Perubahan Sofea ke Safiey Ilias

Teks: Zaila Hafni

Saya sebenarnya dah lama follow beliau, dari zaman beliau jadi 'wanita' dengan nama Sofea Ilias. Memang cantik la dia masa tu, jutawan kosmetik pulak kan. Suka follow sebab suka tips bisnes yang dia share. Kadang tu memang macam agak kasar sikit style dia tapi ada betulnya jugak apa yang dia kata. Alah, yang elok kita ikut, yang kita tak berkenan, biorkan la.

Lepas tu agak lama tak muncul post beliau di timeline. Saya pun lupa dah ke dia. Sampai satu hari ternampak 1 gambar macam dia tapi apsal nama profil Safiey Ilias. Dan gambar yang dia upload macam lelaki baru lepas set rambut pendek. Saya dok terfikir sapa yang saya follow ni? Dok memikir takkan si Sofea Ilias ni dah jadi tomboy ke lelaki? Tapi setakat tu jelah. Sampai la terbaca post oleh Ali Russia kot pasal perubahan Sofea kepada Safiey Ilias. Diikuti operation buang implan payudara and you know the stories after that lah kan. Dia keluar paper, masuk tv etc. Hari-hari dia share post dakwah atau perubahan yang dia buat, ada jugak la individu yang tak puas hati. Tapi itu bergantung niat masing-masing la kan. Isu tu ok lagi pada saya, hinggalah sampai semalam, bukan main viral page si Safiey kononnya dia nak buat give away kasut dengan handbag. Sama kes macam DSV.

Bukan satu page, banyak pulak tu. Padahal si Safiey ni ada 1 akaun FB personal saja. Tapi rata-rata orang yang guna FB ni mana la tau pun. Atau pun dah nampak benda free kan, sapa yang taknak oii. Memang orang yang buat kerja ni, betul ambik kesempatan. Tapi dengan cara yang tak baik dan tak berhemah langsung. Ni taktik nak dapat follower cepat dan banyak, lepas tu jual la page tu kan. Amboi senang betul nak buat duit zaman sekarang ni ye. Sehari dua hari memang boleh dapat 8k ke 10k entahkan lebih followers. Entah berapa ribu dijualnya nanti page tu. Haih.

Berbalik kepada Safiey, ada satu pengarah drama ni komen yang setiap post Safiey dok update aktiviti dakwah dia tu macam ada agenda tersembunyi. Dia persoalkan jugak la kenapa perlu heboh dan kecoh sangat tentang perubahan yang dia buat, adakah untuk tujuan marketing dan bisnes? Sedangkan orang lain kalau berubah takde la heboh-heboh, buat diam-diam je.

Hmm. Kita tak tahu apa niat Safiey, kita pun tak berhak nak judge. Kita doakan niatnya baik lah untuk ajak orang lain pun berubah sama. Tapi kalau sebaliknya pun, dia dan Allah saja yang tahu.

The Lost World of Mimaland

Teks: Zaila Hafni

Malam tadi, tak semena-mena dok search pasal Mimaland. Ternampak ada orang share kat FB, dah lama nak search pasal kisah Mimaland kena tutup tapi sampai ke sudah tak search pun hinggalah malam ni.

Mula baca blog-blog orang. Banyak entry blog sekitar tahun 2012-2013. Kebanyakan blog ayat sama je pasal sejarah Mimaland tu, copy from somewhere rasanya. Then jumpa jugak blog yang ada orang cerita pengalaman sendiri, pegi ke taman tema terbesar di Asia tu yang kini dah terbiar. Yang banyak semua pakat cerita hantu dengan seram belaka. Maklum la tempat tinggalan, dah jadi hutan, dan pernah dikisahkan ada berlaku beberapa insiden kematian jugak kat situ.

Lepas tu, macam tak puas hati baca kat blog, search kat FB. Nak-nak pulak memang ada fanpage MIMALAND (boleh search kat Fb), banyak la info boleh dapat.

Kat page tu banyak share gambar-gambar pengunjung yang penah datang dulu. Dari gambar-gambar tu dapatlah kita bayangkan cemana keadaan Mimaland masa tu. Yang paling glamer, replika haiwan prasejarah macam dinasour. Ni kalau wujud lagi taman tema ni, confirm bawak anak pi. Dia suka benor dengan dinosaur. Dan selain replika tu, tarikan utama papan gelungsur air yang terpanjang/tertinggi/terbesar di Asia Tenggara masa tu. Tu dalam tahun 70 ke 80-an. Memang hebat gila la Malaysia masa tu ada taman tema camtu. Memang kalah Sunway Lagoon la bak kata kebanyakan orang. Haha.

Bila search guna #mimaland, lagi banyak Fb post yang keluar. Ramai yang pi untuk trekking. Memasing pun bergambar dengan replika haiwan tu ha. Nampak elok gagah lagi replika tu semua. Memang berkualiti sungguh kot pembuatan tu. Dan ada jugak yang buat perbandingan dengan replika yang sama yang ada di UK, Tenby ke nama tempatnya. Memang sebijik.

Dalam post kebanyakan orang, nampak memang kawasan Mimaland tu macam forest reserve, dengan pokok-pokok yang unik dan memang seronok untuk trekking dan cycling. Aktiviti riadah sesuai la. Nampak kawasannya pun biarpun kawasan tinggal tapi macam tidaklah creepy mana mungkin sebab ada yang menjaga. In fact, seluruh Mimaland tu dipagar dan dikawal oleh guard dan anjing, katanya.

