Showing posts with label Working-at-home-mom (WAHM). Show all posts
Showing posts with label Working-at-home-mom (WAHM). Show all posts

Nota Syukur 23: EL

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Anakanda yang nombor 2 tu tak berapa sihat. Jadinya merap dan melepek saja dia. Memang totally opposite dengan perangai dia yang aktif dan bertenaga manjang tu.

Badan dia dedar dedar sejak semalam. Bahagian atas badan, panas. Belah bawah sejuk. Ini, kalau tak tonsil merah nak bengkak atau salah urat.

Dulu- dulu kalau anak dalam keadaan macam ni, taska dah call dah. Kita yang dok kalut meet deadline memang dah gelabah dah. Nak EL, nak time off... memang serba salah. Tapi hati pun tak senang.

Serik dah jadi macam tu. Bila terpaksa buat pilihan antara kerja dengan anak. Tapi kalau orang atas atas faham atau berada dalam situasi sama, maybe ok je. Yang tak berapa ok bila orang tak faham. Kita lah kena faham faham sendiri.

Buat masa ni, boleh monitor sendiri kesihatan anak tanpa perlu sakit kepala fikir EL - kesyukuran terbesar. Cuma rutin rumah berubah dan huru hara sikit sebab budak tak sihat memang keja merap dan serba tak kena.

Tu je kena bertabah sikit.

Tip Lipat Baju Pantas

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Lepas raya ni, ada banyak tak baju bertimbun nak kena lipat? Mesti ada khennnn... hari tu sibuk beraya kat kampung, sekarang ni asal weken dah sibuk open house raya pulak. Celah mana nak lipat kain?



Ok meh akak nak share cara lipat kain yang pantas diperturunkan daripada mak mentua akak.

Tip paling utama untuk percepat proses melipat atau menggantung baju adalah -- baju dah SEDIA DITERBALIKKAN.

Akak mula-mula tak percaya tip mak mentua ni tapi itulah dia rahsia beliau uruskan baju bajan dengan begitu pantas dan efisien. Mak mentua tak ada baju bertimbun tak berlipat ye. Hari-hari lipat kain weh. Akak is kagum yakmat!

Maka akak pun folo tip ni. Masa nak jemur kain, baju semua dah diterbalikkan. Kecuali tshirt berkolar atau seluar tebal sebab takut bahagian dalam lambat kering. Lain-lain baju anak, tshirt round collar, seluar tido semua akak dah terbalikkan siap-siap. Jadi masa kita angkat kain tu nanti banyak baju dah siap terbalikkan tinggal nak lipat atau gantung saja. Sebenarnya nak terbalikkan baju masa dok lipat tu kadang yang ambik masa menjadikan kita dok lipat baju lama sangat atau tak sudah-sudah, betui dak?

Cubalah try kalau tak percaya.

Ikutkan mak mentua akak, sebelum masuk mesin basuh lagi beliau dah terbalikkan dah. Lagi maju. Akak ikut dan, kadang masa basuh tu main masuk je dalam mesin kahkah. Masa sidai baru akak terbalikkan. Boleh la jugak. Tapi kalau masa basuh dah terbalikkan, nak menjemur jadi cepat la. Mana-mana sempat la.

Begitulah tip nya.

Tapi, ada yang kata karang basuh baju tak bersih pulak atau nanti warna baju cepat pudar bila dijemur bahagian depan.

Hmm terpulanglah. Pada akak ok je cara ni, so akak folo je macamana mak mentua akak buat.

Tapi satu lagi cara nak lagiiii cepat urus baju ni (yang ni tak folo mak mentua tau), baju anak-anak akak masukkan dalam bekas/bakul masing-masing tanpa dilipat pun. Tapi dah siap diterbalikkan dah la pastinya! Hahaha. Akak lipat baju akak ngan hasben je. Opssss. Takpalah kan janji setel dan senang nak ambik.

Sekian tip lipat baju yang dibawakan khas oleh menantu yang tak boleh lawan skil mak mentua dia lipat baju terpantas. Kihkihkih


Animasi Kanak-kanak Terbaru - Omar dan Hana

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Sejak Omar dan Hana ni release few videos, rancaklah akak download sebagai tatapan dan hiburan kanak-kanak ribena di rumah ni.

