Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Inspirasi Pandelela Rinong di Olimpik Rio 2016

Teks: Zaila Hafni

Sebelum ni akak baca berita Pandelela Rinong menang pingat kat Olimpik Rio 2016, akak kagum jugak tapi tak hairan sebab dia memang haibat pun.

Gambar: Yahoo Sports UK

Tapi pagi ni, melintas artikel The Star pasal mak ayah Pandelela on the way nak ke Rio.

Link artikel kat SINI.

Wah, dalam pikiran akak, jenuh jugak mak ayah dia pi ke sana tu nak tengok dia perform. Yalah kan, Rio tu bukannya dekat macam kampung akak. Eh kampung hasben akak yang sejam dah sampai tu.

Dan duit flight pun bukan sikit-sikit tau. Akak dok pikir berapa lama mak ayah dia kena simpan duit belanja dan duit tiket nak pegi Brazil nun.

Punya hebat tak hebat mak ayah punya nak support anak.

Tapi, bila kali sampaikat  satu paragraph dalam artikel tu, ada mention rupanya Pandelela dah memang plan nak bawak the whole family dia ke Rio. Siap rancang dari bulan Mac hari tu. Dia jugak yang belanja tiket flight ahli keluarga dia yang harga dalam RM9k seorang.

Haa kau. Dia yang sponsor tiket ok.

Patutlah semangat pun jadi lain macam. Dia tau family dia akan datang. Of course dia nak family dia datang dan balik dengan bangga. Belum sampai sana lagi dia dah dapat pingat. Ni kalau family ada depan mata, agak-agak kau?

Lantas akak rasa patut lah budak Pandelela ni champion. Dia jaga mak ayah, family dia. Ayah dia kerja buruh, mak suri rumah. Memang background bukan orang senang. Ayah dia sendiri pun kata dia usaha sendiri sampai ke tahap ni. Tapi mungkin dari satu segi, sebab berkat doa mak ayah dia jugak (tak kira lah kau agama apa sekalipun).

Semoga dapat bawak balik pingat lagi lah ye, Pandelela.

* * *

Baca 1 lagi kisah inspirasi di Sukan Olimpik Rio 2016, pasal perenang Singapura, Joseph Schooling, yang tewaskan Michael Phelps serta menjadi penyumbang pingat emas untuk Singapura, DI SINI.




Peluang Bisnes di Rumah untuk Ibu




Teks: Zaila Hafni

Saya rasa kebelakangan ni, ramai ibu pilih untuk jadi wahm (work-at-home mother).

Kenapa?

Lebih mudah urus hal anak-anak sendiri.
Tak terbeban dengan urusan pejabat.
Tak perlu kalut susun cuti (kes yang susah cuti).
Kerja dan pangkat bukan lagi prioriti (bagi sesetengah orang).

Saya pulak, sebab rasa tak mampu nak handle kerja dan urusan pergi balik kerja dan dalam masa yang sama kena urus keluarga, walaupun baru anak 2. Memang respect ibu bekerja yang ada anak ramai...

Tapi, berada di rumah bukan bermaksud saya duduk saja. Saya KERJA DARI RUMAH. Saya juga ada SOHO (small office home office) saya sendiri (walaupun belum betul-betul sempurna). Dan saya dah mulakan bisnes secara part time sejak bekerja lagi.

Bisnes yang saya buat ni, tak mesti berhenti kerja baru boleh buat, tapi boleh jadi pilihan setelah berhenti. Atau boleh je buat part time bagi yang masih bekerja. Dapat ekstra income.

Saya buat bisnes Shaklee. Dulu part time, sekarang dah jadi full time. Mula-mula tak minat pun. MLM katanya. Tapi entahla. Allah lorongkan ke group yang aktif sangat dan last-last saya teruja pulak nak buat bisnes secara serius. Hati manusia kan boleh berubah-ubah. Tapi satu yang saya suka sebab saya berada dalam circle ibu-ibu juga. Yang ada anak kecil juga. Masalah semua sama. Nak jaga anak sendiri tapi masa yang sama nak juga cari duit sendiri.

Saya percaya, ramai lagi ibu kat luar sana juga sedikit sebanyak ada perasaan macam ni. Tapi bukanlah semua ibu tak perlu kerja pejabat...tengok situasi masing-masing. Yang kerja pejabat, boleh jugak buat bisnes di rumah. Part time.




Yang bestnya, peluang bisnes Shaklee tawarkan baru-baru ni memang lagi best dan LUMAYAN berbanding sebelum ni, melalui program YES (Young Entreprenuer System).



Ok, saya senaraikan kenapa bisnes Shaklee sesuai bagi ibu yang baru nak mula bisnes.

