Showing posts with label #projek2ribu. Show all posts
Showing posts with label #projek2ribu. Show all posts

5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Teks: Zaila Hafni
Imej: livestrong.com

Khamis!

Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan.

Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja?



Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe).

Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah:

1. Ambil sarapan. 
Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningkatkan mood.

2. Makan dalam selang 3-4 jam. 
Tapi bukannya semua nasik ok! Small snacks. Untuk kekalkan paras gula yang stabil sepanjang hari. Paras gula tinggi tu yang buat mengantuk contohnya makan nasik lemak... opss. Makan parfait yogurt ke, granola / energy bar ke, potongan buah, cereal, protein dengan karbohidrat sikit dah ok.

3. Pilih makanan tinggi fiber.
Sebab mampu buat kita kenyang lebih lama dan tak craving for more foods. Pilihan terbaik untuk sarapan atau minum petang adalah Energizing Soy Protein (ESP). Tinggi fiber dan protein, dengan nilai GI yang rendah. Nak campur dengan apa-apa jus pun boleh. Atau bancuh dengan milo. Kalau saya bancuh dengan air suam aje.

4. Ambil omega-3.
Omega-3 selalunya diperolehi daripada ikan salmon dan tuna, minyak jagung, kacang walnut. Yang pentingnya omega-3 bantu tubuh menyimpan karbohidrat dalam bentuk glikogen (sumber tenaga dalam badan yang lebih baik daripada lemak). Omega juga baik untuk tingkatkan fungsi otak. Maka buat kerja pun efisien gitu. Kalau rasa kurang makan ikan atau apa-apa sumber omega-3 yang lain, ambil suplemen minyak ikan macam Omega Guard Shaklee. Sambil tu boleh bakar lemak juga :)

5. Kekal hidrat. 
Minum air secukupnya. 2-3 liter sehari. Air masak, sup, jus termasuk la sekali. Bukan air manis berkarbonat ye. Sebab aliran darah dalam badan kita perlukan air yang cukup untuk melancarkan proses-proses tubuh. Jangan risau kalau kena ke tandas selalu, minum banyak mestilah buang pun banyak. Takpe, tu salah satu cara badan menyingkirkan toksin dalam badan. Kalau nak kekal hidrat lebih lama, boleh juga ambil Performance Drink Shaklee, lebih baik daripada minuman isotonik lain yang tinggi gula.

Kalau mengantuk lagi, bawak-bawak la berjalan-jalan kejap atau basuh muka ke ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk info tentang produk Shaklee atau peluang bisnes menjana duit ekstra setiap bulan, boleh hubungi:

Zaila Hafni
Whatsapp 019-4603094
Pengedar sah Shaklee Kota Kemuning, Shah Alam
Shaklee Business Advisor untuk #projek2ribu





Katakan BOLEH!

Saya kadang-kadang terfikir, ke mana hilangnya saya yang dulunya penuh yakin terhadap diri sendiri, tak mengalah selagi tak berusaha dan berani mengambil risiko. Hilang sementara, tak apa. Tapi ni macam agak lama hilang terbang entah ke mana.

Maka perlu lah mencari balik diri yang hilang itu. Sebab saya dah tak boleh biar selamanya saya jadi orang yang takut, tak berani, kalau.. kalau... kena hentikan berkata kalau.

Kena yakin, dan dalam masa sama pohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan keyakinan untuk melaksanakan apa yang saya rancangkan.

Memang saya agak kurang yakin dan kurang berani ambil langkah besar untuk capai impian besar saya. Tapi sampai bila? Dan saya juga tak mahu selamanya macam ni sahaja. Sebab umur makin meningkat, ahli keluarga makin bertambah begitu juga dengan perbelanjaan. Lagi lama saya tunggu nak mula, lagi lambat saya nak dapat apa yang saya inginkan.

Itu sebabnya, saya mulakan sekarang.

Sebab impian besar juga perlukan rancangan yang besar, pengorbanan yang besar dan ambil masa. Memang senang cakap tapi sebenarnya semua terpulang pada mindset kita. Kita yang akan menjadikan sesuatu itu mudah atau sebaliknya.