So far, menghiburkan. Anak-anak pun suka.

Konsep lagu macam Didi and Friends since company yang sama jugak develop Omar dan Hana ni.

Animasi ni lebih islamik dan kartun dia pun chomel ngatttt!

Oklah tak mau cakap banyak. Tengok video ni. Kalau suka, cer bagi anak tengok. Hehe

Alhamdulillah!


Pendaftaran Pra Sekolah

Teks: Zaila Hafni

Semalam, alhamdulillah berjaya submit borang Pra Sekolah untuk anak sulung akak. Haaa rasa macam dah up pangkat mak dah bila anak dah nak mula sekolah.



Tapi, ni baru pra. Dan anak baru 5 tahun pun. Tapi sebab sekolah kata boleh cuba apply, akak cuba ajelah.

Sebenarnya, untuk pra sekolah, anak yang umur 5 dan 6 tahun pada tahun hadapannya boleh je apply. Tu sekolah yang dekat rumah akak ni lah. Sekolah lain akak tak pasti. Tapi rasanya mana-mana sekolah rendah gomen boleh kot.

Keutamaan tempat akan diberi untuk anak yang umur 6 tahun, tapi kalau ada kosong, sekolah akan pilih budak 5 tahun. Sebab tu apply je mana tau ada rezeki dapat. Or else, senang nak apply tahun depannya pulak since dah ada rekod di sekolah.

Macam kat sekolah yang akak apply ni, akak nampak banner permohonan pra sekolah kat depan sekolah tu haa. Jadi, pegi la pejabat sekolah nak ambik borang.

Borang tu isi bagi lengkap, attach segala salinan dokumen yang perlu.

Macam borang anak akak ni, salinan dokumen yang perlu macam Mykid dan surat beranak anak, IC mak ayah, surat nikah mak ayah, slip gaji, bil utiliti (air/elektrik). Semua salinan ni kena disahkan ye.

Lepas tu, isi borangnya. Dalam borang ada macam-macam details lah pasal maklumat keluarga.

Satu yang kena ingat, pemilihan bergantung pada ranking gaji mak ayah, daripada yang rendah ke tinggi. Jadi, keutamaan akan dibagi pada keluarga yang berpendapatan rendah dulu. Dan bilangan pelajar yang sekolah nak ambik dalam 25 orang je. Memang sengit la persaingannye ye tak. Tapi tak payahlah pikir bab tu, kita apply aje kan.

Ok, lepas dah complete isi borang, buat salinan dokumen dan sahkan semua, beli setem 80 sen dua keping dan dua envelope putih saiz 4" x 9". Tampal setem kat envelope siap-siap. Envelope tu pulak kena siap ditulis nama dan alamat sendiri. Agaknya senang keja pejabat sekolah nanti nak pos surat in case dapat ke tak dapat kan. Ikut aje arahan, kita mudahkan keja orang, insha Allah keja kita pun mudah juga.

Lepas dah siap tu pegi balik hantar kat pejabat sekolah, nanti kerani akan minta kita isi buku rekod permohonan pra sekolah. Lepas kerani dah puas hati dengan borang yang kita hantar, dah boleh balik. Tunggu je jawapan sama ada dapat atau tak.

Haaaa kalau ada rezeki dapat ni, tahun depan anak akak dah masuk sekolah weh! Akak pulak yang neves. Kihkihkih.

Apapun kita tunggu ajelah ye.

Tips 'Panjangkan' Masa untuk Working At Home Mom

Doa Waktu Pagi

Teks: Zaila Hafni

Sejak seminggu kebelakangan ni, saya dok terfikir macamana saya nak buat semua kerja yang harus saya selesaikan ni supaya sempat tiap-tiap hari. Memang tenggelam punca kejap nak buat itu, kejap nak buat ini.

Boleh katakan saya LOST.

Saya memang sangat perlu cara nak squeeze segala urusan kerja rumah termasuk urus anak-anak, urusan bisnes dan freelancing supaya seimbang tiap-tiap hari. Saya cuba atur sendiri tapi setiap kali itulah banyak tak berjaya daripada berjaya. Kadang-kadang letih juga, walaupun kerja dari rumah, jangan anggap wahm semua ni dok rumah makan tidur je ye. Trend wahm zaman sekarang, tak menang tangan macam-macam urusan kena buat. Urusan rumah tangga dan bisnes. Kalau silap perhitungan, lagi letih daripada yang kerja pejabat.