1. MODAL RENDAH
Modal yang diperlukan rendah, sekitar RM600-RM800 sahaja. Ini termasuk mendaftar ahli dan pembelian produk. Tak perlu nak buat loan ribu-ribu untuk start bisnes Shaklee.

2. TAK PERLU KEDAI / PREMIS
Tak perlu ada. Boleh kerja dari rumah. Sangat ideal bagi usahawan baru dan ibu yang bekerja di rumah. Bisnes boleh buat secara online.

3. HANYA 2-3 JAM SEHARI
Yang bekerja, tak perlu berhenti pun kalau takde keperluan. Boleh dapat income ekstra. Peruntukan 2-3 jam je sehari untuk bisnes ni dah cukup. Yang dah berhenti, pandai-pandai la ejas masa. You are your own boss!

4. BONUS
Akan dibayar setiap tengah bulan. Masuk akaun bank terus. Sama je macam kerja pejabat. Ada penyata gaji juga. Jadi ibu yang kerja dari rumah pun boleh dapat gaji ye.

5. VITAMIN PERCUMA
Kalau mendaftar ahli bulan ini hingga Oktober 2015, boleh dapat 1 botol vitamin Vitalea free. Sebotol ni harga nak dekat RM90 tau. Tapi sempena meraikan Shaklee 100 tahun, dengan murah hatinya, setiap ahli baru akan dapat ni pree pree ajer.

6. WANG TUNAI RM10K DAN TROFI
Haa ni memang wang besar dan peluang besar. Juga khusus untuk yang mendaftar bulan ni hingga Oktober. 13 bulan daripada bulan pertama mendaftar, dengan komitmen dan belajar dengan mentor insya Allah boleh jana income hingga 5 angka!

7. BONUS TAMBAHAN
Selalu usahawan Shaklee ni ada 6 sumber pendapatan (bonus) je, tapi ni ada tambahan lagi 3 bonus! Matching bonus...bonus naik rank..memang pemurah ;)

Dan untuk bermula, ada 4 jenis YES PACK yang boleh dipilih.

Set Prenatal. 
Suplemen ibu hamil.

Set Postnatal.
Suplemen semasa berpantang dan menyusukan anak.

Set Heathy Fitness.
Suplemen untuk kurus, berat badan ideal.

Set Young Living.
Suplemen awet muda dan anti-penuaan.

Selepas mendaftar, setiap ahli akan dibimbing dan diberi latihan melalui company dan juga sokongan daripada group masing-masing. Jangan risau, anda tak keseorangan. Training dan motivasi akan diberikan. Nak tanya apa kat mentor pun boleh. Nak kacau dia hari-hari pun boleh. Hehe. Janji SUKSES!

Jom sertai saya di RwS dan LiSA.

Daftar sebagai ahli Shaklee SEKARANG dan kami bantu anda jadi USAHAWAN MUDA KAYA DAN BERGAYA :D

Hubungi Zaila Hafni 019.460.3094
SID Kota Kemuning, Shah Alam, Sepang, Nilai



Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Teks: Zaila Hafni

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat.

Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini.

Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin.

Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3.

Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni).

Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe.

Saya kan jual vitamin, takkan letih jugak kot?

Ye, saya memang jual vitamin untuk ibu mengandung, bagi cergas, tak mengantuk ni...dan saya rasa saya masih bertahan ni pun sebab saya makan vitamin nih laaa (sedikit sebanyak membantu). Kalau tak, saya rasa saya lagi lemau daripada ni. Silap-silap dah collapse awal lagi dah.

Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kadang tu rasa nak meletup juga. Tapi bila ada kekurangan dalam pemakanan kita, yang kita tampung dengan vitamin, insha Allah tekanan tu berkurang. Atau, kita dapat hadapi semua tu dengan baik dan tenang.

Konsisten je ambik multivitamin, pil kalsium, B Complex - insha Allah.

Selain berdoa pada Allah - amalan rohaniah tak boleh tinggal. Untung ada mentor dan kawan-kawan yang selalu ingatkan. Manusia lupa.

Semoga saya akan terus tenang untuk selesaikan apa yang tertunggak ini, dan mampu berehat lebih sikit sebelum bersalin. Doakan la ye.

Jangan nanti suami saya pelik pulak awat bini dok cium tangan berkali-kali. Nak rasa ketenangan, bang. Haha.



Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Teks & Imej: Zaila Hafni

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah.

Apa dia Hb rendah tu?

Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah.

Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu?

Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita.

Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa berdebar tu antara tanda Hb rendah.

Masa check up pertama, terus nurse bagi Zincofer, multivitamin untuk ibu mengandung yang kandungan zat besi lebih tinggi berbanding Obimin. Kalau yang dapat Obimin tu, maksudnya Hb normal la tu. Kalau dapat Zincofer, maksudnya Hb rendah.

