Syarikat kerana kaedah kajian yang tidak berpatutan. Dalam kajian beliau, MSG dalam dos besar telah disuntik ke dalam aliran darah tikus yang baru lahir dan tikus tidak menggunakannya melalui saluran pemakanan. Cara ini adalah luar biasa kerana manusia tidak menyuntik MSG ke dalam aliran darah, tetapi MSG merupakan bahan penambah perisa yang dimakan melalui saluran pemakanan. Sebab ini, permintaan Dr Olney untuk mengharamkan penggunaan MSG dalam makanan telah ditolak oleh pihak berkuasa. Tambahan juga, menurut Dr John Fernstrom, Profesor Psikiatri, terdapat halangan darah otak pada tikus matang dan juga manusia yang mengawal jenis molekul yang memasuki otak. Halangan darah otak tidak membenarkan peredaran glutamat ke dalam otak.

Yang terkini, satu kajian tempatan di Universiti Putra Malaysia mendapati MSG boleh digunakan sebagai bahan alternative untuk mengurangkan kandungan garam dalam masakan. Kajian oleh Prof Dr Jinap Selamat yang diterbitkan pada tahun ini (2016) dalam Food and Nutrition Research Journal mendapati bahawa sup rendah garam boleh dihasilkan dengan mengurangkan garam sebanyak 32% dan digantikan dengan MSG sebanyak 0.7%, tanpa mengalami sebarang perbezaan ketara pada rasa sup tersebut. Ini mungkin terhasil kerana MSG mempunyai 1/3 lebih rendah sodium berbanding garam biasa dan perisa tambahan itu memberi rasa yang unik kepada sup tersebut. Perkara ini hampir sama seperti apabila kita memasukkan tomato dan cendawan kedalam sup kerana kedua-dua sayuran ini mempunyai kandungan glutamate semulajadi yang tinggi dan memberi rasa yang lebih enak kepada sup.

Kesimpulannya, secara umumnya keputusan untuk menggunakan MSG haruslah mengikut pilihan dan citarasa pengguna itu sendiri. Anda juga boleh banyak gunakan sumber asli dalam masakan seperti tomato, cendawan dan keju yang kaya dengan glutamate untuk menambahkan rasa sedap masakan. Jika anda ingin guna MSG, pastikan kandungan garam dalam masakan dikurangkan supaya kehadiran MSG dapat dimanfaatkan bagi mengurangkan sodium dalam masakan bagi pencegahan “Non-communicable Disease” seperti penyakit darah tinggi.

Status Halal Rempah Baba's dan Alagappa's

Beberapa hari kebelakangan ni, dok viral pasal status halal rempah Baba's dan Alagappa's. Saya pun ada baca kat group Telegram.

Mula-mula tu eh... hampir terpercaya jugak tapi pikir-pikir balik macam tak berapa nak hadam jenis berita-berita yang dikongsi dalam group macam ni. Memang la niat orang nak berkongsi tapi itulah kadang ada orang lain ambik kesempatan macam ni untuk jatuhkan bisnes orang lain.

Saya dahlah memang selalu guna rempah-rempah mamak ni. Rempah kari, serbuk jintan, serbuk cili. Sentap mak nak la jugak masa baca berita camtu.

Apapun, ni ha penjelasan sebenar daripada Jakim.

---

Dipetik daripada Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM:

PENJELASAN ISU SERBUK KARI JENAMA BABA'S DAN ALAGAPPA'S

26 Oktober 2016M
25 Muharam 1438H

Maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba's dan Alagappa's mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya ADALAH TIDAK BENAR DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.

Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

1. Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

2. Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk. Ini bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi.

3. Disamping itu, syarikat pengeluar juga perlu mewujudkan Sistem Jaminan Halal serta menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh seorang Eksekutif Halal bagi memantau perolahan bahan mentah dan proses pengeluaran  produk. Ini bagi memastikan produk tersebut terjamin dari segi aspek kehalalan dan juga jaminan kualiti serta kebersihan (Halalan thoyyiban)

4.Oleh itu, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut.

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak di  www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN_3_S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

Sebab Shopping di Aeon Maxvalu Best

Teks & Foto: Zaila Hafni

Saya pernah berkongsi tentang shopping di Pasaraya Aeon Maxvalu sebelum ni, di sini , tapi untuk kali keduanya nak kongsi lagi sekali sebab saya rasa bagus untuk orang lain juga tahu.



Ok, dari segi harga memang tak dapat dinafikan memang agak mahal tapi bergantung juga pada barang yang kita nak beli dan juga waktu kita beli tu.

Kalau sayur organik, memang a bit pricey lah sebab premium quality kan. Sesuai la dengan harga dia. Tapi yang biasa, yang local products pun ada banyak pilihan juga. Pilih betul-betul. Kadang-kadang di rak clearance kalau untung ada barang yang elok lagi, boleh pilih. Harga memang terbabas boleh less sampai 70%-80%.

Ayam, daging dan ikan pulak, kalau pegi awal pagi masa baru buka atau lewat malam nak dekat tutup tu, akan ada less 30%-70%. Tapi yang dah siap pek lah. Saya paling rambang mata kalau ikan. Ikan tenggiri, jenahak, merah, kerapu.

Ikan lelong

Ikan-ikan mahal ni!

