Showing posts with label Tip Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tip Sihat. Show all posts

Apabila Diserang Gegata atau Kelopak Garam

Teks: Zaila Hafni

Minggu lepas, husband diserang gegata ni. Mula-mula naik benjol-benjol bengkak kat area leher depan dengan keliling bawah lengan. Suspect alergik makan ke apa ni. Tapi husband saya adalah seorang yang TIDAK ALERGIK selama ni. Yang selalu alergik tu saya ngan anak-anak. Jadi teramatlah pelik bila beliau kena.

Fikir lagi apa punca ni. Dok flashback menu sepanjang hari. Nasik lemak sambal sotong. Nasi goreng dengan telur mata. Penyebabnya apa? Telur? Sotong?

Entah. Tak tahu.

Jadinya sapu jelah HERBAL BLEND sebab gatal kan. Kat rumah ni, apa saja kejadian kat kulit, semua sapu krim ni. Dari baby sampai ke mak bapak. Maka sapulah saya krim tu ke kawasan yang merah-merah dan bengkak tu. Lepas tu husband lepak-lepak baring atas kusyen 3 bijik.

Bertambah gatal. Merah bengkak mula makin naik dan merebak pulak ke lengan dan dada. Haih dah kenapa pulak?

Kami suspect kusyen pulak. Kot hama ke habuk ke.

Lepas tu google sakan la cari info gegata.

Haa memang punca mungkin habuk atau makanan tapi selalunya makanan laut. Dan rawatannya hanyalah ubat sapu dan antibiotik, kalau pi klinik. Insya Allah gegata ni akan hilang gitu je. Jadi malam tu sapu krim HB je lah bagi reda gatal. Dan top up dengan VITAMIN C. Alahan ni biasanya berkait dengan imun rendah. Jadi kasi boost immune dengan vitamin C.

Sebenarnya kalau ada NUTRIFERON ni lagi baik tapi masa tu takde pulak stok kat rumah.

More info pasal gegata, KLIK SINI .

Esoknya tengok merah bengkak tu menjalar-jalar ke bawah pulak. Peha perut betis. Aih ni makin merebak ni. Maka husband decide pi klinik je sebab esoknya tu beliau ada program company nak kena attend. Takkan nak gi dengan tergaruk-garuk pulak kan.

Pi klinik, memang dokter kata alergik lah. Dapatlah 3-4 jenis ubat makan dan ubat sapu. Ubat makan ubat tahan gatal dan paracetamol in case demam. Ubat sapu untuk kurangkan gatal.

Alhamdulillah esoknya makin surut. Menjelang petang merah bengkak takde tapi kesannya masih ada lagi. Hari ni licin terus kulit..hilang terus! Alhamdulillah.

Jangan main-main ngan gegata ni. Kalau teruk boleh sampai naik satu badan. Dan agak-agak alergik makanan, kena pantang jap makanan yang diproses, makanan laut. Kadang telur ke ayam ke boleh jadi asbab juga.

Alhamdulillah husband dah ok dan hensem semula 😊😊

****************************
PERTANYAAN & ORDER PRODUK SHAKLEE, BOLEH TERUS:
WHATSAPP ZAILA 0194603094

DELIVERY SEKSYEN 20-26 SHAH ALAM, KOTA KEMUNING, BUKIT RIMAU

POS SELURUH MALAYSIA

FOLLOW INSTAGRAM @zaila.hafni

It's 12 Days Away...

Teks: Zaila Hafni

Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah.

Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi).

Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced.

Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction.

Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa Allah, mana kita tahu.

Itu pun dah terasa-rasa dah sakit perut...false contraction sebab sebenarnya perut masuk angin. Heh.

Trimester 3 sama je ngan Trimester 1. Pantang makan lambat sikit, kembung perut. Dah makan, sendawa tak berhenti. Nak makan banyak, tak boleh. Kena makan sikit-sikit tapi selang 2-3 jam. Kadang-kadang dah mati kutu nak makan apa.

Satu lagi, tak tertahan betul kalau nak pee pee. Kadang tu keluarnya sikit aje. Tapi macam penuh sepenuh-penuhnya pundi tu. Maklumlah kepala budak dah di bawah, dok pressure pundi tu. Atau orang tua-tua kata selalu budak rambut lebat ni. Wallahua'lam.

Jantina?

Seriously...kitorang tak tahu. Haha. Cam lawak. Tapi itulah hakikatnya.

Masa 5 months, cakap kat dokter tak nak tahu walaupun dokter dah nampak. Month after that, selalu dokter tak sempat scan pulak. Maka sampailah ke minggu 35, dokter kata macam girl. MACAM je ye. Then minggu 37, pun dokter kata sama, girl. Tetapi...tak berapa clear. Maka 2 dokter lain analyse the scanned image...both of them said it's a boy.

Maka, moral of the story....tunggu je baby keluar. Haha. Yang penting sihat, sempurna dan selamat.

It's 12 days away. Nervous but at the same time excited juga.

Saya mohon maaf kalau ada kesilapan apa-apa yang tidak disedari. Doakan proses bersalin saya berjalan lancar, mudah dan selamat. Semoga anak dan ummi selamat semuanya, insya Allah.


Resipi 15 Minit: Spageti Bolognaise

Teks: Zaila Hafni

Semalam, teringin pulak nak makan pasta. Lagi pun dah lama tak masak sendiri. Dan memang ada stok pasta dan sos pasta di rumah. Jadinya, dengan ada sikit ayam, boleh tambah dalam sos pasta tu.

Pasta yang saya pilih - spageti. Dan sos pasta yang saya guna, jenis serbuk dalam peket. Sos tomato segera untuk pasta. Tapi kedua -dua bahan ni bukan jenama biasa yang saya guna.

Dua-dua bahan ni saya beli kat kedai arab. Mahnaz Food kat Seksyen 22, Shah Alam.

Sebelum ni, pernah nampak ada terjual pasta tapi tak terasa nak beli pun sebab matlamatnye pegi selalu nak beli kurma atau madu je.

Hari tu, saja la cakap kat hasben jom try mana tau sedap ke kan. Maka beli la serba satu spageti ngan sos pasta tu.

Dua-dua produk from Turki. Pasta tu brand Kartal. Sos pasta brand Basak.

Nak masaknya sama je macam kita masak spageti brand lain pun. Rebus pasta sampai al dente. Then toskan.

Sos pasta tu pulak, mula-mula panaskan marjerin/butter, masukkan air. Then masukkan serbuk sos tu. Kacau hingga pekat dan larut semuanya.

Cuma saya tambah ayam cincang. Tumis kejap lepas panaskan butter. Kalau tak, boleh makan terus je dengan sos tu. Dalam sos dah ada semua sekali dengan herbs. So dah tak payah tambah apa-apa lagi dah.

Dah pun siap.

Saya tambah parmesan cheese sikit dan nak juga tabur italian herbs. Hehe. Maka siaplah lunch segera saya - spageti bolognaise 15 minit :)

Sesuai sangat kalau kita tak de banyak masa kat dapur atau dalam keadaan yang lapar gile!

Jadi takde alasan untuk dapur tak berasap ye. Ngeee

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Teks: Zaila Hafni

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat.

Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini.

Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin.

Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3.

Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni).

Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe.

Saya kan jual vitamin, takkan letih jugak kot?

Ye, saya memang jual vitamin untuk ibu mengandung, bagi cergas, tak mengantuk ni...dan saya rasa saya masih bertahan ni pun sebab saya makan vitamin nih laaa (sedikit sebanyak membantu). Kalau tak, saya rasa saya lagi lemau daripada ni. Silap-silap dah collapse awal lagi dah.

Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kadang tu rasa nak meletup juga. Tapi bila ada kekurangan dalam pemakanan kita, yang kita tampung dengan vitamin, insha Allah tekanan tu berkurang. Atau, kita dapat hadapi semua tu dengan baik dan tenang.

Konsisten je ambik multivitamin, pil kalsium, B Complex - insha Allah.

Selain berdoa pada Allah - amalan rohaniah tak boleh tinggal. Untung ada mentor dan kawan-kawan yang selalu ingatkan. Manusia lupa.

Semoga saya akan terus tenang untuk selesaikan apa yang tertunggak ini, dan mampu berehat lebih sikit sebelum bersalin. Doakan la ye.

Jangan nanti suami saya pelik pulak awat bini dok cium tangan berkali-kali. Nak rasa ketenangan, bang. Haha.



Berita Baik untuk Penderita Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis

Teks: Zaila Hafni

Advanced Joint Health Tablet atau lebih mudah dipanggil AJHT - adalah suplemen yang disediakan khusus untuk membantu mengatasi masalah dan memberi keselesaan pada sendi (arthritis).

Arthritis ialah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.

Untuk mengenal pasti masalah sendi, boleh perhatikan tanda-tanda berikut:

1. Sakit. 
Sendi mungkin tercedera semasa atau selepas melakukan pergerakan.

2. Kekejangan. 
Kejang sendi berlaku semasa bangun pagi atau selepas suatu tempoh anda duduk atau berdiri agak lama.

3. Hilang fleksibiliti. 
Tak mampu nak gerakkan seluruh sendi dengan sepenuhnya.

4. Bone spurs. 
Lebihan tulang yang seperti benjolan keras - terbentuk di sekeliling sendi yang sakit.


Sedikit fakta tentang osteoarthritis:

Berlaku apabila kartilaj (rawan) yang melindungi hujung tulang pada sendi mula menyusut. Kartilaj adalah tisu yang kuat dan licin yang membenarkan pergerakan sendi tanpa geseran. Tetapi bagi penghidap osteoarthritis, permukaan kartilaj menjadi kasar (haus). Semakin lama, kartilaj semakin menyusut dan akhirnya berlaku ketakselesaan pada sendi bila mana hujung tulang bergeser dengan hujung tulang yang satu lagi semasa bergerak. Keadaan ini yang menyebabkan pergerakan terbatas dan penghidap berasa sakit dan tidak selesa.


AJHT membantu penderita sakit sendi melalui 3 cara:

>> Menggalakkan mobiliti (pergerakan)
>> Meningkatkan fleksibiliti (kelenturan, keanjalan)
>> Meningkatkan fungsi sendi

Formula dalam AJHT yang mengandungi zink, kuprum, mangan dan vitamin C; setiap satunya berperanan unik dalam membina kolagen dan kartilaj yang sihat.

Semakin meningkat umur, kartilaj juga makin haus dan menyukarkan pergerakan. AJHT dapat membantu penghidap bergerak dengan selesa semula dan melakukan rutin harian seperti biasa seperti berjalan, solat dan aktif seperti biasa.

AJHT ni juga sesuai untuk pesakit gout yang turut mengalami ketidakselesaan sendi, selain penderita osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

Tablet ini dihasilkan daripada tumbuhan dan mineral sahaja, menjadikannya 100% formula vegetarian.

Setiap botol didatangkan dengan 60 tablet pada harga RM124.00.



Berminat untuk mendapatkan stok AJHT anda, beserta perundingan dan bimbingan pengambilan suplemen yang betul secara berterusan, boleh hubungi saya:

Zaila Hafni
SMS/Whatsapp 019 460 3094
Emel zailahafni@gmail.com
Pengedar sah Shaklee Kota Kemuning Shah Alam


Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Teks & Imej: Zaila Hafni

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah.

Apa dia Hb rendah tu?

Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah.

Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu?

Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita.

Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa berdebar tu antara tanda Hb rendah.

Masa check up pertama, terus nurse bagi Zincofer, multivitamin untuk ibu mengandung yang kandungan zat besi lebih tinggi berbanding Obimin. Kalau yang dapat Obimin tu, maksudnya Hb normal la tu. Kalau dapat Zincofer, maksudnya Hb rendah.

Saya mampu makan beberapa minggu sahaja Zincofer tu dek tak tahan pening dan rasa loya hingga ganggu kerja. Rasa nak tidur aje. Nurse memang dah bagitahu Zincofer ni memang kesannya macam ni dan saya dah bersedia tapi nampaknya saya tak boleh la nak telan lagi dah. Tak sanggup.

Saya bagitau nurse dan doktor, saya tak boleh continue Zincofer. Tak jadi kerja saya kalau sepanjang hari menahan pening macam tu. Saya cakap saya nak ganti ngan Shaklee. Saya bawaklah botol Vitalea tu tunjuk kat doktor. Dia kata ok boleh makan ni sebab ada iron tapi nak tau ok ke tidak, tengok bacaan Hb pada bulan berikutnya.

Saya ambil 1 tab saja. Kalau bandingkan kandungan zat besi (iron) memang jauh beza dengan Zincofer. Zincofer memang tinggi sangat iron dia.

Bulan berikut tu, bila check Hb -- tak memberangsangkan. Sedih jugaklah.

Lepas tu saya up jadi 2 tabs Vitalea, bulan seterusnya check up, nurse tak cakap apa pun. Yang di soundnya berat badan naik aje. Hb? Sepatah tak komen.

Bila saya tengok kat buku merah tu, rupanya reading ok! Alhamdulillah dah 11 ++  banding sebelum ni cukup-cukup makan.

Makanya, saya kena ambil 2 tabs Vitalea untuk bekalan zat besi yang cukup dan yang paling best saya tak pening :)

Jadi, saya continue ambil hingga sekarang.

Kalau kita ada pilihan yang lebih baik dan semula jadi (berbanding ubatan sintetik), baik ambik yang semula jadi, ye tak.

Untuk ibu-ibu mengandung yang ada masalah yang sama macam saya, saya sarankan ambil Vitalea ni. Bagus sangat, insha Allah. Lepas bersalin nanti pun elok diteruskan juga sebab nak menyusu.



Selain Vitalea, ibu mengandung juga digalakkan mengambil Ostematrix (tablet kalsium) bagi yang sukar minum susu

Pill box saya untuk sehari. 2 tabs Vitalea (hijau), 1 tab B Complex (kuning) dan 2 Vitamin C (putih)


Sebotol Vitalea ada 120 biji. Tahan untuk 2 bulan. Jadi kos multivitamin sebulan dalam RM40+ sahaja, dan anda dapat nutrisi yang lebih daripada nilai itu.

Harga sebotol hanya RM88.75 sahaja.

