Showing posts with label Kesihatan Anak. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Anak. Show all posts

Bila Anak Ekzema

Teks: Zaila Hafni

Pagi tadi, akhirnya ke klinik jua bawak anak bujang nombor 2 tu yang sebelum ni dok gatal, naik ruam, merah-merah kulitnya. Sebenarnya dah ok sikit tapi tetap nak bawa jumpa dokter untuk sahkan dan nak ambik ubat.

Skarang ni we ols selalu pi KK je, since dekat bangat dengan rumah. Dan most of the time ubat KK serasi dengan anak-anak. Dapat consultation dokter yang ok, memang rezeki la. Tapi actually jarang sangat pun dapat dokter yang kerek. Biasa dapat dokter yang friendly, kita tanya apa pun dia jawab dengan tenang dan gembira. Haha

Dan tadi bila jumpa dokter, memang pun dokter kata kulit anak dah nampak kering dan tak teruk sangat. But still it is considered as eczema. Kan ekzema ada banyak jenis. And as usual memang tak dapat dipastikan tiap-tiap ekzema tu puncanya apa. Tapi hati-hati if ada keturunan asma atau ekzema ni, memang boleh menurun ke generasi.

Punca lain boleh jadi habuk dari karpet, tilam, sarung bantal, cadar segala. Boleh jadi alahan makanan macam seafood dan jajan (msg). Boleh jadi apa-apa saja. Maka mak bapak la nak kena monitor dan agak apa yang sebabkan naik merah dan gatal kat anak tu.

Maka tadi sembang dengan dokter, last dokter kata dia hanya boleh bekalkan some aquous cream and calamine cream. Sebab itu saja yang KK ada. Another choice boleh cari Cetaphil lotion and cleanser. Well memang itu yang thorbaek pun untuk budak ekzema. Cuma rega dia pun thorbaek gak la. Sebotol losyen/cleanser boleh sampai RM60+. Tapi seriously memang bagus, dan baby sangat bau dia. Eh.

Tapi dokter ada bagi alternatif juga. Katanya sapu vco pun boleh. Virgin coconut oil aka minyak kelapa dara. Katanya sapu saja hari-hari, elok juga untuk lembapkan kulit anak. Bila kering, kasar kulit dia, dah tak cantik. Kesian pun ada anak dok garu-garu. Huhu.

Jadinya lepas ni mungkin nak kena standby vco gaklah selain ada back up aquous and calamine cream tu. Back to nature kata kau.

Satu lagi kena jaga makan dan kebersihan jugak ya.

Terrible Two is Coming

Teks: Zaila Hafni

Bujang nombor dua ni, sungguh-sungguh menguji dan mencabar kesabaran dan keimanan akak sebagai seorang mak yang cool dan tenang selama ni. Hari-hari ada saja benda yang dia explore yang membuatkan jantung akak nak gugur terhempas ke lantai dan mengundang suara halilintar dari mulut.

Sumber: Kidspot


Huhu kesian beliau. Sejak akhir-akhir ni, emosi akak sukar dikawal sikit.

Dia dalam fasa Terrible Two gitu kaedahnya. Perangai budak yang umur 2 tahun ke atas, memang normalnya begitu. Dia punya exploration, tantrum -- hang memang kena sabaq banyakkkkkk sangat.

Sumber: Google


Bila dia mood ok, memang comel sangatlah. Mai mood nak tido, nak nenen, mengamok dengan abang dia - Allahurobbi. Jerit sampai terasa gegendang telinga bergetar tertampar berpuluh kali ganda.

Dia punya clingy, hang nak berjalan pun payah dek dipeluk kaki kuat-kuat. Marah sangat, dia pi switch off standing fan (dia tau orang sangat annoyed sebab panas), dia cucuk-cucuk adik (hat ni memang mengundang suara petir akak) dan baling barang-barang.

Tapi dari sisi lain, he's actually very adorable, boleh dengar cakap, and quite independent.

Maybe because he caught up between the other two siblings, he feels that he's not getting enough attention and care from me.

I do care, of course. But to make him understand that his baby sister needs a bit more attention than him is not easy.