Saya mampu makan beberapa minggu sahaja Zincofer tu dek tak tahan pening dan rasa loya hingga ganggu kerja. Rasa nak tidur aje. Nurse memang dah bagitahu Zincofer ni memang kesannya macam ni dan saya dah bersedia tapi nampaknya saya tak boleh la nak telan lagi dah. Tak sanggup.

Saya bagitau nurse dan doktor, saya tak boleh continue Zincofer. Tak jadi kerja saya kalau sepanjang hari menahan pening macam tu. Saya cakap saya nak ganti ngan Shaklee. Saya bawaklah botol Vitalea tu tunjuk kat doktor. Dia kata ok boleh makan ni sebab ada iron tapi nak tau ok ke tidak, tengok bacaan Hb pada bulan berikutnya.

Saya ambil 1 tab saja. Kalau bandingkan kandungan zat besi (iron) memang jauh beza dengan Zincofer. Zincofer memang tinggi sangat iron dia.

Bulan berikut tu, bila check Hb -- tak memberangsangkan. Sedih jugaklah.

Lepas tu saya up jadi 2 tabs Vitalea, bulan seterusnya check up, nurse tak cakap apa pun. Yang di soundnya berat badan naik aje. Hb? Sepatah tak komen.

Bila saya tengok kat buku merah tu, rupanya reading ok! Alhamdulillah dah 11 ++  banding sebelum ni cukup-cukup makan.

Makanya, saya kena ambil 2 tabs Vitalea untuk bekalan zat besi yang cukup dan yang paling best saya tak pening :)

Jadi, saya continue ambil hingga sekarang.

Kalau kita ada pilihan yang lebih baik dan semula jadi (berbanding ubatan sintetik), baik ambik yang semula jadi, ye tak.

Untuk ibu-ibu mengandung yang ada masalah yang sama macam saya, saya sarankan ambil Vitalea ni. Bagus sangat, insha Allah. Lepas bersalin nanti pun elok diteruskan juga sebab nak menyusu.



Selain Vitalea, ibu mengandung juga digalakkan mengambil Ostematrix (tablet kalsium) bagi yang sukar minum susu

Pill box saya untuk sehari. 2 tabs Vitalea (hijau), 1 tab B Complex (kuning) dan 2 Vitamin C (putih)


Sebotol Vitalea ada 120 biji. Tahan untuk 2 bulan. Jadi kos multivitamin sebulan dalam RM40+ sahaja, dan anda dapat nutrisi yang lebih daripada nilai itu.

Harga sebotol hanya RM88.75 sahaja.

Boleh SMS atau Whatsapp 019 460 3094 untuk dapatkan Vitalea ni...saya boleh COD sekitar Kota Kemuning Shah Alam. Kalau pos ke seluruh Malaysia.


5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Teks: Zaila Hafni
Imej: livestrong.com

Khamis!

Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan.

Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja?



Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe).

Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah:

1. Ambil sarapan. 
Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningkatkan mood.

2. Makan dalam selang 3-4 jam. 
Tapi bukannya semua nasik ok! Small snacks. Untuk kekalkan paras gula yang stabil sepanjang hari. Paras gula tinggi tu yang buat mengantuk contohnya makan nasik lemak... opss. Makan parfait yogurt ke, granola / energy bar ke, potongan buah, cereal, protein dengan karbohidrat sikit dah ok.

3. Pilih makanan tinggi fiber.
Sebab mampu buat kita kenyang lebih lama dan tak craving for more foods. Pilihan terbaik untuk sarapan atau minum petang adalah Energizing Soy Protein (ESP). Tinggi fiber dan protein, dengan nilai GI yang rendah. Nak campur dengan apa-apa jus pun boleh. Atau bancuh dengan milo. Kalau saya bancuh dengan air suam aje.

4. Ambil omega-3.
Omega-3 selalunya diperolehi daripada ikan salmon dan tuna, minyak jagung, kacang walnut. Yang pentingnya omega-3 bantu tubuh menyimpan karbohidrat dalam bentuk glikogen (sumber tenaga dalam badan yang lebih baik daripada lemak). Omega juga baik untuk tingkatkan fungsi otak. Maka buat kerja pun efisien gitu. Kalau rasa kurang makan ikan atau apa-apa sumber omega-3 yang lain, ambil suplemen minyak ikan macam Omega Guard Shaklee. Sambil tu boleh bakar lemak juga :)

5. Kekal hidrat. 
Minum air secukupnya. 2-3 liter sehari. Air masak, sup, jus termasuk la sekali. Bukan air manis berkarbonat ye. Sebab aliran darah dalam badan kita perlukan air yang cukup untuk melancarkan proses-proses tubuh. Jangan risau kalau kena ke tandas selalu, minum banyak mestilah buang pun banyak. Takpe, tu salah satu cara badan menyingkirkan toksin dalam badan. Kalau nak kekal hidrat lebih lama, boleh juga ambil Performance Drink Shaklee, lebih baik daripada minuman isotonik lain yang tinggi gula.