Kadang-kadang kepala ikan pun ada. Sotong, udang ada. Boleh la saya buat stok untuk 2-3 hari. Kalau simpan beku, alhamdulillah setakat ni 4-5 hari tu elok lagi. Tapi sebolehnya habiskan seawal mungkin la ye.

Ayam dan daging siap perap (marinated) pun ada. Sedap-sedap juga. Senang nak masak sebab dah siap perap. Lauk segera saya ni. Sama ada digoreng atau dipanggang, boleh terus makan gitu je atau dengan nasik atau pasta. Kalau untung, yang marinated ni pun akan ada diskaun juga, selalu dalam 30%-50%. Kan boleh jimat kat situ.

Ayam perap (marinated chicken)

Ok, itu cerita barang basah. Ni cerita masa nak bayar pulak.

Sebelum ni, memang biasa cashier akan tanya nak beg plastik ke tak. Yelah dia nak kena caj 20 sen setiap beg kan dan kalau kita nak, dia kena masukkan terus barang dalam beg plastik. Kali ni, cashier tu tanya nak beg plastik ke kotak.

Wah, ada kotak?

Kami laki bini macam terkagum kejap kat situ. Kotak tu rupanya dok tersusun elok depan kaunter, pilih la sendiri nak yang mana. Dan haruslah free, takde caj macam beg plastik.
Maka kami decide nak ambik kotak, hasben pilih kotak yang sederhana besar, yang agak kukuh. Senang, masukkan je semua barang yang kamu beli hari tu kat dalam tu. Maybe lepas ni cuma kena beringat bawak chiller bag kot, sebab barang basah tu bila letak dalam kotak, basah sikit la kotak tu.

Hasben rembat kotak Shiseido haha

We really love the idea of using a box instead of plastic bag!

Setakat ni, tak pasti lah kalau pasaraya lain ada buat macam ni juga. 

Ok, antara lain sebab berbaloi shopping di Aeon Maxvalu sebab setiap kali shopping, boleh dapat point (lebih kurang macam Tesco atau Mydin) so bab ni taklah special sangat kan. Hehe.

Cuma satu lagi kalau ada voucher Aeon, boleh guna kat sini sebab Maxvalu under Aeon jugak. Jadi jimat cash.

Dari segi suasana pasaraya, memang selesa lah sebab tak ramai. Nak shopping memang senang. Nak pilih-pilih barang pun selesa. Takdelah too crowded. Selain barang basah, barang kering, frozen, household semua pun ada. Yang imported ada, yang local pun ada. Pilih ikut suka (poket) kita.

Oklah setakat tu je yang saya boleh kongsi. Kalau nak cuba boleh la tapi cawangan Maxvalu mungkin tak banyak sangat, atau boleh sesekali cuba shopping di Aeon. Saya pun pegi sebab dekat, di Gamuda Walk, Kota Kemuning.

Cawangan Aeon Maxvalu yang lain, di Ampang, Desa Parkcity dan Damansara Damai.

Happy shopping lah ye!





Takziah: Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Teks: Zaila Hafni

Takziah kepada semua anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi.

Sememangnya kebakaran yang berlaku di Wad Kritikal (ICU) kat hospital terbabit meninggalkan kesan yang mendalam bagi semua petugas kesihatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.


Gambar: beritaharian.com.my


Teringat lagi kunjungan saya ke Johor Bahru, sekitar tahun 2012, beberapa bulan selepas kahwin. Kira honey moon lah gitu. Saya teman suami ke UTM, untuk ambil transkrip ijazah. Alang-alang ke sana, kami bercuti terus lah.

Bandar JB memang sangat asing bagi saya. Saya tak pernah pun ke sana, itu lah pertama kali. Seronok jugalah, suami bawak je jalan-jalan ke tempat yang dia biasa pegi masa study dulu. Lebih kurang macam Penang juga pada pendapat saya dari segi kesibukan bandar tulah.

Kami menginap di Thistle Hotel, berhadapan HSA. Bangunan HSA memang lain sebab dindingnya merah, dari jauh pun nampak. Saya dari tingkap hotel tu dapat lihat yang HSA lebih kurang macam hospital-hospital lama yang lain, agak terhad tempat parking dan ruang hospital pun agak kecik. Macam Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,  Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sekali pandang pun, memang nampak betapa lamanya HSA ni.


Gambar: thistle.com

 
Bila baca sejarah ringkas HSA di The Vocket, rupanya Wad ICU HSA adalah yang pertama di Malaysia. Memang lama sungguh.

Baca artikel tu kat SINI.

Kebakaran yang jadi tu, tak pastilah saya puncanya apa, tapi saya respect kat semua anggota Bomba dan Penyelamat, kakitangan HSA dan semua yang terlibat dalam operasi menyelamat tadi. Bukan senang nak selamatkan pesakit-pesakit dengan nak kena angkut sekali katil, ventilator, dan lain-lain equipment. Nurse pun ada yang tercedera parah, khabarnya.

Semoga diberi kekuatan kepada semua mereka yang diuji. Kita hanya mampu doakan dari jauh.


Sarapan di Warung Imam Muda, Jalan Kebun, Klang

Teks & Foto: Zaila Hafni

Pagi ni berkesempatan sarapan di Warung Imam Muda, yang tak jauh daripada rumah. Kami dalam perjalanan ke klinik, jadi sebelum ke sana, singgah sarapan dulu.

