Puasa Ke Laut

Teks & Foto: Zaila Hafni

Wahhh dah nak dekat separuh puasa baru akak update blog ni. Hehe bukan apa sibuk dok update blog lain.

Tapi cerita hari ni nak jugak share kat blog sini. Betapa ke lautnyaaaaa puasa akak. Huhu

Dua tiga hari ni, agak mencabar mau kawal napesu makan tak kira masa berbuka atau sahur. Hasben pi pasar ramadan, kemain macem-macem dibawaknya balik. Jiran pun punya sedap bagi juadah nak berbuka. Aduhaiiiiii kasihanilah perotku.

Seminggu awal, alhamdulillah. Hasben tak ke pasar sangat, adapun beliau ke pasar yang runcit-runcit je yang tak banyak gerai, maka pembelian agak terhad dek pilihan yang terhad juga.

Tapi sejak menjejakkan kaki ke pasar ramadan yang agak grand di kawasan ini, yang gerai-gerainya sepenuh lorong 3 blok kedai telah membuatkan beliau rambang mata lalu pelbagai juadah tiba di meja berbuka.

Tak termasuk yang akak masak dan jiran bagi lagi tu.

Awal-awal hari tu, akak boleh kata istiqomah makan suku suku separuh gitu khennnn tapi sekarang ni agak jahanem sikit. Mari kita tampaq perot sendiri! Besa dia noh. Dugaan kecil macam ni pun tak mampu tahan, memang sejenis yang tak boleh berifthorrrr kat hotel. Tamak uiiii.

Dok tengok menu berbuka kat Mandarin Oriental Hotel yang dimasak oleh Chef Wan, tergugat jugak keimanan. Kemain dia tayang menu sedap belaka. Nak nak dia pulak yang masak. Tapi takpa. Jamu mata cukuplah.

Tadi tertengok gambaq kawan yang dah kurus selepas jaga makan dan exercise. Dan dan la akak insof kembali.

Memang gitulah maknusia. Mudah benor lupanya. Ambik minum Berocca, ikut Tun M tapi bab dia kata don't overeat semua buat krik krik. Sudahlaaaa (akak mengata diri sendiri).

Esok mula balik kontrol makan. Hari ni payah sikit sebab berbuka kat rumah adik beramai-ramai. Kah! Hang tengok hang tengok!

Pocket Chia, Mudahnya Bawa Chia Seed Ke Mana-mana

Teks & Foto: Zaila Hafni

Akak tak pernah makan chia seed, rasanya. Haaa tak tahulah kalau pernah ter-rasa tapi akak short term memory lost. Tapi rasanya idaklah.

Tapi teringin nak makan. Ater makanan yang boleh bantu kurus ni memang terbeliak sikitlah mata khennn.

Nak beli sebelum ni, tengok semua pek dan botol besar-besar. Tak habih karang membazir. Rasa tak tahu lagi macamana.

Maka tergodalah akak bila ternampak botol-botol kecik ni berisi chia seed ni. Namanya pun Pocket Chia. Very the mobile, senang nak angkut ke mana-mana gituh. Saiz botolnye kecik aje, ada 4 botol dalam satu pek.

Harga ni dalam RM15 gitulah. Akak beli kat Jaya Grocer.

Menurut buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu - yang ditulis oleh team Root of Science, katanya chia seed ni bukanlah kuruskan badan pun. Tapi tolong kita kawal selera makan. Ala-ala oat jugaklah.

Chia seed ni bila dalam cecair dia kembang. Maka bila kita makan dia tu, penuh dan kenyang dah la rasa perut. Takdela nak melantak banyak sangat.

Tapi pun kena careful jugak dengan chia seed ni, katanya kalori tinggi juga jadi kena ambik dalam sukatan yang memadai saja.

Akak baru nak explore lagu mana nak makan dan telan benda alah chia ni. Eloklah nak dekat puasa ni. Semoga selera makan tu dapatlah dikawal sikit.

Ehhhh kata nak kurus!

TeacheRobik, Senamrobik Santai di Rumah yang Awesome

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube Teacherobik

Kan sebelum ni akak kata nak cuba Morning Yoga, nampak gayanya tak boleh pergilah you all. Mengantuk tahap gaban. So tinggal kenangan sekejaplah yoga ittew. Kahkah

Terpengaruh dengan Teacherobik lepas nampak ada kawan share video diorang ni kat FB.

Maka pagi ni akak cuba.

Paling suka senamrobik yang lagu Havana ni.



Movement dia memang sesuai lah ngan akak yang sendu-sendu kejap work out kejap tak ni. Dan juga bagus nak warm up balik untuk work out.

Pagi-pagi buat ni sedap jugak, keluar gak peluh jahat walaupun beberapa titis. Hahaha

Satu work out dalam 3 minit, jadi kenalah ikut beberapa lagu. Tadi akak cuba dalam 5-6 video, dalam 20 minit gitulah. Ok lah longgar sikit sendi-sendi ni. Segar sikit nak mulakan hari.

Banding yoga tuuuuuuu. Kehkeh.

You all mungkin ok dengan yoga tapi akak tak blehhhhh la. Mungkin kena berguru baru ok kot.

Oklah sebab tersuka dengan TeacheRobik ni, terus akak subscribe Youtube channel diorang. Selain movement yang best dan simple dan santai, akak suka sebab bersifat Malaysia yang ada perempuan tutup aurat, yang lelaki pun sopan je. Kalau kata nak senam dengan anak pun takde lah segan sangat.