Kalau mengantuk lagi, bawak-bawak la berjalan-jalan kejap atau basuh muka ke ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk info tentang produk Shaklee atau peluang bisnes menjana duit ekstra setiap bulan, boleh hubungi:

Zaila Hafni
Whatsapp 019-4603094
Pengedar sah Shaklee Kota Kemuning, Shah Alam
Shaklee Business Advisor untuk #projek2ribu





Salam Maulidur Rasul 1436H

Teks: Zaila Hafni
Sumber: Youtube & Google

Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jika belum atau jarang-jarang, mula sekarang. Yang dah biasakan diri, ganda-gandakan dan teruskan :)

Kalau masa sekolah dulu, sambutan Maulidur Rasul sinonim dengan perarakan, alunan selawat dan pertandingan nasyid. Ye - saya dulu masuk kumpulan nasyid tau. Those good old days hehe.

Sekarang ni, macam-macam jenis alunan selawat kita dapat dengar. Sedap pulak tu. Saya selalu dengar UNIC. Eh UNIC sekarang tak sama macam dulu. Lagu-lagu depa sedap tau. Sambil kita dengar, kita terikut sama. Tak sedar kita dok sama-sama ikut selawat.

Moh sama-sama banyakkan selawat hari ini. Saya suka yang ini:





Nota Syukur (Kelebihan Berselawat)



16 Days Photo Challenge #2 - Something Blue

Teks & Foto: Zaila Hafni

Meja makan beradab di majlis adik ipar saya.

Trending kan warna ni sekarang.

Dulu kononnya masa majlis saya nak juga warna ni, nak gandingkan dengan brown tapi kesudahannya warna peach pulak. Hehe.

Cabaran hari ni - Something Blue. So inilah dia meja makan biru!

Sebelum kahwin, pastikan kesihatan terjaga walaupun sibuk dan penat menguruskan persiapan. Tak cukup tidur, stres, tak lalu makan, nak demam... saya pun dah pernah rasa dulu. Dan asyik fikir - jangan tak muat baju pengantin sudah!

Selepas kahwin, lagi lah kena jaga kesihatan. Nak jaga suami pulak kan. Urus rumah tangga lagi. Baik start makan Vitalea daripada sekarang. Baru kekal bertenaga you ols.

Moh dapatkan Vitalea dengan formula besi. Multivitamin pertama di dunia hanya daripada Shaklee.

Zaila Hafni | 019.460.3094 | hifzaila.hafni@gmail.com

16 Days Photo Challenge #1 - Handwriting

Teks & Foto: Zaila Hafni

Move on. Be happy.

Cabaran hari pertama (sepatutnya semalam), adalah handwriting.

Ini salah satu hasil tulisan saya. Tulisan ni ketika rasa down sangat. Sesekali tengok juga gambar ni, buat bagi motivasi.

Nak kekal motivasi selalu, kena cari. Motivasi tak datang bergolek sendiri depan mata melainkan kita yang mahukan. Samalah macam apa yang saya nak dengan berbisnes Shaklee. Tak kisah lah walaupun saya merangkak at least I make a move. Dan saya beruntung berada dalam gugusan dan kelompok yang amat memberi inspirasi.

Bisnes dengan Shaklee bukan sahaja untuk menjana pendapatan sampingan, tetapi dalam masa yang sama lebih beri perhatian kepada penjagaan kesihatan diri dan keluarga, dan berusaha keluar daripada zon selesa dan membaiki kehidupan sendiri.

Itu yang saya belajar daripada PAF, LiSA dan STAR. 

Hidup biar bermanfaat. Jom hidup sihat!

*termembebel pulak padahal entry photo challenge sebenarnya. Hehe.

Zaila Hafni
Shaklee Independent Distributor Kota Kemuning, Seksyen 19-20 Shah Alam
019.460.3094
hifzaila.hafni@gmail.com

16 Days Photo Challenge







Teks: Zaila Hafni

Pagi tadi, terjumpa sesuatu yang best semasa blogwalking.

Photo Challenge!

Biasa dengar blog challenge tapi not that excited because I have already challenged myself updating the blog everyday. Hehe.

Dan kalau bab foto-foto ni memang over excited sikit ;)


Challenge ni dimulakan oleh Hernee Nazir, boleh pos foto kat blog, Instagram atau Facebook. Saya tengok mana sempat lah hehe. Challenge ni sebenarnya start semalam (16/10/14), jadi saya dah ketinggalan sehari. Maka hari ni saya akan upload 2 gambar teros ye.