Belajar dan bergaullah dengan orang yang sudah BERJAYA melakukannya. Jadi semua itu tidak mustahil, cuma kita sendiri yang tidak yakin dengan kemampuan kita.

Berhenti mengatakan kita TAK BOLEH. Semua orang ada potensi yang boleh dibangunkan. Percaya kepada diri sendiri. Mohon Allah tunjukkan jalan dan bukakan hati serta beri kekuatan.

Insha Allah.

================================

#projek2ribu masih mencari individu yang benar ingin mendapatkan gaji sampingan 4-angka bermula Februari 2015.

Tanya saya untuk tahu cara mendapatkannya.

Zaila Hafni
ID 1105265
SMS/Whatsapp 019 460 3094
Emel hifzaila.hafni@gmail.com
Rich with Shaklee #RwS

Double Promo Disember 2014 - Vitamin E dan C

Pagi ni, kemain semangat menunggu apa promo untuk Disember. Lama jugak menunggu, menjelang tengahari baru confirm. Vitamin mana yang promo bulan ni?

Vita-E Complex DAN Sustained Release Vita-C Plus!

Ye, double promo :D

Khas untuk mereka yang nak cantikkan kulit sebab kedua-duanya ini berfungsi dalam penjagaan kulit. Meh tengok sikit apa manfaat mereka berdua ni:

Vita-E Complex



> Untuk kurangkan jerawat pada kulit, resdung, ekzema dan kulit kusam
> Membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
> Mempercepat proses penyembuhan luka
> Melambatkan proses penuaan
> Bantu hilangkan parut / stretch marks pada ibu lepas bersalin
> Sesuai untuk ibu berpantang
> Mengurangkan risiko sakit jantung
> Sejenis anti-oksidan dan menghalang kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas

Harga sebotol: RM149.00 (120 kapsul)

Sustained Release Vita-C Plus



> Bantu kulit lebih sihat dan cerah
> Kurangkan jerawat, kulit bermasalah, resdung (alahan)
> Mengatasi nafas berbau
> Mengurangkan batuk, ulser, hidung berdarah
> Mengurangkan masalah tonsil
> Penting untuk pesakit gout dan batu karang

Harga sebotol: RM92.50 (180 tablet)



Kedua-duanya ada promosi dalam bulan ini:

Promo A: Beli 6 percuma 1

DAN

Promo B: Beli 2 (twin pack) dapat diskaun 5%

Untuk lebih penjimatan, hubungi:

Zaila Hafni
ID 1105265
019 460 3094








Dream BIG. Go BIG.

Teks: Zaila Hafni

Kita kadangkala terlalu bercita-cita tinggi tapi tindakan kita tidak sepertinya. Hanya cakap-cakap sahaja tanpa tindakan.

Apa sahaja cita-cita pun, takkan tercapai jika hanya dengan cakap atau angan atau azam.

Sebab itu, buat tindakan dengan BERMULA walaupun kecil.

Small steps lead to BIG effect! That's #shakleeeffect :)

Mulakan dan konsisten. Lama-lama akan jadi biasa dan tabiat. Akan jadi rutin.

Kena istiqamah. Dan doa pada Allah tetapkan hati dan jadikan kita hambaNya yang tak mudah berputus asa.

Saya dah pilih dan MAHU pendapatan tambahan RM2000 pada Februari tahun hadapan. Jadi saya kini berada bersama-sama individu yang bermisi sama dengan bimbingan individu yang telah berjaya melakukannya.

Jika saya tak mulakan sekarang, saya tak tahu bila lagi saya akan berpeluang. Kalau kalian juga turut sama mahu pendapatan tambahan 4-angka sebulan, ambillah tindakan sekarang. Banyak impian yang boleh dilaksanakan dengan duit tambahan tersebut. Setuju ke setuju?

Bersama saya dan team #projek2ribu Shaklee.. ubah tahap kewangan anda dan kesihatan anda.

Zaila 0194603094
Rich with Shaklee #RwS

#projek2ribu

Teks: Zaila Hafni

Saya tak reti pun buat bisnes. Dan saya tak minat pun pada mulanya. Sama macam kebanyakan kita.