Selalunya nak sarapan kat sini waktu hujung minggu, ramai sangat orang. Jadi bila ada peluang hari bekerja ni, bolehlah singgah.

Warung Imam Muda ni lokasinya di Jalan Haji Hussin, Jalan Kebun, Klang. Tepi jalan aje, depan rumah orang, agaknya tuan kedai kot.

Kedai pun konsep terbuka, jadi dapat merasa angin sepoi-sepoi semula jadi diiringi pulak dengan alunan bacaan Al Quran sambil makan.

Pagi ni, kami pilih untuk sarapan nasi lemak ayam berempah, nasi goreng kampung dan kuih-muih. Air pulak teh O dan teh tarik.

Sebelum ni, pernah makan soto dan lempeng Jawa. Sebenarnya banyak lagi menu yang ada, macam bubur nasi tapi available hujung minggu sajalah.

Makanannya sedap juga, citarasa homemade gitu. Lempeng Jawa tu sedap sambal pencicahnya. Suasana kedai pun selesa.

Kalau yang tinggal di sekitar Jalan Kebun Klang ni bolehlah singgah warung ni ye.

Nah gambar sarapan kami pagi tadi, silalah menjamu mata :)

Makanan Johor Original di Restoran Bisik-Bisik, Terbaik!

Teks & Foto: Zaila Hafni

Ini back dated entry. Dah lama dah pegi makan kat sini, 2 minggu lepas kot tapi tak terupload ceritanya.

Meh jamu mata tengok menu sedap kat sini. Baru jamu mata, belum jamu selera lagi tu.


Kacang Pool
 
Memang makanan popular orang Johor ni. First time makan. Hehe. Sedap rupanya. Lepas ni boleh cuba buat sendiri tapi kalau tak jadi, kena mai makan kat sinilah jawabnya.

Mi Bandung Udang Galah
 
Mi bandung kat sini boleh pilih nak yang biasa atau ditambah udang galah (ikut gred). Pilih mana suka. Kalau suka udang besar boleh pilih mi bandung dengan udang galah gred AA. 

Otak-otak
 
Ini makanan masa tengah tunggu order sampai. Sedap dan fresh. Tak terlalu pedas. 


Char Kuetiau Special

Char kuetiau special ada kerang dan udang. Ada juga pilihan nak udang saja, kerang saja, lala atau nak semua seafood. Rasa dia memang sedap. dan portion pun cukuplah untuk sorang makan. Taklah kedekut sangat, kucai dengan tauge pun takde la melampau sangat banyaknya. Dan tak pedas sangat.
 
Nasi Goreng KTM
Ni kategori menu bajet, sesuai jugak untuk student yang bajet kecik. Sebagai menu budak pun ok. Nasi goreng cina, telur mata, sosej besor gedabak. Nasi tu nampak je kosong macam tu tapi sedap oiiii.
Tauhu Bakar
Ni memang terbaik. Kuah petis dia sedap. Tauhu tu pulak macam lain sikit daripada tauhu biasa. Ada macam lapisan ikan (macam tauhu yong tau fu). Ada sekali parutan carrot dan ditabur kacang tumbuk. Pehhh mesti cuba kalau makan kat sini.

 
Nilah semua yang kitorang order dan makan habis tau. Semua sedap. Sangat puas hati.

Air, kitorang order air kathira, jus belimbing, jus mangga, barli suam. Serius sedap tambah lagi jus mangga tu. Gambar takde sebab lupa nak ambik.

Meleleh air liur tak? 

Sedapppppp betul makanan kat sini. Ni first time kitorang makan kat sini, itu pun sebab husband google apa entah keluar pasal kedai ni. Tu yang saja pegi cuba.

Memang tak mengecewakan langsung. Enjoy sangat makan kat sini. Selain makanan sedap, servis pun very good. Waiter yang ambik order tu kitorang kasi 4 bintang! Sangat membantu kitorang pilih menu dan suggest menu yang sesuai untuk budak. Yelah kita mana la nak tahu semua menu kat kedai ye tak. Kitorang tanya apa dia mi gulung, apa beza char kuetiau special, dia explain satu-satu. Lepas tu dok belek menu untuk anak taktau nak pilih, dialah yang cadangkan. 

Seronok kita nak makan bila servisnya bagus. Untung kedai ni sebab ada waiter macam ni. Plus makanan sedap. Dan kitorang tunggu menu sampai pun taklah lama sangat. Sementara dok menunggu makan otak-otak. The taste was just nice dan panas lagi masa tu. 

Oh by the way, kedai ni banyak offer menu Johor. Dan husband yang pernah belajar kat Johor boleh kata menu kat sini sama sedap macam dia makan kat Johor jugak. Kira ori gitu haa. Jadi kalau sesiapa yang rindu masakan Johor atau nak cuba makanan Johor, memang haruslah cuba makan kat sini. Serba sedap.

Oklah kemain puji melangit kan. Korang cubalah sendiri kalau nak tahu. Hehe.

Ni pulak review daripada Tim Vocket. Baca di SINI .


