Nota Syukur 20: Tanah

Teks & Foto: Zaila Hafni

Selama ni dok rumah yang takde tanah atau sikit benor tanahnya, kali ni Allah bagi rezeki dok rumah yang ada tanah tepi yang agak luas jugakla.

Masa mula duduk, memang excited la nak bercucuk tanam la gitu la gini la. Dah duduk, menternak semak je jadinya! Hohoooo

Actually pokok daun kari, daun pandan, serai, kelapa, orkid -- memang dah ada. Tuan rumah dulu tinggalkan. Tinggal nak jaga tapi akak kadang tak terjaga. Kahkah

Mujur yang semak ni bukan lalang, tapi rumput, daun pegaga hiasan tak boleh makan, daun-daun herba apa ke namanya yang tidaklah akak ketahui. Ikut hati memang la nak suruh Abangla potong, tapi dia caj RM40 wuwuwuuuuu. Sebab akak rasa macam maheiii dan akak terbayang boleh dapat 1 -2 pek pampers anak dengan amaun tu, maka dengan gigihnya akak ngan suami membanting tulang trim dan potong sendiri semak samun tu guna cutter (gunting besor).

Pecah peluh jugaklah bak kata orang kampung akak.

Dah clear sikit tu mata pun taklah sakit sangat. Haha

Semalam jugak seronok nampak ada anak pokok betik naik. Waaaaaa ingatkan tak hidup dah. Biji betik hari tu akak lempor je atas tanah tu. Memang redho je, untung dia hidup kita jaga. Tak hidup kita sambung redho dan cuba tanam pokok lain pulak.

Gambar betik nanti akak tepek sini. Belum ambik gambar semalam.

Subur jugak tanah ni. Memang seronok berkebun. Cuma rajin ke idak ajelah.

Semalam rasa lega keluar peluh. Lega tengok satu bahagian dah clear. Boleh la dijadikan aktiviti riadah pepetang hari. Anak pun suka dok main rumput, buah kelapa tua, cangkerang siput ehhh. Back to nature sangat haaaa. Gitulah anak-anak mak yang graduate degree Environment. Kikiki


Tip Lipat Baju Pantas

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Lepas raya ni, ada banyak tak baju bertimbun nak kena lipat? Mesti ada khennnn... hari tu sibuk beraya kat kampung, sekarang ni asal weken dah sibuk open house raya pulak. Celah mana nak lipat kain?



Ok meh akak nak share cara lipat kain yang pantas diperturunkan daripada mak mentua akak.

Tip paling utama untuk percepat proses melipat atau menggantung baju adalah -- baju dah SEDIA DITERBALIKKAN.

Akak mula-mula tak percaya tip mak mentua ni tapi itulah dia rahsia beliau uruskan baju bajan dengan begitu pantas dan efisien. Mak mentua tak ada baju bertimbun tak berlipat ye. Hari-hari lipat kain weh. Akak is kagum yakmat!

Maka akak pun folo tip ni. Masa nak jemur kain, baju semua dah diterbalikkan. Kecuali tshirt berkolar atau seluar tebal sebab takut bahagian dalam lambat kering. Lain-lain baju anak, tshirt round collar, seluar tido semua akak dah terbalikkan siap-siap. Jadi masa kita angkat kain tu nanti banyak baju dah siap terbalikkan tinggal nak lipat atau gantung saja. Sebenarnya nak terbalikkan baju masa dok lipat tu kadang yang ambik masa menjadikan kita dok lipat baju lama sangat atau tak sudah-sudah, betui dak?

Cubalah try kalau tak percaya.

Ikutkan mak mentua akak, sebelum masuk mesin basuh lagi beliau dah terbalikkan dah. Lagi maju. Akak ikut dan, kadang masa basuh tu main masuk je dalam mesin kahkah. Masa sidai baru akak terbalikkan. Boleh la jugak. Tapi kalau masa basuh dah terbalikkan, nak menjemur jadi cepat la. Mana-mana sempat la.

Begitulah tip nya.

Tapi, ada yang kata karang basuh baju tak bersih pulak atau nanti warna baju cepat pudar bila dijemur bahagian depan.

Hmm terpulanglah. Pada akak ok je cara ni, so akak folo je macamana mak mentua akak buat.

Tapi satu lagi cara nak lagiiii cepat urus baju ni (yang ni tak folo mak mentua tau), baju anak-anak akak masukkan dalam bekas/bakul masing-masing tanpa dilipat pun. Tapi dah siap diterbalikkan dah la pastinya! Hahaha. Akak lipat baju akak ngan hasben je. Opssss. Takpalah kan janji setel dan senang nak ambik.

