Zizie Ezette Dapat Twin!

Teks: Zaila Hafni
Imej: Instagram Zizie Ezette

December babies!

Baru tengok Fizo update Mawar dah selamat bersalin, Zizie Ezette pun menyusul dengan twin!

Sheikh Muszaphar-Dr Halina pun baru dapat twin hari tu.

Wahh meriah!

Tengok mak-mak selebriti post-bersalin ni, lawa kemain. Akak dulu rasanya kemain selebet. Kahkahkah

Penat meneran tak habis lagi kau.

Apapun tumpang happy dengan mereka yang dapat baby baru tahun ni dan tahun depan.

Rezeki :)

Sambut Hari Jadi Anak

Teks & Foto: Zaila Hafni

Semalam, meraikan birthday anak sedara dan anak-anak akak sekali, kat rumah mak.

Aunties diorang la ni yang arrange, kita follow je. Hehe

Biasa, sambut birthday cara kami sederhana saja tapi yang penting semua dapat berkumpul sekali dan makan sama-sama. Selalu buat di rumah aje sebab dengan ada anak-anak kecik ni masing-masing lebih selesa.

Kalau masa akak kecik dulu, mak akan masak laksa dan jemput kawan-kawan mai rumah. Itu sajalah sambutannya. Jamu orang makan. Hehe

Semalam kami berstimbot. Senang dan sedap makan ramai-ramai.

Abah mentua belikan durian. Adik ipar belikan kek birthday. Adik ipar sorang lagi belikan bahan-bahan stimbot. Abang ipar belikan KFC.

Birthday semalam meraikan 3 orang - anak sedara sorang dan anak akak 2 orang. Maka syoklah anak-anak dapat hadiah. Dapat beg sekolah dengan kaler, pencil case. Dapat baju baru. Alhamdulillah alhamdulillah.

Kita sebenarnya bukanlah nak sambut birthday tu yang utama. Keutamaannya kumpul adik-beradik, anak-anak jumpa sepupu, kita balik jenguk parents. Makan  ramai-ramai sekali sekala. Makan sedap dengan keluarga.

Sumbangan Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong

Teks: Zaila Hafni
Foto: FB Sekolah Menengah Islam Puchong (Official)

Ini adalah entri rayuan sumbangan ikhlas untuk pembinaan bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong yang kini masih lagi di peringkat awal.

SMIP beralamat di Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor.

Jika ingin menyumbang, boleh salurkan kepada salah satu akaun bank di bawah.

=================================

TERKINI!!

Sekitar perkembangan Projek Pembinaan Bangunan Baru SMIP.
18 Disember 2017

Rayuan Sumbangan Ikhlas ke akaun:

Bank Islam : 1206 5010 0443 60
Sekolah Menengah Islam Puchong

Maybank : 5627 7721 1141
SMIP AL QAMAR RESOURCES

" Teruskan menyumbang.. Semoga Allah memberkati para penyumbang & penderma sekalian "

Terima kasih.

Anak ke Tadika dah Minggu Depan!

Teks: Zaila Hafni

Di timeline FB, penuhlah dengan perkongsian mak ayah dengan perbelanjaan anak nak masuk sekolah.

Dari keperluan sekolah macam beg, kasut, baju hinggalah ke buku dan yuran.

Bukan sikit-sikit belanja untuk seorang anak, berganda kalau anak ramai.

Harga sebuah pendidikan untuk anak-anak, generasi pewaris bangsa.

Kami yang baru nak daftar anak ke tadika pun dah mula rasa. Itupun umur 6 tahun baru kami masukkan ke tadika. Alhamdulillah juga dapat tadika yang yurannya masih dikategorikan mampu untuk kami.

Cuma masa daftar ni jelah, bayaran untuk buku, uniform dan lain-lain.

Pengalaman pertama agak mengujakan jugaklah. Dah kena siapkan uniform tadika, tampal lencana, beli beg sekolah dan alat tulis.

Setakat ni tengok anak ok aje, minta-minta nanti dah start tadika tu pun dia ok la jugak.