Restoran Bisik-bisik Shah Alam

Alamat:
No 9 & 10, Jalan Zirkon B7/B,
Kompleks Anjung 7,
Seksyen 7, Shah Alam,
Selangor

No telefon: 
011-1364 4485 (Akmar), 011-1364 44866 (Ayn), 011-1364 4487 (Norhaliza)

Laman web: Restoran Bisik Bisik

Instagram: Bisik Bisik

Facebook: Restoran Bisik Bisik



Makan-makan di Uncle K Kopitiam SACC Mall

Teks & Foto: Zaila Hafni

Ini entri tertunda. Makan-makannya minggu lepas. Tapi saja lah nak share buat kenangan gitu haa.

Jalan-jalan kat SACC Mall, Shah Alam nak cari makan. Pusing punya pusing, masuk ke Uncle K ni. Mula-mula nak cuba Restoran Only Mee tapi dah nak tutup. Yelah masa tu dah pukul 9 lebih, bila ada 2 group customer masuk, diorang dah letak Closed sign kat pintu. Maka kitorang pun berlalu lah ke Uncle K ni.

Tertarik tengok bunting nye ada nasik lemak. Macam best je walaupun belum tentu makan nasik lemak lagi kan. Tengok orang pun takde la ramai sangat, jadinya ok la kot nak cuba.

Masuk, dok kat meja dan bagi order. Husband order mee rebus johor, akak order sizzling yee mee seafood hong kong style. Untuk anak order nasik lemak Uncle K, ada sambal sotong dengan ayam rendang (kemain mewah lauk khennn).

Air, order 3 layer tea, barli panas dan air ais kosong.

Yang mula sekali sampai, air. Lepas tu mee rebus. Itu pun macam agak lama jugak lah, air pun hampir habis masa tu. Huhu. Lepas tu yee mee. Nasik lemak paling lambat sebab waiter lupa.

😡😡😡

Overall, rasa tu tidaklah mengecewakan sangat. Boleh tahan sedap. Tapi, nak kata kategori sedap gila tu bukan pada tekak akak dan husband lah.

Dari segi harga, macam a bit pricey. Mungkin lokasi jugak kot kan. Tapi rasanya macam standard kot harga macam tu bagi sesetengah orang. Semua tu total dalam RM69 termasuk GST.

Actually bila tengok list menu, banyak arabic foods. Nasi arab entah berapa jenis ada. Side dishes lagi. Tak sangka pulak kopitiam offer nasi arab. Hehe. Tapi kitorang tak order sebab tak rasa nak makan pun waktu tu.

Akak boleh bagi dalam 3 bintang.

Sesapa nak try, boleh la pegi.

Uncle K Kopitiam, SACC Mall. Ground floor. Dari jalan besar pun boleh nampak.

Nah, tengok gambar je lah ye.

Bayaran Scan Baby di Klinik Sofia Shah Alam

Teks & Foto: Zaila Hafni

Kalau sebelum ni, akak share pengalaman scan kat Klinik Sofia kan, kali ni akak share pulak perkhidmatan scan yang diorang ada siap dengan harga pakejnya sekali.

Senang kalau ada sesiapa yang merancang nak buat scan kat sini.

Yang scan 2D tu normal scan je. Nak tengok growth baby. Ukur lilit kepala, tulang peha, berat. Boleh check jumlah air ketuban, kedudukan baby dan uri juga. Biasanya bayaran tak lebih RM100. Kat sini, RM60.

Kalau scan 3D/4D, boleh tengok baby lagi clear. Boleh nampak muka dan lain-lain anggota badan. 3Dlah katakan. Boleh gak detect apa yang tak normal pada baby. Akak tak boleh nak cerita lebih sebab tak pernah buat. Cuma yang boleh share, bayaran selalunya dalam RM100 lebih sikit. Kat sini RM120. Dan selalunya kena booking tarikh untuk appointment. Paling ideal untuk buat scan ni, antara 24 hingga 32 minggu.

Ada juga detail scan, bayaran RM120 dan scan untuk check Down Syndrome juga, RM150.

Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang tengah mencari klinik untuk scan baby ye.


Kisah Video Kes Jaga Anak SM Faisal-Emilia Hanafi

Teks: Zaila Hafni

Viral betul video kes penjagaan anak SM Faisal Nasimuddin-Emilia Hanafi.

Memang kesian tengok budak tu menangis, akak memang tak tengok sampai habis pun sebab sedih weh!

Masa mula tengok video tu, tak perasan pun tu SM Faisal cuma nampak macam bukan sebarang orang jugak ni sebab siap pakai suit semua. Tak reti nak buat kesimpulan apa sebab tak tahu cerita. Tapi tajuk video asal caption 'this is heartbreaking' memang mengundang jugaklah kan. Memang agak heartbroken tapi siapa kita nak judge orang berdasarkan video tu saja?

Memang macam-macam netizen komen. Maklumlah kes melibatkan orang ternama. Tapi itulah, sebab dia ada nama, dia kaya dan sebagainya orang luar tetap tak patut nak komen bukan-bukan, dah lah tak tahu cerita.

Tak mesti apa yang kita tengok dalam video tu beri maksud sebenar apa yang berlaku.

Tukang rakam dan sebar tu yang paling tak bertanggung jawab sebenarnya.

Apa tujuan dia rakam dan sebar kita pun tak tahu.

Nak aniaya ke, nak buat malu ke, sengaja menunjuk kat public dia ada di tempat kejadian ke, nak tambah follower ke dibayar ke atau ada tujuan tersirat ke, yang pasti video tu dah viral dan memalukan bukan sahaja parents tapi anak tu sendiri.