Sesapa nak join, silakan. Have some fun!

#16daysphotochallenge #photochallenge #blogging


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shaklee Independent Distributor (Kota Kemuning, Seksyen 19-20 Shah Alam, Sepang)

Zaila Hafni 
019.460.3094
hifzaila.hafni@gmail.com
ID 1105265



Start Bright Series #12 -- I am Coming!

Teks: Zaila Hafni

Bulan ni, alhamdulillah... tak tahu daripada datang kekuatan dan keberanian - insya Allah saya akan join 2 training Shaklee. 1 training oleh group upline saya (Master Puteri) dan 1 lagi training oleh Shaklee Malaysia (New Distributor Training).

Sebelum ni, ada juga daftar tapi last minute tak kesampaian. Ada hal dan kurang bersedia. Mungkin juga masa tu push factor tak cukup kuat. Dan kadang-kadang ada kekangan keluarga, biasalah hujung minggu. Tapi untuk beberapa bulan ini, saya akan cuba selitkan aktiviti hujung minggu saya dengan training atau workshop sekali sekala - untuk tambah ilmu baru dan kembangkan idea. Selain tu, nak belajar. Apa juga bisnes yang kita buat kena ada mentor dan guru. Kalau seorang diri, susah nak berkembang dan tetap di takuk lama. Lepas tu hairan kenapa kita masih berbisnes dan beriklan tapi sales tak naik. Haa dush kena batang hidung sendiri.

Selain meningkatkan hubungan dengan Maha Pemberi Rezeki, kena juga berusaha cari ilmu teknikal. Gabungkan kedua-duanya untuk lebih berjaya.

Start Bright Series #12 dianjurkan oleh group di bawah naungan Puteri and Friends (http://puteriandrichfriends.blogspot.com) -- upline upline saya.

Pengguna Shaklee pun boleh hadir untuk lebih tahu tentang produk Shaklee. Kalau yang bercita-cita nak buat bisnes dengan Shaklee pun boleh hadir. Kalau nak join, boleh pm saya



Sebarang pertanyaan atau pembelian produk Shaklee, hubungi:

Zaila Hafni 
PM / Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SID Kota Kemuning, Seksyen 19-20 Shah Alam

14 years and Going Strong

Semalam, di celah-celah hari raya korban, sempat lagi kitorang (saya dan 2 kawan kolej) berjumpa. Dah terlalu lama tak berjumpa bertiga. Selalu saya je berjumpa salah seorang jadi semalam alhamdulillah sempat juga menyelit masa walaupun sekejap.

Saya, Zenty dan Saleha kenal di kolej masa sambung matrik di Seremban. Kami sekelas. Dan selalu study sama-sama. Gosip sama-sama. Outing sama-sama. Fly pun sama-sama. Ops. Tu dulu. Masa zaman tengah nak membesar. Hehe.

Tamat matrik, masing-masing sambung pengajian di universiti yang berlainan. Zenty ambik pergigian di USM dan Saleha ambik perubatan di Ireland. Saya? Ambik Biologi Persekitaran di USM tapi tak berjumpa Zenty sebab berlainan kampus. Tapi kami masih lagi berhubung. Masa tu SMS, Friendster dan emel jadi penghubung. Saya memang ingat sanggup ke cyber cafe (USM punya) yang free tu untuk balas emel Saleha hari-hari. Apa yang kami dok cerita? Macam-macam.....

Dan saya jugak rapat dengan mak kedua-duanya. Antara kami bertiga, saya yang paling last kawen. Yang best masa kawen saya, mak masing-masing usahakan juga nak datang. Malahan mak Zenty yang datang wakilkan dia yang kena outstation waktu wedding saya. Saleha dengan maknya datang wedding sebelah suami, itu pun plan asalnya diorang nak datang sebelah saya kat Penang nun. Ok terharu sebab saya dah takde mak. Tumpang mak kawan-kawan. In fact, macam-macam je sembang dengan mak-mak diorang. Dah anggap macam mak sendiri. Gosip pun ada jangan tak tahu. Hehe.