Minggu depan akak dah jadi mak yang ada anak sekolah dah. Hehe. Geng la dengan mak-mak yang kena iron baju uniform anak. Haha. Cuma tak payah nak perang kejut anak bangun pagi sebab dia tadika sesi petang. Kikiki

Anak Masuk Sekolah

Teks: Zaila Hafni

Dah tiba ke minggu akhir cuti sekolah, mak ayah pun dah start busy uruskan anak kembali ke sekolah.

Beli buku, siapkan pakaian, kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi.

Akak pun tetiba tak terkecuali. Akak hampir lupa anak akak pun nak masuk sekolah.

Sekolah tadika. Hahaha

Dah daftar dan dah dapat baju uniform tadika dah. Warna hijau. Hehe. Besor sikit almaklumlah anak bujang akak tu selim melim orangnya. Tapi oklah tu.

Tinggal nak siapkan barang-barang sekolah sikit. Beg, kasut, alat tulis.

Anak akak masuk tadika first time umur 6 tahun. Macam ummi abah dia la. Masa umur 4-5 tahun dia sekolah ummi je. Hihi

Harap-harap urusan pertadikaan dia berjalan lancar. Nampak setakat ni, dia excited nak pi tadika. Jangan sampai nanti depan pagar tadika dia buat drama udah le!

Mak-mak semua dah siap ke barang sekolah anak? Ke minggu nak shopping?

Nasi Lemak Bungkus

Teks & Foto: Zaila Hafni

Pagi bersarapan dengan nasi lemak dah memang tak asing dah bagi rakyat Malaysia ni. Akak pun tak terkecuali.

Sekarang ni, akak suka nasi lemak bungkus kecil-kecil. Kalau dapat yang dibungkus dengan daun pisang tu memang paling akak suka. Bau dia sedap, harummmmm.

Satu masalah nasi lemak bungkus kecil ni, lauk dia selalu tak cukup. Haha. Tak cukup dalam erti kata tekak akak.

Pernah jumpa, nasi lemak yang saiz memang kecil, agaknya saiz penumbuk anak akak je hehe, sambal kosong, ikan bilis kacang ada satu sudu teh, telur dadar sekeping nipis. RM1.20 ke RM1.50 dah tak ingat.

Ada juga yang complete nasi lemak secawan, sambal, ikan bilis goreng, kacang, telur rebus separuh, timun - harga up sikit RM1.80. Yang lebih kurang camni tapi harga RM1.50 pun ada.

Ada juga jenis nasi lemak dengan sambal bilis bawang, telur goreng. Pun boleh je.

Macam-macam versi.

Yang pasti, penjual nasi lemak pun nak kena fikir kos juga. Santan, kacang, ikan bilis, telur boleh tahan juga harganya.

Nak nasi lemak seringgit tu payah benar la sekarang ni. Tak untung pun agaknya ye.

Tu pun syukur ada juga orang jual nasi lemak kan. Hehe. Kot banyak komplen, buatlah sendiri. Puas hati nasi nak tambah berapa pinggan, sambal bilis, ikan bilis goreng garing, kacang 20 biji, telur rebus sebiji atau telur mata, timun berapa banyak suka.

Adeh... ngences pulak tulis pasal nasi lemak. Menitik air mata sambil makan roti telur pagi ni. Haha!

Gambar nasi lemak tu hiasan je.

Reda Sakit Pinggang dengan Panaflex

Teks & Foto: Zaila Hafni

Encik suami sakit-sakit pinggang minggu lepas. Akak, memang sejak beranak pinak sakit pinggang sokmo dah. Hehe. Kurang kalsium dan penuaan mungkin juga ye.

Encik suami dok angkat-angkat barang berat semenjak dua menjak ni, kadang tidur atas lantai dengan toto nipis, berasa jugaklah sengal lenguh tak sedap pinggang.

Akak dah memang tau dah. Kalau keputusan pil kalsium, lepas tu kurang minum susu, memang senang sakit pinggang.

Jadinya nak bagi reda sakit pinggang tu, encik suami beli Panaflex. Macam koyok gaklah. Pelekat berangin nak bagi lega sakit pinggang.

Dia pakai sekeping sebelum tidur. Esoknya alhamdulillah kurang sakit dah katanya.