Memang kesian budak tu, tapi lagi kesian sebab ada orang pi rakam dan viralkan!

Kes tu belum pun lagi selesai, yang tak kenal individu dalam video pun kemain komen salahkan orang tu, orang ni. Padahal apa yang keluarga masing-masing lalui kita bukannya tahu.

Tak patut langsung buat kesimpulan dengan video pendek macam tu.

Even tengok gambar-gambar je pun bukannya kita boleh percaya semua. Apa lagi nak komen (yang tak baik).

Tertunggu jugak respon SM Faisal, petang tadi dia ada buat statement di IG dia (@faisalnasimuddin), ada 2 part lagi pasal insiden video tu. Rerajin pi lah stalk dan baca sendiri from his part.

From the ex-wife part, tak dipastikan lah sebab takde bagi penjelasan apa-apa atau akak je yang tak tau. Hehe tak follow ex-wife dia.

Apapun, netizen tak berhak nak kecam apa-apa. Kalau komen murni tu takpe lah jugak. Ni yang komen kondem ni. Ada yang lebih-lebih pulak tu. Tak hormat langsung situasi orang.

Thats the price of being public figures.

Berita sensasi macam ni memang tabloid dan keyboard warrior suka sangat. Kita yang baca ni timbangtara lah dulu sebelum nak share atau komen.

Dan kalau dah tershare, lagi baik pi delete je daripada makin dok viral.

Congratulations Nazim Othman-Bella Dally

Teks: Zaila Hafni
Imej: Instagram Bella Dally

Been following the wedding of Nazim and Bella.

Very nice wedding dress and such a lovely couple!

Taktau nak explain macamana tapi I just love this two. So classy.

Baju wedding semua cantik gila. For me, tak over sangat. Simple but nice. The maroon songket for reception, white and blue for nikah... seriously stunning.

Kalau baca caption si Nazim kat each photo dia upload kat IG tu, best. Bahasa dia memang sedap. Baik dia tulis in English or Malay. Dengan ayat-ayat jiwang dia kat bini pun takde la kita baca rasa nak muntah (at least for me).

Taktau kenapa bila tengok gambar wedding diorang ni tak macam tengok gambar wedding artis lain. I enjoy it so much. Haha.

Dan-dan teringat masa nikah dan kenduri sendiri pulak! Ohoho it was almost 5 years back already. Anniversary nak dekat dah ni. Ops.

Apapun, dalam banyak-banyak gambar, satu gambar ni sangat menarik hati akak. Akak taktau le kenapa tersuka tengok gambo ni. Rasa sweet.

Oh, masa kahwin dan bulan-bulan pertama selepasnya memang moment paling sweet dan manih melecaih. Kehkehkeh.

Gambar ni cilok dari IG Bella Dally. Korang nak stalk gambo nikah, kahwin, hantaran diorang berdua ni, pi IG Nazim Othman and Bella Dally ek.

Mee Kuah Daging

Teks & Foto: Zaila Hafni

Anak-anak semenjak dua menjak ni, bila disuap nasi, beberapa suap je dah buat tak tahu. Eh takkan dah kenyang, sikit je makan ni.

Ke ummi masak tak sedap? 😑

Atau agaknya jemu makan nasi. Maka ummi tukor la strategi, makan pasta and noodles.

Wah, kemain lajuuuuu makan. Sah lah budak-budak ni nak tukar selera.

Semalam, buat pasta bolognese. Spinach fettucine dengan kuah bolognese daging. Yang sulung tu berapa kali ulang makan. Seronok tengok dia berselera. Sebab dia ni memilih makan sikit. Agaknya sejak bagi dia multivitamin ni dia berselera sikit kot.

Hari ni, masak mee kuah daging. Yang sulung jugak yang request ni. Tapi yang over makan si adiknya. Laku jugaklah menu hari ni. Sekali lagi seronok tengok. Hilang penat masak (dan kemas dapur). Kihkihkih

Mee kuah daging ni tak menjadi sangat sebenarnya tapi bolehlah. Guna pulak daging kisar Ramly tu, memang manisnya kurang. Akak jelah yang manis. Hahaha.

Resipi, korang boleh je search Mee Kuah Daging Meleleh kat FB tu. Merata orang share. Pada akak resipi tu yang paling senang dan dekat di hati akak. Ahaks, kengkonon yang paling sedap lah.

Tapi nak sedap, cuba guna daging tetel atau daging yang ada lemak-lemak sikit. Tapi janganlah banyak lemak sangat. Kalau isi semata-mata macam tak berapa umph. Apapun korang try jelah dulu. Senang je pun nak buat dia.

Hiasan pun akak letak sawi celur je. Patut ada segala tauge, telur rebus, daun bawang, cili, bawang goreng. Ahh makan ngan anak-anak, asal boleh, takde hiasan pun takpe!

Jangan susahkan benda senang. Gitchew.

Oklah. Akak tunjuk gambaq je sebagai bukti. Resipi kalau rajin akak share. Hehe.

Pengalaman ke Aeon Mall Shah Alam

Teks: Zaila Hafni

Setelah agak lama dibuka, baru-baru ni akak berpeluang ke Aeon Mall Shah Alam ni. Aeon akhirnya tiba di Shah Alam! Haha. Sebelum ni paling dekat pun Klang (Bukit Raja, Bukit Tinggi).