Boleh SMS atau Whatsapp 019 460 3094 untuk dapatkan Vitalea ni...saya boleh COD sekitar Kota Kemuning Shah Alam. Kalau pos ke seluruh Malaysia.


Misi Bangun Awal dan Kelab 5 Pagi

Teks: Zaila Hafni

Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks).

Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track.

Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda.



Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin. Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak.

Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara anak masih tidur. Kalau tak, dia pun ikut sama nak 'tolong' yang mana memang tak siap-siap la jawabnya.

Dan lagi satu, kita rasa lebih segar dan cergas. Maklumlah masih pagi.

Setakat ni, memang alhamdulillah sangat. Dan saya rasa seronok. Cuma kuncinya adalah KENA TIDUR AWAL.

Bila dah bangun, boleh terus mandi. Banyak kebaikan mandi sebelum Subuh, antaranya boleh KURUSSS :D. Boleh teruskan dengan solat Taubat, tahajud, hajat dan solat sunat sebelum Subuh. Boleh baca Al-Quran juga.

Saya asalnya terinspirasi daripada Kelab 4 Pagi oleh Dato' Roslan Ab Hamid. Insha Allah dah lulus cemerlang sebagai ahli Kelab 5 Pagi, akan up ke Kelab 4 Pagi pulak.

Contoh Check List untuk Kelab 4 Pagi

Nak bangun awal macam ni, mula-mula aje susah. Lepas dah istiqamah insha Allah senang. Tapi kena yakin dan kena lawan tarikan selimut... huhu.

Yakin dan istiqamah...30 hari atau 40 hari, insha Allah sesiapa pun boleh.


5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Teks: Zaila Hafni
Imej: livestrong.com

Khamis!

Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan.

Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja?



Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe).

Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah:

1. Ambil sarapan. 
Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningkatkan mood.

2. Makan dalam selang 3-4 jam. 
Tapi bukannya semua nasik ok! Small snacks. Untuk kekalkan paras gula yang stabil sepanjang hari. Paras gula tinggi tu yang buat mengantuk contohnya makan nasik lemak... opss. Makan parfait yogurt ke, granola / energy bar ke, potongan buah, cereal, protein dengan karbohidrat sikit dah ok.

3. Pilih makanan tinggi fiber.
Sebab mampu buat kita kenyang lebih lama dan tak craving for more foods. Pilihan terbaik untuk sarapan atau minum petang adalah Energizing Soy Protein (ESP). Tinggi fiber dan protein, dengan nilai GI yang rendah. Nak campur dengan apa-apa jus pun boleh. Atau bancuh dengan milo. Kalau saya bancuh dengan air suam aje.

4. Ambil omega-3.
Omega-3 selalunya diperolehi daripada ikan salmon dan tuna, minyak jagung, kacang walnut. Yang pentingnya omega-3 bantu tubuh menyimpan karbohidrat dalam bentuk glikogen (sumber tenaga dalam badan yang lebih baik daripada lemak). Omega juga baik untuk tingkatkan fungsi otak. Maka buat kerja pun efisien gitu. Kalau rasa kurang makan ikan atau apa-apa sumber omega-3 yang lain, ambil suplemen minyak ikan macam Omega Guard Shaklee. Sambil tu boleh bakar lemak juga :)

5. Kekal hidrat. 
Minum air secukupnya. 2-3 liter sehari. Air masak, sup, jus termasuk la sekali. Bukan air manis berkarbonat ye. Sebab aliran darah dalam badan kita perlukan air yang cukup untuk melancarkan proses-proses tubuh. Jangan risau kalau kena ke tandas selalu, minum banyak mestilah buang pun banyak. Takpe, tu salah satu cara badan menyingkirkan toksin dalam badan. Kalau nak kekal hidrat lebih lama, boleh juga ambil Performance Drink Shaklee, lebih baik daripada minuman isotonik lain yang tinggi gula.

Kalau mengantuk lagi, bawak-bawak la berjalan-jalan kejap atau basuh muka ke ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk info tentang produk Shaklee atau peluang bisnes menjana duit ekstra setiap bulan, boleh hubungi:

Zaila Hafni
Whatsapp 019-4603094
Pengedar sah Shaklee Kota Kemuning, Shah Alam
Shaklee Business Advisor untuk #projek2ribu





Lecithin vs Omega Guard semasa Mengandung

Teks: Zaila Hafni
Imej: bumpsandbaby.com

Pagi ini, dapat satu mesej Whatsapp daripada kawan. Kawan saya ni doktor kat Kelantan. Alhamdulillah dia ok, terkesan banjir adalah tapi sedikit saja.

Dia tanya pasal suplemen Shaklee untuk ibu mengandung. Memang tepat lah saya nak jawab sebab saya dalam situasi tu sekarang :)



Kawan: 
ESP dengan Lecithin boleh tak diambil waktu mengandung? Ke tak digalakkan?

Saya (selepas sedikit kajian beserta pengalaman):
ESP insha Allah boleh, jangan lebih 3 sudu sehari. Moderate saja tau. Lecithin, aku tak galakkan sangat. Kalau nak kuruskan badan sikit masa mengandung, lebih baik ambil Omega Guard.

Kawan:
Itu lah aku terbaca jugak pasal benefit of Lecithin in pregnancy, katanya ni ada choline yang bagus untuk pembaikan sel. But apa yang aku belajar Lecithin never come across as an essential part during pregnancy.

Saya:
Kan...sebab tu aku pun tak galakkan sangat Lecithin masa mengandung. Lepas bersalin ambik better, sebab selain bantu bakar lemak, boleh lancarkan pengaliran susu - kalau saluran susu tersumbat atau kerap sangat bengkak susu.

Kawan:
What's your advise suplement Shaklee for pregnant mother?

Saya:
Aku cadangkan B Complex + Vitamin C + Vitalea + ESP + Ostematrix. In fact tu yang aku ambil sekarang pun. Masuk trimester 2 atau 3, nak start ambil Omega Guard.

Sekian perbualan kami. Hehe.


Lecithin vs Omega Guard semasa mengandung

Kalau niat nak bakar lemak masa mengandung, instead of Lecithin, baik ambil Omega Guard. Sebab Omega Guard selain bertindak bakar lemak, juga amat baik untuk perkembangan otak baby dan ibu juga. Maklum la Omega Guard ni minyak ikan tulen. Kalau biasa dengar Neuro Gain -- haa inilah 'neuro gain' Shaklee, si Omega Guard ni :)

Boleh baca lanjut pengalaman akak ni tentang Lecithin dan Omega Guard untuk ibu mengandung:
Makan Lecithin ketika Hamil - Boleh Ke?


Cadangan Full Supplement Set untuk Ibu Mengandung

> Ostematrix: 
Tablet kalsium, penting bagi ibu mengandung tak susah nak telan susu (major source of calcium). Boleh ambil 2-4 tablet sehari untuk keperluan kalsium ibu dan baby.

> Vita-lea:
Multivitamin dengan formula iron (zat besi). Macam obimin tapi Vitalea ada tambahan iron khas untuk naikkan bacaan hemoglobin (bagi yang kurang darah - low Hb). Masa pregnant ni, Hb saya borderline, jadi klinik provide Zincofer. Iron dalam tu terlalu tinggi - saya tak tahan. Pening dan meloya. Jadi saya ganti dengan Vitalea - 2 biji sehari. Kalau dah ambil Vitalea, jangan ambil Obimin atau Zincofer ye.