Takpelah. Walaupun dia punya keaktifan dan tenaga tu macam tak ter'handle' kadang-kadang, but I am glad knowing that all these things are normal.

Baca artikel ni kalau u ols ada anak umur 2 tahun. Ngeeee. Bertabahlah weh!

Penawar Ekzema Baby

Teks: Zaila Hafni

Minggu lepas, habis badan baby keluar biji-biji kasar. Tapi tak merah. Jadi tak tahulah dia gatal atau tak. So far tak nampak dia tergaru-garu. Ke saya yang tak perasan. Huhu

Naik biji-biji kasar tu kat lengan, lutut, peha, perut, dagu ngan sebahagian pipi. Aduhai kesian kulit dia jadi macam tu. Sementara nak ke klinik, memang appointment KK nak cucuk 3 bulan, jadi 2 hari sebelum tu ikhtiar sapu krim Herbal Blend. Sapu nipis ajelah. Kulit kurang kasar tapi biji-biji tu tak hilang.

Maka, masa pi KK tu jumpa dokter dan katanya ni macam ekzema. Errkkkk. Sudah. Sebab check up kat KK tapi macam KD,  diorang takde farmasi kat situ so kena pi KK lain untuk ambik ubat. Dokter ada bagi prescription untuk ambik ubat kat sana. Tapinya nak pegi bila... husband keja. So terperap la prescription tu.

Kitorang consult kat gp untuk masalah tu for second opinion. Pegi Klinik Sofia. Klinik yang selalu pegi untuk scan baby dulu. Dr yang incharge masa tu Dr Faizal.

Dia check kulit baby, memang ekzema lah katanya. Dia kata kemungkinan sebab habuk ke sabun ke. Atau pemakanan ibu.

Bamm! Sudah ummi makan apa sampai anak ekzema huhu.

Dokter kata cuba pantang telur, seafood (oh ni memang pantang, rasa-rasa je ada sikit), kekacang.

Sebab kita tak tahu puncanya jadi kita pantang semua dulu lepas tu cuba satu-satu tengok yang mana satu penyebabnya.

Then dokter recommend beli lotion baby brand Cetaphil atau Physiogel (brand yang selalu direkomen) dan untuk masalah nappy rash, boleh cuba Bepanthen.

Yang ni semua kena beli sendiri, cari kat farmasi. Dokter cuma bekalkan Hydrocortisone. Sapu ubat ni kat affected areas, then double layer dengan lotion tadi.

Hydrocortisone, memang biasa dapat dulu masa anak first, masalah kulit gini gaklah lebih kurang.

Lepas balik klinik, kitorang terus ke farmasi. Ke farmasi Red Cap di Seksyen 19 Shah Alam. Suka beli kat sini sebab ada diskaun, saya ada membership. Husband tolong belikan.

Beli daily lotion Cetaphil, botol besar juga dalam 600gm gitu. Dapat free gift sudu garfu baby and food crusher. Then beli Bepanthen, dalam tiub. Total 2 barang tu dalam RM80 plus. Kalau takde discount tu, mau RM100 gak tu. Aduh, anak punya pasal kan. Janji baik, kita usahakanlah.

Kebetulan di rumah, memang ada baby bath Cetaphil. Beli dulu sebab anak naik merah-merah kat kepala dan seluruh badan. Jadi, mandikan baby dengan itu. Stop kejap guna sabun baby. Sebelum ni guna baby bath brand Drypers.

So lepas mandi, lap kering-kering, start sapu Bepanthen dulu kat punggung. Dokter kata kalau tak berapa nak rash pun, sapu je pun takpe. Saya sapu je nipis-nipis. Then sapu Hydrocortisone kat bahagian badan yang ada biji-biji kasar tu, pun sapu nipis juga. Lepas tu sapu Cetaphil lotion. Pehhhh wangi! Sedap bau dia. Bau baby sangat. Hihi

Cara nak sapu lotion Cetaphil tu, picit sikit kat tapak tangan, gosok guna dua-dua tapak tangan, baru disapu ke seluruh badan baby. Sapu di muka pun boleh. Sapu sampai habis lotion diserap. Lotion ni tak greasy. Senang absorb. Agaknya tulah tujuan gosok dengan tapak tangan dulu bagi panas panas sikit baru disapu.

