Showing posts with label kelab 5 pagi. Show all posts
Showing posts with label kelab 5 pagi. Show all posts

9 Tabiat Pagi Orang yang Berjaya

Teks: Zaila Hafni

Assalam & Selamat pagi!

Berpagi-pagian mencari rezeki 

Orang yang berjaya dalam hidup mesti ada tabiat pagi yang dilakukan setiap hari untuk memastikan hidupnya terus berjaya.

Jom tengok apa tabiat yang orang berjaya lakukan setiap pagi untuk memastikan kelancaran sepanjang hari.

Tabiat #1 - Bangun Sangat Awal

Kita digalakkan bangun awal untuk buat solat tahajud, taubat dan lain-lain. Bila bangun awal, kita tak rushing sangat untuk kerja seterusnya. Beberapa bulan ni saya cuba bangun seawal 4.30 pagi, selewatnya 5.45 pagi. Alhamdulillah ada banyak perkara boleh siap sebelum anak-anak bangun. Cuba bangun 15 minit awal daripada waktu yang anda biasa bangun. Tambahkan lagi 15 minit awal untuk hari seterusnya. Amalkan selama 21 hari. Insya Allah.

Tabiat #2 - Membakar Kalori

Bersenam ringan atau buat apa-apa aktiviti fizikal. Boleh menyegarkan tubuh. Kalau yang suri rumah tu, boleh buat kerja rumah macam menyapu ke. Buat senaman ringkas pun boleh.

Tabiat #3 - Dengar Motivasi

Manfaatkan 30 minit untuk dengar motivasi atau perkara yang mampu buat anda bersemangat. Dengar zikir atau bacaan Al Quran pun bagus. Motivasi perlu diperbaharui setiap hari.

Tabiat #4 - Tulis Jurnal Kesyukuran

Perhatikan hidup anda dan tulis 1 perkara yang anda syukuri. Tak kisahlah walaupun perkara kecil. Dengan bersyukur, hidup lebih tenang dan anda akan tempuhi hari dengan lebih matang dan kurang stres.

Tabiat #5 - Jawab Soalan Ini Setiap Pagi

"Jika hari ini hari terakhirku, apa aku akan buat?"

Pasti kita akan buat sesuatu yang terbaik, ye tak. Kita tak tahu sama ada kita akan hadapi lagi hari esok, atau tidak. Kalau perlu berubah, berubahlah. Cuba sesuatu yang baru.

Tabiat #6 - Lakukan Tugas yang Paling Sukar Dahulu

Anda tentukan tugas anda, dan tahap kesukarannya. Buat yang susah dulu sampai siap kemudian teruskan tugas yang lain. Kalau tak anda dah kurang tenaga dan semangat nak lakukan bila menjelang petang.

Tabiat #7 - Rancang Strategi

Gunakan 10 minit untuk rancang dan visualkan matlamat anda hari ini, dan senaraikan tugas yang perlu disiapkan. Buat master checklist pun boleh. Waktu pagi sangat sesuai untuk biasakan diri dengan tabiat ini sebab kita lebih bertenaga dan fokus di waktu pagi.

Tabiat #8 - Meditasi

Bertenang. Baca Al Quran pun bagus. Tak perlu lama. Kalau dapat 2 muka surat pun ok.

Tabiat #9 - Peluk Anak-Anak

Bagi yang ada anak, boleh peluk anak. Masa ini kita masih tenang dan kurang stres. Kurang kebarangkalian nak marah-marah anak. Anak juga boleh menenangkan dan bagi mood ceria untuk anda teruskan hari anda. Peluk dan cium anak selepas bangun tidur.

Begitulah 9 tabiat yang boleh dilakukan sama seperti orang yang telah pun berjaya.

Tabiat yang baik perlu dilatih dan dibiasakan. Insya Allah.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki berpagi-pagian hari ini!

Salam sayang,
Zaila

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Teks: Zaila Hafni

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat.

Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini.

Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin.

Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3.

Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni).

Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe.

Saya kan jual vitamin, takkan letih jugak kot?

Ye, saya memang jual vitamin untuk ibu mengandung, bagi cergas, tak mengantuk ni...dan saya rasa saya masih bertahan ni pun sebab saya makan vitamin nih laaa (sedikit sebanyak membantu). Kalau tak, saya rasa saya lagi lemau daripada ni. Silap-silap dah collapse awal lagi dah.

Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kadang tu rasa nak meletup juga. Tapi bila ada kekurangan dalam pemakanan kita, yang kita tampung dengan vitamin, insha Allah tekanan tu berkurang. Atau, kita dapat hadapi semua tu dengan baik dan tenang.

Konsisten je ambik multivitamin, pil kalsium, B Complex - insha Allah.

Selain berdoa pada Allah - amalan rohaniah tak boleh tinggal. Untung ada mentor dan kawan-kawan yang selalu ingatkan. Manusia lupa.

Semoga saya akan terus tenang untuk selesaikan apa yang tertunggak ini, dan mampu berehat lebih sikit sebelum bersalin. Doakan la ye.

Jangan nanti suami saya pelik pulak awat bini dok cium tangan berkali-kali. Nak rasa ketenangan, bang. Haha.



Misi Bangun Awal dan Kelab 5 Pagi

Teks: Zaila Hafni

Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks).

Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track.

Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda.



Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin. Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak.

Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara anak masih tidur. Kalau tak, dia pun ikut sama nak 'tolong' yang mana memang tak siap-siap la jawabnya.

Dan lagi satu, kita rasa lebih segar dan cergas. Maklumlah masih pagi.

Setakat ni, memang alhamdulillah sangat. Dan saya rasa seronok. Cuma kuncinya adalah KENA TIDUR AWAL.

Bila dah bangun, boleh terus mandi. Banyak kebaikan mandi sebelum Subuh, antaranya boleh KURUSSS :D. Boleh teruskan dengan solat Taubat, tahajud, hajat dan solat sunat sebelum Subuh. Boleh baca Al-Quran juga.

Saya asalnya terinspirasi daripada Kelab 4 Pagi oleh Dato' Roslan Ab Hamid. Insha Allah dah lulus cemerlang sebagai ahli Kelab 5 Pagi, akan up ke Kelab 4 Pagi pulak.

Contoh Check List untuk Kelab 4 Pagi

Nak bangun awal macam ni, mula-mula aje susah. Lepas dah istiqamah insha Allah senang. Tapi kena yakin dan kena lawan tarikan selimut... huhu.

Yakin dan istiqamah...30 hari atau 40 hari, insha Allah sesiapa pun boleh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...