> ESP:
Sangat baik untuk ibu mengandung yang ada diabetes (GDM), sebab kadar pelepasan tenaganya perlahan...jadi paras glukosa tak mencanak naik. Saya ambil ni untuk bagi tenaga dan cergas sepanjang hari. Baik diminum sebagai early breakfast. Lately, saya suka mix dengan kurma. Rendam 3 biji kurma dalam air panas, then hancur-hancurkan kurma tu. Keluarkan biji. Tambah air masak sikit untuk jadi suam, then masukkan 2 sudu ESP. Kacaukan. Sedap sangat.

Ostematrix + Vita-lea with Iron Formula + Energizing Soy Protein (ESP)


> Vitamin C: 
Untuk kurangkan gusi berdarah, cegah selsema, batuk, sakit tekak, kerap demam. Masa mengandung even batuk sikit pun dah rasa seksa kan. Vitamin C lagi untuk cantikkan kulit juga. Selain tingkatkan immune system. Sebiji sehari. Kalau dok bersin-bersin, up jadi 2 biji.  
Sustained Release Vita-C


> B Complex: 
Elok diambil sejak merancang nak mengandung lagi. Let say 2-3 bulan sebelum. Sebab B Complex ni jugak ada folic acid untuk cegah kecacatan saraf tunjang pada baby (spina bifida). Ambil awal untuk bekalan awal dalam tubuh ibu, dan ibu kena teruskan hingga bulan ketiga kehamilan untuk pastikan perkembangan saraf tunjang anak yang baik semasa dalam kandungan.

Satu lagi, B Complex mampu bantu ibu lebih tenang, bertindak sebagai mood booster dan mengurangkan kemurungan. Kiranya semua benda tu fikir positifffff je. Boleh kurangkan stres dan tekanan.
B-Complex with Folic Acid


> Mealshakes: 
Untuk ibu mengandung yang agak teruk alahan atau morning sickness. Kalau kerap loya dan muntah-muntah, tak ada selera makan - boleh ambil MS. Bantu beri tenaga dan bekalkan nutrien penting untuk ibu dan baby. Memang masa 3 bulan pertama kita selalu tak lalu makan, tapi, dalam masa 3 bulan itulah baby sedang berkembang, yang mana ibu terpaksa beri nutrien yang cukup untuk perkembangan anak. Saya dulu pun paksa je telan makan walaupun tak lalu niiii. Memikirkan anak. Dulu tak tahu MS ni, so telan jugak la nasi dan yang sewaktu dengannya. MS ni macam multivitamin dalam bentuk serbuk. Dengan rasa vanila (dan sedap bau macam aiskrim). Dan sangat lah digalakkan ambil MS kalau anda nak telan susu mengandung lain pun muntah segala. Saya memang tak ambil susu mengandung. Tak tertelan langsung. Manis pulak tu. No no no.

> Omega Guard: 
Ni minyak ikan. Bukan minyak HATI ikan. Ni minyak ikan tulen bang! Eh. Selalunya bila dah masuk trimester 2-3 baru ambil ni. Saya plan nak ambil masa 7 bulan ke atas. Omega Guard selain untuk bakar lemak (baca: kurus), ibu mengandung elok ambil untuk membina sel otak bayi (dan otak ibu juga...kan selalu banyak urat putus selepas bersalin nanti huhu). Tapi hati-hati ye, kalau anda ada sejarah selalu bleeding, better hold dulu Omega Guard ni, sebab takut bertambah lagi risiko bleeding tu. Apapun tanya doktor dulu sebelum ambil, ok?

Meal Shakes + Omega Guard

Semasa mengandung, kita bukan sahaja jaga kesihatan diri, tapi juga untuk anak dalam kandungan. Yang paling penting, protein dan kalsium. Protein untuk pertumbuhan anak dan juga tenaga untuk ibu. Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi anak - yang mana kalau badan ibu kekurangan kalsium akan menyebabkan sakit-sakit badan, kejang otot, gigi luruh dan sakit pinggang sebab baby menyerap kalsium daripada tubuh ibu. 

Ibu mengandung perlu sihat, cantik, segar dan ceria! Selamat menempuh alam mengandung dengan jayanya :D

Kalau nak tahu harga set di atas, atau mahu mencuba atau nak beli untuk isteri anda - boleh hubungi saya Zaila di 019-4603094.

Anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dan cara pengambilan suplemen dengan betul, insha Allah. 

Saya pengedar sah Shaklee kawasan Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Sek 19-20 Shah Alam.

Produk boleh COD di kawasan di atas, atau dipos terus ke rumah anda.


Salam Maulidur Rasul 1436H

Teks: Zaila Hafni
Sumber: Youtube & Google

Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jika belum atau jarang-jarang, mula sekarang. Yang dah biasakan diri, ganda-gandakan dan teruskan :)

Kalau masa sekolah dulu, sambutan Maulidur Rasul sinonim dengan perarakan, alunan selawat dan pertandingan nasyid. Ye - saya dulu masuk kumpulan nasyid tau. Those good old days hehe.

Sekarang ni, macam-macam jenis alunan selawat kita dapat dengar. Sedap pulak tu. Saya selalu dengar UNIC. Eh UNIC sekarang tak sama macam dulu. Lagu-lagu depa sedap tau. Sambil kita dengar, kita terikut sama. Tak sedar kita dok sama-sama ikut selawat.

Moh sama-sama banyakkan selawat hari ini. Saya suka yang ini:





Nota Syukur (Kelebihan Berselawat)



Awasi Simptom Penyakit Bawaan Air Ketika Banjir

Teks: Zaila Hafni
Imej: Kementerian Kesihatan Malaysia

Banjir sudah mulai surut di sesetengah kawasan, namun masih ada lagi kawasan yang masih belum reda.

Biarpun banjir makin pulih, tapi harus diingat, impak dan fasa pemulihan pasca banjir amat penting dan besar.

Semoga semua mangsa TABAH.

Dalam pada itu, awasi juga penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air yang boleh mengancam kesihatan orang dewasa tambah lagi kanak-kanak.

Antara penyakit yang berisiko ketika banjir adalah cirit-birit dan demam kepialu (taun).

Awasi simptom-simptom berikut (jika berterusan) dan berjumpalah pakar kaunseling atau doktor:

- Resah gelisah
- Kurang bermaya
- Marah
- Murung

Simptom-simptom lain yang berkaitan dan perlu diambil perhatian, terus ke hospital jika berlarutan:

- Loya, muntah
- Cirit-birit
- Perut meragam
- Sakit otot
- Demam tinggi
- Masalah pernafasan (sesak nafas, sakit dada)

Ini kerana, air banjir mengandungi pelbagai bahan beracun yang juga berbahaya kepada kesihatan (bangkai binatang hanyut, sisa najis dan sebagainya). Apabila air surut, pertumbuhan kulat pada batang kayu atau papan juga boleh mengganggu sistem pernafasan, apatah lagi bagi pesakit asma. Juga hati-hati dengan besi karat dan paku yang terdedah.