Follow depa kalau nak mula bersenam okey!

Youtube: TeacheRobik

Kari Kepala Ikan Sedap di Restoran ZK, Kuala Lumpur


Teks & Foto: Zaila Hafni

Hari tu kami sekeluarga dengan keluarga abang dan adik serta adik-beradik kakak ipar akak makan di Restoran ZK, Kuala Lumpur.

Saja nak celebrate birthday anak sedara. Makan reramai, makan kek, makan brownies. 

Kakak ipar dengan abang akak belanja. Alhamdulillah.



Alamat dan nombor telefon Restoran ZK


Restoran ni kat Jalan Kampung Attap, ke dalam sikit kawasannya tapi guna Maps, insya-Allah jumpa. 

Ada dua restoran ZK, selang dalam 3-4 buah kedai aje. Satu end lot, takde air-cond. Makan dalam kedai boleh, open air pun boleh. Satu lagi kedai, air-cond.

Hari tu kami makan kat kedai ZK air-cond, mujur tak ramai dan boleh muatkan kami semua around 20 orang walaupun tak reserve awal. Diorang boleh serve untuk small occassion. Nasi, lauk semua dah ready.

Masa kitorang sampai pun ada juga family lain makan reramai gak. 


Kari kepala ikan


Kari kepala ikan ialah signature dish ZK. Ini ha rupanya. Harga sepinggan bermula daripada RM90, mungkin ada yang RM100 lebih depend saiz kot. Kena tanya waiter kat situ.

Dalam kari ni, ada bendi dengan tauhu kering, menarik sebab akak tak pernah makan kari ikan letak tauhu kering. Sedap jugaklah. Isi kepala ikan memang lembut, sedap dan tak hanyir. Peminat kari kepala ikan, kena cuba makan kat ZK. 

Menu kami hari tu selain kari kepala ikan ialah sambal sotong, ayam goreng, kubis goreng, kuah madu dan ulam (hirisan bawang dan cili padi), serta jus tembikai.





Kenyang walaupun makan agak huru-hara dengan kanak-kanak. Hehe. Selang sebuah kedai, ada kedai cookies. Singgahlah situ sekali tau. Ngeeeee.

Ok, kalau nak makan kari kepala ikan delicious ni, boleh terus ke sini ye:

Restoran ZK, Kari Kepala Ikan Istimewa
Alamat: No 69 & 76, Jalan Kg Attap, 50460 Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 9786
E-mel: restoranzk@gmail.com


Morning Yoga

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Pagi ni, tetiba datang seru untuk akak buat yoga.

Actually akak nak search morning work out kat Youtube, tapi dalam suggested search tu ternampak morning yoga, lantas akak rasa nak cuba.

Sebelum ni, dok buat cardio work out je, tak pernah cuba yoga ni.

Baik kita cuba pagi ini tengok macamana dia punya pergi.

Akak pilih 5-minutes yoga with Adriene. Kita test dulu 5 minit tengok ok ke tidak.

So far ok. Ala lagipun 5 minit. Boleh la as introduction. Macam stretching mudah mudah to wake up and freshing your body gitu ha.

Akak tak puas hati buat 5 minit ni je lalu akak sambung dengan 36 minutes morning yoga oleh trainer yang sama.

Sementara anak masih tidur, baiklah kita teruskan ye dak.

Bersambung dengan yoga lagi.

Slow and steady. Stretch stretch. Relaks je. Mula-mula tu ok boleh cope lagi. Then masuk ke 
stretching lebih sikit, haa dah terasa dah tegang urat-urat tengkok, urat betis semua. Kehkeh.

Yoga nampak je slow tapi impak dia orang yang buat je rasa. Takde nampak peluh or tercungap kepenatan tapi rasa kat 'dalam'.

Akak boleh cope lagi sampailah part meniarap tu, akak follow sikit lepas tu akak lelap terus. Kahkahkah!

Actually movement sebelum tu pun akak dah dok menguap-nguap. Pe bende refreshing your body and wake up call gini kan. Tapi akak layankan aje.

Dah memang aku mengantok oi.

Lelap barang seminit dua, terjaga balik tengok dah start next video dah. Hahaha ngok ngek betui.

Anyhow, best juga actually do yoga to start your day. Bagi badan segar sikit. Takde la terkejut, 
bangun tidur dah agresif camtu. Melainkan dah biasa. Yang beginner tok sah la beria sangat. Cardio routine maybe boleh start later. Yang tu actually akak suka buat petang petang bagi keluar peluh. Tapi ngikutkan Mak Dara pagi pagi lagi elok keluarkan peluh jahat.

Maksud dia, start buat keja pagi pagi la kot kan. Hehe

Anyway, here is the video that I followed just now. In case minat nak ikut. Akak pun saja simpan sini senang nak refer balik.



Yoga oi yoga!

Frozen Pizza Kart's Hawaiian Chicken


Teks & Foto: Zaila Hafni

Teruja betui nak test oven toaster baru, hasben akak beli 3 kotak piza beku Kart's.

Ni dia piza Hawaiian Chicken. Saiz kecik je ni tapi oklah. Puas hati juga makan piza panas dari dapur sendiri. Hehe

Kot lepas ni boleh cuba piza buat sendiri pulak ye tak.