Akak pun cuba jugak semalam sebab sengal sungguh rasa pinggang ni. Sebaik saja pelekat tu melekat kat belakang pinggang tu, berdesup berangin terasa aduhh leganya!

Dia macam kita sapu minyak panas jugaklah tapi yang ni rasa berangin tu sampai ke esok pun ada lagi. Sedap betul perasaan dia. Haha. Kalau koyok macam sekejap je dah hilang rasa berangin tu.

Panaflex ni, punya prihatin. Siap bagi seal untuk tampal kat tepi pelekat, jadinya takde la pelekat tu bergerak-gerak atau beralih. Dan lekatannya pun kuat, tak jejas kulit pun. Selesalah kiranya. Bau pun tak ada. Orang sebelah pun tak tahu kita pakai 'koyok'.

Memang akak rekemen kalau yang lenguh-lenguh kat pinggang tu untuk guna Panaflex ni. Tapi untuk kesan sementara dan tak serius saja tau. Kalau selalu sangat sakit pinggang atau makin teruk, pi ambik ubat kat dokter. Dokter akan bagi ubat yang lagi spesifik yang sesuai dengan keadaan kita.

Sepeket Panaflex ni harga RM5.50 kat 99 Speedmart. Setiap peket ada 2 keping.

Untungnya dengan Celcom Xpax

Teks: Zaila Hafni

Akak dulu pengguna tegar Celcom, sampailah satu masa akak tukar ke Tunetalk tapi tak lama lepas tu kembali ke Celcom.

Jadinya akak jadi pengguna baru Celcom, dengan plan Xpax yang baru. Cuma title loyal user tu dah takde la. Haha

So far hampir setahun kembali ke Celcom ni, akak puas hati guna. Maklumlah dengan semuanya nak cari kat internet, berniaga pun kat internet, buat kerja pun guna internet... maka perlunya banyak data nak guna.

Akak malas nak sign up postpaid, setakat ni akak guna prepaid akak ok je. Itulah motivasi nak cari duit tiap-tiap bulan, duit top up. Hehe

Plan yang akak selalu subscribe, RM30 untuk 5Gb yang sah untuk sebulan.

Setakat ni alhamdulillah cukup. Atau kalau perlu tambah data, akak guna promosi RM5, dapat 3Gb. Untung! Biaq la Celcom kekalkan promosi ni. Akak pelanggan tegar. Hahaha

Dan dengan plan RM30 sebulan tu, dapat:
Free Facebook 10Gb
Free Basic Internet 10Gb
Free Instagram 10Gb

Facebook tu selalu guna tak habis pun 10Gb. Basic internet lagilah, seciput aje. Akak taklah beria sangat Whatsapp. Wechat Line semua tak pakai. Free Instagram tu baru lagi. Tu pun takde la banyak mana gak guna cuma enjoy sikit la nak tengok video IG ngan instastory. Hehe

Line? So far ok je. Tapi nak kata stabil sangat pun, hmmm mana-mana line pun sama saje. Tapi ok lah bila on hotspot, guna wifi pun speed dia agak ok juga.

Kalau nak convert atau nak cuba prepaid, boleh la Celcom Xpax ni. Akak recommend. Hehe.

Nak Masak Apa dengan Sotong dalam Tin?

Teks & Foto: Zaila Hafni

Beberapa hari sudah, jemu dah makan ayam-ikan-daging, teringin nak makan sotong.

Nak beli sotong fresh, almaklum harga boleh tahan juga sekilo. Kita beli sotong tin ajelah kali ni. Huhu. Sotong frozen pun ada kat kedai dekat rumah ni tapi lain kalilah. Hehe

Bermulalah pencarian sotong tin. Biasa orang recommend brand Rex. Akak cari kat 99 Speedmart takde. Yang ada Ayam Brand. Oklah daripada takde kan. Sotong juga pun ha.

1 tin kecil RM3.99. Akak beli dua tin. Cukup la untuk makan 1 family.

Sotong dalam tin ni, dia didatangkan dalam seketul yang besor. Jadinya, lepas dah keluarkan daripada tin tu, kena potong-potong kecil atau besar mana ikut sukalah. Kalau nak masak seketul tu pun boleh tapi susah sikitlah nak makannya karang.

