Review Buku: Diagnosis3-Mortuari

Teks & Foto: Zaila Hafni

Buku pertama yang saya habis baca tahun ini. Dan selesai baca dalam sehari sahaja. Apa tandanya tu? Tandanya buku ni best lah 😊

Saya beli buku ni direct daripada salah seorang daripada 3 penulis buku ini, iaitu melalui Dr Noor Hayati Yasmin Ngatimin. Order hari ini, esoknya sampai siap bertanda tangan penulis. Memang syok.

Buku Diagnosis 3 ini adalah kompilasi cerita 3 doktor yang tak lepas daripada berhadapan dengan kematian. Setiap kematian itu ada ceritanya tersendiri, yang mana kita yang hidup ini dapat ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Buku yang ditulis oleh Dr Fahd Razy, Dr Noor Hayati Yasmin dan Dr Jack Naim ini, kalau rasa tak insaf, baik ulang baca sekali lagi dan hayati betul-betul.

Bahagian pertama buku, kisah mortuari daripada Dr Fahd. Saya suka semua kisah beliau. Isi cerita yang ingin disampaikan sangat berkesan dengan gaya penulisan yang santai tapi sentap. Dr Fahd menulis macam diari, kita rasa sangat dekat dengan situasi yang diceritakan. Dan pastinya pengalaman beliau sendiri. Saya paling terkesan kisah ibu-ibu nak bersalin dalam bab 'Expect the Unexpected'. Terkedu saya baca kisah-kisah di Labour Room. Baru saya faham juga, kenapa nurse di Klinik Kesihatan yang check saya hari tu hampir cuak tengok keadaan saya yang dah mula bengkak kaki dan bp ada sikit tinggi pada minggu ke 36. Sikit lagi saya nak kena refer ke hospital. Bila baca kisah yang ini, baru saya faham. Ibu hamil memang boleh nampak sihat sekelip mata je boleh pengsan. Jaga-jaga ya (pesanan untuk diri sendiri juga).

Seterusnya, bab disambung oleh Dr Noor Hayati. Gaya penceritaan Dr Hayati seperti novel medik. Ada diketengahkan isu home birth juga, yang saya kira isu yang amat baik diketengahkan.

Bahagian akhir ditulis oleh Dr Naim. Gaya cerita pun macam novel tapi dalam bab paling akhir, Dr Naim berkongsi kisah pengalaman beliau sendiri yang kehilangan sahabat karib, Dr Prasanth. Membaca bab akhir ini membuatkan saya terfikir betapa persahabatan itu merentasi bangsa dan agama. Dan satu pengajaran dari bab ini adalah 'do not judge the book by its cover'. Nak tahu selanjutnya, sila dapatkan buku ini ya!

Kesimpulannya, Diagnosis 3 wajar dimiliki. Walau sebanyak mana kisah kematian dilaporkan setiap hari, yang berlaku dalam pelbagai situasi, tapi itu daripada kaca mata wartawan. Kisah kematian daripada insan yang menjadi sebahagian daripada proses ini - saya kira lebih dekat dan menyentuh hati. Bak kata Dr Fahd, berselisih dengan Izrail.

Cuba baca. Cuba selami. Cuba hayati. Anda takkan rugi.

Diagnosis3 boleh dibeli secara online di Dubook Press.

Barang yang Lepas Jangan Dikenang

Alhamdulillah Khamis sudah. Rasa cepat pulak minggu ni berlalu, since few things need to be settled - already settled. Semalam hubs mc. Bengkak sikit tonsil beliau. Anak-anak pun hingus2 selsema. I is alhamdulillah masih ok. Kalau I tak ok habis la huru hara rumah tangga. Hehe.

This morning, saje check followers IG kat my personal IG account. Saja la tengok 1 IG ni yang tak pakai nama sebenar tapi saya tau ni mesti seseorang yang saya kenal sebab IG personal saya, saya hanya approved insan-insan yang dikenali sahaja. Bila tengok profile pic, oh ye memang kenal sesangat.

Tengok post2 beliau. Eh. Promote barang baru le. Barang sama macam saya. Hehe. Sebelum ni tau dia jual pinggan mangkuk dan juga pengedar untuk company yang terkenal dengan barang kemas murah. Dan dia memang pernah consult saya untuk masalah kesihatan beliau. Pung pang pung pang jugak la nak consult sebab masalah beliau ni agak complicated bagi saya. Ada la follow up lepas tu, alhamdulillah dia kata dia makin ok lepas guna 1 botol vitamin.

Pagi ni la bila tengok IG beliau, oh dah jadi ejen sama macam kita jugak ye. Alhamdulillah bertambah besar la ahli keluarga shakeley ni 😉

Cuma idak le sangka beli dan consult dengan saya, nak register ngan orang lain pulak eh. (Tu la hang tak bagi borang ahli kat dia awai2!) Rezeki masing-masing ye idak. Tak mengape le, janji beliau sihat dan kembali pulih.

Ada la sikit ralat. Tapi ah biorkan je lah. Jangan dipikir benda yang takde, pikir benda yang ada ni dan teruskan. Insha Allah ada lagi yang lagi baik daripada ni.

Salam Khamis. Selamat bekerja!

Penghijrahan dari Celcom ke Tone Excel

Teks: Zaila Hafni

Saya sebenarnya memang pengguna setia Celcom. Sejak tahun 2002 lagi, seingat saya lah. Satu-satunya nombor yang saya guna sejak dulu, dengan telco yang sama juga. Hingga akhirnya tahun ini, secara spesifik bulan ini, saya membuat keputusan untuk berhijrah ke telco lain iaitu Tone Excel (TE).

