Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat

Teks & Foto: Zaila Hafni

Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak?

Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat.

Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah.

Homemade nugget gitu ha.

Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha

Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan.

Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap.

Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba.


Nugget Ayam Homemade


Bahan-bahan:

Filet ayam, 3-4 keping
Telur, 2 biji
Herba Itali, 1/2 sudu besar
Garam, 1 sudu teh
Serbuk roti golden orange, 1/2 peket

Cara buat:

- Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka
- Tabur herba Itali dan garam, gaul rata
- Pecahkan telur, gaul dengan ayam, perap kejap dalam 30 minit ke 1 jam
- Panaskan minyak, agak cukup la nak goreng 5 ke 6 ketul ayam
- Tuang serbuk roti dalam pinggan atau dulang
- Ambik ayam, golekkan atas serbuk roti sampai fully coated
- Gorengkan sampai jadi kaler keemasan, lepas tu dah boleh angkat dan tos
- Cicah dengan sos cili Thai


Nota:
1. Akak tak cincang filet ayam sebab nak cepat. Kalau u ols ada masa, boleh cincang filet ayam dan masukkan sayur. 
2. Goreng nugget sekejap saja dalam 4-5 minit gitu. Guna api sederhana. Elok nampak garing dan warna keemasan dah boleh angkat. Rangup di luar, lembut dan berjus di dalam. Kalau lama sangat goreng, nugget jadi keras dan kering.
3. Serbuk roti pilih jenis golden orange, jenama Meriah. Nampak cantik. Hehe

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...