Tapi kalau dok kalut-kalut, korang beli jelah piza beku ni. Kart's ada 3 jenis piza, Hawaiian Chicken, Beef Supreme dan Seafood. Kot bebila lapar or teringin piza, bakar je sendiri. Kejap aje pun dalam 20 minit dah siap. 

Sedap juga. 

Dalam 1 kotak, ada 2 keping piza. Kalau family of 5 macam akak ni, bakar 2 keping tu pun oklah buat lapik perut. Tapi kalau dah kebulor kena 4 keping la kot! Hahaha

Nah akak jamu mata korang dengan piza. Semoga terliur. Hahahahaha


Sihat dengan Puasa

Teks: Zaila Hafni
Imej: buku Resipi Alergi

Akak tension betul tengok imej pantulan akak kat cermin. Melebar dengan berjaya dan bergaya sangat.

Maklumlah beberapa bulan ni, kerap makan lewat dan bertambah pulak tu.

Senam menyenam? Hmm dah lama tinggalkan. Nak buat je ada macam-macam kekangan. Hari tu ada buat sekali, betis cramp akak rest kejap. Lepas tu rest terus. Caittttt

Tapi mengenangkan kegemokan ini yang amatlah huduh di pandangan mata, selain risau meningkatkan risiko penyakit, mau tak mau akak kena jaga makan dan bersenam.

Sikit-sikit pun tak apa janji buat.

Dan sebab nak control makan kadangkala tewas, jadi akak decide nak puasa. Elok juga dengan bulan Rejab, baik banyakkan puasa sunat sampai Ramadan.

Bila puasa, dapatlah badan rehat sekejap. Boleh detoks, repair mana patut, perut pun rehat jap proses makanan. Kira servis badan macamana kita servis kereta jugaklah.

Selain tu dapat prepare untuk Ramadan. Taklah terkejut straight puasa 30 hari.

Semoga dapat konsisten berpuasa. Dan dapat turunkan berat sikit.

Bila gemok ni, malas dan lesu. Teruk betui.

Tren Dulu Tren Sekarang

Teks & Foto: Zaila Hafni

Baru-baru ni akak jadi pengguna tren untuk 2 minggu. Akak ada kursus.

Setelah agak lama meninggalkan arena mengangkut diri dengan pengangkutan awam, akak agak teruja juga nak alami pengalaman ni semula.

Memula terkial-kial juga nak biasakan diri, nak beli tiket. Tapi lama-lama dah terror, siap tak guna tiket dah, guna kad Touch n Go aje, senang yakmat.

Tapi kalau nak beli tiket pun, taklah susah pun. Mesin tiket alhamdulillah kebanyakan ok. Ada banyak mesin dan orang tak beratur panjang pun macam dulu kala. Mesin pun efisien je akak tengok. Bezanya, tiket tu dalam bentuk token bukan tiket kertas atau kad. Jadi suatu perkembangan yang bagus di situ sebab mudah dan tiada pembaziran.

Lagi pemerhatian tentang sistem pengangkutan awam (tren dan bas RapidKL) sekarang berbanding zaman akak jadi pengguna tegar 6-7 tahun lalu:

1. Tempoh menunggu singkat. 2 minit, 5 minit, 10 minit akan datang tren seterusnya. Peak hours kedatangan tren agak kerap.

2. Masih boleh bayar guna kad Touch N Go. Tambang lebih murah. Kalau mahu tambang lebih murah, langgan pakej 7 hari atau 30 hari. Sesuai bagi golongan yang menggunakan tren atau bas dengan kerap.

3. Air-cond kuat. Haha ini ada pro and cons. Pro, bila ramai orang dalam tren, kau tidaklah kepanasan. Bau tak menyenangkan pun kurang. Cons, rasa beku otak dek tertimpa deruan air-cond kalau betul atas kepala.

4. Makin ramai penumpang yang behave. Pandai beratur untuk masuk tren/bas. Tak bertolak-tolak masa pintu tren dibuka. Yang bagi tempat duduk pada golongan memerlukan pun biasa sangat dah tengok. Takdelah selfish sangat dah orang Malaysia ni.

Itu antaranya lah. So far, puas hati dengan servis LRT. Siap bawak anak pi jenjalan lagi naik tren. Mudah.

Korang kalau nak cuba, bolehlah angkut sekeluarga. Sesekali tak payah bawak kereta. Banyak juga mall yang dekat dengan stesen-stesen LRT.

KLCC, KL Gateway, Subang Parade, Amcorp Mall.

Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat

Teks & Foto: Zaila Hafni

Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak?

Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat.

Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah.

Homemade nugget gitu ha.

Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha

Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan.

Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap.

Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba.


Nugget Ayam Homemade


Bahan-bahan:

Filet ayam, 3-4 keping
Telur, 2 biji
Herba Itali, 1/2 sudu besar
Garam, 1 sudu teh
Serbuk roti golden orange, 1/2 peket

Cara buat:

- Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka
- Tabur herba Itali dan garam, gaul rata
- Pecahkan telur, gaul dengan ayam, perap kejap dalam 30 minit ke 1 jam
- Panaskan minyak, agak cukup la nak goreng 5 ke 6 ketul ayam
- Tuang serbuk roti dalam pinggan atau dulang
- Ambik ayam, golekkan atas serbuk roti sampai fully coated
- Gorengkan sampai jadi kaler keemasan, lepas tu dah boleh angkat dan tos
- Cicah dengan sos cili Thai


Nota:
1. Akak tak cincang filet ayam sebab nak cepat. Kalau u ols ada masa, boleh cincang filet ayam dan masukkan sayur. 
2. Goreng nugget sekejap saja dalam 4-5 minit gitu. Guna api sederhana. Elok nampak garing dan warna keemasan dah boleh angkat. Rangup di luar, lembut dan berjus di dalam. Kalau lama sangat goreng, nugget jadi keras dan kering.
3. Serbuk roti pilih jenis golden orange, jenama Meriah. Nampak cantik. Hehe

Selamat mencuba!