Air sotong tu biasanya kicap. Macam kicap cair gitu. Tapi yang Ayam Brand ni, dia ada 2 jenis. Satu kicap, satu lagi apa entah akak tak ingat. Tapi rasanya tak banyak beza sangat kot.

Pernah satu masa dok viral sotong tin ni, jadi akak dah pernah cuba buat. Ok la sedap sesekali nak makan. Selalu tak boleh la, masin dek non oi.

Masa akak post kat Instagram, ada kawan-kawan akak tanya. Depa baru tau macamana nak masak. Tak pernah dok buat. Syok kan boleh share benda yang sebelum ni orang tak tau, jadinya dah tau lepas tengok post kita. Hehe

Berbalik kepada sotong tin, sebenarnya macam-macam boleh masak dengan dia. Lauk kecemasan la gitu ha. Macam sardin gak pun. Tapi processed food is processed food jugaklah, tak boleh makan selalu.

Kalau nak resipi sotong tin akak, ada di www.thedapurdiary.wordpress.com ye.


Lazada Online Revolution

Teks & Foto: Zaila Hafni

Ingat lagi dulu-dulu, sekitar 5 ke 6 tahun lepas, mahu beli barang online, menggigil tangan.

Tak cukup berani nak buat transaksi online, waktu tu cukup hati-hati nak buat sebarang pembayaran secara online ni. Sebolehnya elak dan akan cari barang di kedai saja.

Ada satu masa sekitar tahun 2013, waktu tu anak sulung dah boleh mula makan. Maka sukalah kita mak muda ni nak siapkan makanan anak. Beria mencari buku yang boleh bagi panduan. Maklumlah, kurang ilmu nak sediakan makanan untuk bayi 6 bulan. Ada baca di internet tapi lebih puas hati kalau ada buku.

Tak tahu bagaimana akhirnya terjumpa satu buku ni di MPH Online.

Buku Mama, Saya Lapar! yang ditulis oleh Wardina Safiyyah.

Nak sangat buku tu, tapi tak berkesempatan nak ke MPH dan beli. Lama juga memikir sama ada nak beli online atau tidak. Tapi gerak hati agak yakin dengan MPH Online ni. Iyalah, takkan suatu jenama yang dikenali akan buat scam pula kan.

Jadi, bermulalah pengalaman pertama pembelian online saya. Beli buku. Segala urusan order dan bayaran rupanya mudah sahaja.

Alhamdulillah buku sampai dengan selamat dan menjadi kesayangan saya hingga sekarang.

Perasaan menunggu barang yang dipesan tiba memang tak dapat digambarkan. Teruja!

Dulu, akan ambil masa hampir seminggu juga. Kini, dalam 2 ke 3 hari saja barang dah terima.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya sudah makin biasa membeli secara online namun pada seller atau platform yang dipercayai dan diyakini saja.

Kini, pembelian online makin mudah dan menjimatkan. Harga lebih murah, barang dihantar terus ke rumah. Jimat masa, tenaga dan duit.

Barang yang saya biasa beli online adalah buku. Ada buku yang lebih murah dijual online, ada juga judul yang tak masuk ke kedai buku, hanya ditawarkan secara online sahaja.

Cuma akhir-akhir ini, dengan adanya platform seperti Lazada, saya mula mengintai-intai barang keperluan rumah. Maklumlah nak shopping di kedai atau pasar raya kadangkala tak sempat. Ada masa tu tak dapat shopping dengan tenang sebab sibuk dengan kerenah anak-anak.

Terpengaruh dengan kawan dan beberapa review yang bagus, saya akhirnya terjebak juga dengan membeli Spray Mop dan Fridge Lock dari Lazada, awal tahun ini.

Pengalaman yang best sebab saya tak pernah sangka saya akan beli mop melalui online!

Sekarang, suami pula yang suruh tengok barang-barang di Lazada. Sebabnya?

Boleh dapat barang yang cantik pada harga yang lebih murah berbanding kedai. Kami juga tak perlu bersusah payah mengangkat barang kerana barang akan terus dihantar depan rumah. Nak pilih barang pun mudah.