Akak tersinggah pun sebab 'ter'lalu jalan depan tu dan masing-masing lapar, jadinya husband akak terus la kona masuk. Hehe.

Aeon Mall ni lokasinya dekat dengan Stadium Shah Alam, Tesco Extra, MSU, D'Kayangan. Memang strategik betul lokasi dia ni.

Masa awal-awal buka dulu dalam bulan Mac 2016, kitorang pegi jugak, tapi tak dapat parking langsung. Kona kona balik je. Tak sempat masuk. Kali ni, berlambak parking space. Nak senang, naik ke bumbung je. Insha Allah banyak parking. Siap boleh parking dekat dengan entrance. Cuma open space la. If hujan ke panas terik ke tu risiko sikit lah.

Bawak anak ronda-ronda. Menarik interior design dalam mall ni. Even exterior design pun cantik. Agaknya sebab Shah Alam ni majoriti penduduk Muslim, design pun ala Islamic sikit. Kedai makan pun banyak yang Muslim dan halal kalau banding dengan Aeon kat Klang. Target market tak sama kan. Akak kalau ke Aeon Bukit Tinggi, payah nak makan. Kat sini, kemain rambang mata. Kehkehkeh

Kitorang paling suka ke bahagian Delicatessen tu. Port jual makanan tapi bukan food court. Yang jual sotong goreng tepung, burger, ayam goreng tepung (chicken chop), segala balls, nasi lemak. Kalau kat Bukit Tinggi tak banyak sangat pilihan. Kat sini, berpinau mata akak pilih.

Bahagian nasi; ada nasi ayam, nasi ayam kapitan, nasi lemak dan apa lagi nasi akak dah tak ingat.

Bahagian pizza pun ada.

Bahagian goreng-gorengan ada ayam popcorn, chicken chop, ayam goreng tepung, sotong goreng tepung, kroket (labu, keledek, cream cheese, macam-macam) antaranyalah.

Lain-lain bahagian, ada salad, minuman, pastri, sushi.

Kat sini ada jugak meja kalau nak makan. Or else, boleh tapau je. Dan agak murah juga makanan kat sini banding dengan kedai lain dalam mall. Agaknya sebab Aeon punya kan. Sedap pulak tu.

Aeon ni, macam one stop centre. Segala benda ada sini. Bank, makanan, pasar basah dan kering semua ada. Sebab tu orang senang datang sini. Dan selesa juga. Ada wheel chair untuk warga emas. Ada stroller untuk anak kecik. Tapi siapa yang cepat aje lah. Troli kat sini pun dibuat daripada plastik, bukan besi macam troli biasa tu. Plastik pun tapi gagah je akak tengok, dan ringan sikit senang nak tolak.

Kesimpulannya, Aeon Mall Shah Alam ni memang mesra pengguna Muslim. Surau pun besar dan selesa. Jalan-jalan dalam mall ni beza banding dengan Aeon Mall yang lain-lain. Cuba la drop by kalau sempat ye. Rasa sendiri.

Gitulah serba sedikit pengalaman akak ke Aeon Mall Shah Alam. Moral of the story, akak suka! Hahahaha

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Teks: Zaila Hafni

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy. 

Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP.

Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh.

Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI.

Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan.

Alamak, klinik mana pulak akak nak pegi ni? Dah la hari Ahad.

Terlintas nama Klinik Ajwa. Pernah nampak tapi tak pernah singgah. Maka akak pun google dan husband kata jom cuba pegi kot-kot buka Ahad dan ada buat scan.

Sumber: panpages.my

Klinik Ajwa ada 2 cawangan di Shah Alam. Seksyen 7 dan 15. Akak pegi yang Seksyen 15. Kat area Dataran Otomobil.

Alhamdulillah buka. Dan masa akak sampai, takde pun patient menunggu. Receptionist pun friendly. Awal-awal dah cakap yang in charge doktor lelaki. Ye lah in case kita tak nak, boleh datang hari lain. Environment klinik pun sangat selesa. Luas juga ruang menunggunya.

Lepas dah register, kami pun tunggu turn. Ambik nombor kat sini. Tunggulah nombor naik then masuk jumpa doktor.

Biasa weekend memang doktor lelaki. Tapi masa nak scan tu akak segerombolan akan masuk. Ngan husband, anak-anak semua masuk sekali nak tengok adik baby. Dan masa scan pun, ada assistant atau nurse yang attend sama-sama. And the doctor is very friendly too.

Tapi kalau tak selesa atau prefer doktor perempuan, boleh datang weekdays. Akak sebab tak boleh on weekdays, husband keje.

Selepas bersoal siasat pasal kesihatan akak sepanjang pregnant, then scan. Doktor ni tenang je jawab apa-apa soalan yang akak dan husband tanya. So far very cooperative and sporting.

Baby pun alhamdulillah ok.

Kiranya dalam 20 minit kot kitorang dalam tu. Oklah servis dia. Doktor pun ok cuma tak sempat ambik tau nama dia apa.

Bayaran scan biasa (2D) kat Klinik Ajwa, RM70. Kat Klinik Sofia, RM60. Beza RM10. Tapi dua-dua pun ok je.

Oklah, kalau sesiapa dok cari servis scan baby, check up pregnancy (antenatal) khususnya, boleh la cuba Klinik Ajwa Seksyen 15 ni. Tak susah pun nak cari, lokasi klinik mengadap jalan besar. Yang Seksyen 7 akak tak pasti sebab tak penah pegi. Tapi rasanya mengadap jalan besar juga. Area Tasik Shah Alam tak silap.

