Nota Syukur 24: Ikan Gelama Masin

Teks: Zaila Hafni
Foto: Pirate & Fish

Tengah hari tadi, lapaq dah mengkala kata hadam habih dah kot kuetiau goreng sarapan tadi.

Nasi, hasben dah siap masak pagi tadi. Yaaa hasben akak yang masak, mithali kan beliau. Eh. Biasalah sesekali dia take over dapur. Pandai je dia buat apa yang patut.

Nasi memang dah siap masak, lauknya belum ada. Akak pulak dah lapaq dit dit, kena buat lauk yang ekspres ja nih.

Maka, teringatlah akak akan ikan gelama masin yang beli kat pasar hari tu. Ya Alloh ngencesnyaaaaa kalau goreng dengan bawang besar hiris beserta cili padi ketuk.

Serta merta lah akak merealisasikan menu tersebut lalu semerbaklah bau ikan masin harum mewangi seluruh rumah.

Hasben dan anak-anak yang baru sudah makan kuetiau lebihan sarapan pun pakat mai menumpang jugak gara-gara bau sedap tu.

Siap goreng telur lagi sebijik, boh kicap manis kot ataih. Tu dia merecikkk baq hang.

Pakat laju makan. Siap bertambah. Sedap oi!

Begitulah. Syukur ada makanan untuk isi perut tengah hari Sabtu nan sendu ini biarpun sekadar ikan masin dan telur.

Alhamdulillah.

Yang akak upload ni gambaq bukan sebenar. Takdan nak snap. Dan kalau akak upload satgi, hangpa pulak yang ngences. Kehkehkeh. Akak kesian kat hangpa. Ngeee.

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...