Saya dah guna dalam 3 ke 4 hari, alhamdulillah berkesan. Licin dah kulit baby. Hilang biji kasar tu. Plus pantang makan jugalah. Lega tengok. Cantik dah kulit anak dara saya. Hehe

So kalau ada anak yang bermasalah kulit atau kulit sensitif, boleh la cuba produk brand Cetaphil. Ada juga yang rekomen produk organik atau free steroid, terpulang lah ye. Yang penting anak sihat dan selesa.

Sunat Baby Girl di Klinik Ajwa Shah Alam

Teks: Zaila Hafni

Masa baby umur 2 bulan hari tu, baru sempat sunatkan dia. Alhamdulillah, kat Shah Alam ni ada satu klinik yang taklah jauh dari rumah yang ada perkhidmatan sunat baby girl.

Kami pilih untuk ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ni pernah pergi Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam je, untuk scan 2D baby.

Nak sunatkan baby, firstly call klinik dulu. Ni untuk pastikan doktor yang incharge sunat baby girl tu ada.

Macam kami hari tu, doktor yang incharge hanya available hari Rabu dan Sabtu, jam 8 pagi hingga 2 petang. Jadi boleh lah walk in ke klinik pada hari dan waktu tu. Tak payah appointment.

Kami pergi hari Sabtu, sampai di klinik dah hampir pukul 1 petang. Ramainya orang, subhanallah. Dalam hati dok kata pukul berapa la sampai giliran ni. Dahlah terkial-kial berdua je ngan baby. Husband tunggu dalam kereta dengan anak-anak bujang.

Kat klinik ni, masuk je akan terus ke triage untuk saringan. Kalau baby, check temperature, demam ke tak. Timbang berat juga. Kalau dewasa check BP juga kot.

Bila dah lepas saringan, register kat kaunter. Saya boleh pulak lupa bawa surat beranak anak. No mykid pun tak ingat. Huhu. Mujur receptionist dia ok. Then dah register, tunggu turn lah.

Dalam 15 ke 20 minit gitu, nama baby dipanggil. Wah. Cepat gile ni. Rupanya tak ikut nombor yang reramai tu pun. Dokter sendiri pulak tu yang panggil nama.

Lalu masuklah ke bilik rawatan. Dokter yang sunatkan tu nama Dr Fatin Ilyana. Aduhai mesra, lemah lembut sungguh dokternya. Kita pun hilang nervous. Hehe.

Dalam bilik rawatan, baringkan anak atas katil. Ada sorang nurse akan bantu pegang kaki anak supaya tak gerak-gerak dan saya pula pegang tangan. Dokter pasang satu spot light, lepas tu alas bawah punggung dengan kertas lapik.

Dokter sapukan ubat kebas kemudian sunat dengan gunting. Baby girl, bahagian yang nak dibuang sedikit saja. Dokter pun ada pesan, jangan risau. Sunat baby girl ni beza dengan baby boy.

Insha Allah takde apa-apa. Kalau ada keluar darah sikit, tak apa jangan risau. Cuci semua macam biasa.

Lega dengar. Husband dok fikir macam-macam dah. Macam budak lelaki sunat. Haha. Ni baby girl sunat, dahlah sekejap je, lepas tu tak perlu buat apa dah.

Then dah selesai semua, bayar di kaunter farmasi. RM36. Lepas tu dah boleh balik.

Alhamdulillah everything went well. Lega satu hal sunat baby. Banyak nak kena belajar dapat anak pompuan ni ye. Hehe. Almaklum sebelum ni dua boy, kekok lah sikit.

Oklah. Kalau sesiapa berhajat nak sunat baby girl kat Klinik Ajwa (Sek 7) ni, boleh cuba call di number ni: 03-55106258 .

Boleh juga jenguk Facebook page diorang, search Klinik Ajwa.

Apa Nak Buat Bila Anak Batuk & Selsema?