Sebab utama, bila saya top up RM30, akan dapat 1gb data PERCUMA. Maka kredit saya tak terusik dan tak risau takde kredit untuk call. Kalau dulu, top up dulu then potong kredit untuk beli data plan. Sekali top up dan beli data lepas tu dah tinggal sipi je baki kredit, nak call pun terfikir-fikir. Sekarang taklah berkira sangat sebab insha Allah cukup kredit nak call ☺

Ada lagi bonus lain, macam benefit Air Asia, Tune Hotel dan lain-lain. Saya kongsi lain kali ok.

TE guna line Celcom, jadi pengguna Celcom takde rasa perubahan ketara pun dari segi line. Telco lain saya tak pasti lah.

Kesimpulannya setakat hari ni, ok la. Moh tukar ke TE! 😊😊😊

Alergik Ayam dan Telur

Baru-baru ni anak sedara gatal-gatal satu badan, start naik merah kat muka merebak seluruh badan. Kesian sungguh garu-garu. Ayah dia bawak ke klinik, Dr kata alergik ayam dan telur.

Selama ni makan ayam dengan telur ok je. Tapi agaknya bila sampai satu tahap badan tak boleh terima kot ye atau kalau makan ayam/telur yang tak fresh pun kadang-kadang boleh jadi punca juga. Dr nasihatkan minum air banyak dan elak makan ayam dan telur buat sementara waktu. If nak makan ayam pun, Dr cadangkan beli ayam Az Zain (ayam tak cucuk hormon).

Bab ayam ni, saya pun taklah arif sangat - bab hormon, antibiotik, vaksin, vitamin untuk ayam ni. Tapi saya pasti pihak yang bertanggungjawab dalam urusan ni dah buat kerja depa. Kita lah yang tentukan nak terus makan ayam atau beli ayam yang kita yakin saja.

Saya bukanlah cerewet sangat tapi bab ayam ada memilih sikit. Selalu beli ayam kat supermarket, balik rumah nak potong2 simpan adakalanya macam tak berapa fresh dah pun isi pun lembik-lembik dan cepat hancur. Kita taktau dah berapa lama ayam tu disembelih hingga sampai ke tangan kita. Mungkin juga saya salah pilih ayam atau beli di masa yang fresh semua dah habis. Huhu. Taktaulah. Maka sejak tu kalau nak beli ayam, memang memilih sikit.

Terbaru, cuba ayam Az Zain. Ok la jugak. Makan tanpa waswas gitu haa. Seekor dah dipotong 12 kot, RM17.80. Ayam beku. Kalau ayam organik Az Zain mahal sikit.

Sebelum ni cuba jugak ayam Ayamas, Nutriplus. Kalau sempat pegi mana-mana pasar pagi, beli ayam fresh.

Apapun pilih bersederhana la kot. Jangan makan ayam je, selangseli dengan ikan, daging, seafood. Baru balance. Hehe.

Petua Sabar Dengan Kerenah Anak

Jadi mak dalam umur yang taklah berapa muda sangat ni, sesekali datang jugak rasa huih penatnya la hai!

Hari-hari ada je adegan menguji kesabaran. Masa baby, cara baby. Masa dah besar, cara budak besar rupanya lagi mencabar! Maklom la dah pandai bercakap...

Saya tengah train anak sulung untuk diaper free. Allahuakbar, stres jugak ooo. Mula-mula tu ok jugak la,  tapi dah masuk seminggu...ada gak rasa nak gibab! Bukan part dia terkencing atau terlepas dalam seluar tu yang jadi isu; tapi bila disuruh pakai seluar balik dia kata tak boleh - saya pantang dengar dia cakap tak boleh padahal sebenarnya dia tak mahu buat dan nak suruh saya pakaikan. Maklom la kena tukar seluar banyak kali. Agaknya dia pun fedap! Haha

Cemana saya tahan sabar hari-hari?

Tak tahan jugak sebenarnya. Haha! Nak je hantor ke taska. Baru dia tau berdikari. Tapi nanti lah. Buat masa ni kat rumah je lah dulu, mak kena la belajar sabar 😊

Paling biasa, nak menyabarkan hati, istighfar sajalah. Kadang istighfar pun masih dok tak sabar, nyorok dalam bilik jap. Kadang tu mogok jap tak bercakap dengan dia. Penah gak lari dok dalam bilik air. Haha entah apa-apa la kan. Tapi yang paling mujarab dan berkesan pada saya, buat solat dhuha. Macamana kerenah anak pun saya mampu sabar dan tolerate. Dan kadang anak jadi lebih behave juga. Agaknya sebab kita pun cakap baik-baik dengan dia (tak beremosi sangat), maka dia pun tak lah buat perangai.

Masa anak kecik memang la kena banyak sabar. Ada masa terlepas geram tu, lepas tu saya counter balik explain kat anak kenapa saya marah. Pada saya, anak tetap perlu marah jika perlu. Tapi bukan la marah bertubi-tubi tak tahuan punca. Tegas pun ya, supaya dia paham apa yang dia boleh dan tak boleh buat.

Apapun saya berharap Allah bagi kekuatan kepada saya dan suami serta kita semua dalam membesarkan dan mendidik anak dalam zaman serba mencabar ni. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...