Sekian tip lipat baju yang dibawakan khas oleh menantu yang tak boleh lawan skil mak mentua dia lipat baju terpantas. Kihkihkih


Nota Syukur 19: Selsema

Teks: Zaila Hafni
Imej: Newsmax.com

Balik dari kampung, aduhai sakit tekak pakej dengan hingus dan bersin beserta sakit kepala. Akak dah agak ni mesti sebab tak cukup tidur akak rehat dan kurang minum air.



Balik kampung kemahen beria minum air manis, ais -- sedap sungguh kan. Mujur dan syukur anak-anak sihat alhamdulillah. Walaupun dengan travel awal pagi, beraya ke rumah sana rumah sini depa alhamdulillah ok.

Risau jugak sebab jalan jauh kan. Sekali maknye yang shut down. Huhu

Akak selalunya kalau nak bunga-bunga selsema ni, akak akan buat 2 benda aje.

Satu, minum banyak air masak. Dua, tidur.

Lepas tu top up la vitamin C atau makan buah-buah. Insya Allah tak lama lepas tu ok. Sebolehnya memang tak sampai pi klinik atau makan apa-apa ubat. Setakat ni, memang tu sajalah ubatnya, alhamdulillah berkesan la untuk akak.

U ols kalau lepas raya ni pun gitu rupanya, bawak-bawaklah berehat. Kalau cukup tidur tu insya Allah cepat baik. Dan stop kejap minum air ais. Minum air panas ke suam ke sedap juga.

Nak lagi best, makan bawang putih bakar. Ni memang antibiotik paling power dan natural gitu ha. Tapi akak tak berapa rajin pulok nak bakar, garlic pill pulak dah habih. Huhu

Apapun, lepas raya kena jaga kesihatan gak. Nanti cemana nak pi rumah terbuka raya pulak. Ehhhhhh

Nota Syukur 18: Raya 2017

Teks & Foto: Zaila Hafni


Tahun ni akak dapat beraya kat kampung akak! Yeayyyyy!

Last year tak dapat balik, this year alhamdulillah dapat dan syok dapat ronda kampung dan jumpa sedara mara.

Dan... makan makanan kegemaran akak kat kampung.

Balik bukan sekadar beraya tapi untuk hadir kenduri kawen juga. Sepupu kawen. Adik kawan sekolah kawen.

AF boys kemain seronok boleh lepas bebas lari sana sini masa kat kampung. Main kejar kucing, main pasir. Punyalah enjoy. Macamlah kat sini tak ada semua tu.

Ehhh memang tak ada pun. Haha!

Akak tumpang seronok tengok anak akak seronok main. Yelah balik kampung bila depa dah besar, lain sikit. Dulu diorang kecik lagi, balik pun tak reti nak main apa.

---

Akak balik kampung ngan adik, adik ipar. Kitorang lalu jalan dalam, hanya masuk highway kat Changkat Jering. Syok juga lalu jalan lama. Jimat tol. Dan kurang jem. Sebab adik akak check Waze katanya highway lagi gerak slow. Lalu jalan dalam ni ok je cuma elak lalu waktu malam jelah sebab jalannya gelap, kiri kanan ladang sawit, jalan pun banyak selekoh.

Tempoh perjalanan lebih kurang aje.

Raya kali ni memang banyak gak berjalan. Mujur syukur alhamdulillah anak-anak ok. Risau jugak la budak ni takut badan tak tahan, demam ke selesema ke tapi alhamdulillah depa ok termasuklah yang kecik tu. Yang tak sihat, akak. Haha selsema ngan hingus. Dah sabo je le.

Setel raya kampung, balik sambunglah berkerjaya. Hihi


Order Kuih Raya Online

Teks: Zaila Hafni
Imej: kuihraya.com.my

Dah masuk minggu kedua puasa dah ni. Hampa pakat order kuih raya dah ka? Ataupun plan nak buat sendiri belaka?

Ka tak dan pun order, atau macam tak cukup atau nak tambah order atau konon nak buat sendiri tapi ermmmm macam tak menjadi je... ahaks!

Dah tak payah dok ghisau.

Kalau kata nak beli kuih raya lagi, beli online pun boleh hampaaaa...

Nak kuih apa?

Nin dia...

Kuih raya, brownies, cookies, kek buah antaranya. Banyak jenis lagi ni. Ni sebahagian ja ni. 

Pandan Coconut Candy

Biskut Red Velvet

Biskut Pistachio

Kek buah

Nutella Choc Chip Brownies


Kalau kata nak bagi hadiah kat orang pun boleh ni. Buat surprise khennnn. Order online, pos direct kat orang tu. Haaa bes kan. Beli 4 balang, siap dapat 1 beg free hampa!



Amacam teringin ka? Kalau nak tengok kuih raya apa lagi yang ada, skrol ke atas blog ni, klik kat banner rona roni yang tulis kuihraya.com.my tu. Klik banner beli 4 balang free 1 beg tu pun boleh. Beli terus. Settle.



Beli jangan tak beli!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...