Cara Atasi Rambut Berminyak dan Banyak Gugur

Teks & Foto: Zaila Hafni

Sejak bersalin anak nombor 2, rambut akak memang bermasalah teruk.

Rambut gugur memang bertebaran kat lantai rumah (jenuh menyapu). Kat dalam bilik air bergumpal rambut kat lubang air.

Masa syampu rambut lagi stres. Lagiiii banyak gugur.

Sampailah hari tu tak tertahan dengan rambut sendiri. Akak cakap kat hasben nak pegi potong rambut. Biar pendek je senang nak urus.

Maka, pegilah ke salon yang akak penah pegi hampir 3 tahun lepas. Ahaks.

Siti Salon Al Zahrah kat Seksyen 7, Shah Alam. Boleh baca lanjut pasal salon ni kat link ni: 

https://lifeisaboutsharingstories.blogspot.my/2015/02/salun-spa-muslimah-siti-salon-al-zahrah.html?m=1

Masa duduk nak tunggu turn rambut dipotong, akak salon tu tegur rambut akak nipis. Hohoh #sentap

Dah nak botak kat belah tepi kiri kanan tu.

Dia tanya, selalu ikat ye?

Ha aa.

Lepas tu, bermulalah sesi kaunseling cara menjaga rambut yang betul. Hahaha

Nah akak kongsikan tip supaya rambut cantik dan sihat sebagaimana yang diberitahu oleh akak salon yang senior dan berambut lawa itew.

1. Guna syampu yang takde paraben, SLS. Biasa salon ada. Akak tu kata kalau guna syampu biasa, liang kat kulit kepala lagi tersumbat, tak bersih. Dia kataaaa.

2. Untuk rambut berminyak dan banyak gugur macam kes akak, cuba syampu rambut selang sehari.

3. Elak ikat rambut lama sangat. Rambut tak cantik dan senang gugur.

4. Potong pendek (bob cut kalau akak), klip rambut yang jatuh kat dahi.

5. Jangan lupa sikat rambut. Hahahah macamana dia tau akak jarang sikat! Apa taknya sikat selalu ghaib anak ambik main. Akak sikat rambut ngan jari je lah. Tapi dah insof dah. Simpan sikat tinggi sikit anak takleh capai. Kehkeh

6. Tak payah pakai hair conditioner kalau rambut berminyak. Dah ok baru boleh pakai.

7. Trim atau potong rambut 6 ke 8 bulan sekali. Baru rambut tumbuh cantik.

8. Rambut berminyak dan gugur boleh cuba treatment khusus atau dipakaikan inai. Akak teringin gak tapi nantilah kumpul ongkos dulu (kat salon tu RM100++). Ataupun pi buat kat salon lain.

Begitulah.

Kita mak-mak ni memang lah rambut kadang tu kusut masai serabut. Tapi setakat yang mampu kita jagalah kan. Pendek ke panjang ke pepandailah u ols jaga. Janji rambut sihat bersinar tak tersangkut pada skala 6. Gituh.

Ni syampu yang akak terpengaruh beli kat salon. RM45 sebotol ni dek. Tapi takpa.

#siscuba

Feeling ala salon lepas syampu. Bau salon sangat. Hahahah.

Nanti kita tengok la sama ada rambut jadi macam Rapunzel ke Reputzel. Kahkah

Cetaphil Baby untuk Anak Kulit Kering dan Ekzema

Teks & Foto: Zaila Hafni

Anak kedua akak selalu ada masalah kulit sikit. Gatal, ruam, kulit kering. Dokter kata macam ekzema jugaklah tapi taklah terlalu teruk.

Jadi dokter sarankan guna losyen badan dan elak guna sabun mandi yang anti-bakteria macam Dettol, Antabax, Lifebuoy dan yang sewaktu dengannya. Nanti kulit lagi kering. Mujo akak guna Pureen untuk shower bath budak-budak ni. Dokter kata ok.

Actually sejak anak ketiga akak pernah cuba losyen Cetaphil Baby. Dokter yang suggest sebab masa tu baby kulit kering dan tak berapa cantik. Kami pun cuba la beli. Sebotol dalam RM60+, pejam mata kejaplah mengenangkan anak. Huhu.

Tapi lama gak tahan sebab botol dia agak besar. Ada kot 2 bulan lebih. Dan akak pun takde la nak picit beriya bagai. Dah sapu pun kat baby, guna sikit aje. Sapu setiap kali lepas mandi.

Memang alhamdulillah. Kulit makin lembap dan lembut. Wangi pulak tu. Sedap bau dia dan tahan lama. Sesuai sangat pakai kat baby.

