Showing posts with label young entreprenuer system. Show all posts
Showing posts with label young entreprenuer system. Show all posts

Suri Rumah Juga Mampu Bergaji Sendiri

Assalam.

Siapa kata suri rumah hanya duduk di rumah urus rumah tangga dan anak-anak sahaja?

Suri rumah zaman sekarang dah maju dan mampu cari duit sendiri. Maka boleh ada gaji sendiri setiap bulan kalau berkemahuan dan mahu belajar.

Menjadi suri rumah bukanlah suatu yang hina atau perlu dipandang rendah, sebab itu satu kerja yang mulia dan tinggi pahalanya. Dan dengan berada di rumah juga, insya Allah keluarga dan anak-anak lebih terjaga dan terurus.

Jadi jangan menyesal atau rasa rendah diri bila anda dah ambil keputusan untuk jadi suri rumah. Sebab suri rumah zaman sekarang dah boleh jadi kaya, berjaya dan bergaya setanding dengan ibu bekerjaya juga.

Berbekalkan gajet dengan data internet, anda sudah mampu membina bisnes online anda sendiri.

Mahu tidak dengan bimbingan dan panduan serta pelan bisnes yang ekslusif; suri rumah sekalian mampu dapat gaji 4 ke 5 angka sebulan?

Sekurang-kurangnya dapat belanja diri sendiri, beli barang dapur, bayar insurans, belanja suami dan anak-anak dan shopping online!

Dan boleh bayar ansuran kereta juga! Memang best.

Segalanya mungkin jika anda yakin dan mahu berusaha. Bisnes apa pun perlukan ini. Kalau goyang kaki masuk duit itu bukan bisnes namanya. Dan selalunya takkan bertahan lama.

Peluang yang ingin saya kongsikan ini tidak datang selalu. Dan dengan komitmen tinggi, anda mampu dapat gaji sampai 6 angka pun!

Ingin tahu peluang bisnes yang sesuai untuk suri rumah, boleh sms/whatsapp ke 0194603094. Atau eme ke zailahafni@gmail.com.

Ubah diri, ubah ekonomi.

Jom YES sekarang!

Salam sayang,
Zaila


Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur?

Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband.

Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.

Boleh ke ni?

Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke.

Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif.

Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak.

Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak perlu masak? Teetttttt.

Saya cuba untuk sambal udang. Ok je. Lepas tu sambal ikan bilis. Pun ok. Nah saya share resipi nye. Senang je. Cer cuba.

Sambal Ikan Bilis Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk cili (dibancuh dengan air dan dijadikan pes)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.

2. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan pes cili. Masak hingga garing. Masukkan sedikit air. Kacau sebati. Masukkan serai.

4. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kalau nak berkuah sikit, tambahkan air lagi.

5. Bila pes cili dan sos dah sebati, perasakan dengan garam dan gula kalau perlu.

6. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.

6. Siap untuk dihidang.

Senang, kan?

Saya rasa sangat praktikal guna ni kalau pi camping ke travel ke. At least boleh juga makan sambal tumis kan. Nak buat rencah untuk goreng mi ke pun boleh. Guna setengah atau 1 sudu je serbuk cili tu. Sesuaikan dengan tahap pedas yang anda suka.
Yang pasti, praktikal juga diguna di rumah. Bancuh aje dengan air, jadi pes.

Haa kan boleh masak sambal tumis tanpa guna cili giling atau cili kisar? Selamat mencuba!

Salam sayang,
Zaila

================================

Jadi usahawan dan terima bonus sehingga 5 angka melalui program YES Shaklee. 

9 sumber pendapatan untuk direbut!

Dapatkan cara, bimbingan dan panduan eksklusif untuk capai semua ini dalam 13 bulan bersama kumpulan yang dipimpin oleh 2 Master Coordinator.

DAFTAR SEKARANG!

Zaila Hafni
019.460.3094


4 Sebab Anda Perlu Second Income

Teks: Zaila Hafni

Bagi yang bekerja pejabat, memang tak perlu fikir dah tentang duit sebab bulan-bulan masuk.

Yang kena fikir, bagaimana menguruskan dan membelanjakan dan lebih menyedihkan untuk mencukupkan keperluan untuk sebulan. Kalau cukup, alhamdulillah. Kalau kurang atau cukup-cukup makan, baik fikir untuk berjimat DAN MENAMBAH PENDAPATAN.

Cuba analisa situasi ini. Kalau anda menghadapi situasi macam ni, anda termasuk dalam golongan yang perlu ada second income sekarang.

1. Gaji yang masuk dah tinggal kurang separuh setelah ditolak semua hutang (rumah, kereta, astero, bil-bil).

2. Istilah shopping agak perit didengar. Window shopping sahaja (offline atau online). Sekadar jamu mata. Nak beli belum ada bajet.

3. Tak mampu nak beri lebih duit kat mak ayah. Atau berkira-kira bajet sendiri bila mak ayah mintak bantuan tengah bulan.

4. Anak atau kita sendiri tak sihat. Kena ke klinik. Mujur ada klinik panel (tak perlu ada cash).

Saya kira banyak lagi situasi lain. Tapi ini antara yang kita biasa hadapi. Dan saya mengaku, saya memang alami situasi di atas.

Sebab tu, saya mulakan bisnes untuk jana second income. Gaji saya masa bekerja dulu banyak habis untuk logistik sahaja (kereta, minyak, tol).

Dan kini bila dah jadi wahm, second income dah jadi main income. Kalau saya tak mulakan daripada dulu, struggle jugalah sekarang sebab nak bina bisnes ambik masa juga. Sebab itu baik dimulakan sekarang sebelum terlambat. Perbelanjaan makin banyak tapi pendapatan sama sahaja. Sampai bila kita hanya nak mengeluh?

Mengeluh kalau masuk duit, tak apa juga kan.

Jadi, dengan peluang yang Shaklee tawarkan bermula bulan ini, saya nak ajak sedaghe-sedaghi yang ada dalam situasi di atas tu jom mula jadi usahawan Shaklee.

Sertai Young Entreprenuer System (YES). Jana income tanpa sempadan. Anda usaha anda dapat. Cara dah ada, contoh berjaya juga dah ada dan terbukti.

Saya ingin keluar daripada semua situasi di atas. Dan saya nak sesiapa jugak yang berimpian sama untuk join saya dan tinggalkan situasi yang kita boleh ubah tu. Hanya KITA YANG BOLEH UBAH DIRI SENDIRI.

Mula jana second income anda sekarang.

Hubungi saya untuk info lanjut tentang program YES.

#YESLeaders, Jana Income Tanpa Sempadan

Zaila Hafni | 019 460 3094 | zailahafni@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...