Fridge Lock Punah

Teks & Foto: Zaila Hafni

Aduh. Tension tahap lapan puluh ganda kuasa lapan belas tau dengan fridge lock ni. Udah le akak beli nun mai dari China, guna sekejap je dah hancoooo T_T

Beli kat Lazada, tapi kemahen pilih barang obersi. Seminggu lebih baru sampai barang secoet tu. Tup tup pasang sekejap je, dah tanggal gam dia dek anak-anak yang sel otak depa berhubung dengan pesatnya ni dok berhempas pulas sehabis tenaga nakkkkk juga buka pintu fridge.

Hangin gok eh.

Lepas tu akak boh la double sided tape berdouble double. Takde nye berkesan. Dengan selamber budak-budak tu boleh buka peti ais lantas melempor je apa yang deme nak lempor. Gerammmmm!

Yang sulung tu boleh la tahan sikit, tak melempor tapi suka dok buat inspection dan menempel kat hawa sejuk. Almaklum musim ekuinoks di rumah nan tiada ekon.

Yang nombor 2 tu, ya ampun. Kita marah dia buka peti ais, dilempornya botol air sejuk. Sebijik dah pecah. Botol air Shaklee pulak tu. Maghah maghah!

Udah le air tumpah lagi. Fresh milk pun penah tumpah dek terlungkup sebab dok main buka tutup pintu fridge tu. Bergegor gamaknya, tertonggeng botol susu haa. Buah sayur jangan cakap la. Memang champion la diorang buat main.

Hari tu seikat serai diorang main pedang-pedang. Tomato, oren dibuat bola. Aduhaiiiiii anak omak!

Sampai satu tahap kosong peti ais tu apa pun tak simpan.

Malam ni yang paling menggugurkan jantung sekali, siap panjat kerusi, dok pegang-pegang telur!

Sakit jantung tahuuuuuuuuu

Rasa nak lilit je peti ais ni dengan tali sauh kapal biar takleh buka. Takpon guna rantai besi siap mangga solex kot ye. Tapi dah akak pulak yang susah nak buka.

Maka, ada tak fridge lock yang heavy duty dan gagah perkasa yang mampu menahan asakan daripada atromen-atromen kat rumah ni? Atau apa solusi yang boleh dipraktikkan untuk elak anak dok main peti ais macam ni?

Kalau ada cadangan bernas, sila ajukan. Tak berapa bernas pun takpe. Kot kot menjadi juga ke. Mata akak kecik besor kecik besor jeeeee nengokkan diorang main pintu peti ais tu tau!

Grabcar Pertama Kali

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google Play Store

Hari tanpa kereta. Huhu ada masalah sikit, makanya husband akak pi kerja hari ni dengan servis Grabcar.

Ni pengalaman first time la ni. Orang lain dan berpuluh kali naik, we ols baru nak cuba. Maka semalam akak pun saja lah install app Grabcar. Padahal cemana function, cemana nak guna pun tak reti. Kahkah

Pagi ni husband search driver untuk pi kerja. Around 6.30 am tu takde driver. Uhuk. Tapi after 10 minutes gitu, cuba lagi baru ada sorang. Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan urusan cik abang akak di hari Jumaat yang mulia dan barokah ini dan diberikan driver yang baik-baik aja masa pegi dan balik nanti. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...