Ni alamat dan contact number untuk dua-dua cawangan. In case ada yang nak cuba.

Klinik Ajwa (Cawangan Sek 15)
14, Jalan Pahat G15/G, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
03-5511 2135

Klinik Ajwa (Cawangan Sek 7)
No 20, Jalan Kristal J7/J, Persiaran Bestari, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
03-5510 6258



Tak Mampu Nak Beli Durian

Teks: Zaila Hafni

Viral semalam pasal cikpuan yang teringin nak makan durian tapi tak mampu lantas nak left group dan deactivate FB.

Sumber: durianmusangking.blogspot.com

Hmm. Macam-macam la orang komen kat cikpuan tu. Ada yang kesian, ada yang kutuk. Biasa la orang zaman sekarang ni, serba serbi nak komen. Eh, akak yang tulis kat blog ni pun kira komen jugak ke macamana? Ahaaa

Dari satu segi, akak sokong je kalau cikpuan tu kata nak left group, deactivate FB kalau dengan keterlibatan dia dalam tu membuatkan dia lagi sedih dan pilu bila orang lain dok share pasal durian. Ye memang nampak macam emosional tapi kalau itu lebih membahagiakan, apa salahnya. Kurang sikit rasa bersalah dia kat anak-anak juga. Akak paham, akak pun kadang telan air liur juga tengok orang makan sedap-sedap tapi kita tak mampu atau belum mampu lagi buat masa ni. Tapi orang tu just share apa yang dia makan.

Kita tak boleh nak tengok, kita rasa sentap, kita lah yang beredar. Ok la left group ke, unfollow ke, unfriend ke, deactivate account ke. Kita jelah yang bertindak untuk handle perasaan kita.

Ye, memang katanya cikpuan tu ibu tunggal, gaji kecik, anak ramai. Paham situasi tu. In fact ramai aje yang bukan dalam situasi yang sama tetap tak mampu jugak nak makan durian.

Akak taktau la paling murah berapa harga durian tapi yang mahal memang rasa mengarut pun ada. Tapi yang mahal memang sedap pun kan. Biasa la.

Pada akak, ikutkan teringin kita memang banyak la benda yang kita teringin. Tambah lagi dengan lambakan update daripada kawan-kawan yang pelbagai jenis ni. Kita pun taktahu apa sebenarnya yang berlaku pada cikpuan tu, sampai rasa bersalah sangat-sangat tak dapat belikan durian untuk anak-anak. Kalau tak dapat beli makanan asas, kita paham. Tapi ni durian.

Takpelah cikpuan, kot hikmah viral ni, ada rezeki orang nak bagi atau tolong belikan durian ke, mana kita tau ye tak? Orang yang ada kebun durian ada yang tergerak hati nak sedekah durian barang 5-6 biji ke, mana kita tau.

Sabar dan move on ajelah nak hidup zaman sekarang ni. Serba mahal belaka. Doakan Allah luaskan rezeki dan mudahkan urusan, insha Allah.


Cara Halau Nyamuk, Elak Penularan Virus Zika

Teks: Zaila Hafni

Virus Zika dah masuk Malaysia!

Kalau sebelum ni, kita dengar kes kat Thailand dengan Singapura je (yang dekat dengan kita lah), hari ni KKM dah laporkan 1 kes dah detect kat Selangor.

Kes dilaporkan di Klang (dekat kawasan umah akak tuuuu).

Risaunya la hai diriku yang dalam trimester 3 ni 😧

Semoga Allah lindung kita semua daripada bahaya virus Zika ni.

Kat Brazil dan Amerika Latin dah mula tahun lepas lagi, dan tahun ni dah mula masuk sini dah.

Menurut laporannya, wanita yang kena Zika tu baru balik dari Singapura. Berjangkit dari sana lah.

Zika ni macam denggi lebih kurang. Virus dibawa oleh nyamuk Aedes juga. Buat masa ni, takde lagi ubat khas atau vaksin untuk Zika. Kalau denggi mungkin dah terkawal sikit tapikan tu pun lama juga kita nak kawal. Yang Zika ni virus baru.

Yang paling berisiko adalah ibu hamil terutamanya yang dalam trimester 1 (3 bulan pertama). Virus Zika ni dikatakan boleh sebabkan pengecutan otak (microcephaly) jika menjangkiti bayi. Otak akan jadi lebih kecil daripada normal. Ni based on kes yang berlaku di Brazil lah. Jadi ibu hamil kena berjaga-jaga lebih sikit.

Kena elak daripada digigit nyamuk, kena jaga kebersihan rumah, guna mosquito repellent.

Nak halau nyamuk, boleh la try:
- pasang ubat nyamuk (lingkaran, elektrik)
- penyembur nyamuk (spray)
- gel penghalau nyamuk (pek macam pewangi rumah/kereta)
- tanam pokok jermin (pokok halau nyamuk)
- pasang kelambu time tidur malam
- sapu losyen atau minyak pati (essential oil) berunsur serai wangi atau citronella pada kulit
- guna mosquito stick repellent/ mosquito patch pada kulit

Ni antaranya lah. Katanya bau serai/citronella ni nyamuk tak suka. Jadi boleh la guna bahan-bahan yang berunsur bau ni untuk halau nyamuk.