Allah dengar masalah saya, mungkin. Terlintas di newsfeed FB saya, ada orang share tentang Tips Panjangkan Masa Sehari. Memang excited sungguh la baca. Dan saya cuba praktik sehari dua ini.

Alhamdulillah. Rasa lebih tenang. Kerja lebih teratur. Cuma nak kena mantapkan dan kerja lebih pantas.

Disebabkan tips ini sangat berguna dan berkesan pada saya, saya nak kongsikan dengan semua yang membaca jika melalui masalah yang sama dengan saya.

Semoga bermanfaat. Saya kongsikan apa yang saya baca di ibusayaceo.com

Tips #1
Siapkan jadual untuk keesokan hari sebelum tidur.
Tulis dengan detail tugas esok. Jadual akan bantu kita bekerja lebih teratur dan tak serabut.

Tips #2
Berpagi-pagi dengan Al-Quran.
- Wajib amalkan membaca Al-Quran selepas solat Subuh.
- Jangan tidur selepas Subuh.

Tips #3
Solat sunat dhuha seawal pagi.
- Buat 4 rakaat jika mampu.
- 2 rakaat untuk sedekah kepada ruas tulang yang sudi menyokong gerak kerja kita, 2 rakaat lagi supaya Allah cukupkan keperluan dan yakin dengan rezeki Allah.
- Saya cuba buat dalam pukul 7.30 ke 8.00 pagi sebelum anak-anak bangun. Sebelum ni selalu terlepas dek menguruskan anak-anak.

Tips #4
Tunaikan permintaan anak dahulu.
- Bagi yang ada anak kecil, apa saja permintaan anak, turutkan dahulu. Niat dalam hati, ini tanggungjawab dan juga rezeki.
- Kita berada di rumah pun sebab nak jaga sendiri anak-anak. Jadi, selesaikan anak-anak dulu. Kalau tak, fokus kita akan terganggu dan kerja akan terbengkalai, kita pun stres.

Tips #5
Solat awal waktu
- Ini memang wajib diamalkan. Cuba dan rasa. Insya Allah memang kita akan terasa kita ada banyak masa padahal sama saja setiap hari 24 jam untuk semua orang.

Tips #6
Masak di awal waktu
- Bagi wahm yang memasak di rumah, mungkin boleh ikut cara puan ceo ni (saya ikut cara beliau).
- Masak 1 jam sehari sahaja sekali dengan kemas dapur dan basuh pinggan.
- Breakfast dan lunch untuk anak siap sebelum jam 7 am. Dinner siap sebelum Asar.
- Bersihkan dan potong siap2 bahan masak sejurus balik membeli. Jimat masa memasak.

Tips #7
Malam, tiada kerja rumah. Tidurkan anak kemudian sambung kerja. Puan ceo pelajar master, jadi dia buat kerja master waktu begini. Saya buat kerja freelance atau schedule kan blog dan fanpage. Cuma kalau terlalu penat, saya tidur dahulu. Bangun awal dan sambung kerja tertunggak.

Tips #8
Urusan bisnes di waktu pagi.
- Urusan macam packing, postage, check order, reply pm
- Hadkan guna FB waktu tertentu sahaja

Selesai 8 tips. Cuma saya tambah sikit tips yang saya dapat di FB melalui seorang peniaga online (saya terlupa namanya).

Tips tambahan:
Amalkan solat sunat sebelum Subuh. Selepas selesai solat, baca Surah Al-Balad 1x.
Teruskan dengan solat Subuh. Selesai salam, baca ayat 1-3 daripada Surah Al-Fath (doa mohon membuka apa yang tertutup). Boleh ulang baca 3x. Teruskan dengan istighfar dan doa macam biasa.

Saya baru buat 2-3 hari dan alhamdulillah kesannya memang saya rasa. Anda pun cubalah. Insya Allah, sebanyak mana kerja pun dipermudahkan.

Sumber: http://ibusayaceo.com 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...