Dan sempena Lazada Online Revolution yang berlangsung pada 11 November hingga 14 Disember 2017 ini, saya teringin nak dapatkan penyapu baru.

Hmmm. Sebenarnya kami baru pindah rumah dan kalau dapat penyapu yang macam ini dapat memudahkan kerja pembersihan.

Tengok di Lazada, mana tau ada penyapu yang best dan murah.

Oh ada!

Pertama kali nampak Magic Sweeper ni, terus tertarik. Sebab tak guna elektrik atau bateri. Memang taklah berfungsi seperti vakum tapi sekurang-kurangnya habuk kurang berterbangan dan jangkauan penyapu lebih luas.

Aduh, tak pernah terbayang beli penyapu dan mop secara online. Tapi itulah realitinya. Kini semuanya di hujung jari sahaja!

You alls kalau nak tengok barang murah, diskaun gila-gila, flash sale - boleh klik sini LAZADA ONLINE REVOLUTION .

Hari terakhir hari ini tau!

Peraduan Chicken Fiesta Video Challenge A&W dengan Hadiah Bernilai RM10k!

Teks & Foto: Zaila Hafni

Semalam ada rezeki orang belanja A&W. Alhamdulillah. Sesekali makan kat restoran legend ni, seronok juga.

A&W, biarpun dengan adanya fast food restaurants yang macam-macam dok ada, dia tetap maintain.

Dari kecik, sinonim sangat A&W dengan Root Beer Float.

Coney Dog. Mozza Burger. Curly Fries.

Ayam goreng dia pun sedap. In fact husband akak memang suka ayam goreng A&W pun. Dulu masa duduk kat rumah yang dekat dengan A&W, kalau akak cakap tak sempat masak, ni lah dia menu nya. Makan dengan nasi. Hehe

Waffle with ice cream pun satu lagi menu legend. Rasanya first time makan masa hang out dengan kawan sekolah, rasa punya sedaplah masa tu. Lepas tu lepas kahwin, masa round cari rumah sewa, pun lepak A&W makan waffle jugak. Semalam, makan dengan anak-anak walaupun anak melayan sangat. Hehe ngabihkan aiskrim aje, waffle ditinggal. Dah umminya makan waffle dengan sisa aiskrim dengan strawberi saje.

Dulu harus la beli sebotol besar root beer tu. Beli aiskrim vanila scoop masuk dalam tu. Pehhhh nikmat oiii tapi awas la kencing manis. Hahaha

Sekarang ni, A&W buat contest video makan ayam goreng diorang. Teringin juga nak join, ada record video anak bujang makan ayam goreng tu semalam. Tapi taktau la jadi ke tak nak proceed. Haha maklumlah akak tak berapa suka nak expose anak cenggini. Tapi hadiah RM10k tu mengaburkan mata juga walaupun tak tau la berapa chances nak buleh dapat hihihi

Kalau korang nak join, pegi A&W, beli ayam goreng diorang. Rekod video paling best masa makan ayam goreng tu. Tak kisah siapa yang makan, diri sendiri ke kawan ke family ke. Lepas tu like FB page A&W, post video tadi and boh hashtag #chickenfiestavideochallenge.

Atau pun nak lagi clear cara nak join contest ni, pegi je:

FB page: A&W Malaysia - Official
Website: www.anwmalaysia.com.my

Lauk Kenduri, Antara Catu dan Ambil Suka Hati

Teks: Zaila Hafni

Terbaca satu post di FB berkenaan lauk kenduri. Status FB tuan post tu akak kadang kadang follow juga.

Ada yang boleh diterima, ada yang kurang. Begitulah setiap orang berbeza pendapat dan pandangan.

Isu lauk kenduri ni, tuan ni suarakan rasa kurang senang bila masa datang kenduri, lauk disendukkan oleh pelayan dan kuantitinya dicatu. Seketul sahaja ayam atau daging setiap seorang.

Tuan ni rasa macam tak patut sebab tetamu yang datang terpulanglah nak makan berapa banyak, kan ke meraikan tetamu bila dah jemput. Pada dia, dia rasa tak syok sebab seolah tuan rumah rasa tetamu ni gelojoh sangat ke nak makan banyak.

