Pasaraya Bajet di Shah Alam & Klang

Teks: Zaila Hafni

Kalau bawak RM100 ke supermarket sekarang ni, agak-agaknyalah berapa barang yang boleh dapat ye?

Kalau bujang tu ok lagi kot. Kalau yang dah ada family ni, beli barang keperluan anak atau barang dapur saja pun dah boleh cecah 2-3 ratus dah sekali shopping.

Haa. Sebab tu kena pandai survey supermarket atau kedai yang offer harga yang affordable. Janji dapat barang yang sama kualiti.

Meh akak nak share supermarket atau kedai yang pada akak, boleh la nak beli barang-barang dapur atau barang keperluan rumah dan anak dengan harga yang berpatutan. Ni untuk kawasan Shah Alam-Klang aje ye. Kawasan lain akak tak tau. Hehe.

1. Econsave
Lebih tepat Jalan Kebun (lebih spesifik dekat Kemuning Greenville) sebab akak selalu pegi situ je. Yang paling dekat dengan rumah. Sayur ngan buah ok jugak beli sini. Barang basah akak tak berapa suka beli sini. Barang kering, barang rumah ok. Baju budak pun ada, takde la mahal sangat. Susu budak pun ok banyak gak choice. Lagipun tutup lewat pukul 10.30 malam.

2. Pasaraya Anggerik
Lokasi di Seksyen 19. Dekat dengan Hospital Pakar Salam. Susu budak dengan pampers agak berpatutan harga kat sini. Barang rumah lain pun ok la kalau nak beli runcit-runcit. Satu lagi akak suka beli majalah kat sini. Cepat sampai majalah baru. Tapi cepat habis jugaklah. Kihkihkih

3.  Pasaraya Hero
Kat Kota Kemuning. Sini wet market dia best. Harga pun masih ok dengan kualiti. Sayur, buah, ikan, seafood fresh. Kadang ada less 50% untuk certain seafood atau ikan. Nak clear stock hari sebelum. Tapi tengokkan elok je lagi. Banyak choice jugak sini. Parking pun senang. Akak suka beli sayur, buah kat sini. Bahan untuk baking, cheese pun banyak choice. Ada kafe gak kat dalam ni. Satu lagi, roti ban manis dia sedap! Siap ada bakery sendiri dalam ni. Masuk-masuk je pintu, bau roti. Pehhh best woih.

4. Maxvalu
Pasaraya ni dalam Gamuda Walk. Aeon punya pasaraya la gitu tapia Maxvalu offer murah sikit. Sini sekali-sekala ok jugaklah datang. Akak paling suka kalau datang lewat sikit ada barang basah less 50%. Kahkahkah akak memang minah bajet. Barang lain harga agak standard la. Tapi nak beli dan belah memang selesa, tak ramai orang. Dan banyak la pilihan sayur, buah organik juga.

5. Kedai Runcit Jalan Kebun
Ada banyak, tapi ada satu ni ada jual ayam fresh sekali. Tak ingat nama kedai tu apa. Dekat dengan Klinik Kesihatan Jalan Kebun dan masjid. Mula-mula akak pegi memang nak beli ayam je. Tapi sekarang ni sangkut dah, barang basah banyak beli sini je. Murah-murah. Kedai kampung kan. Selain ayam, suka gak beli ikan, sotong, ayam kat sini. Sayur pun murah. Orang kampung macam akak memang seronok la dapat shopping kat kedai kampung macam ni. Kau ambik daun limau purut, daun kari setangkai dua kira free je. Hehe.

6. Pasaraya Checkers
Kat Seksyen 15. Sini boleh beli borong. Jadi memang harga agak murah. Akak suka beli sayur kalau kat sini. Barang dapur kering pun ok. Banyak choice. Parking pun senang depan pintu pasaraya je. Tapi dah lama akak tak pegi sejak tak duduk area situ dah.

7. Pasaraya CLC
Kat area Bandar Putera 2. Jalan menghala ke Johan Setia (Banting) dah ni. Mula-mula pandang sebelah mata je sebab nama tak glamer kan. Haha. Sekali dah pegi, terus jatuh suka! Wet market dia, wallauweh best gila. Macam pasar basah betul punya feeling. Ikan punya lah banyak jenis. Sayur pun banyak. Dan paling penting murah. Kalau kat sini memang rambang mata nak pilih ikan. Ikan besor, ikan kecik, kau pilih nak yang mana. Paling tak menahan, bau ikan melekat kat baju kau sampai balik rumah. Kahkahkah. Try la shopping sini. Berbaloi akak habaq hang.

Cukup la eh 7 tempat shopping bajet untuk u ols. Tempat-tempat ni kira sesuai la untuk beri barang basah, barang dapur dengan bajet yang sederhana. Dan kurang sikit nafsu berbelanja lebih kalau banding shopping kat Tesco dan Giant. Pegi sana mau bertroli-troli. Hahaha.

Semoga bermanfaat untuk u ols yang tinggal dekat-dekat area sini. Moh le kita berbelanja dengan bijak!

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...