Satu lagi penyakit berjangkit yang berisiko tinggi pada mangsa banjir adalah demam kepialu (taun atau tifoid).

Demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S.typhi) yang terdapat dalam najis atau air kencing pesakit - yang boleh mencemarkan bekalan air atau makanan.



SEGERA ke hospital jika anda mengalami atau ada orang di sekeliling anda yang menunjukkan simptom-simptom demam kepialu seperti:

- Sakit kepala yang amat sangat
- Perut sakit dan meragam
- Sembelit diikuti cirit-birit
- Demam tinggi yang berterusan selama 3 hingga 4 minggu
- Badan ditumbuhi ruam
- Mengantuk
- Cakap merapu / merepek
- Tidak sedarkan diri
- Pendarahan pada bahagian yang dijangkiti

Awasi juga anak-anak supaya tidak bermain air banjir untuk mengurangkan pendedahan kepada pelbagai masalah kesihatan.

Rujukan: Portal 1 Klik (maklumat daripada Utusan Malaysia)

Untuk maklumat lebih terperinci tentang demam kepialu - lagi simptom dan langkah pencegahan DI SINI.

=========================================================================

Dapatkan bekalan air bersih dengan penapis air yang:

 + Mudah alih
+ Murah (kurang daripada RM500)
+ Tidak perlu pemasangan yang rumit
+ Mudah diselenggara (hanya tukar filter)
+ Tak perlu elektrik

GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE


Dan mencuci rumah atau kelengkapan rumah dengan cecair pencuci organik yang:

+ Tidak bertoksik
+ Lembut pada tangan
+ Tiada pewangi (sesuai untuk yang alergik)
+ Tidak berklorin
+ Berkuasa menanggalkan kesan degil 
+ Terbiodegradasikan
+ Tidak berfosfat

BASIC H2 ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE


Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian produk di atas.

Zaila Hafni
Pengedar Sah Shaklee Kota Kemuning, Shah Alam
SMS/Whatsapp 019-460 3094






5 Cara Merawat Kulit Tanpa Krim Mahal

Teks: Zaila Hafni
Imej: Carian Google

Ada sesapa yang ada stok suplemen vitamin E kat rumah? Tak kisahlah ler makan ke tidak, kalau ada tu pun dah cukup bagus menunjukkan yang anda mementingkan kesihatan dan kecantikan serta kebahagiaan rumah tangga. Ewah.

Tapi saya nak share pasal vitamin E dan kecantikan ye hari ni, tuan-tuan dan puan-puan.



Ye, vitamin E. Bukan vitamin C aje untuk cantik. Tapi kalau gabung dua2 memang lagi kebaboom ler kulit cik kak sekalian.

Ok, vitamin E selain dimakan melalui mulut, boleh diguna direct daripada kapsul. Boleh apply kat kulit terus.

Caranya?

1. Ambik 3 kapsul dan asingkan daripada botol suplemen anda. Letak atas paper towel. Guna jarum untuk cucuk lubang kecik pada setiap kapsul dan picit vitamin E tu dalam bekas kecik hingga kosong kapsul tersebut. Lepas tu masukkan 1 sudu kecik minyak zaitun supaya lebih mudah nak disapu pada kulit.

2. Tekapkan campuran tadi dengan lembut di sekitar mata, dahi dan mulut untuk kurangkan kedutan (best ni) dan membaiki kedut-kedut muka. Satu kajian University of Maryland Medical Centre menyatakan vitamin E tulen mampu bantu kurangkan kulit kasar, kedutan dan garis halus.

3. Sapu pada bahagian badan yang lain contohnya parut besar atau yang nampak stretch mark yang ketara. Boleh sapu sehari sekali. Ingat ye, bagi setiap 3 kapsul, tambah 1 sudu teh minyak zaitun. Kalau untuk parut dan stretch marks ni jika tak cukup 3 kapsul, tambahkan lagi.

4. Sapu pada muka untuk kurangkan sun burn. Sebab vitamin E bantu melembapkan semula kulit yang kering akibat terdedah pada matahari dan boleh meredakan sun burn yang teruk. Cuba simpan kapsul dalam peti sejuk sebelum pecahkan untuk bagi kesan sejuk.

5. Bagi kes kulit kering, ekzema atau psoriasis, boleh sapu terus vitamin E tu tak payah mix dengan minyak zaitun pun takpe. Vitamin E tulen bantu lembapkan kulit jadi jimat kena beli krim yang mahal-mahal.

Sumber info: livestrong.com


=========================================================================

Vitamin E adalah promo item untuk bulan Disember 2014. 

PROMO SET #1
Beli 6 botol, percuma 1 botol (yang bernilai RM149)
FREE Membership
Layak CASH back

PROMO SET #2
Beli 2 botol dengan potongan harga 5% (Jimat RM14.90)

Promosi tamat pada 30 Disember 2014 - tinggal 5 hari lagi!

Untuk pembelian, boleh hubungi saya:

Zaila Hafni
PM/Whatsapp 019-460 3094
PM di Facebook: Mudahnya Jadi Sihat



I Know What You Did in My Womb

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Few weeks ago, terjumpa video ni. Bila tengok...Subhanallah. Terus whatsapp hasben bagi dia tengok jugak apa anak dia buat dalam tu. Bergenang air mata. Rasa macam tengah communicate dengan anak dalam perut.

(Bukan drama tau).

Video ni bermula dengan bagaimana berjuta-juta sperma berenang menuju ovum (telur). Ok, part ni sampai ke part implantation semua saya dok terbayang Biology notes bab pembiakan. Kiranya dok identify:

Ni la rupanya proses persenyawaan...
Ooo sel-sel ni membahagi cam gini...
Tu blastosista tu...
Hah ni implantation!

Ok. Maafkan graduate Biology dan juga seorang editor Biologi. Haha.

But it's good learning through video :)

Video ni tunjuk detail daripada mula sperma berenang masuk ke salur Fallopio - persenyawaan - bayi membesar dalam perut - melahirkan.

Memang kuasa Allah sangat besar. Insaf juga tengok ni, betapa complicated seorang manusia tu dijadikan di dalam perut manusia lain yang sempit yakni ibunya. Yang mana setiap yang dimakan dikongsi, setiap degup jantung dirasa. Punya dekat mak dengan anak. Sebab tu orang kata perangai dan emosi mak ketika mengandung mempengaruhi anak dalam kandungan, sebab anak sangattt dekat dan sentiasa dengan mak selama 9 bulan.

Part kejadian bayi hingga cukup sifat tu ok lagi, saya masih terbayang nota Biologi saya. Bila masuk part 6 bulan ke atas, dah sempurna sifat, dah mula occupy the space, dah mula ada aktiviti... haa baru saya tau kenapa kadang-kadang saya rasa tersentak-sentak, ngilu kat pusat, perut sekejap terbonjol sekejap berombak-ombak.

Baby dalam perut macam-macam kegiatan dia kalau nak tahu.

Bab tendang-menendang biasa lah. Dia berpusing-pusing. Main tarik-tarik tali pusat. Sekejap kat kanan, sekejap kat kiri...sementara boleh muat. Kadang-kadang tegang sungguh rasa perut - agaknya macam kepingan getah ditarik-tarik slowwwww motion gitu. Ubat terbaik masa ni adalah duduk atau baring dan mengurut perut. Keraih oo rasa perut masa tu.