2009, Zenty kawen. Diikuti Saleha 2010 dan saya 2011. Sekarang alhamdulillah masing-masing dan bertiga. Saya pun insya Allah berempat tahun depan. Jadi perjumpaan semalam memang riuh dok menjerit kat anak-anak yang dok berlari-lari. Nasib baik la para suami sekalian boleh tengok-tengokkan anak. Kalau tak memang tak sempat nak bersembang. Pasal suami, kebetulannya ketiga-tiga nama suami masing-masingnya berpangkal huruf 'F'. Dan semua pun bekerja dalam bidang yang sama. Suratan atau kebetulan? Jodoh :)

Perjumpaan singkat semalam seronok sangat. Kami kalau bersembang memang tak pernah habis. Dan saya kalau ada apa-apa hal kesihatan memang dua-dua ni lah saya cari untuk consultation. Personal dentist n doctor saya. Hehe untung laa. Bila dah jadi mak ni, topiknye anak dan family ler. Semalam topik lotus birth dan hyperem. Perancangan keluarga. Gosip sikit-sikit jelah terselit. Terselit jugak topik Shaklee since semua kami ambik suplemen yang sama. Related topic? Beranak by the age 40. Haha. Kuasa dan perancangan Allah manalah kita tahu kan. Usaha ikhtiar boleh la.

Apapun, alhamdulillah berkesempatan berjumpa balik kitorang bertiga. It's 14 years and going strong. Insya Allah.

This is my bffs. The Meks. Finally, the reunion.

Seronoknya Blog!

Teks: Zaila Hafni

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri. Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa. Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu!

Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama. Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis. Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca gosip hiburan jerrrrr. Ops.

Alahai dah sampai ke penghujung September sudah. Today's closing day! Ye saya mengaku hari ini bukanlah closing day terbaik untuk saya tapi lebih baik daripada bulan sebelumnya. Dan berlaku perkara-perkara magik yang saya tidak jangkakan. Maka bergantung haraplah pada Maha Pemberi Rezeki. Sesungguhnya kita tak tahu rezeki akan datang bagaimana caranya.

Sesiapa yang berniat nak apa-apa produk Shaklee yang awesome ni, masih sempat saya tolong belikan hari ni. Kita mulakan hari esok dengan hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga dan cergas. Semuanya masih belum terlambat dan yang penting mula daripada sekarang!

Zaila Hafni
019.460.3094
hifzaila.hafni@gmail.com

Home Office Shaklee @ Sunway

Teks & Foto: Zaila Hafni

Alhamdulillah hari ni berkesempatan ke Home Office Shaklee yang baru kat The Pinnacle, Sunway.

Best tempatnya. Luas. Selesa.

Kalau yang dah pernah pegi HO kat Empire, anda akan rasa HO yang baru ni besarrrrrrnyaaaa.

Saya ke sana tadi dah tengahari, jadi memang menjangka jenuh la nak menunggu turn (berdasarkan pengalaman beli di HO menjelang hari-hari closing). Tapi tadi, alhamdulillah. Kosong!

Alhamdulillah tak ramai orang...langsung. Waktu itu 1.37 petang ye. Sampai di kaunter, terus ambik nombor. Duduk tak sempat panas punggung nombor dah dipanggil. Saya memang dah isi borang order siap-siap kat rumah. Kat kaunter, terus pass borang dan bayar.

Lepas tu pun sekejap aje tunggu, nombor dah naik untuk ke kaunter ambik barang. Then siap! Tak sempat explore sebab dah kelaparan masing-masing (saya, husband dan anak). Beli barang dan terus balik.

HO yang baru ni dekat dengan Sunway Pyramid ye (wink wink). Bangunan bersebelahan Sunway Resort and Spa Hotel. Berpeluh berjalan nak mencari kat mana The Pinnacle. Ingatkan dalam Sunway Pyramid. Hehe. Nasib baik orang kaunter SP bagi direction. Kalau tak memang tak jumpa laaa.
Menapak jugaklah sebab we parked our car kat SP. Tak sangka jauh gak kena berjalan hehe. Tapi kalau dah biasa boleh je parking depan tu I think.

Bangunan tu memang nampak sunyi, masih ada sikit lagi construction. Agaknya ofis pun belum banyak dalam tu lagi. Mula-mula masuk, kena daftar dulu kat kaunter sebab nak masuk kena ada pas pelawat. Siap ada gate mcm nak masuk LRT tu. Masa nak daftar, kena bagi IC. Kalau husband and wife nak naik, dua-dua pun kena bagi IC. Lepas tu masing-masing akan dapat pas dan boleh touch pada gate dan boleh naik ke Level 9.

Nak tekan lif pakai touch screen. Dan kitorang asyik tersalah tekan. Haha. Dan kena tekan kuat sikit. Daripada luar lif dah pilih floor siap-siap. Tinggal masuk lif terus naik je.

Dah sampai Level 9, ke kanan. Dah nampak ofis Shaklee gah di situ. Lebih kurang macam kat Empire dulu tapi of course la this one way better. Maklum la dulu sesak-sesak ramai orang nak shopping time closing. Hoho. Now if ramai pun still ok sebab luas.