Baru ni akak beli lagi untuk anak kedua tu. Tapi biasalah pakaikan sekali untuk semua anak. Kali ni hasben akak beli value pack. Ada losyen dengan shower bath sekali. Sebelum ni guna losyen je. Value pack ni beli kat Guardian, dalam RM80+ gitu. Takpelah janji anak-anak sihat.

Sekali lagi akak kagum bila shower bath Cetaphil ni pun kemain sedap bau dia. Wangi harum rasa comel sangat anak-anak lepas mandi. Kahkah

Memang elok kulit anak sebab shower bath ni ada kandungan losyen juga. Jadinya kulit anak lebih lembap dan lembut.

Kalau anak-anak u ols ada masalah kulit kering, selalu gatal boleh la cuba Cetaphil Baby ni. Akak rekomen. Cari je kat drugstore insya Allah ada. Siapkan duit jelah sikit. Huhu.

Ubat Batuk Tak Mengantuk

Teks & Foto: Zaila Hafni

Kalau dulu ubat batuk ni memang sinonim lah dengan mengantuk. Makan ubat batuk, tak boleh buat kerja apa. Driving paling bahaya sekali. Jadinya solusi dulu, bila batuk makan ubat batuk, mengantuk. Kena rehat iaitu tidur.

Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, rasanya banyak dah ubat batuk yang tak bagi mengantuk. Dalam bentuk pil pun ada tapi akak tak pernah lagi dapat ubat batuk pil. Lately ni selalu dapat ubat batuk jenama Prospan, ubat batuk herba katanya. Tak mengantuk.

Ubat batuk ni untuk budak pun boleh. Ikut sukatan yang ada tulis kat kotak. Seisi keluarga boleh pakai ni.

Banyak dah klinik bagi ubat batuk jenis ni. Oklah untuk batuk-batuk biasa. Kat farmasi pun ada jual kot. Tapi akak biasa dapat ni bila jumpa dokter.

So sekarang ni, even kau batuk dan makan ubat batuk, tak mesti nak kena tidur je manjang ye. Hehe

Pisau 2 dalam 1

Teks & Foto: Zaila Hafni

Lately akak memang over kagum dengan pisau akak ni. Haha ape ke hei nye kan kagum ngan pisau?

Takde. Sebelum ni guna pisau macam biasa je lah potong-potong, hiris-hiris. Tapi pisau yang incik suami beli baru ni actually ada satu lagi fungsi yang marveles sangat.

Yang mana fungsi dia tu banyak menyenangkan akak.

Pisau brand Zelex ni, kat hujung handle tu ada satu permukaan tajam-tajam macam tool untuk lembutkan daging tu. Permukaan bergerigi.

Tapi bila mai tang akak, bukan takat daging, akak titik serai, ketuk halia ngan bawang putih ngan cili padi, pernah tumbuk kasar cabai merah ngan hijau pun akak balun.

Baru ni lenyek pisang. Peh lagi syok daripada guna garpu ataupun alat yang orang buat tekan burger tu. Haha

Actually akak takde blender ataupun lesung batu buat masa ni. Jadinya hal tumbok tumbok memang guna hujung pisau ni lah. Oklah buat sementara waktu.

Pisau akak boleh lenyek, ketuk, tumbok. Pisau korang hado?

Makanan untuk Cirit-birit dan Muntah

Teks: Zaila Hafni

Malam semalam, 4, 5 kali jugak akak ke toilet.

Sumber: synexclinic.co.uk


Aduh sakit perut, pening kepala, muntah.

Cirit birit!

Tengah malam pun bangun nak membuang dan muntah lagi. Letih rasa. Huhu

Jadinya akak google apa makanan yang sesuai dan tak sesuai dimakan bila cirit-birit ni. Maklumlah satgi salah makan, lagi teruk jadinya.

Makanan yang Sesuai Dimakan semasa Cirit-birit


Sumber: wikihow


1. Nasi
2. Roti (paling baik roti bakar)
3. Pisang
4. Yogurt
5. Applesauce (epal stim)
6. Teh hijau / teh chamomile
7. Air kosong
8. Sup jernih (sup ayam, sup sayur)

Makanan di atas ni antara yang disarankan untuk legakan usus dan elak cirit-birit berlarutan. Nama mudahnya BRAT (Bread, Rice, Apple, Toast).

Kena ambil banyak cecair untuk cegah badan daripada dehydrated.

Elok juga minum ORS (oral rehydration solution) untuk seimbangkan balik elektrolit dalam badan. Selalu kat farmasi ada jual, yang dalam peket kecik kilat-kilat bentuk segiempat tu. Perisa oren. Ataupun boleh je buat sendiri.

Cara Buat ORS sendiri (Sumber: Dr Willie Ong)


1 gelas air kosong / air suam
2 sudu teh gula
1/2 atau 1 sudu teh garam

Kacau dan minum.


Makanan yang Perlu Elak semasa Cirit-birit


1. Susu / produk tenusu kecuali yogurt
2. Makanan berminyak
3. Kopi
4. Teh
5. Air coklat
6. Makanan pedas


Setakat pagi ini, akak gagahkan diri minum banyak air kosong dan makan roti sikit. Juga dah buat ORS sendiri tadi. Ni alhamdulillah dah rasa lega sikit tapi rasa nak membuang tu masih ada juga. Huhu

Biasa kalau tak serius, sehari dua dah ok. Mintak-mintak begitulah. Tak larat ooo nak lari pi toilet. Huhuhu


Shopping Buah di MBG Fruits

Teks & Foto: Zaila Hafni

Tiap-tiap kali lalu depan kedai buah ni, mesti rasa nak singgah biarpun hanya nak beli buah potong. Dulu, ada rock melon, mangga dan macam-macam lagi, sekarang ni buah limau siap kopek kulit pun ada! 