Bila dah tengok video ni, rasa tak sabar puloak nak jumpa dia. Tapi ada masa taknak dia keluar supaya dia selalu dengan kita (ni drama sikit).

Mak-mak, jagalah kesihatan. Pantang makan sikit tak apa. Kot teringin sangat, makan tapi jangan berlebih. Jangan tinggalkan vitamin. Anak kita bergantung pada kita.

Berapa banyak kita taknak makan, culas ambil vitamin - cuba fikir anak. Mak memang kena kuat.

Dengan muntah, loya, pening, sakit-sakit badan, bengkak sana-sini, tulah part and parcel of being a mom.

Usahakan jadi ibu mengandung yang sihat dan bertenaga (saya juga berusaha mengekalkannya kini). 40% je kot vitamin tu semua bantu, selebihnya mindset kita sendiri sama ada pilih nak jadi sihat atau tidak.

Saya tahu keadaan semua ibu tak sama, tapi saya pasti setiap keadaan itu ada cara mengatasinya. Allah Maha Kaya - Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Ok jangan sedih-sedih sangat. Enjoy this video. Hayati kebesaran Allah. There are life in our womb!


My favourite video. Selalu ulang tengok ni kalau rasa rindu nak tengok apa anak buat dalam perut.

========================================================================

Apa vitamin yang perlu ambil ketika mengandung, menyusu dan berpantang?

Ibu-ibu boleh ambil ini:

SEMASA MENGANDUNG

Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP / Mealshakes, Ostematrix, Peppermint Ginger, Omega Guard

SEMASA MENYUSU / BERPANTANG

Top up dengan yang di atas - Zinc, Alfalfa, Lecithin


Hubungi Zaila 019-460 3094 (SMS/Whatsapp) 
atau emel hifzaila.hafni@gmail.com 
untuk pertanyaan produk Shaklee dan nasihat cara pengambilan semua vitamin di atas. 

Saya pengedar sah Shaklee 
kawasan Kota Kemuning, Bukit Rimau, Seksyen 19-20 Shah Alam, Selangor.



4 Sebab Kenapa Vitamin E dan C Sangat Perlu Diambil Bersama

Teks & Imej: Zaila Hafni


Kita tahu vitamin E dan C perlu untuk kulit cantik (atau untuk kesihatan kulit). Tapi, kenapa vitamin E dan C?

Antara sebabnya, yang saya baca di Livestrong.com:

1. Kedua-dua vitamin meningkatkan fungsi tisu badan. 

Vitamin C bantu dalam komunikasi di otak manakala vitamin E bantu kawal pengecutan salur darah. Tapi, yang lebih penting, kedua-dua vitamin ini bekerjasama dengan baik kerana mempunyai persamaan dan saling melengkapi peranan masing-masing dalam memastikan tubuh kita kekal sihat.

2. Vitamin E dan C berkolaborasi sebagai antioksidan. 

Apakah fungsi antioksidan? Untuk bantu kurangkan kerosakan pada sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Sel yang rosak menghalang sel tersebut berfungsi dengan optimum yang mana lama kelamaan boleh menyebabkan kematian sel. Vitamin E berupaya bertindak sebagai antioksidan dan mengalami regenerasi hanya selepas pulih daripada kerosakan akibat radikal bebas sebelum dapat berfungsi dengan baik semula. Maka vitamin C dalam sel akan mengembalikan fungsi antioksidan itu seterusnya terus menghalang kerosakan pada tisu badan.

3. Kebaikan berganda untuk kulit. 

Kedua-dua vitamin melindungi sel kulit daripada sinar matahari kerana kedua-duanya meneutralkan radikal bebas yang terhasil semasa kulit terdedah kepada sinar matahari. Ada kajian mengatakan kombinasi kedua-dua vitamin menghalang kulit yang terdedah kepada sinar matahari dengan lebih baik berbanding vitamin C atau E sahaja. Rupanya kedua-duanya sama-sama mengekalkan kolagen yang sihat (kolagen adalah penting untuk kekuatan kulit). VitaminC bantu hasilkan kolagen yang diperlukan oleh kulit sihat dan vitamin E diperlukan untuk mengekalkan pindah silang yang sempurna antara serabut kolagen.

** Promo Collagen Powder: Beli 3 kotak percuma 1 kotak sepanjang Disember 2014 sahaja. Keahlian percuma + cash back.


4. Meningkatkan sistem imun.

Bantu menghalang penyakit berjangkit. Peranan vitamin C bukan sahaja pada kulit tetapi juga untuk kekalkan keimunan. Bantu menggalakkan pertumbuhan sel imun; dan vitamin C dan E kedua-duanya mengawal fungsi sel imun tersebut. Vitamin C merangsang pembebasan interferon (bahan kimia dengan ciri antiviral) manakala vitamin E mengekalkan sistem imun yang sihat semakin kita lanjut usia.


Nampak tak keberkesanan pada tubuh kita bila vitamin C dan E diambil bersama? Sebab mereka saling melengkapi peranan masing-masing. Salah satunya tak boleh berfungsi dengan maksimum tanpa kehadiran yang satu lagi. Complement each other gitu.


Dan elok sangatlah bulan Disember ni, vitamin C dan E dipromosi bersama!

Untuk lebih kebaikan, tambah kolagen. Memang kulit cantik menjelang tahun baru jika diamalkan dengan konsisten.

Mulakan kecantikan dari dalam. Lebih kekal, lebih semula jadi.

Untuk pembelian Set Kulit Cantik ini, hubungi Zaila 019-460 3094.

Promosi tamat 31 Disember 2014. Jangan sampai terlepas! 

Collagen Powder takkan ada di pasaran sehingga hujung tahun 2015. Jadi inilah masanya untuk stock up kolagen anda ☺



Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup.

Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan.

Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh menyerang dalam diam tanpa kita sedar. Makan tu boleh, tapi tak boleh berlebihan. Kalau dah terlebih tu, kenalah kurangkan atau nyahkan. Tak elok simpan dalam badan lama-lama. Toksik.

Sama juga bagi ibu menyusu. Sebenarnya tak ada pun makanan spesifik yang mampu menghasilkan banyak susu. Bergantung kepada tubuh ibu itu sendiri sama ada serasi atau tidak. Dan yang paling penting dalam menghasilkan susu badan yang banyak adalah kena stress free atau kena HAPPY. Bila happy, susu akan terhasil lebih banyak, insya Allah. Saya pernah melalui keadaan begini dan saya pun terkejut juga. Tapi memberi pengajaran pada saya bahawa emosi dan nutrisi ibu paling penting dalam memastikan susu badan terhasil dengan jayanya, di samping konsep suppy and demand. Kalau tidak, tak berhasil juga.



Syukur. Syukur banyak-banyak ye ibu yang susu badan banyak tanpa perlu bantuan apa-apa makanan. Alhamdulillah. Itu yang terbaik. Maksudnya ibu happy, makan cukup dan seimbang, cukup rehat, tiada penyakit yang boleh mengganggu proses penyusuan.

