Bahaya Pin Tudung

Teks: Zaila Hafni
Imej: Malay Mail Online

Berderau juga tengok gambo xray sorang budak yang tertelan brooch mak dia semalam. Aduhhhh bahaya betui. Serius tak sangka risiko pakai brooch kat tudung especially kat bahu boleh sampai ke tahap tu.



Akak punya concern pasal brooch ni sebab takut mencederakan anak. Tercalar muka ke, kena mata ke pipi ke. Takde terpikir sampai boleh tertelan. Pehhh takut membayangkan. Alhamdulillah budak tu takde apa-apa.

Kadang kita mak-mak ni memang la nak jugak melaram melawa dengan tudung-tudung lawo. Shawl baru di pasaran. Tapi tu lah... nak kena hati-hati gaklah.

Sama ada pakai tudung yang tak perlu pin/brooch atau kena ubah tempat letak brooch atau cara dukung anak tu.

Tapi kalau akak, senang pakai tudung yang tak perlu pin di bahu lah. Macam bawal ke, tudung sarung ke syria ke. Memang takde nak melawo sangat la kan. Tapi dek keselamatan huhu #redho

Apapun yang kita pakai, semoga tak menjadi asbab bahaya pada anak. Atau kena ubah dan lebih hati-hati cara kita pakai atau kenakan brooch supaya lebih selamat.

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...