Gitulah lebih kurang.

Jadi bila baca komen memang macam-macam. Yang sokong ada, yang kurang setuju pun ada.

Yang katerer kebanyakannya komen senario sebenar. Ada yang memang tuan rumah minta buat macam tu sebab nak pastikan lauk cukup untuk semua tetamu. Dan ada juga yang mengatakan supaya tak bazir. Kadang jenis yang ambik makanan setimbun tapi tak habis. Betul jugaklah.

Tapi pada akaklah, ambik je sikit dulu. Kena catu pun tak kisah cuma takde la kebebasan nak pilih lauk tu kan but it is not a big deal. Tak cukup, pi la ambik lagi kalau tak berapa malu. Kahkah.

Kita lebih kepada nak hadir majlis dan penuhi jemputan. Tuan rumah jamu banyak makanan alhamdulillah. Tapi bukanla bermakna kita sampai melantak. Agak-agak la.

Apapun, berhemahlah masa pi kenduri. Gegaya lapar sangat, makan dulu la sebelum pi kenduri or lepas kenduri pi la sambung makan kat kedai. Hehe

Sushi Ala Malaysia

Teks: Zaila Hafni
Foto: Koleksi adik ipar

Hari tu, adik ipar ada bawak sushi. Tapi lain macam sushi nya.

Besar. Dan ada sushi sambal pulak. Haha

Rupanya versi Malaysia punya sushi. Intinya dimasak dulu. Dan siap dihias memang beria. Setiap satu sushi pulak didatangkan dalam roll yang dah siap dipotong. Senang la nak makan.

Yang adik beli, sushi sambal, sushi udang dan sushi sotong.

Yang sambal tu dah macam nasi lemak pun ada tinggal tak ada ikan bilis kacang aje. Inti dia sambal, telur dadar, timun. Ni ok, sedap gak cuma sambal dia agak pedas.

Sushi udang yang ada oren-oren kat atas tu. Telur ikan kot. Macam ada cheese jugak agaknya. Yang ni tak pedas. Dia ala lemak berkrim yummy gitu ha.

Sushi sotong yang ada daun salad terjojol tu. Dia pakai sotong kurita. Marvellous juga rasanya. Ini pun tak pedas.

Overall, sedap dan agak puas hati.

Sesuai kalau nak buat makan reramai. Sorang kalau nak hadap benda ni memang kekenyangan macam ulor sawe la. Sekeping sushi tu besar gak potongan dia. Actually 2-3 keping pun agak kenyang dah melainkan perut macam akak. Hahahaha

Sushi ni adik beli kat Instagram. Seller tu deliver ke ofis. Katanya delivery ikut area ikut hari tertentu. Kena follow Instagram seller tulah. Biasa Klang Valley dia banyak cover.

Dah kalau ngences tu, pi jamu mata kat Instagram ni. Sushi ni ada brand tahu. SUSHIKA. Haaa gitu. Search kat Instagram, or else follow seller ni je.

Sushika Squad
Instagram: @asyiqinsalleh
Harga: RM12++ setiap satu rol

Ayam Goreng Rangup

Teks & Foto: Zaila Hafni

Semalam dok belek-belek Gallery gambar dalam telefon ni terlintas imej-imej ayam goreng. Huih lapar jadinya maka akak membuatkan orang lain terliur juga dengan post kat Instagram. Hehe.

Follow Instagram akak: @zaila.h

Satu, ayam goreng berempah kari. Resipi daripada adik ipar yang pandai masak. Sedap, tapi bila akak buat taklah sedap sangat sebab terlebih sangat serbuk kari. Kahkah.

Ayam goreng ni siap digoreng garing dengan daun kari mak yang gemok memang ghau-ghau la bau dieeeee.

Dua, drumet dan kepak ayam jenama Ayamas. Seketul dua itulah saja drumetnya. Yang banyak kepak. Sudah la kecik-kecik aje sekarang saiznya. Cuma akak tak makan selalu sangat. Masin.