Tapi... ada ibu yang tidak dikurniakan nikmat begitu oleh Allah. Rezeki masing-masing, kan. Fitrah kerja yang menuntut komitmen tinggi, emosi terganggu, makan tak menentu atau masalah-masalah penyusuan yang lain (tapi bukan sengaja tak mahu menyusu ya). Bayangkan betapa ibu begini terpaksa pastikan anak cukup susu walau apa sekalipun. Dan jalannya dengan berikhtiar menambahkan zat dalam badan dan mengawal emosi supaya tenang dan happy - untuk teruskan penyusuan. Di sinilah bermulanya pencarian alternatif untuk tingkatkan susu.

Sebelum mencuba apa-apa, fikirkan ini - produk tersebut bukan untuk tambahkan susu, tetapi bantu ibu lebih sihat maka susu akan lebih banyak terhasil. Badan yang sihat dan cukup zat yang mampu tingkatkan susu badan. Bukan sebab produk tersebut. Ia hanya membantu ibu mendapat zat yang cukup dan lengkap supaya susu badan mampu dihasilkan mengikut keperluan anak.

2 tahun. Ada yang rasa sekejap, ada yang rasa lama. Dan sepanjang tempoh itu, ibu perlu sangat tabah dan kuat. Tuntutan ibu menyusu yang bekerjaya juga amat besar. Tapi, ramai yang mampu melaluinya dan berjaya. Mohon Allah mudahkan proses ini - untuk kelangsungan anak sepanjang hidupnya. Banyak pahala ibu. Banyak juga pahala ayah yang bantu dan sokong ibu tadi. Semoga anak tu nanti dah besar, tak lupa mendoakan ibu ayahnya.

Memang tak dapat tidak, mesti nak bandingkan diri dengan orang lain bukan. Susu dia banyak tanpa makan apa-apa makanan tambahan pun. Si dia ni, makan macam-macam tapi susu tak cukup juga. Di situ pun boleh stres. Bila stres, lagi lah susu kurang :(

Kurangkan membanding. Keadaan kesihatan atau tubuh setiap orang tidak sama. Keperluan anak masing-masing juga tak sama. Susu dia banyak, rezeki Allah pada dia. Alhamdulillah. Rezeki kita mungkin berbeza. Tapi jangan sampai kita putus asa. Allah Maha Kuasa.

Saya pernah rasa keadaan yang mana tanpa dan dengan makanan tambahan, susu badan bertambah; juga keadaan yang mana ambil makanan tambahan tetapi tetap merudum. Bukan salah makanan tambahan, salah sendiri. Emosi tak terkawal, makan tak jaga, makan makanan tambahan tak konsisten. Jadi, bukan salah apa atau siapa - diri sendiri. Itu hanya MEMBANTU melancarkan proses sahaja.

Jika anda mampu ada susu badan yang banyak tanpa ambil makanan tambahan, alhamdulillah. Jangan pandang serong ibu yang ambil makanan tambahan untuk tujuan itu. Kita tak tahu keadaan kesihatan dia atau kita di masa akan datang (bukan minta jadi masalah). Cuma masing-masing tetap kena bersyukur masih ada niat nak teruskan penyusuan.

Walau apapun kaedah yang anda pilih, semuanya untuk kebaikan anak, kan. Tahniah untuk semua ibu yang menyusu!

Saya suka berkongsi pengalaman penyusuan. Sebab saya akan dapat pelbagai pengalaman yang berbeza.

Kalau anda nak kongsi dengan saya, boleh PM/ Whatsapp di 019-4603094 atau drop email di hifzaila.hafni@gmail.com.


Double Promo Disember 2014 - Vitamin E dan C

Pagi ni, kemain semangat menunggu apa promo untuk Disember. Lama jugak menunggu, menjelang tengahari baru confirm. Vitamin mana yang promo bulan ni?

Vita-E Complex DAN Sustained Release Vita-C Plus!

Ye, double promo :D

Khas untuk mereka yang nak cantikkan kulit sebab kedua-duanya ini berfungsi dalam penjagaan kulit. Meh tengok sikit apa manfaat mereka berdua ni:

Vita-E Complex



> Untuk kurangkan jerawat pada kulit, resdung, ekzema dan kulit kusam
> Membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
> Mempercepat proses penyembuhan luka
> Melambatkan proses penuaan
> Bantu hilangkan parut / stretch marks pada ibu lepas bersalin
> Sesuai untuk ibu berpantang
> Mengurangkan risiko sakit jantung
> Sejenis anti-oksidan dan menghalang kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas

Harga sebotol: RM149.00 (120 kapsul)

Sustained Release Vita-C Plus



> Bantu kulit lebih sihat dan cerah
> Kurangkan jerawat, kulit bermasalah, resdung (alahan)
> Mengatasi nafas berbau
> Mengurangkan batuk, ulser, hidung berdarah
> Mengurangkan masalah tonsil
> Penting untuk pesakit gout dan batu karang

Harga sebotol: RM92.50 (180 tablet)



Kedua-duanya ada promosi dalam bulan ini:

Promo A: Beli 6 percuma 1

DAN

Promo B: Beli 2 (twin pack) dapat diskaun 5%

Untuk lebih penjimatan, hubungi:

Zaila Hafni
ID 1105265
019 460 3094








Antara Overnight Oat, Oat Pengganti Nasi dan Kolesterol

Teks & Foto: Zaila Hafni

Semalam berdiskusi panjang saya dengan group kawan-kawan ribena saya. Topik asal "weh camne ko buat overnight oat"terus berpanjangan hingga ke menu-menu oat yang lain sampai akhirnya ke paras kolesterol dalam badan.

Saya berkongsi menu overnight oat yang saya dapat from the leaders dan Instagram @esprience_it. Setakat ni saya hanya pernah buat oat kurma dan plum sahaja. Kurma memang ok tapi plum is quite a bad choice because the plum that we have is not ripe enough so its quite flavourless. Ok tinggalkan kisah menu oat saya.

Saya share beberapa pilihan menu overnight oat yang sedap untuk kawan-kawan saya cuba. Dengan strawberi, kurma of course, mangga, kiwi. Yang lebih suka oat savoury, saya cadangkan tabur ikan bilis goreng dan bawang goreng. Yummmm!

Ada kawan share makan oat dengan serunding. Another choice for savoury oat.

Basically, to prepare an overnight oat is so simple. Ini yang saya pernah buat:

Overnight Oat Kurma

2 skup susu kambing
1 skup ESP
1 cawan instant oat
3-4 biji kurma

Bancuh susu kambing dalam air suam. Kemudian masukkan ESP. Kacau kemudian masukkan oat dan gaul rata. Masukkan kurma yang telah dicarik-carik. Simpan dalam mason jar atau apa saja balang / bekas kaca yang ada. Tutup dan simpan dalam peti ais. Esok buat breakfast. Sodap.

Oat sebagai pengganti nasi. Campurkan oat dalam beras semasa nak masak nasi. Kawan saya dok amalkan cara ni untuk kurangkan kolesterol. Nasi yang kita makan pun lebih berkhasiat. Tapi untuk ni, kena guna cooking oat. Jangan guna instant oat pulak ye.