Baca lagi, laporan Astro Awani di SINI .

Biskut Cream Cracker Shoon Fatt Sedap, Sila Cuba!

Teks & Foto: Zaila Hafni

Selamat datang bulan September!

Disebabkan semalam cuti, akak terasa macam hari ni Isnin pulak. Haha.

Apapun, bulan baru ni semoga kita semua pun bersemangat baru jugaklah ya. Tinggal 4 bulan lagi untuk capai misi 2016.

Misi kurus ke, misi jadi soleh solehah ke, misi jadi cantik ke, misi jadi pemaaf ke, misi jadi ibu yang penyabarrrr ke. Eh.

Pagi ni redup-redup manja je kat area umah akak ni. Dan macam biasa akak sarapan awal. Maklum le bangun pagi dah lapar. Pukul 7 lebih cenggitu akak mesti nak kena minum dulu. Lepas tu baru boleh proceed buat kerja.

Hari ni akak sarapan biskut cream cracker Shoon Fatt dengan air Vico O suam.

Ohoiiiii biskut ni sedap gila tauuu. Rangup, rasa lemak-lemak sedapppp!

Kiranya setaraf dengan biskut PingPong Hup Seng tu lah. Tapi bagi akak yang ni lagi sedap. Ngeeee.

Nengokkan brand memang tak convincing pun sebenarnya. Haha. Tapi sebab akak sendiri penah rasa jadi kalau akak terjumpa kat kedai memang akak beli. Susah gak nak dapat biskut Shoon Fatt ni.

Asalnya akak mula makan sebab ada dalam goodie bag majlis kenduri adik ipar akak. Diorang masukkan 1 peket kecik biskut Shoon Fatt ni dalam setiap goodie bag. Tapi nasiblah kan, dapat biskut perisa apa. Mula-mula pandang takde mata je kononnya biskut ni. Sekali ko makan, cicah teh o, kopi o, huih sedap weh.

Sejak tulah akak tau biskut ni best. Hehe.

Korang pun kalau terjumpa biskut ni kat kedai, cuba beli dan rasa. Mana tau korang pun akan suka, macam akak ni. Kehkehkeh

Oklah. Akak dah alas perut, dah makan vitamin, maka akak nak sambung buat kerja suri rumah sebelum askar-askar akak bangun.

Selamat bekerja hari ni ye semua! Punch card baru kan. Hihihi

Merdeka 59 Tahun

Teks: Zaila Hafni

MERDEKA!

Apa je aktiviti korang hari cuti merdeka ni?

Akak kat rumah je, husband kerja. Jadi macam hari-hari Rabu yang biasa, kami di rumah pun sama saja.

Pagi sarapan maggi goreng ikan bilis. Lunch makan rendang ayam tak pedas  dan hati ayam masak kicap lebih semalam. Hehe.

Tapi bila skrol timeline tu penuh la dengan ucapan-ucapan merdeka, mereka yang pergi bercuti-cuti merdeka dan yang turut serta sambut merdeka di tempat masing-masing.

Akak tumpang seronok je lah tengok.

Apapun selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 59.

Sumber: devianart.com

Sehati dan sejiwalah semuanya.

Kes Maahad Tahfiz

Teks: Zaila Hafni

Hari ni, dah banyak akak nampak orang dok viral dan share berita maahad tahfiz yang terlibat kes cabul tu. Siap satu portal tu letak gambar ustaz pemilik maahad tu lagi.

Dan polis pun dah mula siasat kes ni, kita yang tak berkaitan ni eloklah kalau tak payah komen lebih sangat, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ambik tahu dan ambik langkah berjaga-jaga tu ok, tapi nak hukum dan kata yang bukan-bukan kat individu tertentu rasanya tak patut jugak kot. Ni tertakluk kepada keyboard warrior semata lah ye.

Akak follow juga kes ni. Risau jugak esok anak-anak dah nak masuk sekolah. Kalau sebelum ni kita dok risau anak perempuan, sekarang ni anak lelaki pun sama juga. Dah nak kena educate anak pasal sexual education dari kecik. Kena explain terang-terang bagi dia paham apa yang boleh dan tak boleh.

Mak-mak ni kalau boleh nak anak depan mata dia je tapi memang la mustahil kan. Yang dia mampu, doa je Allah lindung ke mana-mana anak dia pegi, dengan sapa anak dia bergaul.

Kadang bila baca berita macam ni, kepercayaan kita pun dah jadi menurun kat orang yang tinggi agama. Disebabkan segelintir jugak terkena institusi lain jugak. Dah tentu bukan semua maahad macam tu. Tapi tak banyak sikit, terhakis jugak lah kepercayaan dan kredibiliti kita kat sekolah agama dan maahad tahfiz.

Sapalah yang taknak anak yang pandai Al Quran, baik akhlak dan soleh. Kalau boleh tu biar anak lebih baik daripada kita. Tapi nampaknya kena lebih hati-hati pilih sekolah agama untuk anak. Zaman sekarang ni, sekolah yang ada nama pun belum tentu bagus ye kan.

Makanya, selain ajar anak ABC, 123, mengaji dan sebagainya, kena masuk silibus jugak ni pendidikan seksual. Mencabar betul jadi mak ayah zaman sekarang eh.

Semoga anak-anak kita dilindungi Allah sentiasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...