Sebab semalam tak ramai maka sekejap je urusan dah selesai. Tak payah tunggu lama. Nak membalas dendam parking depan SP RM15 per entry dan menapak sedikit jauh ke The Pinnacle, kitorang jalan-jalan dalam SP dulu. Kalau tak sebab ke HO, tak adanya nak ke SP tu. Puas hati la anak bujang berjalan dalam tu nak pegang tangan pun taknak.

So mana-mana SID yang belum pegi, cubalah at least sekali. To get the feel orang kata.

Selamat berkunjung ke HO baru ye.

Ni alamat nya:
Shaklee Home Office
Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
Subang Jaya, Selangor



Menjadi Orang yang Positif

Teks: Zaila Hafni
Imej: Carian Google


Kadang-kadang kita ni mudah benar percaya cakap orang. Terima apa yang orang bagitau kita tanpa kita siasat sendiri kebenarannya (atau lebih teruk jika cerita diputar belit pulak). Orang yang bercerita, boleh cerita apa saja, mulut dia kan. Tapi kita sebagai yang mendengar, kalau boleh, kalau boleh lah ya, jangan percaya bulat-bulat dulu sebelum menjatuh hukum atau membuat kesimpulan.

Kita sendiri tak tahu kisah sebenar. Sama ada yang bercerita bertindak mempertahankan diri sebelum versi lain keluar, atau untuk menunjuk hebat, atau untuk menutup kesalahan dengan menyalahkan orang lain. Atau sebenarnya berlaku salah faham komunikasi (misscommunication ahaks).

Kalau penting dan kritikal, melibatkan nyawa ke hukum ke, bolehlah seluruh dunia tahu dan ambik tahu. Kalau setakat sikit-sikit punya hal... biar yang berkenaan sajalah yang tahu dan perbaiki di masa depan (kalau yang sibuk ambik tahu jugak untuk perbaiki masa depan dia ok la, kalau ambik tahu untuk mengutuk, baik diam).

Kita sebenarnya boleh pilih nak jadi baik ke tak berapa baik. Bukannya masing-masing tak tahu tapi biasa lah manusia kan cepat lupa dan kadang-kadang tak sedar kita terpengaruh. Uish orang yang mudah terpengaruh dengan seseorang memang bahaya. Tapi kalau terpengaruh dengan orang baik, alhamdulillah. Ni kalau sebaliknya. Mintak simpang la no.

Kalau hidup kita sentiasa fikir negatif, memang negatiflah jadinya apa pun. Sebab kita dok fikir begitu.

Cuba tengok orang yang positif, kalau tak berjaya banyak pun, at least mesti dia berjaya sikit dalam hidup dia. Kalau tak pernah rasa hidup dengan positif, boleh berjinak-jinak baca buku motivasi atau positive thinking. Like pages orang-orang hebat dan berjaya, mesti diorang akan mention pasal being positive walaupun sekali.

Awal-awal nak berfikir positif mungkin susah bagi orang yang dah terbiasa dengan hidup dengan mida negatif dan orang-orang yang negatif tapi kalau tak cuba, memang sampai ke sudah la begitu tanpa ada apa-apa perubahan. Lepas tu jadi makin takut dan murung dan stres.

Saya dah cuba menjadi orang yang positif dan fikir perkara positif sahaja walaupun negatif yang datang depan mata. Dan saya suka perasaan menjadi orang positif. Alhamdulillah saya bertemu dengan pasangan begitu. See how your partner can transform your way of thinking and way of life. Dan kalau tak kuat bergerak sendiri, carilah kawan atau support group. Kalau usaha mencari, mesti Allah tunjukkan jalan.

Biarkan orang negatif dengan hidupnya. Kita tak rugi kalau tak bersama mereka. Kita rugi kalau kita membiarkan kita seperti mereka.


Sweet Enough Challenge

Teks & Imej: Zaila Hafni

Motivasi kena dicari dan di'refresh'. Memang takdenye motivasi tu nak lekat selalu. Kadang hilang, kadang datang balik dan kadang kena tangkap. Dan kadang lagi seronok dibuat beramai-ramai.

Pagi ini, kebetulan singgah blog Master Puteri. Nampak entri Sweet Enough Challenge. Oh inilah dia yang diorang tengah buat -- cabaran kurangkan gula dalam makanan untuk 14 hari.

Motivasi tu. Hehe.

Memang saya biasa buat (kurangkan gula) malah lebih daripada 14 hari, sebab nak kawal GDM masa mengandungkan Fuaad dulu. Ikut instruction yang dietitian bagi. Memang tough dan sukar mula-mula but now I've used to it. Memang kurang makan manis sekarang. 

So sesapa nak join the challenge, moh ler. Sempat lagi ni, start 15 September until 28 September 2014. Cuba tengok...sambil jadi lebih sihat, kita akan tambah ilmu pasal gula dalam makanan. Jangan tak tau, dalam makanan yang kita makan hari-hari, banyak gula ooo. Nasi putih, roti putih, kuih manis, teh tarik, roti canai, the list goes on. Tapi kita ada pilihan, ada alternatif. Itu yang saya buat dulu.