Teks: Zaila Hafni

Anak-anak batuk dengan selsema sehari dua ni. Berjangkit ummi la ni. Maka dengan itu, kelam kabut la jadinya jadual ummi, bertongkang pecahlah rumah.

Mana taknya, si kecik tu sebolehnya nak menggantung saje. Orang tak sihat, macam gitulah. Serba tak kena.

Biasanya kalau anak-anak selsema batuk ni, kitorang takde la terus pi klinik dulu selagi kahak jernih, badan tak panas dan bernafas macam biasa.

Melainkan kahak dah bertukar kuning-hijau, on off panas badan nak demam, nafas laju, maka terpaksa bawak gi klinik lah bagi doktor check. Hari tu, si kecik ni nafas agak laju, risau pulak dibuatnya. Jadi bila pi klinik, doktor bagi neb seround. Lepas tu baru ok.

Kalau nafas laju tu maksudnya ada kahak dalam saluran pernafasan, ganggu dia bernafas. Nak bernafas tak selesa. Yang risau takut kahak berkumpul lama-lama boleh jadi jangkitan. Bila neb tu, maksudnya wapkan hidung dan mulut anak dengan saline water (air garam), supaya kahak longgar dan legakan saluran pernafasan. Proses neb sekejap aje, tapi kena tahan sikit lah anak meronta-ronta rimas dipakaikan mask tu. Kena bertabah sikit lah. Janji anak sihat.

Si kecik ni, lepas neb hari tu, alhamdulillah ok. Dah boleh nafas macam biasa. Tapi on ubat lah lepas tu sebab batuk selsema dia agak teruk juga.

Sebelum tu ada juga percubaan nak stim hidung dia dengan air panas bawang putih tapi tak pandai. Lepas tu ada baca kat facebook Masyarakat Kena Tahu (Ori), katanya kaedah stim tu tak digalakkan sangat pun. Percussion tu yalah. Tepuk-tepuk belakang dada anak (cupping) untuk longgarkan kahak. Tapi macam kahak tak keluar habis.

Lepas pi klinik tu, doktor bagi ubat cairkan kahak, ubat selsema, ubat wheezing. Ubat batuk memang dah ada kat rumah. Bawak ubat batuk tu tunjuk kat doktor, dia kata boleh continue. Jadinya on ubat dalam 3-4 hari, alhamdulillah ok. Antibiotik takde sebab doktor kata bukan sebab bakteria. Cuma kalau 3 hari tak baik-baik datang klinik semula.

Tapi, home remedies pun diteruskan juga. Kalau saya, ini yang saya buat kalau anak selsema batuk:

1. Beri madu. Sama ada bagi direct guna sudu atau bancuh dengan air masak. Untuk anak yang setahun ke atas saja ye. Madu boleh bantu keringkan kahak. Tapi jangan bagi banyak sebab madu ni panas. Takut badan budak tak tahan pulak nanti dah panas dalam pulak. Pernah jadi kat anak sulung saya dulu. Dok bagi hari-hari sepanjang hari pulak tu (minum air masak + madu), lepas tu nak sakit tekak pulak sebab panas dalam. Sehari sekali je pun boleh. 1 sudu teh je. Ambik masa juga lah dalam 4-5 hari untuk kahak kering.

2. Sapu minyak bawang putih. Kalau rajin, saya buatlah. Bakar bawang putih, lenyekkan. Lepas tu campur dengan minyak kelapa dara (vco). Tapi nak guna minyak zaitun atau minyak masak pun boleh. Sapu kat dada, belakang dada dengan tapak kaki anak lepas mandi.

3. Buat sup ayam. Letak bawang putih lebih sikit. Kalau ada tulang dan kaki ayam tu, boleh masukkan. Reneh dengan api slow je.

Cara nak buat, masukkan air dan ayam dalam periuk. Masukkan bawang putih dan halia yang diketuk.  Masak dengan api kecik. Nak tutup periuk pun boleh. Sayur kalau nak masukkan, carrot, kobis bunga, seleri, kentang. Biar je sup mereneh.