Tu dia punya senang nak makan buah, siap duit sajalah kan.

MBG FruitShop ni buah-buah dia best juga. Banyak choice dan segar-segar. Jus buah pun ada. Hamper buah pun ada.




Check out website MBG FruitShop kat SINI

Ini jenis-jenis jus buah yang kita boleh request. Hari tu kitorang cuba jus mangga + nenas + epal. Nice, macam mango lassi pun ada. Sedap!

Satu lagi cuba jus avokado + sirap kurma + yogurt + susu. Ya ampun sedap gila. Macam jus alpukat kat restoran masakan Padang tu tapi ni lagi ummphhh.

Ada 26 jenis jus boleh cuba.





Terbuntang mata nampak harga buah ni. Sekilo hampir RM15. Pehhh. Rupanya buah kumkuat China ni memang buah eksklusif. Lagi-lagi nak dekat Tahun Baru Cina ni kan.

Baca kat Wikipedia:

Kumkuat ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan popular di Malaysia menjelang Tahun Baru Cina. Buah kumkuat yang berwarna kuning emas menjadi kegemaran kaum Cina kerana warna emas menjadi simbol kekayaan yang abadi dan buah yang lebat menjadi simbol sesuatu yang lumayan.

Gituh. Abaikan tangan model. Hihi.




Pisang Cavendish. Jenis pisang saiz besar, tak muak makan. Tak manis sangat. Sebiji makan pun kenyang. Sekilo RM5.90 la tapinya, pisang kualiti premium. Hehe. Makan gitu je, dibuat smoothie, makan dengan overnight oat sedap ni.




MBG FruitShop ni kedai buah premium, yang mahal-mahal. Sesekali boleh la nak rasa. Hehe. 

Sandwic Sedap Subway


Teks & Foto: Zaila Hafni


Dulu-dulu, akak culture shock juga dengan Subway ni. Akak tak tahu nak order macamana. Haha! Macam perak (jakun) masuk kedai ni, sampailah follow hasben dia tunjukkan, baru akak reti.




Memula, pilih nak menu mana satu (isi). Lepas tu pilih roti, sayur, sos dressing. Ikut suka nak yang mana, bagitau je waiter tu. Best kan?

Akak biasa pilih roti Italian/ Hearty Italian. Pilih sebab nama dia Italian je pun, cam sedap. Haha. Macam-macam jenis roti ada, pilih mau yang mana.

Subway ni boleh jadi alternatif menu sihat, tapi syaratnya segala dressing and sauce tu sama ada letak sikit je atau tak letak langsung. Tapi kita mesti tak boleh tahan nak letak (banyak). Takut tak sedap pulak kan padahal ok je sebenarnya.

Tapi nak kata sihat sangat pun dah nama fast food, hati-hati juga dengan isi / inti tu ada yang quite salty. Pepandaila pilih. Akak tak sempat nak belek, dok kesah ke anak dok berlari-lari depan kedai. Haihhhhh

Tapi, I guess Subway is a better choice dari fast food lain kot. Ada banyak sayurrrrrr...


Akak suka part pilih sayur. Biasa letak tomato, salad, capsicum, bawang. Crunchy!




Everyday value meals. Ada 1 sandwic, 1 drink, 1 cookie. RM11.90 sahaja.

Sesekali teringin nak makan, boleh la singgah mana-mana branch Subway.

List of Subway branch boleh check kat SINI  ye.


Beli Kasut 1 Percuma 1 di Brand's Outlet

Teks: Zaila Hafni

Pagi Sabtu lepas yang nyaman dan dingin-dingin kami sekeluarga keluar juga kejap nak cari kasut kerja hasben yang dah uzur sangat tu.

Jalan punya jalan, sekali akak yang dapat 2 pasang flat shoes sedangkan hasben tak jumpa pulak kasut yang dia berkenan. Alih-alih dia beli sandal aja. Katanya nantilah pulak cari kat tempat lain.

Akak takdelah nak beli pun tapi saja je try. Ada satu design tu memang kesukaan akak lah. Kikiki hasben tau sangat dah gamaknya. Tetiba dia kata ambik la satu. Haih mau tak berbunga hati kome. Cuba sepasang dan cari saiz yang sesuai. Navy colour.

Lebih kurang macam ni lah rupa dia.

Sumber: amazon.co.uk


Jadilah kan sepasang, RM49.90.

Nak bayar di kaunter, cashier tu kata ni buy 1 free 1, akak boleh ambik sepasang lagi.

Wahhh. Berbunga mekar setaman la kita! Dan dan pilih sepasang lagi. Weeeeeee

Kali ni pilih yang ada reben, kaler dark green. Lebih kurang macam dalam gambar ni lah. Hasben kata lawa. Ewah. Memang tak tengok yang lain dah la. Walaupun tangan gatal asyik nak ambik kasut hitam aje.

Sumber: glamcloset.uk


Maka pulanglah akak dengan hasil 2 kasut pada RM49.90 sahaja. Boleh kata sepasang RM25 la kan. Kira murah dan mampu la untuk akak.

