Nota Syukur 6: Hujan

Teks: Zaila Hafni
Imej: Global Liputan6.com

Tersedar pukul 5 pagi tadi, dengar bunyi hujan kat luar. Alhamdulillah.



Dah banyak hari jugak tak hujan ni. Boleh kata panas la jugak. Sebelum ni dok mendung je tapi tak hujan-hujan.

Syok hujan pagi ni.

---

Dulu masa kerja, hujan pagi ni mula la risau. Nak angkut anak masuk keta, nak hantar pi taska, dengan jalan yang harus jem dah ni. Mau sampai opis tu dah peluh jeruk dah.

Dulu la. Dulu. Kenangan.

Hujan ni jugak selalu bagi banyak ilham. Bunyi hujan, bau hujan, angin sebab hujan, air hujan yang turun tu buatkan otak akak banyak fikir. Haha jangan tanya apa yang dipikirin ler!

Apapun, walau dalam hujan, semoga menginspirasikan. Selamat bekerja!



Comments

Popular Posts