Kalau nak letak bunjut sup, boleh masukkan. Kalau takde, boleh letak rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang). Kalau saya, tabur serbuk Chinese 5 Spice. Serbuk ni gabungan rempah 4 sekawan jugak lebih kurang tapi ada 1 lagi lupa pulak.

Dah mendidih, masuk garam sikit. Kalau ada daun sup, boleh cincang kasar dan masukkan. Tutup api.

4. Sapu minyak panas (minyak mestika baby) atau krim herba bayi Tropika. Sama jugak sapu kat dada, belakang dada, tapak kaki sebelum tidur. Lepas tu pakaikan stokin. Setakat ni, anak serasi juga dengan krim herba tu. Tak panas sangat. Cepat jugak kering kahak dia.

5. Bagi anak minum banyak air. Kena paksa anak minum. Kalau taknak minum nanti lagi pekat kahak, lagi susah nak keluar. Kalau anak taknak, boleh bancuh ribena atau sunquick sikit. Kot air masak dia rasa payau. Kalau kurang air nanti sakit tekak, tonsil bengkak pulak. Kadang-kadang paksa je anak minum guna picagari (syringe).

6. Boleh standby nasal spray atau ubat titik hidung. Spray tu in case hidung anak tersumbat, susah bernafas. Spray bagi hingus loose, nanti keluar meleleh-leleh kot hidung. Baru dia lega. Ubat titik hidung pulak akan tolak hingus ke dalam, nanti keluar sekali dengan najis. Nasal spray (brand Sterimar) dan ubat titik hidung, dua-dua beli kat farmasi.

Setakat ni, inilah yang saya pernah cuba. Ada ibu yang pandai sedut kahak anak, boleh juga. Saya pernah cuba tapi tak berjaya. Tak cukup kuat nak sedut keluar! Haha. Cara ni pun efektif juga.

Apapun kalau nampak anak makin teruk, bawaklah ke klinik. Tambah lagi kalau anak tak mahu makan minum dan tak aktif. Sekarang ni macam-macam penyakit ada.

Wallahua'lam.

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup.

Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan.

Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh menyerang dalam diam tanpa kita sedar. Makan tu boleh, tapi tak boleh berlebihan. Kalau dah terlebih tu, kenalah kurangkan atau nyahkan. Tak elok simpan dalam badan lama-lama. Toksik.

Sama juga bagi ibu menyusu. Sebenarnya tak ada pun makanan spesifik yang mampu menghasilkan banyak susu. Bergantung kepada tubuh ibu itu sendiri sama ada serasi atau tidak. Dan yang paling penting dalam menghasilkan susu badan yang banyak adalah kena stress free atau kena HAPPY. Bila happy, susu akan terhasil lebih banyak, insya Allah. Saya pernah melalui keadaan begini dan saya pun terkejut juga. Tapi memberi pengajaran pada saya bahawa emosi dan nutrisi ibu paling penting dalam memastikan susu badan terhasil dengan jayanya, di samping konsep suppy and demand. Kalau tidak, tak berhasil juga.



Syukur. Syukur banyak-banyak ye ibu yang susu badan banyak tanpa perlu bantuan apa-apa makanan. Alhamdulillah. Itu yang terbaik. Maksudnya ibu happy, makan cukup dan seimbang, cukup rehat, tiada penyakit yang boleh mengganggu proses penyusuan.

Tapi... ada ibu yang tidak dikurniakan nikmat begitu oleh Allah. Rezeki masing-masing, kan. Fitrah kerja yang menuntut komitmen tinggi, emosi terganggu, makan tak menentu atau masalah-masalah penyusuan yang lain (tapi bukan sengaja tak mahu menyusu ya). Bayangkan betapa ibu begini terpaksa pastikan anak cukup susu walau apa sekalipun. Dan jalannya dengan berikhtiar menambahkan zat dalam badan dan mengawal emosi supaya tenang dan happy - untuk teruskan penyusuan. Di sinilah bermulanya pencarian alternatif untuk tingkatkan susu.

