Nota Syukur 22: Sibuk

Teks & Foto: Zaila Hafni

Lama tak share gambo makanan kan. Sebelum ni tak menyempat ambik gambo. Hari ni ada sikit rajin, nah akak share menu lunch akak sekeluarga hari ni.

Anak sulung request nak sup. Jadi akak buatkan sup pucuk atau tauhu kering tu dengan dihumban sekali cebisan ayam, ubi kentang, suun, lobak merah, kucai. Lepas tu buat ayam tumis black pepper kicap.




Asalnya nak buat ayam black pepper tapi sosnya tak ada. Sos tiram pun tak ada. Humbanlah kicap manis. Tabur black pepper blend kasar sikit. Boleh la.

Kat dapur ni ada pisang berangan yang agak masak dah maka sedap pulak kalau dibuat cekodok ni. Kentang pun banyak, hari tu gigih beli seguni kecik. Kahkah. Ada potensi nak buat bergedil. Mudah-mudahan.

Dalam kepala asyik makanan je pikir. Keroje banyok menunggu ni camnooooooo wehhhh?

Tulis artikel. Editing. Tulis buku kerja sains.

Akan datang proofreading term paper student Master. Nangisss tapi syukur alhamdulillah rezeki.

Semoga Allah bagi kesihatan yang baik dan kesempatan siapkan semuanyaaaaa. Amin amin.

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...