Saya tak berapa ingat sama ada pernah pegi atau tak. Kalau pegi pun macam kecik sangat masa tu. Maybe tak pernah kot. Atau pegi kat satu taman tema seakan-akan Mimaland kat Ipoh. Apa ke pulak namanya dah tak ingat.

Tengokkan post di Fb, ada yang kata akan keluar program dokumentari kat RTM nanti (post tu baru lagi dalam bulan April juga). Diorang interview staf lama Mimaland. Tahun lepas, ada staf KRU Music masuk dalam tu. Tak tau la sekadar meninjau atau buat program atau survey. Ada satu post lain, sorang ahkak ni inform yang Mimaland tu akan dimajukan tapi bukan sebagai tempat rekreasi dah. Tak tahu la tu jadi apa. Di page Mimaland pulak, admin nye update ada ura-ura nak bangunkan jadi padang golf atau perumahan tapi tak tahu lah juga apa kesudahannya.

Kita tunggu aje lah kan. Seronok juga follow cerita Mimaland ni. Betapa pemikiran orang zaman tu melampaui zaman. Maju sungguh. Cuma takdirnya berakhir dengan agak tragis. Tu je lah. Tapi ada la ciri komersil nye.

Sekian laporan tentang Mimaland. Kalau nak tahu lagi, search je kat Google dengan Fb. Banyak boleh baca, banyak gambar boleh tengok.

Shopping Keperluan Rumah di KK Home Deco Shah Alam

Teks & Foto: Zaila Hafni

Minggu lepas, selepas makan-makan di Seri Keningau Village tu, kitorang singgah kejap ke KK Home Deco di belakang Plaza Masalam tu. Kalau sesiapa yang biasa datang ke Plaza Masalam, mesti akan perasan ada kedai deko besar ni tepi jalan sebelum simpang masuk ke plaza.

KK Home Deco ni memang best dan rambang mata untuk orang yang minat design Inggeris. Sebab banyak design ala ala macam tu kat sini. Lain-lain banyak untuk citarasa moden. Banyak jugak pilihan dan harga pun agak murah. Masa saya pergi hari tu ada diskaun.

Nak shopping pun senang sebab disediakan troli. Cuma agak sempit lah sebab banyak barang. Nak mencari barang pun selesa sebab disediakan cooling fan sebesar alam hehe. Takde la rasa berpeluh ketiak dalam tu.

Kat sini bukan setakat boleh cari barang deko je, perabot rumah pun ada juga. Langsir, kerusi, meja, almari pun ada. Menariknya, deko untuk taman pun ada.

Kalau yang kreatif tu, nak cari bahan atau hiasan untuk perkahwinan pun boleh. Untuk deko hantaran ke, goodie bag ke.

Kalau nak ke sini, mudahnya parking di Plaza Masalam di bahagian bumbung. Lepas tu jalan kaki je turun bawah ke KK ni.

Peminat barang perhiasan rumah, singgahlah sini. Rambang mata dibuatnya hehe.

Review Makan: Seri Keningau Village, Plaza Masalam, Shah Alam

Teks & Foto: Zaila Hafni

Khamis lepas, saya sekeluarga berpeluang makan tengah hari di Seri Keningau Village, Plaza Masalam ni. Kalau orang Shah Alam mungkin dah biasa dengan restoran Seri Keningau ni, diorang ada beberapa cawangan termasuk Bason by Seri Keningau di Seksyen 9.

Kat sini, untuk menu tengah hari, ada nasi campur dan jugak kalau nak order makanan lain pun boleh. Soto, laksa, bubur pun ada.

Kitorang makan nasi campur dan juga order. Nasi campur ada pilihan lauk ikan, ayam, daging, seafood tapi taklah banyak sangat. Sayur dan ulam pun ada. Hari tu, antara menu yang ada ayam bakar, udang goreng tepung, tauhu telur goreng pedas, sayur campur, ikan kering.

Saya ambik sepinggan nasi campur untuk anak, dengan lauk ayam bakar, sayur campur goreng dan bergedil. Sayur tu ok, sedap juga. Sentiasa panas. Bergedil pun sedap. Cuma ayam bakar saya agak kecewa sebab terlalu sejuk. Agaknya lama terdedah kepada udara dan air cond kedai. Rasa ayam bakar ok la.

Kami ada order makanan jugak. Kami order:
1. Nasi Goreng Pattaya Seafood
2. Nasi Goreng Seri Keningau dengan Ayam Blackpepper
3. Char Koay Teow
4. Sup Tulang

Untuk air:
1. Sirap bandung (dengan soda, nata de coco dan laici)
2. Pelangi Senja (campuran jus mangga dengan buah lain) - kalau tak silap.
3. Laici

Untuk makanan yang diorder, pada saya dan suami, kami bagi dalam 3.5 dari 5 bintang. Mungkin tak berapa serasi dengan selera kami kot.

Untuk air, bagi saya bandung tu agak terlebih manis. Tapi saya suka ada rasa soda dan ditambah laici dan nata de coco tu.

Kesimpulan?

Tempat makan, selesa. Cuma dari segi makanan, mungkin tak berapa kena dengan tekak kitorang (berdasarkan apa yang kitorang makan hari tu). Mungkin ada killer menu yang lain kot.

Apapun, ok la ada kedai nasi campur dalam plaza sebab tak semua orang nak makan makanan yang order je. Ada la pilihan sikit 😊

Sekian review makan kali ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...