Tapi, saya sedar untuk tampung dan kukuhkan ekonomi keluarga saya, saya perlu cuba. Barang keperluan sekarang bukannya makin murah. Dan kena bijak rancang dan urus kewangan selain menambahkan pendapatan.

Selain tu, saya juga sedar yang untuk saya terus usahakan tambah pendapatan di samping urus rumah tangga serta komitmen kerja, saya juga kena jaga kesihatan saya. Ubat pun tak murah juga sekarang, betul? Kalau sakit, MC lagi. Kita pun tak mahu selamanya macam tu.

Saya bermula dengan Shaklee sebagai pengguna. 2 kali. Pertama semasa berpantang. Susu badan kurang dan saya rasa sangat penat dan stres beradaptasi dengan hidup baru sebagai mak. Alhamdulillah suplemen Shaklee bantu saya rasa bertenaga sikit dan susu badan makin bertambah. Saya adalah working at home mom (wahm) waktu itu. Penat sebenarnya. Jadi jangan pandang wahm sebelah mata. Wahm lagi memerlukan suplemen seperti ini. Tapi selepas stok habis, saya berhenti makan Shaklee. Dan kemudiannya saya mula bekerja pejabat semula setelah anak berusia 10 bulan.

Cabaran lain pula kali ini, bila mana saya perlu urus tenaga untuk kerja pejabat dan rumah tangga. Benar-benar penat waktu itu. Dan bila saya suarakan pada suami untuk sambung ambik Shaklee semula, dia kata ok. Maklum la masa tu dengan kerja, menyusu... bila penat memang susu merudum. Anak pun asyik merengek je. Tertekan betul waktu tu. Pam di ofis pun tak berhasil mana. Tak tahulah kalau saya guna pam yang kurang efisien atau saya memang kurang zat. Rasanya kombo kedua-dua tu membuatkan prestasi penghasilan susu badan berkurang.

Saya sambung balik ambik Shaklee untuk ibu menyusu. Saya ambik Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Lepas tu top up dengan Vitamin C dan BComplex.

Alhamdulillah. Saya kurang letih berbanding dulu, kurang sakit pinggang dan lenguh-lenguh, dan kurang alergik (gatal bila makan seafood). ESP saya selalu ambik as early breakfast, yang mana bancuh segelas kongsi dengan suami. Dia pun alhamdulillah tak rasa lesu sangat walaupun kerja banyak dan kadang-kadang balik lewat.

Saya rasa serasi dan selesa sebagai pengguna Shaklee. Dan akhirnya saya join membership untuk nikmati harga member dan benefit lain. Upline saya pun bukan orang lain, anak sepupu saya. Jadi apa-apa hal saya mudah berhubung dengan dia. Sampai akhirnya baru saya tahu yang saya boleh dapat cash bonus bila saya beli produk Shaklee lebih 150 uv. Dari situ lah saya belajar buat bisnes networking.

Memang ada hari yang down. Saya tak nafikan. Ada bulan-bulan gagal. Ada masa saya memang putus asa terus. Tapi saya terkesan dengan input motivasi dan 'sentapan' daripada upline kepada upline kepada upline saya. Ya, semua peringkat upline. Dan juga yang membuka mata dan otak beku yang selalu underestimate keupayaan sendiri.

Betul. Sendirian takkan ke mana. Anda memang perlu bimbingan dan kumpulan sokongan yang kuat. Anda juga kena bersedia dipimpin dan belajar. Juga kena sentiasa positif.

Alhamdulillah saya bukan sahaja berpeluang berada dalam kumpulan yang bermisi besar, juga yang tahan lasak dan fokus.

Paling penting, sokongan suami. Dan yang utama; kebergantungan pada Allah selain usaha.

Saya ingin tambah pendapatan saya menjelang Februari 2015. Disebabkan itu, saya memilih untuk berada dalam #projek2ribu ini.

Sesiapa juga boleh jika sanggup dan sangat mahukan pendapatan tambahan.
Bersama-sama saya, menjana pendapatan lebih besar dengan bimbingan mentor saya, Master Aishah Amin.

Zaila
ID 1105265
019 460 3094
Rich with Shaklee

#projek2ribu #feb2015 #wahm #lisa #rws

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...