Tukar ke beras perang, roti gandum penuh, biskut tawar. Gula tiruan, menurut pakar pemakanan yang saya hadiri sesi ceramahnya, dia kata no such thing as sugar substitute macam stevia or Equ**. Kita kena biasakan kurang gula bukan ganti gula tu dengan yang lain. Dush! Kena batang hidung mak.

Tapi jangan salah faham. Kurangkan gula, bukan tak boleh ambil gula langsung tapi kena faham sumber gula baik dan berapa banyak yang perlu setiap hari. Takde langsung gula dalam badan nanti hipo pulak (tahap gula rendah - pitam). 

Sesiapa nak join challenge ni, follow Instagram @sweet_enough_challenge okeh!

Mari hidup dengan lebih sihat. Kita ada pilihan. 


Zaila Hafni
019-4603094

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda.

Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda.

Motivasi perlu dicari dan dipupuk.

Dan perlu dibaja.

Hilang motivasi, hilang semangat.

Jangan biarkan ia hilang.

Kesan Team Building: The Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Saya dah lama tak pi program-program macam ni. Dulu masa kat ofis lama pun, jarang ada. Tapi masa kat universiti dulu adalah. Bukan setakat team building, macam-macam program saya ikut. 

Those good old days :)

Saya dikira beruntung juga, sebagai staf yang agak baru, kemudian berpeluang ikut program macam ni. Sebelum ni, ofis ni belum pernah buat lagi (menurut staf lain). Memang mengujakan, pulak dibuat di hotel 5 bintang tapi sebenarnya pada awal diberitahu program ini WAJIB untuk semua staf, saya sangat berat hati nak pegi. Sebab mengenangkan anak yang saya tak pernah tinggalkan lebih daripada sehari. Program ni? 3 hari 2 malam!

Tapi, suami kata, pegi saja. Insya Allah anak akan baik-baik saja nanti. Lagipun, anak saya ditinggalkan di rumah Wan (ibu mertua saya) dan suami saya sendiri turut sama jaga dia. Lega la sikit hati.

Dan alhamdulillah, memang anak saya seronok sangat walaupun saya tak ada. Dia tak nampak, mungkin dia tak ingat la tu. Tapi yang paling saya tak boleh lupa bila saya sampai rumah, dia lari kat saya dan peluk kuat sambil senyum2. Rindu sangat kat hero kecik tu ;)

Team building kami dibuat di The Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson. Review berkenaan hotel, nanti dalam entri yang lain.

Team building, apa yang bestnya?

1. Merapatkan ukhuwah. Kita saling kenal rakan sekerja. Walaupun kita tak biasa, bila perlu kerjasama dalam kumpulan, kita TERPAKSA membiasakan diri dan kenal kawan kita sebenarnya siapa. 

2. Meningkatkan keyakinan diri. Team building yang saya pegi ni, ada jungle trekking dan flying fox. Jungle trekking dengan sedikit climbing. Berpeluh juga dan ada la sedikit give up tapi akhirnya habis juga dan rasa seronok sangat. Saya dah pernah trekking lagi mencabar daripada tu cuma dah lama tinggalkan. Flying fox, menguji keberanian berada di tempat tinggi. Memang agak gayat tapi the experience was priceless. 

3. Kita kenal potensi diri kita dan kawan-kawan. Kita baru sedar rupanya kita mahir dalam beberapa perkara. Dan kita mungkin baru perasan yang kita mampu tetapi selama ni tak berpeluang tonjolkan. Juga kenal kawan yang sebenarnya sangat berpotensi tapi mungkin selama ni bila stuck dengan kerja yang sama kita tak nampak kemahiran dia.

4. Belajar terima dan bagi pendapat. Kita bergerak sebagai kumpulan, dan ada kapten. Ikut cakap kapten. Belajar terima arahan dan ikut. Dalam masa yang sama, kita juga ada hak untuk suarakan pendapat. Tapi bersedia juga jika pendapat kita ditolak. 

5. Kembali bekerja dengan semangat. Begitulah harapan bos. Saya dapat rasa ada lah juga semangat tempias team building ni. Tak sesia company buat. 

Selain tu, kita mungkin lebih mesra dengan kawan-kawan lain. Sebab selama 3 hari itu kita jumpa muka yang sama tapi dengan cerita yang berbeza. Bila lebih mesra dan kenal, mudah untuk berkomunikasi. Bila mudah nak berkomunikasi, mudah nak berbincang. Tapi kalau tak menjadi jugak, maksudnya memang individu tu yang bermasalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...