Tiga, ayam goreng gambar dari Instagram majalah Rasa. Pehhh tengok ayam camni memang buat meleleh air liur saje. Tengokla dia punya tepung salut kulit luar tu macam rangup krup krap seperti ayam goreng McD. Eh.

Empat, resipi rahsia ayam KFC. Katanyalah. Akak lupa dah mana sumber akak ambik ni. Tapi menarik gak nak cuba tengok sama ke tidak khennn. Cuma celah mana nak cari rempah yang tak pernah didengar tu ha.

Oklah. Sekian perkongsian ayam goreng. Mudah-mudahan korang lapar tengok gambar-gambar ni. Hehehe

My Coffee Prince versi Malaysia

Teks: Zaila Hafni
Imej: www.gempak.com

Drama Korea, My Coffee Prince ni memang akak dah banyak kali tengok. Husband akak pun layan. Actually dia bukan jenis layan sangat tapi yang ni dia suka. Satu lagi drama Korea tajuk Pasta. Itu aje yang dia follow sampai habis.

Ok berbalik kepada MCP, sekarang ni dok tayang di Astro Ria dan Ria HD. Setiap Isnin sampai Khamis pukul 10 malam.

Ini versi Malaysia. Jadi yang dah tengok versi asal Korea memang tak boleh tahan nak banding watak-watak yang dibawak oleh pelakon Malaysia. Yang pasti, pada akak pemilihan watak memang kena. Ngam sangat!

Si hero Gong Yoo tu dibawak oleh Fattah Amin. Haha boleh la tu. Watak heroin, Janna Nick. Sesuai sesuai.

Pada awalnya ramai jugak yang kecam apsal hero tu dibagi ke Fattah, hmm pada akak sesiapa jadi hero pun tetap jugak kena kecam. Dah tentu dia tengah glamer sekarang ni, ingat Micheal Ang takde strategi ke? Hahaha

Pada akak, ok aje dia pun.

Ok watak lain macam sepupu hero yang pengarah muzik tu, Fahrin Ahmad. Gf lama merangkap crush si hero, Diana Danielle.

Paling tak menahan tapi akak suka, mak si heroin, Sharifah Shahira. Kahkah memang sesuai betui la. Watak mak dia yang sengal-sengal tu.

Watak mak kepada hero, Jasmin Hamid. Kemain la kena jadi lemah lembut sopan santun. Nenek hero, Ellie Suriati. Hahaha sekali lagi akak suka!

Yang paling tak sangka, pengurus kafe yang blur tu dibawak oleh Zain Ruffedge. Hahahha. Lawak je.

Ni dah habis minggu pertama. Ada rekod kat rumah ni tapi tak tertengok lagi pun. Tak sempat.

So far akak tengok 3 episod, oklah. Menjadi jugak. Sekadar hiburan. Teringat zaman muda layan drama Korea berkoyan-koyan.

Korang dah tengok ke? Watak mana yang paling korang suka?

Kahwin #fattzura

Teks: Zaila Hafni

Walaupun dah beberapa hari berlalu sejak Fattah-Fazura kawin, akak tetap jua nak bagi komen. Hehe menumpang bahagia pengantin baru gitu.

Akhirnya lepas announce depa bertunang dan bakal nikah dalam waktu terdekat, rupanya memang dekat sungguh. Tuptup nikah dah beberapa hari lepas PC tu je pun.

Tapi tengokkan preparation nikah tu, nampak macam memang dah plan dan arrange dengan baik dari awal. Pandai sungguh simpan rahsia. Yang manage majlis pun pandai simpan rahsia. Padahal yang buat baju bukan calang calang, Rizman Ruzaini. Nikah buat di Ritz Carlton. Videographer photographer semua pun bukanlah main tangkap muat gitu jah.

Apapun, majlis nikah tu nampak sweet. Baju nikah, mekap Fazura nampak classy and elegant. Simple and sweet. Tapi nanti masa sanding tak taulah kan.

Semoga depa bahagia. Walaupun beza umur 7 tahun, tapi apa ada hal ye dok. Fazura nampak muda je. Hahaha

Kemain trending la si Fattah, dah la tengah on My Coffee Prince. Glamer betui. Rezeki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...