Kolesterol... dalam diskusi semalam, kawan saya kata antara tanda kolesterol tinggi dalam badan bila munculnya oil cyst di sekitar mata. Cer masing-masing check... kalau ada, amalkan lah pemakanan sihat dan kawal kolesterol. Cuba makan Phytocol-ST atau Omega Guard sebagai salah satu ikhtiar mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Sekian diskusi topik pemakanan sihat kami semalam. Banyak ilmu dapat dan dikongsi. Semoga bermanfaat untuk orang lain juga :)

Pertanyaan produk atau peluang bisnes bersama Shaklee, hubungi:

Zaila Hafni | 019.460.3094 | hifzaila.hafni@gmail.com

Sent from Blogger for Android

Sweet Enough Challenge

Teks & Imej: Zaila Hafni

Motivasi kena dicari dan di'refresh'. Memang takdenye motivasi tu nak lekat selalu. Kadang hilang, kadang datang balik dan kadang kena tangkap. Dan kadang lagi seronok dibuat beramai-ramai.

Pagi ini, kebetulan singgah blog Master Puteri. Nampak entri Sweet Enough Challenge. Oh inilah dia yang diorang tengah buat -- cabaran kurangkan gula dalam makanan untuk 14 hari.

Motivasi tu. Hehe.

Memang saya biasa buat (kurangkan gula) malah lebih daripada 14 hari, sebab nak kawal GDM masa mengandungkan Fuaad dulu. Ikut instruction yang dietitian bagi. Memang tough dan sukar mula-mula but now I've used to it. Memang kurang makan manis sekarang. 

So sesapa nak join the challenge, moh ler. Sempat lagi ni, start 15 September until 28 September 2014. Cuba tengok...sambil jadi lebih sihat, kita akan tambah ilmu pasal gula dalam makanan. Jangan tak tau, dalam makanan yang kita makan hari-hari, banyak gula ooo. Nasi putih, roti putih, kuih manis, teh tarik, roti canai, the list goes on. Tapi kita ada pilihan, ada alternatif. Itu yang saya buat dulu.

Tukar ke beras perang, roti gandum penuh, biskut tawar. Gula tiruan, menurut pakar pemakanan yang saya hadiri sesi ceramahnya, dia kata no such thing as sugar substitute macam stevia or Equ**. Kita kena biasakan kurang gula bukan ganti gula tu dengan yang lain. Dush! Kena batang hidung mak.

Tapi jangan salah faham. Kurangkan gula, bukan tak boleh ambil gula langsung tapi kena faham sumber gula baik dan berapa banyak yang perlu setiap hari. Takde langsung gula dalam badan nanti hipo pulak (tahap gula rendah - pitam). 

Sesiapa nak join challenge ni, follow Instagram @sweet_enough_challenge okeh!

Mari hidup dengan lebih sihat. Kita ada pilihan. 


Zaila Hafni
019-4603094

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Teks: Zaila Hafni
Imej: Carian Google

Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya

1. Macamana rupa peria katak?
Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different.


Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni.

2. Apa yang bagus sangat peria katak ni?
Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat.

3. Apa lagi khasiat peria katak?
Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni:

- berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan
- tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan
- mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes)
- tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan yang baik untuk anti-penuaan dan anti-kanser)
- membantu turunkan kolesterol
- mencegah jangkitan
- bantu atasi sembelit


4. Cara makan/minum peria katak?
- blend, minum jus (buang biji dahulu)
- blend, campur dengan jus epal hijau (untuk kurangkan pahit)
- rebus, minum air rebusan
- hiris nipis, dimakan mentah sebagai ulam
- hiris, kacau goreng (boleh tambah lobak merah dan dipecahkan telur)

Selamat mencuba!

=====================================================================

Kawal tahap glukosa darah dengan Set Diabetes.

Mengawal tekanan darah tinggi dengan Set Darah Tinggi.

Tanya saya tentang set -set di atas:
Zaila Hafni
019-4603094

Elakkan Ketika Hamil

Teks & Imej: Zaila Hafni

Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul?

Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan.

Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga.

Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini.

Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berperang dengan selera makan dan mood swing. Walaupun dalam keadaan kurang selera, ibu masih perlu makan untuk menyalurkan nutrien kepada anak. Cubalah untuk cari makanan yang boleh 'ditelan' walaupun kita kurang berselera. Dan perlu juga tangani mood kerana emosi ibu boleh mempengaruhi emosi anak juga.

Dengar macam susah, kan. Yang pernah alami, faham lah bagaimana kan. Tapi itulah pengorbanan ibu.

Ibu hamil kena usahakan untuk dapat segala nutrien tak kiralah dalam bentuk apa pun. Yang pasti, tidak membahayakan atau bagi mudarat. Dalam trimester pertama, jangan sebarangan makan.

Antara makanan yang perlu dielakkan:

* Makanan laut yang tinggi merkuri (swordfish, yu, king mackerel)
Perlu dielakkan kerana risiko kandungan merkuri yang tinggi. Tuna atau tuna dalam tin boleh dimakan, juga dalam kuantiti kecil/sederhana saja. Sama juga dengan makanan laut lain (udang, ikan pollock, ikan bilis, ikan salmon) masih boleh diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan laut lain seperti kerang, saya cuba elak sebab faktor kebersihan. Sotong atau ketam pun boleh tetapi pastikan bersih dan dimasak sempurna (elok masak sendiri lah)

* Keju dari jenis brie, feta, blue
Melainkan ada tulis 'dipasteurkan' pada pek, tapi kalau was-was, tak payah makan lah kan. Keju jenis lain ada lagi :)

* Makanan rapu, jajan, makanan segera
Kerana kandungan perasa dan pewarna yang tinggi tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi

* Minuman berkafein
Boleh diambil dalam kadar minimum (contohnya tak lebih 2 cawan sehari) tetapi meninggalkan terus lebih baik sepanjang tempoh hamil

* Makanan sejuk dan berangin
Dalam trimester pertama, ibu kerap kembung/angin, jadi kurangkan makanan berunsur ini. Contohnya sayur tauge, kobis, kangkung dan legum (kacang panjang, buncis). Cempedak pun angin. Kalau nak makan cempedak goreng tu, agak-agak lah ya. Maklum la musim cempedak meriah skarang kan.

* Teh herba
Melainkan arahan doktor. Tapi macam ada juga teh herba untuk ibu hamil, cuma saya tak pasti lah boleh beli di mana.

* Alkohol
A big no. In fact masa keadaan sihat pun memang tak boleh minum kan. Harammmmm.

* Buah atau sayuran yang tidak dibasuh
Basuh bersih dulu sebelum makan. Kadang-kadang ada bakteria penyebab penyakit kat situ.

* Daging, makanan tenusu atau telur yang tidak dimasak
Boleh bagi keracunan makanan kalau ada bakteria penyebabnya. Anak yang dikandung boleh kena kesan kalau ibu keracunan makanan. Mintak simpang.

Berhati-hati pilih makanan ye. Tak jadi apa pun kalau tak makan ni. Kena sabar kejap ye. Berbaloi pantang makan ni. Ibu sihat, mak pun sihat.

Jom kita sama-sama sihat!

Zaila
019-4603094



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...