Sebelum mencuba apa-apa, fikirkan ini - produk tersebut bukan untuk tambahkan susu, tetapi bantu ibu lebih sihat maka susu akan lebih banyak terhasil. Badan yang sihat dan cukup zat yang mampu tingkatkan susu badan. Bukan sebab produk tersebut. Ia hanya membantu ibu mendapat zat yang cukup dan lengkap supaya susu badan mampu dihasilkan mengikut keperluan anak.

2 tahun. Ada yang rasa sekejap, ada yang rasa lama. Dan sepanjang tempoh itu, ibu perlu sangat tabah dan kuat. Tuntutan ibu menyusu yang bekerjaya juga amat besar. Tapi, ramai yang mampu melaluinya dan berjaya. Mohon Allah mudahkan proses ini - untuk kelangsungan anak sepanjang hidupnya. Banyak pahala ibu. Banyak juga pahala ayah yang bantu dan sokong ibu tadi. Semoga anak tu nanti dah besar, tak lupa mendoakan ibu ayahnya.

Memang tak dapat tidak, mesti nak bandingkan diri dengan orang lain bukan. Susu dia banyak tanpa makan apa-apa makanan tambahan pun. Si dia ni, makan macam-macam tapi susu tak cukup juga. Di situ pun boleh stres. Bila stres, lagi lah susu kurang :(

Kurangkan membanding. Keadaan kesihatan atau tubuh setiap orang tidak sama. Keperluan anak masing-masing juga tak sama. Susu dia banyak, rezeki Allah pada dia. Alhamdulillah. Rezeki kita mungkin berbeza. Tapi jangan sampai kita putus asa. Allah Maha Kuasa.

Saya pernah rasa keadaan yang mana tanpa dan dengan makanan tambahan, susu badan bertambah; juga keadaan yang mana ambil makanan tambahan tetapi tetap merudum. Bukan salah makanan tambahan, salah sendiri. Emosi tak terkawal, makan tak jaga, makan makanan tambahan tak konsisten. Jadi, bukan salah apa atau siapa - diri sendiri. Itu hanya MEMBANTU melancarkan proses sahaja.

Jika anda mampu ada susu badan yang banyak tanpa ambil makanan tambahan, alhamdulillah. Jangan pandang serong ibu yang ambil makanan tambahan untuk tujuan itu. Kita tak tahu keadaan kesihatan dia atau kita di masa akan datang (bukan minta jadi masalah). Cuma masing-masing tetap kena bersyukur masih ada niat nak teruskan penyusuan.

Walau apapun kaedah yang anda pilih, semuanya untuk kebaikan anak, kan. Tahniah untuk semua ibu yang menyusu!

Saya suka berkongsi pengalaman penyusuan. Sebab saya akan dapat pelbagai pengalaman yang berbeza.

Kalau anda nak kongsi dengan saya, boleh PM/ Whatsapp di 019-4603094 atau drop email di hifzaila.hafni@gmail.com.


10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

Teks & Foto: Zaila Hafni

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri.
♧ Mengurangkan paras kolesterol.
♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis.
♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'.
♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD.
♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis.
♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus.
♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma.
♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid.
♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3.

Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sumber makanan yang kaya omega 3 dalam menu harian kita.

Contoh makanan yang mengandungi omega 3 : ikan salmon, sardin, makerel. Sumber daripada tumbuhan antaranya minyak kacang soya, biji labu dan walnut.

Atau boleh mengambil suplemen minyak ikan yang telah disahkan bebas logam berat tercemar seperti merkuri.

Omega Guard Shaklee adalah contoh terbaik suplemen minyak ikan. Minyak ikan yang dihasilkan telah menjalani proses penyulingan triple molecular untuk bantu singkirkan merkuri dan logam berat lain (arsenik dan plumbum).

Dengan 90 kapsul dalam setiap botol, anda tidak akan lagi kekurangan sumber omega 3 dalam diet anda selama 30 hari.

Tingkatkan kesihatan jantung dan perkembangan otak anak-anak dengan Omega Guard.

Untuk dapatkan stok Omega Guard anda atau ingin berbincang lanjut tentang peluang bisnes dengan Shaklee, hubungi:

Zaila Hafni | ID 1105265 | 019 460 3094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...