Silakan lah ke Brand's Outlet, Main Place Mall, USJ 21.

Segala pakaian, beg, kasut, tali pinggang ada belaka. Boleh cuci mata. Hehe


Pok Ya Cong Codei

Teks: Zaila Hafni

Akak tertarik nak tengok cerita Pok Ya ni bila nampak Tuan Syahril Kadir share di FB. Mesti lain dan special cerita ni. Dia jarang share pasal drama tv.

Jadi akak cari kat Youtube.

Ada! Masa tu lah, lepas tu dah kena delete kahkah

Gigih akak tengok. Top up prepaid takut data habih. Haha

Version yang akak tengok ni, orang tu rekod depan tv aje. Siap dengan iklan yang di-fastforward pun masuk sekali. Kira fefeeling tengok tv lah. Tapi taklah clear sangat. Sekadar boleh tengok.

Semalam akak search kat Youtube, takde dah videonya. Tak merasa hasben akak nak tengok. Huhu. Nyosar pulak tak download hari tu.

Apa yang best sangat drama ni?

Yang paling buat orang tertanya, gapo dio Cong Codei ni? Lagu mana nak sebut?

Actually Cong Codei tu Concorde. Hotel Concorde. Haha. Pok Ya orang kampung tak pandai nak sebut.

Sumber: utusan online

Seronok tengok cerita kisah masyarakat. Lagi kisah gangster underground macam dalam cerita ni. Dan setiap manusia walaupun kita nampak gedebe sangat pun, entahkan dia lagi mulia hati daripada orang yang kita nampak molek tapi akhlak tak molek langsung.

Sinopsis korang boleh google lah ye. Akak nak cerita tak pandailah. Kahkah


Segarkan Muka dengan Gel Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon

Teks: Zaila Hafni

Jalan-jalan ke Tesco, di seksyen penjagaan wajah. Biasa beli produk Safi.

Safi Rania Gold sebelum ni. Lepas tu rasa nak tukar lain pulak.

Ternampak satu botol kuning yang cantik berkilau-kilau. Eh apa ni?

Ambik 1 botol dan tengok dekat-dekat. Baca label baru tahu tu pencuci muka. Macam best nak cuba.

Sudahlah muka jenis berminyak, sesuailah nak guna pencuci gel.

Ada dua, strawberi dan lemon. Akak pilih lemon.

Peh balik try guna memang best. Rasa muka sejuk lepas bilas kahkah. Yang penting muka tak kering lepas cuci. Memang rasa segar. Dalam gel tu siap ada fine beads untuk buang kulit mati.

Korang yang muka berminyak, boleh cuba. Dan botolnya pum handy and cute. Untuk nak bawak travel pun senang. Sedap ni cuci kalau lepas buat aktiviti lasak ke sukan ke. Try lah.

Ini gel pembersih muka Safi Fruity Fresh (Lemon) yang akak guna. Harga dalam RM9 - RM11, tengok la beli kat mana. Tesco ke Watson ke atau mana-mana supermarket atau drugstore.

Sumber: safi.com.my

Ada 3 jenis semuanya. Geram pulak akak tengok. Macam nak makan!

Sumber: safi.com.my

Korang cubalah. Mana tau rasa best macam akak. Hehe

Untungnya Shopping di Pasar Tani Pagi

Teks & Foto: Zaila Hafni

Minggu lepas pi pasar tani pagi. Aduhai rambang sungguh mata.

Ayam, daging, ikan, seafood - semua fresh berkilauan gitu ha. Hehe

Sayur pun menimbun 3 ikat RM5.

Tak masuk buah-buahan tempatan lagi.

Yang jual anak-anak pokok (yang ni hasben akak suka).

Blaus RM15. Aduhhhhh

Nasi lemak. Nasi dagang. Nasi kerabu. Kuih muih.

Antara pasar pagi yang kami pernah pegi - Stadium Shah Alam, Pekan Salak, Puchong semua best!

Untung ada hari dapat beli murah banyakkkk. Cuma kena tahan dengan nak cari parking dan ramainya umat manusia. Yang penting nak mudah pegi seawal pagi. Akak biasa keluar around 7.30 gitu. If dah 8 ke 9 tu memang crowded la. Tak sesuwei ngan kitorang 5 beranak ni ha huhu. Lagipun awal-awal orang baru start niaga. Takde la risau barang dah habis. Hehe

Oklah. Akak nak pi pasar tani ni. Babaiii

Gambo hasil tangkapan di pasar pagi minggu lepas. Syoknya banyak sayoqqqq.

Simptom Anak Bengkak Tonsil (Tonsillitis)

Teks: Zaila Hafni

Sejak semalam, badan Faheem panas-panas. Aih demam pulak budak ni. Tapi abang dengan adik dia ok.

Bibir kering sampai bengkak sikit, mata pun kuyu je macam sembab pun ada, nafas dan mulut dia berbau.

Ni macam sakit tekak - tonsil bengkak ni. Panas pun kat leher dengan kepala je. Kaki tak panas.

Malam, dua tiga kali bangun nangis-nangis. Gamaknya ada mukus tersangkut kat ruang antara hidung dengan mulut. Hidung tersumbat. Nak bernafas biasa tak boleh, bernafas kot mulut.

Minum air pun sikit-sikit saja. Makan tu makan tapi ada yang muntah. Rupanya tak selesa nak menelan. Huhu kesian anak ummi.

Nak baring pun atas riba ummi, nak berdukung dengan abah.

Jadinya pagi ini bawak dia ke klinik.

Dokter check tekak, muka dokter lain macam.

Ya Allah puan, besarnya tonsil dia bengkak ni. Sikittt aje ruang untuk telan...

Aduhai anak, cemana la hang makan biskut pagi tadi dengan tekak camni... huhu mesti sakit. Yang ummi pun tak teringat nak bagi bubur, padahal ada je tadi. Haih.

Dokter kata ini jangkitan bakteria sebab mulut dan nafas berbau. Jadi kena on antibiotik. Dokter jugak bagi paracetamol untuk demam dan kurangkan sakit. Satu lagi ubat selsema. Kena ambik 3 kali sehari.

Mujurlah Faheem ni senang makan ubat. Takde la nak kena perang bagai macam abang dia. Yang ni dia siap tanya kita nak makan ubat. Hehe

Kalau badan anak kejap panas, kejap sejuk, selalu panas kat kepala dan leher, makan kurang selera atau dok muntah/luwek, mungkin tonsil bengkak la tu.

Better pegi check takut bengkak makin besar dan tutup saluran tekak.

Dokter akan bagi ubat untuk kurangkan sakit dan kecutkan bengkak. Selain tu, kena usahakan bagi anak minum lebih air kosong/sup. Kena bagi banyak makan sayur dan buah. Makanan terproses dan berpotensi alergi kena hold kejap sebab boleh trigger tonsil bengkak lebih teruk.

Alhamdulillah dokter sangat friendly. Layan semua soalan kitorang. Semoga anak cepat sembuh dan serasi dengan ubat.


Pengalaman Pertama Anak Ke Tadika

Teks & Foto: Zaila Hafni

Akhirnya akak juga dah tergolong dalam golongan mak-mak yang dok kalut dengan anak sekolah. Hehe

Rutin harian dah berubah sikit dan dalam 2 hari ni nampaknya so far so good lah.

Anak akak start tadika lambat sehari daripada tarikh start sekolah. Lepas tu dia sesi petang pulak, punya lama rasa tunggu dia nak start tu. Sepupu dia dah 2 kali kelas baru dia start. Hahaha. Sepupu dia kat Tadika Kemas.

So far alhamdulillah la sebab tengok dia happy nak pi tadika. In fact dia excited sebab tengok gambaq sepupu dia kat tadika, gambaq anak-anak kawan akak yang dah pi tadika macam best, jadi dia agak tak menyabar juga nak rasa pengalaman macam tu.

First day dia kitorang semua gi hantar. Mula-mula tu dia dok risau jugak kena tinggal tapi lepas dah masuk kelas semua dah ok. Siap tak mau balik pulak tu!

Kelas dia start 2.30 pm. Rehat 4.00 pm. Sambung balik 4.30 pm. Balik 5.30 pm.

Semalam lepas abah dia ambik, kepenatan sungguh muka. Hehe main banyak masa rehat tu rasanya.

Bekal akak bagi dia semalam. Roti telur cheese, daging burger dengan pasta goreng.

Macamana bekal tu akak bagi, macam tu lah bekal tu dibawak balik. Dia tak makan! Dia beli kopok kat tadika. Air masak pun tak luak. Balik rumah tengok bibir kering tak minum air.

Kita ni ye ye la kan pesan nanti makan dengan kawan la, share la bagai. Sekali bukannya dia makan pun. Siap cakap kat abah dia masa rehat beg dia hilang tak boleh ambik bekal. Ehhhhh. Akak macam tak boleh nak caya je. Hmmm.

Setakat ni memang takde masalah dia nak ke tadika. Seronok sangat. Masa tengah beratur nak masuk kelas for the first time tu pun dia dah make friend. Budak yang ditegur pun nampak friendly and nak berkawan. Sempat la kenal kawan dia mana satu.

Tadika dia, bawak beg isi bekal aje. Buku, pensel warna, pensel semua tadika bekalkan dan tak dibawak balik. Melainkan ada kerja rumah apa apa baru cikgu bagi. Ok juga macam tu. Semua budak guna alat tulis yang sama.

Hari ni hari last tadika untuk minggu ni. Nanti abahnya balik, bawak dia sekali pi solat Jumaat lepas tu terus hantar tadika.

Akak plan nak bekalkan dia cekodok pisang. Tengok je lah macamana pulak hari ni...

Azam Baru Ke Tu?

Teks & Foto: Zaila Hafni

Apa ada dengan azam baru kalau azam lama tak tercapai?

Kehkeh. Mengata diri sendiri kau kan. Ngeee.

Biarlah azam yang tak tercapai kita forward dan cuba lagi tahun ini. Yang dah tercapai, alhamdulillah semoga lebih baik.

Akak?

Ada jugaklah buat azam tapi akak tak suka share. Kikiki. Dan pada akak sebenarnya tak payah tunggu setiap kali tukar tahun untuk nak ada azam. Boleh je start bebila.

Ini satgi tahun baru kemain kau beriya, semangat bagai. Lepas tu terbengkalai dah azam tu ha.

Siapa lagi yang dok azam kurus sejak 2013 tapi tak kurus jugak? Hahaha 5 tahun dah oiii. Kihkihkih jangan marah haaa

*Gambar hiasan*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...